Layanzzz...')

Friday, 31 January 2014

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.
Anak kita adalah cermin diri kita.

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.


Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.
Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.


 Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya. Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.

2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak. Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.


3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan. Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya. The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.

4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih. Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan. Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.


5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya. Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya. Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘mpapa/ama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling. Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

Sumber : FACEBOOK

Monday, 27 January 2014

Info menarik cinch shake mix


Cinch Shake merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan. Dalam kata lain, leusina dalam Cinch Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.

Setiap kali anda menikmati Cinch Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Mengapa? Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan. Dan tidak ketinggalan juga terhadap kandungan leusina dan zat-zat yang diperlukan oleh badan anda.

✎Memberikan khasiat seperti satu hidangan tetapi dengan rasa seperti santapan manis/ pencuci mulut

✎Mengandungi Cinch Pro iaitu suatu campuran protein eksklusif yang diperkaya dengan asid amino leusina

✎Diperkaya dengan Leucine untuk memelihara otot semasa anda mengurangkan berat badan

✎Terdapat 24 gram protein dalam setiap sajian bagi membolehkan anda berasa puas dan kenyang

✎Mempunyai kandungan serat yang tinggi iaitu 6 gram dalam setiap sajian

✎Nilai glisemia yang rendah untuk mengekalkan paras gula dalam darah yang normal dan mengekalkan tenaga

✎Memberi 35% atau lebih Nilai Harian (Daily Value) bagi 21 vitamin dan mineral yang penting

✎Tiada perisa, pewarna atau pemanis buatan

✎Soya bukan GMO.

Sunday, 26 January 2014

CAR BONUS SHAKLEE : DAPAT KERETA SEBIJIK??


 Best sangat join shaklee ni, selain dapat bonus personal, bonus kepimpinan & macam-macam bonus lagila...kita dapat kereta sbijik..!! Haippp..betul ke dapat kereta sebijik ni??

Jawapannya "banyak cantik muka ekau"" ehee. Usaha x seberapa tapi nak kereta sebijik ye? 
Car bonus shaklee ni benar-benar ditawarkan oleh Shaklee after kita layak means selepas cukup syarat-syarat tertentulah. Syarat-syarat macam kat bawah ni ha. 


 Car bonus ni berbentu RM, Cash yang akan kita terima SETIAP BULAN. tersangat2 best.. Macam2 yang u boleh dapat dari SHAKLEE..So, dengan cash tu suka hati uall lah nak beli kereta ke, nak beli rumah ke, nak simpan ke, nak gi umrah ke..ok? (",)

Sebab tu lah best sangat bisnes shaklee ni. Bukan sekadar bonus atas jualan tu tapi ada car bonus ni jugak. tu belum masuk bab convention (percutian 5 bintang). Bab percutian aku x nak citer lagi sebab aku pun baru layak 1 tiket percutian dalam negara tapi bab car bonus aku boleh cerita sebab dah dapat. yeay!! Siapa nak bagi "duit kereta" setiap bulan hampir 4 angka kan? dan maybe 4 angka bulan depan. Walaupun diriku tidak berlesen kereta. Itu bukan 'alasan' pihak shaklee untuk tidak membayar car bonus kepada diriku.
Alhamdulillah.... 

Selit jap kereta idaman aku Honda Stream a.k.a honda 'streamix"



FUH...CANTIK WOOO...aku pernah naik keta ni. best sangat....luas...elegant..eklusif...
(Pst : ni kasi mimpi dulu, skrg kasi habis bayar keta pesona asben aku dlu..dah habis bayar pesona..baru fikir nak beli 'streamix merah' ni. So x payah nak banyak2 hutang..







DILEMA IBU BEKERJAYA

Assalamua'laikum semua..masa entri ni ku taip. Jam menunjukkan pukul 11.25 malam. Alhamdulillah..setelah 'berperang' dengan anak..tidur pun diorang..ehehe...Now time mama dengan pembaca blog mama pulak ye. Malam ni bermacam2 tajuk entri yang aku rasa nak stori mori tau. Rasa banyak sangat nak aku luahkan especially sepanjang setahun lebih perjalananku dalam bisnes shaklee. Turun naik..macammana boleh "terjebak" dengan shaklee.?

Kenapa aku nak cerita semua tu? Dengar kerisauan dari ibu-ibu di FB setiap hari dengan kes anak didera pengasuh, tersedak susu, rindu anak sebab kerja shift, jumpa anak hari minggu je sebab kerja jauh dan macam-macam lagi. Niat aku satu sahaja..aku nak bantu ibu-ibu diluar sana..yang masih dalam dilema nak buat keputusan untuk resign dari kerja luar dan nak jaga sendiri anak-anak di depan mata. Itu tujuan utama aku nak sharing ni. Yang kedua..aku nak bantu ibu2 bekerjaya diluar yang rasa kerjaya mereka masih x dapat menampung masalah kewangan yang mereka hadapi walaupun bergaji standard ijazah iaitu gaji sekitar 2, 3 ribukan? tau....aku pun budak ijazah jugak.. But i choose to be at home..with my kids. Thanks Allah sebab bagi hamba-Mu ini nikmat yang tidak terhingga banyaknya. Nikmat sebab aku dapat jaga sendiri anak-anakku disamping dapat jana pendapatan yang luar biasa dari gaji setaraf ijazah . Itu yang dah aku alami sekarang. Bukan angan kosong. It's reality. Macammana ia boleh berlaku? It's miracle from Allah. Sebaik2 perancang.

Sebelum tu..aku interpremm dulu anak2 pengarang jantungku ini..heehe


safiyya - 1 year (baru dapat kaki, gedik nak menari..haaha)

syifa' - 4 year  (kak long yang cute)


comel konon (ehehe)


(on da way nak ke tadika)

Okeh..now sambung. Berbalik pada dilema ibu bekerjaya dan plan nak resign utk jaga sendiri anak-anak dirumah. Ini bukan isu baru. Isunya sudahh lama tapi bezanya ibu-ibu sekarang sebenarnya tiada alasan lagi untuk berkata tidak untuk berkerja dari rumah dengan kuasa internet. Tapi ramai ibu-ibu yang masih tidak buat keputusan untuk berbisnes dari rumah sebab kurang yakin, kurang pendedahan, takot kalau bisnes x menjadi...risau nanti apa orang sekeliling kata...dan bermacam2 takot dan kalau lagi......semuanya negatif thinking padahal betul ke yang negatif-negatif tu berlaku??

Jawapan aku mudah. What u think is what u are. Apa yang anda fikir..itulah yang akan terjadi!. So nak fikir negatif ke positif? hehe..aku pilih positif thinking !.. Berdasarkan rekod hampir 4 tahun pengalaman aku menjadi full time house wife. Perkataan paling sesuai untuk ibu-ibu bekerjaya yang nak mengambil keputusan untuk berbisnes dari rumah adalah 'redah ajer".Macam aku dulu..x dinafikan..sayang nak berhenti kerja disebabkan nak ikut suami ke sarawak (masa tu baru kahwin). Tapi aku 'redah ajer' sebab aku fikir nak ikut suami (syurga aku tu). Baca kisah awal-awal aku decide untuk  AKU RESIGN sebagai account officer di syarikat swasta di KL.

TEKAD
======
okeh...seterusnya. Berbalik kepada dilema ibu-ibu bekerjaya tadi. Untuk makesure yang anda semua boleh berkerja dari rumah dengan income yang lebih dari gaji ijazah anda tu. Jawapannya TEKAD. Tekad untuk buat bisnes ini. (aku bercakap mengenai bisnes shaklee sebab aku berpengalaman dalam bisnes ini). Kenapa aku cakap pasal tekad? kerana..tanpa tekad, tanpa keyakinan diri yang tinggi..kejayaan susah nak hampir dengan kita tau. Mana taknya..katakan anda semua dah buta-buta resign dari kerja luar..tiba-tiba mak cik anda tanya " x rugi ke duduk rumah ni? penat je belajar tinggi-tinggi..akhirnya jual shaklee" , berasap x telinga dengar? (padahal masa tu dah resign!) mesti rasa serba x kena..rasa mcm keputusan untuk duduk di rumah adalah 1 keputusan yang kurang tepat. !

Then..seterusnya..katakan dah buat bisnes macam-macamlah cabaran yang anda kena tempuh. Contohnya ; barang customer x sampai-sampai, customer janji nak beli tapi cancel, stok shaklee habissss, anda tiada modal, tersilap pos, anda masih tiada masa nak handle bisnes shaklee sebab anak kacau, rumah x terhandle..kena marahh dengan suami, hasil bisnes belum tentu "nampak" dalam masa sbulan dua, x reti nak guide anak-anak bisnes, macam-macam lagilah nak list. Semua ni kalau anda tak kuat, tak tekad. Anda akan kecundang. so sangatlah rugi. 

Jadi, tips terawal dan yang paling penting untuk berbisnes dari rumah adalah TEKAD. Walau apa pun terjadi..rintangan apa sekalipun..cabaran apa sekalipun....mulut orang cakap apa sekalipun...just ignore. Lalui dengan sabar dan tabah. Kalau anda boleh jadi KATAK PEKAK anda boleh berjaya. (Baca kisah katak pekak tu bagi faham =)

Oke..nanti aku sambung tips yang seterusnya ye..selamat malam..Assalamua'laikum (",)



























Kisah Motivasi : Kisah Katak Pekak

Pada suatu hari ada segerombolan katak-katak kecil yang ingin beradu kekuatan berlumba. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi. Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan itu dan memberikan semangat kepada para peserta. Maka perlumbaan pun dimulai.


 Secara jujur, tidak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan bisa mencapai puncak menara. Terdengar suara, “Oh, jalannya terlalu sulitttt!! Mereka TIDAK AKAN BOLEH sampai ke puncak” dan “Tidak ada kesempatan untuk berhasil. Menaranya terlalu tinggi!
Katak-katak kecil mulai berjatuhan. Satu persatu. Kecuali mereka yang tetap semangat menaiki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi. Penonton terus bersorak, “Terlalu sulit!!! Tak seorang pun akan berhasil!”
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah.

Tapi ada SEEKOR KATAK sahaja yang melanjutkan pandakiannya  hingga semakin tinggi dan tinggi. Dia belum menyerah! Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali katak yang satu itu. Katak kecil yang satu itu telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berhasil mencapai puncak.

SEMUA katak kecil yang lain ingin tahu bagaimana katak ini bisa melakukannya? Seorang peserta bertanya bagaimana cara katak yang berhasil menemukan kekuatan untuk mencapai tujuan? Ternyata, katak yang menjadi pemenang itu SEBENARNYA PEKAK. Dia tidak bisa mendengar semua cemuhan dan perkataan negatif dari sekelilingnya. Katak itu, percaya dan yakin pada visinya: menggapai puncak tertinggi dengan tidak mendengarkan segala hal negatif!
Apakah ibrah, hikmah dan pengajaran yang dapat kita ambil daripada kisah sang katak yang pekak ini?


Ya, kecacatan atau kekurangan itu sebenarnya satu kelebihan! Kalaulah sang katak itu tidak pekak atau tidak tuli, sudah tentulah dia juga akan mengikut jejak rakan-rakannya yang tewas, tidak bersemangat dan akhirnya jatuh dek kerana cemuhan dan kata-kata yang tidak bersemangat dari para penontonnya.

Ertinya, kita “buat-buat pekak” sahaja kepada orang yang mengutuk dan mencemuh usaha atau tindakan yang kita lakukan. Fokus dan beri tumpuan serta komitmen yang tinggi kepada apa yang sedang kita usahakan. Kata-kata mereka yang mengutuk dan mencemuh kita itu sebenarnya kerana memang mereka mahu melihat kita gagal dan jatuh. Ya, adakah kita hendak membiarkan kita tewas dan jatuh dek hanya kerana kata-kata mereka yang tidak tahu apa-apa itu? Oh, usahlah semudah itu.

Mereka yang bersorak, mengutuk dan mencemuh segala usaha kita itu bukannya tahu pun apakah sebenarnya yang kita lakukan. Mereka tidak tahu pun keyakinan diri kita. Kita yang tahu dan mesti yakin kepada diri kita sendiri. Jika apa yang kita usahakan dan lakukan adalah usaha yang betul, diredai Tuhan, tidak berlanggar dengan syariat agama, maka apakah yang perlu kita hirau akan sorakan, cemuhan dan kutukan mereka?

Sesekali, kita juga perlu memekakkan telinga walaupun dikurniakan Tuhan telinga yang baik dan jelas untuk mendengar!


Saturday, 25 January 2014

Lecitin untuk ibu menyusu

PERANAN LECITHIN BUAT IBU MENYUSU
==========================
Ada yang bercerita apabila mereka mendapati badan makin mengembang akibat dari pengambilan makanan yang tidak seimbang. Namun bagi yang menyusu badan, tahukah anda, kebaikan Lecithin kepada ibu yang menyusu?

* Ia membantu mengurangkan risiko clog duct atau duktus susu tersumbat.

* Ia membakar lemak yang berlebihan dalam badan ibu.

* Ia membantu ibu mengatasi masalah lupa atau “short memory” yang biasa dilalui selepas melahirkan.

* Ia membantu menyalurkan inositol dan kolin di dalam susuibu untuk perkembangan otak bayi.

Maka selamatkah Lecitihin di ambil semasa penyusuan selain untuk pengambilan untuk mengurangkan berat badan? Jawapannya ialah ya selamat diambil.

Thursday, 23 January 2014

10 TIPS PANDUAN IBU HAMIL

Kehamilan adalah masa yang paling sesuai untuk anda mula menjaga diri anda dengan baik dari kedua-dua segi fizikal dan juga emosi. Anda memberi diri anda peluang terbaik untuk melalui kehamilan bebas daripada masalah dan memperolehi bayi yang sihat jika anda mengikuti beberapa panduan yang mudah:

1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal

Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran.

Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda.

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

2. Makan dengan baik

Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari.

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan

Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan

Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu

Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat.

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik

Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol

Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

8. Kurangkan pengambilan kafein

Kopi, teh dan minuman jenis cola adalah perangsang yang sederhana, dan walaupun bukti penyelidikan belum lagi jelas, sesetengah penyelidik berpendapat bahawa terlalu banyak kafein boleh menyumbang kepada risiko mendapat bayi mempunyai berat badan lahir rendah, atau meningkatkan risiko keguguran.

Nasihat semasa mencadangkan bahawa dua cawan kopi (bersamaan empat cawan teh atau lima tin cola) sehari tidak akan menjejaskan bayi anda, walaupun satu kajian menunjukkan bahawa tahap kafein yang rendah masih boleh meningkatkan risiko keguguran.

Sama seperti alkohol, di mana lebih baik jika lebih berhati-hati, anda juga mungkin boleh memilih untuk mengurangkan pengambilan kafein secara signifikan, atau, sebaliknya, beralih kepada kopi tanpa kafein, teh, atau jus buah-buahan, terutamanya semasa trimester yang pertama. Alternatif yang segar ialah segelas air dengan perahan sehiris limau atau lemon.

9. Berhenti merokok

Wanita yang merokok meningkatkan risiko keguguran, bersalin pramatang, kelahiran mati dan kematian kot.

Merokok pada trimester pertama juga meningkatkan sedikit risiko melahirkan anak dengan bibir atau lelangit rekah.

Walaupun masa paling baik untuk berhenti merokok ialah sebelum anda merancang untuk hamil, namun begitu, apa jua pengurangan dalam bilangan rokok yang anda hisap setiap hari semasa hamil akan memberikan bayi anda peluang yang lebih baik. (Baca nasihat lanjut mengenai bagaimana untuk berhenti merokok semasa kehamilan.)

10. Lebihkan berehat

Keletihan yang anda rasakan di trimester pertama dan ketiga sebenarnya adalah cara badan anda memberitahu anda supaya "jangan terlalu aktif". Mungkin tidur di tengah hari terasa seperti perbuatan manja yang anda tidak mampu lakukan, tetapi anda dan bayi anda akan memdapat manfaat darinya. Jika anda tidak boleh tidur, sekurang-kurangnya letakkan kaki ke atas dan berehatlah secara apapun yang sesuai dengan keperluan anda selama 30 minit atau lebih,.

Jika sakit belakang mengganggu tidur anda, cuba urutan (beritahu ahli terapi yang anda hamil atau carilah bidan yang berpengalaman dalam membantu wanita hamil), kelas natal air, atau kelas senaman khusus untuk penjagaan belakang. Senaman dan aktiviti relaks juga boleh membantu dengan masalah tidur yang berkaitan dengan stres. Cuba teknik relaks, yang selamat semasa mengandung, termasuk regangan dan pernafasan dalam. Jangan lupa memberitahu pelatih yang mengendalikan kelas senaman dan relaks itu yang anda sedang hamil atau pilihlah kelas khusus untuk wanita hamil.

Tuesday, 21 January 2014

Multi Level Marketing patuh syariah

INI ADALAH SALAH SATU SEBAB SAYA MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.

Ternyata dari pembacaan saya, Shaklee antara Syarikan MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengaburi dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).

2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.

6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.

7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

Monday, 20 January 2014

Hikmah berwuduk

Berikut ini adalah hikmah yang dapat kita peroleh dari wudhu seperti yang diuraikan
Imam Al-Ghazali dalam bukunya “Ihya Ulumuddin”. Mudah-mudahan Allah swt selalu mencucurkan rahmat-Nya.

Banyak di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut
dalam Islam mempunyai hikmahnya yang tersendiri.

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah ampunilah dosa mulut dan lidahku ini ”

Penjelasan : Kita setiap hari membicarakan hal – hal yang tidak
bermanfaat,mencela,ghibah (membicarakan orang dari belakang),memfitnah bahkan mengadu domba.

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, putihkanlah mukaku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini”.

Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini”

Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-
hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, “Ya Allah janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiriku ini”.

Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-
hisabnya di tangan kiri.

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, lindungilah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan ArasyMu”

Penjelasan : Panas di Padang Masyar
macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,”Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini”

Penjelasan : Kita sering mendengar orang mengumpat, memfitnah, mendengar
lagu2 dan perkataan berunsur maksiat.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.”Ya Allah, permudahkan-lah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim”.

Penjelasan : Ahli syurga melintasi
titian dengan mudah sekali.

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu Dengan,”Ya Allah,bawakanlah daku
pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat”

Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah.

Pernahkah terpikir dalam benak kita mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?

Pernahkah kita memikirkan segala hikmah yang kita peroleh dalam menghayat Islam?

Wallahu’alam bisshawab

Shaklee untuk sakit sendi

★Tanda-tanda sakit sendi adalah★

° Terdapat bengkak pd satu atau byk bhgian sendi
° kekejangan terutama pd waktu pagi
° sakit sendi yang berubah-ubah tempat dan kerap pd sendi
° bahagian sendi menjadi kemerahan dan panas
° demam ringan
° apabila berdiri atau duduk pd posisi yg sama utk jangkamasa yg lama, kekejangan otot akan berlaku
° sakit sendi dan bengkak sendi pd bhgian sendi pinggang, lutut, tulang belakang dan siku serta hujung jari bg wanita
° sakit sendi yg dtg akan pergi tetapi akan hilang apabila berehat

Untuk masalah sakit sendi, ada 3 jenis vitamin yang dapat membantu

♥Advanced Joint Health Tablet
° mengandungi glucosamine yg melincirkan pergerakan sendi
° melindungi tulang rawan
° memberi kelegaan kpd sendi
° meningkatkan kesan kusyen

♥OsteMatrix
° membekalkan kalsium utk tulang
° memberikan sendi yg kuat
° mengurangi sakit sendi dan keradangan
° diserap sepenuhnya oleh tubuh badan dlm masa 12 jam

♥Omega Guard
° melambatkan degradasi tulang rawan
° membantu melegakan sakit sendi dan keradangan
° menyokong fungsi glucosamine utk mengekalkan kesihatan sendi

Vitamin shaklee untuk kulit cantik berseri

Cadangan vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri.

Apa yang ada dalam set kecantikan kilit Shakkee?
Mari kita selongkar..

♡♥♡Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

• menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
• melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
• menjaga kelembapan kulit
• menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

♡♥♡Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

• sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sbgnya
• merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan dan kehalusan kulit
• mencerahkan kulit

♡♥♡Peranan vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

-sebagai pelembab
-mencegah pigmintasi
-melambatkan tanda penuaan
-mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

- mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
- mencegah penuaan
- menjadikan kulit lebih kenyal/tegang
- mencerahkan kulit
- menjaga kulit dari sinaran UV
- mengurangkan parut jerawat
- menjadikan wajah bersinar dan bermaya/berseri
- menjadikan kulit lebih cerah dan kemerahan

♡♥♡Energy Soy Protein (ESP)
- merupakan protein yang sangat penting dalam penghasilan sel baru
- membantu mengurangkan kesan jerawat

Kenapa protein penting untuk kulit cantik?

- protein terdiri darioada rantaian asid amino.apabila kita mengambil protein dalam diet seharian, protein akan dicernakan menjadi asid amino dan diangkut melalui darah ke seluruh badan.sel akan memilih asid amino yang diperlukan untuk membina tisu baru, antibodi, hormon, enzim dan sel darah merah.

��Tips penting:
- pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari amat perlu kerana air sangat penting dalam pengaliran darah, penyerapan semua nutrien dari sumber makanan untuk diserap oleh tubuh. Kekurangan air boleh menyebabkan jerawat mudah terhasil, kulit menjadi kering yang seterusnya mempunyai kulit yang bermasalah

- Vitamin C perlu dipatahkan dua sebelum makan kerana dalam tablet ini mempunyai sustained released yang membawa maksud dilepaskan mengikut masa dan perlahan-lahan mengikut keperluan tubuh badan kita. So, bila tablet ini dipatahkan, lapisan sustained released ini sudah tiada dan vitamin c itu diserap serta merta oleh tubuh badan kita.

♥ Cara pengambilan :
- mulakan hari dengan ESP. Bancuh 1 sudu besar ESP dengan 3/4 gelas air sejuk atau suam (jangan bancuh dengan air panas atau minuman berkafein). Boleh cmpur dgn susu atau jus kegemaran, ikut citarasa masing-masing

-1 biji vitamin C dan 1 biji B Complex selepas minum pagi

-1 biji vitamin E selepas makan malam

Konsultansi lanjut :
Murni 0193190733 ♥♥

Set Buasir Shaklee

Set Buasir
-------------

Hemorrhoid@buasir adalah keadaan bengkak & inflamasi di pembuluh darah serta tisu di sekeliling bahagian anus (dubur) & bahagian penghujung rektum (bahagian akhir usus besar.

Punca
- Meneran ketika membuang air besar.
- Tekanan berterusan ke atas pembuluh-pembuluh darah di bahagian tersebut.

Jadi,supplement yang dicadangkan utk menyelesaikan masalah ini adalah :

OSTEMATRIX : membantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. Ini kerana ostematrik berfungsi melembutkan najis,jd pembuangan menjadi lancar.

OMEGA GUARD : Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut. Ia juga melancarkan sesi pembuangan najis tersebut.

ZINC COMPLEX : Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. zinc complex  membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.

Cara pengambilan yang dicadangkan:

Omega Guard - 1biji sehari  memperbanyakkan makanan tinggi serat dan kurangkan makanan yang pedas-pedas.

» Konsisten 

Pertanyaan lanjut --> 019 3190733 (murni)

Sunday, 19 January 2014

Omega Guard untuk ibu hamil

Kenapa ambil OMEGA GUARD start trimester ke-2?

Janin pada usia awal kehamilan ini sangat sensitif dan ibu hamil tidak digalakkan utk mengambil suplemen yang terlalu banyak dan mempunyai kesan sampingan.

MINYAK IKAN mempunyai fungsi untuk MENCAIRKAN DARAH, jadi wajarlah dielakkan pada trimester yang pertama bagi mengelakkan risiko keguguran.

Masuk je trimester ke-2 dan ke-3, asid lemak Omega 3 ini sgt diperlukan utk perkembangan bayi yg lbh kompleks termasuklah visual, otak & kognitif bayi.

Apa itu G6PD

S1 : Apakah glukosa-6-fosfat dehidrogenase (G6PD)?

G6PD ialah sejenis enzim yang diperlukan untuk menstabilkan membran sel darah merah dengan pengaktifan (inactivation) kompoun oksidan. Jika G6PD berkurangan sel-sel merah akan menjadi rosak dan pecah (hemolisis) apabila pesakit termakan atau terdedah kepada bahan-bahan yang mempunyai ciri-ciri pengoksida. Lebih kurang 3-5% penduduk Malaysia kekurangan G6PD.

S2 : Apakah gejala-gejala dan tanda-tanda pesakit defisiensi G6PD?

Bagi bayi baru lahir. Kekurangan G6PD boleh berlakunya jaundis yang patologik. Jaundis bayi-bayi berkenaan terlalu tinggi tahap bilirubin mereka hinggakan pertukaran darah diperlukan. Kesan-kesan sampingan seperti dibincangkan dalam 'Jaundis Neonat' boleh berlaku.

Set Resdung Shaklee

● Apa itu RESDUNG
Resdung (sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.

●TANDA-TANDA RESDUNG
1) Hidung selalu tersumbat
2) lendir dari hidung dan tekak
3) Sakit atau rasa berat muka terutama kawasan di antara mata
4) Sakit tekak yang berpanjangan dan berulang
5) Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan
6) Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya

●Set Vitamin Shaklee yang terdiri daripada

♥ ALFALFA COMPLEX
ἳ- Mempunyai kelebihan dalam mengurangkan keradangan sakit itu sendiri
ἳ- Ia kaya dengan sumber klorofil dan membantu mengurangkan keradangan terutama akibat dari ekzema, resdung, alergik dan gegata.

** Pesakit SLE tidak digalakkan ambil Alfalfa.

♥ B COMPLEX
- B6 penting untuk pemuliharaan selaput lendir yang sihat dan membantu pengeluaran antibodi badan
- Membantu dalam pembinaan protein dalam tubuh
- Membantu hati menghasilkan glikogen yang diperlukan oleh kulit untuk menyingkirkan sel-sel mati
- Memelihara sistem saraf dan berfungsi sebagai anti-stress

♥ VITAMIN C
- Bertindak sebagai anti-histamin tanpa perlu kita mengalami kesan dari pengambilan ubat anti histamin
- Menstabilkan pengeluaran histamin dalam tubuh
- Membantu mencegah penyempitan tiub bronkiol
- Meningkatkan fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih
- Meningkatkan pertumbuhan tisu.

● Cara pengambilan:
ἱBComplex - 1 biji sehari (selepas makan)
ἱVitamin C - 1 biji pagi (selepas makan)
ἱAlfalfa - 4 biji sehari - 2 biji pagi, 2 biji malam (selepas makan)

50 Tips Membina Keluarga Bahagia - Dr Fadzilah Kamsah


1. Pasang niat dan berdoa untuk menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa.
 
2. Bersyukur kerana mempunyai pasangan hidup. Yakinlah bahawa isteri anda adalah pasangan terbaik yang Tuhan tentukan untuk anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
 
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Setiap hari pulang dengan senyum dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.

5. Pastikan anda ada masa untuk berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan unutk berbual dengan isteri setiap hari?
 
6. Telefon isteri ataupun hantar SMS sekadar untuk menyatakan yang anda sayang ataupun rindu pada isteri. Isteri anda akan berasa seronok dan bahagia apabila mendapat panggilan ataupun mesej tersebut.
 
7. Hiburkan hati isteri anda dengan bercerita, buat lawak atau gurauan yang mesra. Setiap gurauan mengubat hati isteri dan mengeratkan hubungan suami isteri.
 
8. Pastikan anda bergurau senda dengan isteri di dalam kenderaan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja ataupun ke mana sahaja. Ramai suami membazir masa dengan membisu semasa di dalam kenderaan.
 
9. Amalkan makan bersama setiap hari. Berbual mesra dan nasihat menasihati semasa makan. Amalan ini akan menarik hidayat Tuhan dan mengeratkan hubungan. Elakan berbual perkara yang melalaikan semasa makan.
 
10. Ajak isteri mandi bersama sekali sekala. Bergurau senda semasa mandi bersama adalah sunah yang dapat mengeratkan hubungan suami isteri.
 
11. Amalkan mesyuarat keluarga sekerap yang mungkin. Amalan bermesyuarat menarik hidayat Tuhan,mengeratkan hubungan dan menyelesaikan banyak masalah.
 
12. Bantu isteri melakukan kerja rumah. Ini adalah sunah yang dapat meringankan beban isteri, mengeratkan kasih sayang dan membahagiakan pasangan anda.
 
13. Pastikan penampilan anda anggun, kemas, bersih, wangi, sihat dan ceria. Ramai suami inginkan isteri yang mengancam, tetapi mengabaikan penampilan diri sendiri.
 
14. Didik isteri dengan memberi nasihat dan peringatan secara hikmah. Jadikan tindakan dan amalan anda sebagai contoh teladan yang cemerlang. Elakan cakap tak serupa bikin.
 
15. Berikan nafkah kepada isteri mengikut keperluan keluarga dan kemampuan suami. Ramai suami mengabaikan nafkah kerana isteri bekerja. Ramai suami yang kedekut dan berkira. Ini menyebabkan isteri derita dan rumah tangga terancam.
 
16. Jadikan penawar hati kepada isteri. Ambil berat keperluan dan kemahuan dan peka kepada emosi dan situasi isteri. Isteri yang bahagia membentuk keluarga sejahtera.
 
17. Sentiasa taat kepada semua perintah Tuhan dan memastikan keluarga juga patuh kepada Tuhan.
 
18. Suami mithali sentiasa menyimpan rahsia isteri. Ramai suami secara sengaja ataupun tidak sengaja menceritakan keburukan isteri kepada orang lain. Ini wajib dihentikan.
 
19. Muliakan keluarga isteri seperti keluarga sendiri. Ada suami yang membeza-bezakan antara keluarganya dan keluarga isteri. Ada suami yang memusuhi keluarga isteri.
 
20. Bentuk sifat cemburu yang positif. Cemburu tanda beriman, sayang dan endah.Suami yang tidak cemburu adalah dayus. Isteri amat suka apabila suaminya ada sifat cemburu. Dia rasa dihargai.
 
21. Jadilah suami yang pemaaf. Syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Maafkanlah isteri setiap malam sebelum tidur supaya rumah tangga bahagia dan isteri mudah masuk syurga.
 
22. Tegur kesilapan isteri dengan hikmah dan kasih sayang. Isteri merajuk bukan sebab ditegur, tetapi cara ditegur yang kasar. Apabila suami kasar, isteri jadi takut, bingung, hiba dan memberontak.
 
23. Gunakan Nabi Muhammad sebagai model. Hidupkan amalan sunah dalam rumahtangga. Sebut nama rasul apabila mendidik dan menasihati keluarga bagi mendapat hikmah.
 
24. Mendahulukan keperluan isteri daripada orang lain. Ini adalah tertib memberi khidmat. Ramai suami yang melebihkan orang lain daripada isterinya. Elakan kesilapan ini.
 
25. Suruh isteri dirikan sembahyang dan ibadah lain. Apabila berjauhan, telefon ataupun SMS bagi mengingatkan sembahyang. Wasiatkan isteri untuk sembahyang fardu dan sunat. Buat pesanan ini sehingga suami meninggal dunia.
 
26. Cintai isteri sepenuh hati. Cintai tanpa syarat, bertambah mengikut usia,penuh kemaafan, memberi tenaga,tidak pernah sensara serta berteraskan iman dan takwa.
 
27. Sentiasa berubah secara positif. Sebelum cuba ubah isteri dan keluarga, ubah diri dulu. Apabila suami berubah, keluarga akan turut berubah. Apabila suami cemerlang, isteri akan gemilang.
 
28. Pamer keprihatian yang tinggi terhadap keluarga. Ramai suami tidak ambil kisah dengan keluarga mereka.Cuba tanya apa lagi khidmat tambahan yang patut berikan kepada keluarga.
 
29. Pamer kematangan yang tinggi. Orang yang matang tenang, sabar, waras,bijaksana, dapat membuat keputusan dan cekap menyelesaikan masalah.
 
30. Memuliakan semua perempuan bukan sekadar isterinya. Ramai lelaki cuba hormat wanita tertentu sahaja.Ramai isteri yang kecewa terhadap suami yang menghina atau tidak hormat sebarang wanita termasuk pembantu rumah.
 
31. Bentuk beberapa sifat wanita yang terpilih dalam diri suami. Nabi Muhammad amat pemalu, pemaaf, peka,endah dan mudah menangis. Sifat wanita yang ada pada lelaki menaikkan martabat lelaki dan lebih disayangi wanita.
 
32. Mahir dalam menguruskan keluarga. Peka dengan masalah dan karenah ahli keluarga, cekap mencari punca masalah, mencari alternatif penyelesaian dan memilih penyelesaian yang optimum.
 
33. Membaiki diri secara berterusan. Tingkatkan iman dan takwa, cuci hati dengan sembahyang taubat, istighfar,memaafkan dan minta maaf, berkawan dengan orang yang baik, pendapatan yang berkat dan baiki amalan dan tindakan.
 
34. Jadi contoh atau model terbaik untuk keluarga. Doa dan usaha supaya setiap perbuatan anda dapat dicontohi dan dibanggakan ahli keluarga. Apakah sifat dan amal anda yang dapat dicontohi oleh ahli keluarga?
 
35. Jadikan diri anda pendorong dan motivator berkesan unutk keluarga. Sentiasa beri galakan dan belaian. Elak marah, kritik ataupun hina keluarga. Fikir positif dan bersangka baik terhadap keluarga.
 
36. Tingkatkan ilmu berkenaan agama. Lazimnya, suami yang mendidik keluarga berkenaan agama. Belajarlah ilmu agama dengan niat mendidik diri dan keluarga.
 
37. Sentiasa menegakkan kebenaran. Tegas menyatakan apa yang buruk dan apa yang baik. Elak mengenepikan kebenaran semata-mata bagi menjaga hati ahli keluarga. Tegakkan kebenaran dengan hikmah.
 
38. Bertindak tegas dan lemah lembut mengikut situasi. Tegas dalam menyeru ke arah kebaikan. Lemah lembut dalam menegur dan memberi nasihat. Tegas sangat orang memberontak, lembut sangat orang pijak.
 
39. Latih diri memuji dan menghargai isteri. Ramai suami yang pandai kritik tetapi tidak tahu memuji. Belaian merawat emosi dan fizikal isteri dan membuat dia terasa disayangi. Cari peluang untuk sentiasa memuji.
 
40. Cari peluang untuk bertindak romantis terhadap isteri. Ini termasuk senyum,lemah lembut, sebut sayang tiga kali sehari, buat sebelum disuruh, sentuhan sayang, pujian dan memberi hadiah.
 
41. Fahami yang isteri ingin selalu di sisi suami. Suami pula berjauhan dengan isteri sekali sekala. Apabila berjauhan, telefon, SMS ataupun e-mel unutk bertanya khabar, berikan maklumat dan mengubat rindu.
 
42. Bentuk kerjasama yang mantap dengan isteri. Pamer kesatuan hati dan pendapat kepada anak-anak dan orang lain. Wujudkan kerjasama melaui mesyuarat, berbual, tolak ansur, bermaaf-maafan dan banyak berdoa.
 
43. Nilai diri daripada kaca mata isteri. Buang sifat dan amalan yan isteri benci. Berusaha keras melakukan perkara yang isteri suka. Apabila isteri bahagia, suami akan bertambah bahagia.
 
44. Apabila suami melayan isteri seperti mana dia melayan kawan, pasti isteri bahagia. Bayangkan cara anda melayan isteri sebelum kahwin. Ulangi layanan itu sekarang. Pasti hebat kesannya.
 
45. Suami wajar belajar jadi mengikut setia. Patuhi cadangan, pandangan dan pendapat isteri yang betul. Jangan bangkang perkara yang baik. Kawal macho dengan saksama.
 
46. Buat undang-undang dalam rumah tangga. Apabila suami marah, isteri mesti senyap. Apabila isteri marah,suami mesti senyap. Ini mengelakkan daripada bergaduh. Orang tidak boleh bergaduh sendirian.
 
47. Latih gerak batin anda supaya serasi dengan gerak batin isteri. Serasikan gerak batin dengan berdoa, patuh perintah Tuhan, maafkan isteri, bersangka baik dan lakukan perkara baik untuk isteri mengikut sebarang lintasan dalam hati.
 
48. Pimpin isteri dengan nasihat dan kasih sayang. Pesan selalu dan nasihat sekali-sekala. Waktu terbaik nasihat adalah semasa rehat, minum petang, waktu bersiar-siar dan semasa hendak tidur.
 
49. Seimbangkan hidup dengan sempurna. Rajin di tempat kerja, rajin juga di rumah. Peramah dengan kawan, peramah juga dengan isteri. Disiplin di pejabat, disiplin juga di rumah. Sabar dengan orang, sabar juga dengan isteri. Di luar dan di dalam rumah serupa.
 
50. Urus stress dengan sempurna supaya keluarga tidak terjejas. lakuakan riadah,berdiet, hentikan merokok,bercampur dengan orang positif, bermain dengan bayi, tengok ikan di akuarium, menyanyi, sembahyang taubat dan maafkan semua orang.

4 TIPS KAWAL SELERA MAKAN ANDA




Jangan skip waktu makan

Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, anda ternyata salah! Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.
Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuantiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.

Dapatkan tidur yang cukup

Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.
Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.

Minum air yang banyak!

Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa .  Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.

Periksa sebab rasa lapar

Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut.  Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata. Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan.

Credit to : Majalah RAPI.

Ketahui 20 tips kurus mudah & berkesan.

Saturday, 18 January 2014

20 Tips Kurus Mudah & Berkesan


1. Mulakan hari anda dengan menu dan jumlah sarapan yang mencukupi. Ini akan membantu mengurangkan jumlah kalori sepanjang hari.

2. Pastikan setengah hidangan untuk makan tengahari dan makan malam mengandungi sayuran dan buah-buahan.

3. Makanlah sedikit sebelum anda menghadiri majlis makan malam. Ambillah telur rebus, epal dan minumlah teh sebelum ke majlis tersebut. Ini akan mengurangkan nafsu makan di majlis itu.

4. Tambahkan satu hidangan untuk buah-buahan dan sayuran pada menu anda. Jika anda sudah lakukan, anda boleh tambahkan hidangan ini sehingga lapan  hidangan sehari untuk sayuran dan buah-buahan.

5. Untuk setiap hidangan, jangan sesekali menggunakan pinggan yang besar. Gunalah piring salad setiap kali anda makan tengahari dan makan malam

6. Ambillah hidangan sup yang lebih banyak. Sup biasanya rendah kalori dan membuatkan anda cepat kenyang.

7. Bawalah bekal ke pejabat. Ini untuk  membantu mengelakkan anda makan tengahari secara berlebihan.

8. Cubalah untuk tidak mengambil gula selama dua minggu. Mesti rasanya luar biasa dan menutup nafsu makan anda. Namun, jika anda bertahan, pasti akan menjadi kebiasaan.

9. Jangan ‘jadikan’diri anda gemuk dengan ‘memenuhi’  permintaan perut.Anda masih boleh mengambil 600 kalori dengan biskut atau bijirin tanpa anda sedari.

10. Jika anda suka mengunyah ketika stress, inilah masanya untuk berubah. Anda harus fokus mencari cara lain yang lebih sihat. Carilah jalan untuk mengatasi stres tanpa melibatkan makanan.

11. Berusahalah untuk mengambil menu  rendah kalori sebelum mengambil hidangan lain. Mulakan dengan salad, sayuran dan sup. Apabila tiba pada makanan utama, sudah tentu perut anda penuh untuk menerima menu tinggi kalori

12. Ambillah sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam. Sebahagian dari anda suka hobi makan di tengah malam. Ini adalah cara mereka yang makan tidak teratur atau suka mengambil makanan tidak seimbang.

13. Jadikan makanan sebagai hidangan yang mempunyai tujuan iaitu ‘hidup sihat’. Nikmatilah makanan itu dan yakin bahawa makanan itu akan memberikan nutrisi pada badan anda.

14. Ubahlah jadual makan malam anda. Kalau kebiasaan anda suka mengunyah, cubalah kurangkan sedikit demi sedikit. Lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran andalupa pada snek malam.

15. Jadikan aerobik sebagai aktiviti yang menyenangkan. Ajaklah keluarga untuk bergerak dengan muzik kegemaran anda.

16. Tulis di atas sekeping kertas ‘tutup selepas makan malam’. Tampalkan di pintu peti.

17. Gosoklah gigi selepas waktu makan malam. Ini untuk mengingatkan anda bahawa waktu makan sudah habis.

18. Bersenamlah dan jadikan ia sebagai kegiatan yang menyihatkan.

19. Makanlah ketika tiba waktu makan. Jangan sesekali melakukan perkara lain pada waktu makan seperti membaca, menonton televisyen atau melayari internet.

20. Sebelum anda membeli belah, berjalanlah sebanyak tiga pusingan di pusat membeli belah tersebut.

Credit to : Majalah Rapi

Konsultansi PERCUMA untuk SET KURUS SHAKLEE & Lihat TESTIMONI SET KURUS

Ketahui juga : 4 tips kawal selera makan
Hubungi saya : 019 3190733 (Murni)

Thursday, 16 January 2014

Majalah I - sihat February 2014

Syukur di bawah satu payung Group Jutawan Shaklee. ♥♥♥
Suri rumah 5 angka..
Mari jana pendapatan hanya dari rumah.
019-3190733
 

Monday, 13 January 2014

Gla Complex

GLA Complex Shaklee adalah vitamin terbaik yang boleh diambil oleh wanita yang menghampiri menopause ataupun yang telah menopause.

Bagaimana GLA Complex Shaklee membantu wanita-wanita ini?

1- Antara fungsi utama GLA Complex ialah *mengawal selia hormon estrogen dan testosteron*. Semasa menopos, hormon estrogen turun secara mendadak. Pengambilan GLA complex membantu dalam penghasilan semula hormon estrogen. Selain itu hormon estrogen yang meningkat akan membantu pemulihan mood swing yang biasa berlaku dikalangan wanita menopos.

2- Bagi wanita yang mengalami menopos awal (pre-menopos) adalah sangat digalakkan mengambil GLA. Ini kerana *GLA membantu melambatkan menopos* dengan cara memperbaiki keadaan semasa seperti rasa panas (hot flushes), insomnia, ketidakhadaman dan depresi.

3- Pengambilan jangka panjang juga mampu melambatkan penuaan, mengetatkan kembali uterus, memberi tone kepada uterus dan kulit menjadi lebih lembap dan muda.

4- Wanita menopos yang kerap mengalami kepanasan dan timbul bintik ruam, ia boleh dikurangkan dengan GLA. GLA *membantu memperbaiki inflamasi kulit seperti kulit kering, eczema, kegatalan, dan mengurangkan rasa sakit seperti bengkak sendi.*

5- Pertambahan berat wanita menopos juga agak membimbangkan. Ini juga boleh ditangani dengan mengambil GLA complex. *GLA membantu menurunkan kadar kolesterol* jahat LDL, meransang peredaran darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, dan mampu membantu menurunkan berat badan.
Jadi, GLA Complex adalah sangat disarankan untuk wanita berusia terutamanya yang bakal, dan sedang menghadapi menopause.

Sunday, 12 January 2014

KELEBIHAN VITALEA

*Fakta Nutrisi Vita-Lea *
-------------------------

  *Vita A – Kesihatan mata, kulit, anti-o.ksida, melawan kanser, cegah rabun malam, bantu tumbesaran, kuatkan kerangka tulang, gusi, gigi, sistem respiratori, sistem imun dan rambut yang sihat
  * Vita D – Perkasa kepadatan tulang, mencegah penyakit tulang lembut, osteoporosis dan psoriasis
  * Vita E – Anti-oksida, kepejalan kulit, kulit berseri, melancar sirkulasi darah, mencegah darah beku, sakit jantung, katarak, atritis, baik untuk sistem produktif lelaki, mengurangkan kesan parut
  * Vita C – Anti-oksida, melawan kanser, merangsang formasi kolagen, meningkatkan daya tahanan penyakit, percepat sembuh luka, mencegah selsema, gusi berdarah, darah beku, hidung berdarah
  * Asid Folik – Kesihatan fetus, merangsang pengeluaran susu badan, kesihatan sel darah merah, kurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks, anemia, osteoporosis, tekanan, ulser mulut, kesihatan kulit
  * Vita B1 – Menukarkan makanan kepada tenaga, perkasa memori, kecerdasan mental, membina dan merangsang peredaran darah
  * Vita B2 – Tukarkan makanan kepada tenaga, anemia, keletihan mata, katarak, jangkitan lidah dan mulut, kekejangan
  * Vita B3 – Tukar makanan kepada tenaga, menghasilkan hormon, merangsang peredaran darah, lower blood ripid, merawat kepeningan, cirit-birit, migrain, ulser, nafas berbau, baik untuk perut dan usus
  * Vita B6 – Metabolisma protein, baiki otot, senggugut, penenang, tenaga, elakkan muntah-muntah, bibir kering, glossitis, dermatitis, kekejangan, kebas, anemia
  * Vita B12 – Membantu tumbesaran fetus dan kanak-kanak, bantu selera makan, tindak balas saraf, baik untuk kecerdasan otak, kekuatan fizikal, memori, fokus, keupayaan seksual dan mengelakkan anemia, keletihan, keresahan, diabetis, rabun
  * Biotin – Bantu Bcomplex berfungsi lebih efektif, cegah rabun, rambun beruban dan gugur, diabetes, sakit otot, ekzema dan keradangan kulit
  * Vita B5 – Meredakan tekanan, kesan penenang, melawan alahan, sembelit, keletihan, atritis, meredakan kesan sampingan akibat antibiotik, mencegah jangkitan, percepat sembuhan luka
  * Kalsium – Perkasakan tulang dan gigi, darah beku, kebas, kejang, rasa sakit, insomnia, mengekalkan kadar degupan jantung normal, mencegah osteoporosis/ penyakit tulang lembut
  * Fosforus – Meningkatkan kepadatan tulang, diabetes, batu karang, mencegah pereputan tulang, membantu tumbesaran, meredakan kesakitan akibat atritis,anoreksia
  * Iodin – Baik untuk tiroid, membantu tumbesaran fetus, tingkatkan kadar IQ kanak-kanak, membina ligamen/otot dan kesinambungan tisu-tisu, kekuatan fizikal, mengawal berat badan
  * Zat besi – Membentuk hemaglobin, redakan kesakitan akibat PMS (senggugut), membantu tumbesaran, melawan penyakit, mengelakkan keletihan, anemia
  * Magnesium – Kesihatan tulang, gigi, merehatkan otot dan sistem saraf, sifat penenang semulajadi, mencegah tekanan, diabetes, sakit jantung, batu karang, sakit buah pinggang, hari dan masalah penghadaman
  * Kuprum – Membantu menukarkan zat besi kepada hemoglobin, kesihatan rambut, edema, penyakit berkaitan tulang, masalah kebengkakan
  * Zink – Perkasa sistem imun, percepat sembuhan luka, keupayaan seksual lelaki, mencegah masalah prostat, baik untuk deria rasa dan bau, ketajaman minda

Kelebihan Vita-Lea:
-------------------

Jika diambil setiap hari, Vita-Lea mampu: 
•    Membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik.
•    Mengandungi beta karotena yang membantu dalam mengekalkan pertumbuhan, penglihatan dan pembinaan tisu.
•    Mengandungi kalsium, fosforus dengan vitamin C dan D untuk kesihatan tulang dan gigi.
•    Biotin dan asid pantotenik membantu untuk  memetabolismekan lemak dan karbohidrat dalam tubuh
•    Vitamin B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah.

Friday, 10 January 2014

PU HAFIZ JUARA PENCETUS UMMAH

Alhamdulillah. Sejak dari episod pertama mengikuti rancangan Pencetus Ummah dan nampak semua peserta hebat-hebat belaka. Final Pencetus Ummah sudah pun berakhir dan juara adalah PU Hafiz. Tahniah diucapkan.


Tahniah kepada PU Hafiz kerana telah berjaya mendapat markah paling tinggi dan dinobatkan sebagai juara Pencetus Ummah musim pertama. Hafiz atau nama sebenarnya, Muhammad Hafiz Mohd Haneefa merupakan peserta dari Selangor. Selama tujuh minggu program Pencetus Ummah berlangsung di Pusat Konvensyen, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis), Kajang, Selangor.

Hafiz, 32, memilih tajuk Pendakwah: Untung Dunia, Untung Akhirat sebagai tazkirah untuk pusingan pertama, manakala tajuk Kehidupan Rasulullah Sehingga Kewafatannya bagi pusingan kedua dengan tema cinta Rasulullah.

Hafiz berjaya menyampaikan tazkirah dan menjawab soalan yang diajukan dengan lancar dan mendapat pujian daripada juri tetap pada kedua-dua pusingan. Dia turut berjaya membawa pulang sebuah kereta Prius C, wang tunai berjumlah RM50,000, pakej umrah untuk dua orang, pakej percutian halal ke China dan sebuah trofi.

Sementara itu, tempat kedua dimenangi oleh Shahrul Hamid dengan membawa pulang wang tunai RM30,000. Manakala tempat ketiga dimenangi oleh Mohamed Zaini dan keempat Rahmat Ikhsan Mohd Sofyan, masing-masing membawa RM10,000.

Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Bukan Eksekutif Bebas Astro, Tun Zaki Tun Azmi; Ketua Pegawai Kewangan Astro, Rozaini Mohd Sani dan Ketua Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh. Tiga juri tetap yang mengadili para peserta terdiri daripada Datuk Ustaz Hassan Mahmud, Ustaz Kazim Elias, dan Habsah Omar (Abby Fana).

Datuk Aznil Hj Nawawi bertindak sebagai juri jemputan. Mimbar Akhir Pencetus Ummah dimeriahkan oleh persembahan nyanyian daripada artis popular seperti Aris Ariwatan, Hijaz dan pengacara undangan Fahrin Ahmad.

Program itu dihoskan oleh Ustaz Dr Ridhuan Tee Abdullah dan disiarkan secara langsung di Astro Oasis. Selain itu, beberapa selebriti turut hadir bagi menyaksikan program akhir ini antaranya Rozita Che Wan, Heliza Helmi, Ayu Raudah, Datuk Ramli MS, Ashraf Muslim, Siti Nurdiana, Nubhan dan Yatt Hamzah.

Credit to : Budiey

TESTIMONI SET KESUBURAN SHAKLEE

Alhamdulillah. Berkat usaha. Allah berikan rezeki zuriat kepada sebahagian pengamal vitamin set kesuburan shaklee. Jom tengok testimoni.

TESTIMONI 1 : Disahkan mengandung 6 minggu. Makan set kesuburan shaklee.


Cadangan Vitamin : 
Isteri : Gla, B-Complex & alfafa
Suami : Zinc

TESTIMONI 2 : Mengandung 6 minggu selepas 4 tahun setengah usia perkahwinan!

Cadangan Vitamin : Gla Complex

TESTIMONI 3 : Berjaya hamil setelah keguguran.


 Cadangan vitamin : 
Isteri : GLA, ESP, B Complex & Alfafa
Suami : Zink , Vitamin E

Testimoni 4 : Masalah hormon tidak stabil dan keputihan. Berjaya hamil!


Cadangan Vitamin : 
Isteri : Gla, alfafa , Bcomplex & ESP
Suami : Zinc & Vitamin E