Layanzzz...')

Monday 14 July 2014

Ibubapa Bekerja ... Bukan Alasan Gagal Bimbing Anak : BUKAN !

Dari PAGE : IBUBAPA CEMERLANG

Berikut komen seorang rakan FB mengenai perkara berkenaan:

" ada anak murid saya yg sangat saya kagumi ibubapanya, wp kedua ibu bapa bekerja sampai malam pukul 9 baru malam baru berada di rumah tp Masyaallah sangat sopan orangnya, mendengar kata dan sangat rajin buat ibadat sunat seperti baca Quran, solat sunat Dhuha dll.....betapa mak ayahnya telah pasak asuhan agama yg kukuh dlm jiwanya....tapi ada juga mak yg x bekerja anak2 lewat ke sekolah sbb mak masih lagi tidor dan selalu ponteng dan mak xkesah....."

(NorHayati Mohammad)

Nilailah sendiri wahai ibubapa yang sibuk, sibuk, sibuk.
Sibuk tidak akan habis.
Kedua-dua ibubapa - fikir, renung dan rancang masa.
Utamakan yang utama. Perkecilkan yang kecil.
Kalau kita dapat kurang 50% perkara remeh yang tidak penting, nescaya banyak masa yang akan terluang untuk kita dengan anak.

Contoh perkara remeh / tidak penting:

1. TV, TV, TV ... bijak pilih program / masa tertentu saja - program yg langsung tak bina minda (penyet minda) pun tonton juga !!. Kekadang pengacaranya saja pun kita tahu orang yang langsung tidak boleh bina minda kita / minda anak kita !
2. Baca surat khabar (sudah 10 tahun saya henti amalan buang masa tu)
3. Bual kosong dengan jiran, kawan2 ....
4. Kini memanjang dengan internet ... ya termasuk di sini ... Facebook.
5. Window shopping.
6. Hadiri majlis/upacara tertentu yg kita tak hadirpun dunia tak kiamat
7. Beli 2-3 benda, buang masa 2-3 jam di shopping mall
8. Tidur siang dan lepak2 di rumah
9. ...... pasti ada lagi ikut situasi masing2.

Apa pula perkara utama yang perlu diutamakan:

1. Bimbing anak solat, lancar baca Qur'an dan lain-lain ibadah
2. Nasihat adab dan akhlak
3. Bicara mengenai pelajaran
4. Berbicara dengan anak tentang halatuju mereka
5. Nasehat kebijaksanaan memilih kawan
6. Nasehat belajar jimat wang ...
7. Malah banyak lagi ikut nilai / prinsip masing2.

Semua ini mesti dimulakan dari kecil.
Sebab diasuh dari awallah, maka catatan petikan di atas menjadi kenyataan.

Fikirlah sendiri wahai ibubapa
Ini anak kita
Ini masa depan anak kita
Ini zuriat keturunan kita

Kids need smart parents, not smartphone !
Your child needs your presence more than your presents !
Peluang mendidik anak sekali saja. Gunakan kesempatan itu !00% !

Hendak 1,000 daya, Mahu 1,000 cara.

Ulasan aku :

Sangat bersetuju dengan artikel ini. Sebagai  FULL TIME HOUSE WIFE DEGREE HOLDERS dan menjalankan BISNES SHAKLEE di rumah. Memang sangat pack jadual aku. Dan, apa yang artikel ini sarankan...aku buat sikit demi sikit. Kalau dulu kaki TV. 90% dah aku kurangkan. Main intai-intai deko je TV. hehe

Bab anak , kalau dulu suka bagi phone kat anak..so that aku boleh buat kerja dengan aman. But now..no no no. Bagi phone kat anak ni sebenarnya membuatkan kita sengaja menjauhkan diri dengan anak dan kemungkinan one day anak tak mau dengar cakap kita sebab terlalu asyik dengan phone! Aku lebih suka layan anak even rasa cam kelakar. Main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, ajak main beskal dan kereta dalam rumah (aku tukang tolak...haha), ajak main sep-sep, ajak main eja-eja, ajak bersembang, Dia nak menari, ajak main tulis-tulis, ajar baca Iqra', kalau shoping..aku lagi suka ajak pergi kedai buku dan bagi dia pilih nak buku apa.

Bab tido, kalau dulu aku rasa..akulah ibu dan isteri yang terpenat sekali didunia, tapi tidak sekarang. Masa anak tidur adalah the best time untuk aku bekerja (bisnes online ajer..hehe). Time nilah nak update blog..nak tambah ilmu. So, kite boleh concentrate. Jangan anak tido, kita pun hanyut tido sekali. Bila anak bangun baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Tak boleh tau!

Bab masak, kalau dulu aku rasa makan bungkus tu choice yang baik..Tapi bila sedar suami akan jatuh cinta dengan bini dia bila nampak kesungguhan kita nak memasak untuk dia walaupun masak telur mata dan sardin oke..hehe. So, sebolehnya..masak! Buruk tau orang pompuan x reti masak..haha.

Oke itu ajer ulasan terpanjang plak..selamat praktik!

Jom lahirkan anak yang soleh-solehah. Jangan sibuk dengan perkara yang tak penting. Tapi sibukkan diri kita dengan tanggungjawab sebagai ibu, isteri, bapa dan suami yang mithali.  ;)

With love,
Murni Cute


kakak L.O.V.E adik


mama L.O.V.E kakak & adik

No comments: