Layanzzz...')

Sunday 13 July 2014

SHAKLEE , ISRAEL & ISLAM

Salam semua :)

Terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Ada pihak yang inginkan PENJELASAN mengenai isu shaklee menyumbang dana pada israel. Benarkah? Dan jika benar, kami para pengedar sah shaklee Malaysia...buta hatikah untuk terus menjual produk shaklee tanpa memikirkan keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin?

Baik...saya akan kupas isu ini sebaiknya.

Sebenarnya..bila saya dapati isu in di'up' dalam facebook. Saya tidak rasa gentar kerana saya tau apa sebenanrnya yang berlaku. Mari kita sama-sama ambil tahu KEBENARANnya. 

Pertama, sebagai umat Islam. Tidaklah saya tergamak untuk menganiaya saudara Islam kita sendiri. Itu asas yang perlu kita faham. 

Isu ini timbul apabila blog kenesethisrael.com ada logo shaklee disitu dan menyatakan beliau ada menyumbang dana terhadap Israel. Ya...mungkin benar tetapi yang menyumbang itu bukan pihak Shaklee Corporation (syarikat besar) tetapi ianya adalah orang perseorangan yang dia juga adalah pengedar sah shaklee.

Perkara ini sudah pun disahkan oleh Presidential Master Sharieza yang berkomunikasi sendiri dengan pihak management shaklee. 

Oke..secara mudahnya begini. Semua pengedar sah shaklee (SID) akan dapat bonus hasil dari usaha mereka. Jadi, bonus itu TERPULANG KEPADA SID untuk buat apa sahaja. Nak beli kereta ke, nak beli rumah ke..dan dalam kes ini, Shaklee tiada hak nak tentukan dimana SID nak belanjakan duit bonus mereka tu. Sebab tulah si mamat sorang ni pergi sumbang kat ISRAEL. Sumbangan PERSENDIRIAN tau. Bukannya Shaklee Coporation yang sumbang..nampak x beza tu?

Macam kita jugaklah. Bonus kita tu kita sumbangkan dekat Tabung Aman Palestin. Tapi Bukan Shaklee Corporation yang sumbang. Sumbangan KITA SENDIRI. Ok..clearkan? Jadi disini isu ini sudah dikelirukan. Shaklee tidak ada kena mengena dalam sumbangan kepada Israel . Yang sumbang tu orang persendirian. FULL STOP.

Macam MCDonalds tu. Dah terang-terang menyumbang kepada Israel. Ini Fakta yang sudah banyak dikongsikan.

Jadi...isu ini memang saya tak melatah. Tapi jawab dengan baik untuk penjelasan sejelasnya. Senyum :)

Owh ye..sebelum itu. Mari kita muhasabah diri semula. Apa yang telah kita buat untuk bantu ekonomi Islam makin berkembang? Dengan berniaga adalah salah 1 caranya... Alhamdulillah dalam dunia shaklee Malaysia sudah banyak lahirnya SID berbonus 5,6 angka sebulan. Disini lahirnya sang dermawan. Alhamdulillah. Tanya diri kita..bila lagi kita mahu jadi seperti mereka? Jangan hanya menuding jari tanpa usul periksa sedangkan diri kita belum menyumbang apa-apa kepada yang memerlukan.

Kisah Saidina Uthman :

Kisah Saidina Uthman membeli perigi dari yahudi. Kerana apa? Untuk kegunaan umat Islam. Kerana itu sahaja satu-satunya sumber air yang ada dan perigi itu dijual dengan harga yang tinggi. Jadi, umat Islam tak mampu nak beli..Saidina Uthman belikan dan derma pada Umat Islam. Jadi...tidaklah sampai haram urusan jual beli dengan Yahudi. Asalkan tau mana tempatnya dan tujuannya. Nampak tak apa kesannya bila ada seorang Umat Islam yang kaya? Boleh bantu insan lain juga...

Jadi...saya selaku SID ingin meneruskan perjuangan mengukuhkan ekonomi umat Islam. In shaa allah. Tik tok tik tok next week nak balik kampung dah. X payah nak apply cuti bagai sebab saya bekerja dari rumah dengan bisnes shaklee ajer. Alhamdulillah. Selesai masalah. Oke jumpe lagi next entry.

Salam sayang,
Master to be,
Murni
019-3190733

Rujukaan lain :



Sambungan....update :)


Alhamdulillah...Shaklee telah pun mengeluarkan KENYATAAN RASMI berhubung isu 'Shaklee menyokong Israel'. Sila baca yer semua ;)

Jadi...BERSIHKAN HATI kita semua. Kalau ya pun nak boikot...boikot barang yang sepatutnya. Bukan main boikot ajer tanpa ilmu yang betul.

Saya sayangkan Shaklee....dan akan tetap bersama Shaklee kerana Shaklee ada vitamin tertua. Always safe, Always work, Always Green. 100% Natural. Vitamin terbaik didunia.

Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia .. Ini petikan email baru2 ini dari Shakee Corporation"...WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD...."..

Sekian :)





1 comment:

Unknown said...

ok murni..sangat jelas..tq