Layanzzz...')

Wednesday 2 July 2014

Selongkar PELUANG dalam "kekurangan" kita.

Disaat aku menekan-nekan keyboard laptop aku ni. Jam menunjukkan pukul 1.25 pagi . Alhamdulillah..dapat menaip dengan aman sebab anak-anak termasuk abahnya dah lena dibuai mimpi :) Aku belum boleh lena sebab ada misi kena buat sepanjang pagi ini.

Pagi ni nak sentuh pasal " selongkar PELUANG dalam 'kekurangan' kita. Setiap daripada kita yang bergelar manusia...sememangnya malu dengan kekurangan masing-masing bukan? Ya...fitrah manusia memang begitu. Tapi...sedar tak kita, disebalik kekurangan itu sebenarnya ada HIKMAH terbesar yang tersembunyi.


Kisah "kekurangan" aku.

Hampir 5 tahun lepas...aku tak terkecuali merasa rendah diri dengan kekurangan aku iaitu "aku tak bekerja walaupun ada ijazah " atas sebab mengikut suami yang dipindahkan bekerja ke sarawak. Pada masa tu memang aku happy dapat ikut suami tapi dalam masa yang sama...aku rasa down sebab aku belum ada kerja tetap.

Anda adalah apa yang anda fikirkan.

Kalau kita fikir positif, maka positiflah jadinya. Tapi kalau kita fikir negatif, negatiflah jadinya. Masa awal-awal nak harungi hidup dengan kekurangan yang ada tu...hidup aku mmg takde motivasi. Kebetulan masa tu tak aktif dengan penggunaan internet. So jaranglah bersosial melalui FB mahupun ada blog. Jauhhhh sekali. Dan aku layan kekurangan aku tu sampailah dapat anak pertama sehingga dia berusia 7 bulan.

Dan pada suatu hari...aku tergerak hati nak belajar buat bisnes online. Jual barang melalui blog. Dan setelah sebulan aku belajar buat blog. Akhirnya aku ambil keputusan untuk jual barang melalui FB sebab lagi mudah. Disitulah episod "kekurangan aku tadi bertukar kepada kelebihan". Kalau sebelum ni akau rasa aku x bekerja luar itu satu kekurangan. Tetapi hikmah disebaliknya....disebabkan aku tidak bekerja luar aku dapat bekerja dirumah secara online dan dapat jaga anak sendiri.!! Nampak tak HIKMAH dan PELUANG disebalik 'kekurangan' aku tu, Allah nak beri HADIAH terbaik.

Boleh baca FULL kisah aku disini : AKU SURI RUMAH BERIJAZAH

Kesimpulannya..semua orang ada kekurangan masing-masing. Bezanya sama ada kita melihat kekurangan itu sebagai kelemahan atau kekurangan itu sebagai kekuatan. Kita yang tentukan.

Aku bagi dua lagi kisah.

Kisah A :

Aku ada seorang kawan yang masih belum dikurniakan zuriat. Tetapi dia tidak meratap "ujian" yang Allah beri pada dia itu sebagai suatu perkara yang dia perlu sedih sepanjang masa sehingga menyalahkan takdir. Sebaliknya dia memelihara kuching sebagai 'peneman' dan sebagai pencen akhiratnya dan ada juga yang mengisi masa lapang sementara ketiadaan zuriat dengan perkara-perkara yang berfaedah seperti belajar dan rajin memasak serta buat bisnes dari rumah secara bersungguh-sungguh dan dengan itu dia tiada masa untuk bersendiri memikirkan tentang rezeki zuriat.

Kisah B :

Ada juga kisah yang aku baca. Seorang yang menyesali atas takdir yang terjadi pada dirinya seperti suatu kekecewaan apabila masih belum dikurniakan zuriat sehingga menganggu hidupnya. Dan hati menjadi tidak tenang dan stress.

Nah...2-2 kisah ini 'kekurangan'nya sama. Bezanya kisah A tidak menjadikan kekurangannya sebagai satu kelemahan tetapi kisah B menjadikan kekurangannya sebagai satu kelemahan yang amat besar.

Itu saja yang nak aku kongsikan pada malam ini. Semoga kita semua dapat manfaatnya.
Ingat ya! Selongkar PELUANG dalam "kekurangan" itu. Pasti lubuk emas dan pahala menanti.

with love,
murni

Saya pengguna tegar shaklee
Saya juga seorang ibu beranak 2

No comments: