Layanzzz...')

Wednesday 23 July 2014

Cara bahagi masa antara bisnes dan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Hai semua...

Saya ingin kongsikan soalan yang saya terima dari inbox whatsapp saya dari seseorang.

" Salam murni, ni mimi (bukan nama sebenar), just nak bgtau yg murni mmg bagi mimi inspired betul sbb baca cerita murni pasal housewife lagi dan ada baby lagi... Kalau boleh la, leh kongsi tak camne murni uruskan rumah - mcm kemas rumah, masak, jaga baby, online time bila, tu semua? "

Sbb mimi mmg fully housewife, ada baby, (baby lak byk songeh kot) masak, mengemas semua jadi masa mcm limited sgt, pagi2 2-3am mcm tu baru ok nak online... Kadang rasa down sgt sbb nak kejar shaklee tak terkejar..Jadi kalaulah murni leh kongsi, nak follow apa murni buat...leh ke...?

(Hehe...begitulah soalan yg saya dapat...(x sangka ada org inspired kat saya. Haha)...* saya juga insan biasa *

Apa yang saya boleh katakan. Banyak perkara penting kita kena KORBANKAN apabila kita mengambil keputusan untuk berbisnes dari rumah kerana masa kita sangat LIMITED. Tidak seperti bekerja di office yang mempunyai masa spesifik 8 jam untuk bekerja TANPA 'GANGGUAN' dari si kecil. Bekerja dari rumah perlu mengikut 'MASA ANAK-ANAK KITA' dan tiada istilah ' anak menganggu' di rumah.

Kenapa saya kata begitu? Back to niat asal kita duduk dan bekerja dari rumah. Yang UTAMA sekarang bukanlah bisnes kita, tetapi TANGGUNGJAWAB kita sebagai ibu dan isteri. Kemudian baru bisnes. Itu syarat UTAMA bekerja dari rumah.

If u decide to take care of your baby on ur own....tak mahu harapkan baby sitter. So, anak adalah no 1. Tiada istilah anak menganggu. Settelkan perihal anak dan suami dahulu. Kemudian barulah hal bisnes. This is about 'how u manage your time'.

Hampir 5 tahun berpengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa dan hampir 3 tahun setengah menjadi work at home mommy (berbisnes dari rumah)...mengajar saya betapa penting dan berharganya masa.

Pengalaman saya. Ibu yang tidak bekerja luar boleh jadi banyak masa dan boleh jadi tidak cukup masa. Depends pada apa pengisian kita sebagai rutin harian. Anda akan cukup masa jika anda kurangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antaranya ialah :

1. TV

-》Melayan TV especially cerita yang beratus berepisod. Kalau sehari 1 jam. Sebulan dah 30 jam masa kita dibazirkan. Itu kalau 1 drama. Kalau 2 atau 3 drama sehari? Sangatlah membazir masa.

2. Facebook
-》Jangan buang masa baca newsfeed tak habis-habis, invite main game, komen dan like page artis, upload pic tak sudah-sudah tanpa arah tuju, chatting dan sebagainya. Gunakan FB untuk perkara bermanfaat seperti berbisnes dan sebagai medium networking dengan kawan-kawan lama a.k.a bakal customer

3. Tidur
-》Elakkan tidur yang keterlaluan. Elak tidur lepas subuh (practise make perfect). Mulakan kerja diawal pagi supaya banyak masa kita disiang hari. Dan malam jangan tidur terlalu awal. Masa anak tidur adalah masa terbaik untuk kita berbisnes. Konsentrasi lebih pada ketika itu.

4. Bantuan suami
-》Minta izin dan redha suami untuk berbisnes dari rumah dan berbincang utk pembahagian tugasan kerja rumah supaya kita tidak terlalu terbeban dan seterusnya merasa sangat penat dgn kerja seharian.

5. Ajar anak
-》Dari bayi...saya cuba latih anak untuk tidur awal pada malam hari dan tidur disiang hari supaya mereka mempunyai banyak masa berehat dan jarang 'membuat perangai' akibat tidak cukup tidur. Dengan latihan ini..seawal 9.30 malam saya dah boleh 'masuk ofis' dan esoknya waktu anak tidur siang hari juga masa untuk saya 'masuk ofis'.Jangan kita tidur sekali dengan anak. Jawabnya mmg tiada masa untuk kita berbisnes.

6. Bab masak
-》Minimumkan waktu masak dengan membuat persiapan awal untuk menyediakan bahan-bahan. Cthnya : kisar sekali banyak bawang dan simpan dalam peti ais. Jadi, bila nak masak. Tak perlu lagi nak potong bawang. Ianya telah tersedia. Menu ringkas tapi sedap. Cthnya : Macam suami saya mudah. Makanan favourite telur dan kuah sardin. Tapi itu hanya sesekali. Belajar menu baru yang ringkas dan sedap. Dan maybe hujung minggu boleh buat resepi yang lebih berat.

7. Disiplin dalam bisnes
-》Pastikan anda jujur dengan diri sendiri. 'Paksa diri' anda untuk membuat bisnes dengan bersungguh2. Tanpa 'push factor' yang KUAT dan JELAS. Tindakan anda tidak begitu nampak bersungguh2.

8. Tunaikan yang wajib dahulu
-》Solat awal waktu. Jangan tangguh-tangguh. Masa kita jadi lebih banyak apabila utamakan KEWAJIPAN kita pada Allah. Solat dhuha punca rezeki. Perbanyakkan amalam sunat seperti zikir, solat taubat dan baca-al-Quran.

9. Group support.
-》Berkawan dengan orang POSITIF dan berjaya. Kita akan 'mengikut' cara mereka.

10. Banyak lagi sebenarnya...saya ringkaskan ya. Akhir sekali, tiada jalan mudah dan singkat. Sentiasa bersyukur dengan apa yg kita miliki dan gunakan ia sebaik mungkin. Cthnya : bersyukur kita BERPELUANG menjaga anak sendiri dirumah. Jadi gunakan PELUANG itu sebaik mungkin. Jangan hanya memikirkan masalah..sebaliknya cari PENYELESAIAN supaya kita jumpa kejayaan.

Sekian. Itu sahaja tipsnya :)

Saya belum berjaya menjadi 'work at home mommy' yang baik. But every day.. i try to improve my self to be a very good work at home mommy.

Thanks Allah untuk kurniaan  ini♥

With love,

Mama murni
Pengedar sah shaklee anda

019-3190733

Seronok jana income dengan shaklee. Anda juga boleh ♥

Jom bisik-bisik jika nak jadi seperti saya :)

3 comments:

Aisyah Radin said...

murni...u also my model..thank you murni for the tips..follow murni rapat2....❤❤

Maria Firdz said...

Alhamdulillah... rezeki Allah...

Unknown said...

Alhamdulillah :) Jom radin...