Layanzzz...')

Wednesday, 9 July 2014

Senang ke bisnes shaklee ni?

Senang ke susah bisnes shaklee ni?

Seorang kawan saya menyapa di 'inbox' FB.

Saya jawab : mana ada benda senang dalam dunia.

Memang lumrah. Bila orang tengok kita senang...bonus besar. Semua nak tau rapat-rapat apa yang kita buat. Tapi once dah involve dan dah tau apa rahsia kita. Tidak ramai yang ambil PELUANG untuk jadi seperti kita....kenapa?

Lumrah manusia nak hidup senang tapi tidak mahu bersusah-susah dahulu.

Masa awal-awal buat bisnes shaklee. Saya baca BLOG PM CERY - Muslimah Jutawan Shaklee. Kata beliau..nak berjaya dalam bisnes shaklee perlu ada 7 gunung air mata darah. Macam over je bunyinya. Beliau tambah lagi..kalau dalam bisnes shaklee ni..kita tak menangis..kita tak rasa penat...kita tak pernah rasa down..kita x pernah rasa give up...Means kita belum buat bisnes shaklee ni dengan serius.

Aku sendiri tak faham. Kenapa PM cery perlu menangis? Buat bisnes pun nak menangis ke? haha

Dan...bila aku cabar diri aku sendiri. Untuk tekad dan serius dalam bisnes shaklee ni. Hari - demi hari aku dah jumpa. Aku dah faham. Kenapa kita perlu menangis?

Menangis sebab :

- Kita duk sharing kebaikan shaklee tapi tiada customer (pada awalnya)
- Customer janji nak beli tapi mungkir janji
- Barang lewat sampai
- Cabaran nak bahagikan masa antara bisnes dan rumah tangga
- Pandangan skeptikal orang pada kita - MLM-
- Ajar dan cuba beri yang terbaik pada anak-anak shaklee tetapi tidak ada feedback
- Korbankan masa, tenaga untuk shaklee. Tido 4 jam sehari..ada berani?
- Jihad kurangkan nafsu tidur, tv, sembang dan perkara yang tak berfaedah
- Cuba bantu serius mungkin, tetapi menangguk di air keruh

dan banyaaaaak lagi perkara-perkara yang  kadang-kadang membuatkan kita rasa putus asa dan sedih. Tapi KUATKAN HATI.

Itu semua UJIAN
Itu semua CABARAN

Setiap kejayaan pasti ada kesusahan kerana itu membuatkan kita lebih tabah.
Pedulikan mereka yang pandang kita negatif, pedulikan mereka yang nak kita bantu tetapi tidak mahu bergerak sendiri...doakan mereka.

Aku yakin...kejayaan akan menjadi milik orang yang berusaha keras dan bersabar serta bertawakal kepada-Nya.

Bisnes shaklee. It is not just about money!

Tapi berkaitan dengan banyak perkara. Banyak yang boleh kita pelajari tentang suka duka dunia bisnes, sikap baik buruk seseorang dan mendekatkan diri kita pada-Nya. Itu yang lebih utama.

Wallahualam.

Coretan seikhlas hati,
Murni ;)

Master Coordinator to be.


No comments: