Layanzzz...')

Wednesday, 2 July 2014

Resepi Simple Sahur

Malam semalam punya cerita. Time masuk bilik siap-siap nak tidur..tetiba aku bersuara. Abang...ayang dah masak tau. Esok sahur je dengan lauk yang ayang masak tu. Terus asben aku tercengang..bila ayang masak? (itulah agaknya yang dia fikir..hehe). So...disebabkan kecengangan asben aku.Aku nak share resepi simple sahur. x payah nak masak chicken chop sangatlah tengah2 nak bersahur. Bak kata tajuk : SIMPLE SAHUR. hehe..

Resepi : Kuah Telur Kicap

Bahan - bahan :
(dikisar)
4 biji bawang merah
2 biji bawang putih
3/4 inchi halia

setengah biji cili masak (hiris)
sedikit kicap
4 biji telur

Cara buat :
1. Gorengkan 4 biji telur (x perlu garing sangat) dan toskan minyak
2. Tumiskan bahan kisar tadi. Kemudian masukkan kicap dan masukkan sedikit air (pastikan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair).
3. Masukkan garam secukupnya (maggi cukup rasa pun boleh)
4. Akhir sekali, masukkan telur goreng tadi dan cili masak.

Dalam 5 minit. Siap dihidang.

Tadaaaa!

Selamat Mencuba!
Simple kan..hehe

Minum sahur dengan ESP shaklee untuk kenyangggg berpanjangan.

# sayajualshaklee
#sayasurirumahberijazah
#0193190733
#murni





No comments: