Malam ni aku terpanggil nak story mory tentang ~ rahsia kejayaan. Aku tak cakap aku dah berjaya tapi Alhamdulillah..aku bersyukur. Kalau nak throwback hidup aku 5 tahun lepas dengan sekarang. Dah banyak berubah!
Aku yang dulu ~ full time house wife with no income (harap duit suami ajer) hehe
Aku yang sekarang ~ work at home mommy (masih harap duit suami haha (gelak jahat). Tapi pada masa yang sama....aku dah jumpa career aku hanya dari rumah! I have my own income. I have savings (ni benda penting sangat ). Aku dah tak perlu nak keluar interview bagai untuk dapat kerja dan NEKAD, aku nak duduk rumah, jaga anak sendiri selama-lamanya. Aku bukan tak percaya taska. Tapi aku nak ambil PELUANG yang Allah dah beri pada aku untuk beri yang terbaik pada anak-anak dan suami . (panjang plak bebel..hehe).
Bila cakap pasal nikan. Aku teringat sesuatu. Kejayaan sebenarnya akan datang pada kita sikit demi sikit dengan syarat kita TIDAK BANYAK ALASAN. Kenapa aku sentuh pasal alasan?
Throwback lagi ~
Aku baru perasan. Selepas hampir 3 tahun setengah aku berniaga online dan hasilnya aku dah berjaya merasa beli :
- Laptop ACER
- Galaxy Tab 2
- Handphone Samsung SCL
- Note II
Hakikatnya..masa aku mula- mula buat bisnes online. Aku hanya pakai apa yang ada sahaja. Nak tau tak...masa aku mula buat bisnes online. Aku hanya ada handphone camera yang cikai (simple) . Aku tak ingat jenama apa. Harganya RM 300. Dan 1 lagi...pada masa tu jugak...kebetulan aku ada camera digital RM 300 jugak. Dan the important thing, aku pakai laptop yang aku lasah time dekat Universiti dulu. So 3 gadget usang itulah peneman aku sewaktu MEMULAKAN BISNES. Masa tu aku tak kenal lagi samsung la....Note II la. Zaman tu bukan senang macam sekarang. Sekarang sangat senang..ambik je gamba..upload. abis cite. Tapi zaman dulu kena ambik gambar guna camera digital. Lepas tu transfer pulak ke laptop. Lepas tu barulah upload gambar guna laptop.
Begitulah ceritanya.
Nampak tak susahnya nak buat bisnes online mula-mula dulu. Tapi aku gagahkan jugak. Aku tak reti nak fikir 'susahlah'...'malaslah'..apa yang aku tau...aku kena buat! Just do it!
Sorry to say..bila aku compare dulu dengan sekarang...Jauh lebih mudah nak berbisnes. Teknologi canggih. Tapi tak ramai yang berjaya jugak sebab sikap. Banyak alasan. Malas. So..kalau sikap kita macam ni. Buatlah bisnes apa pun. Memang takkan jadi. Believe me. Kekadang ada yang bagi alasan gini. ' malasnya nak bukak laptop '. So..kalau dah laptop pun malas nak bukak...baik campak ke lombong ajer...rugi sangat!!!
So nak BERJAYA. Jangan banyak alasan. Kejayaan tidak akan datang untuk mereka yang suka beralasan. makin kite beri peluang untuk ALASAN bertapak dalam diri kita. Makin jauhlah kejayaan nak datang dekat pada kita. Trust me!
So, kesimpulannya. Harap anda semua dapat pengajaran dari kisah aku ni yer. x kesahlah apa handphone atau laptop yang kita guna. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan buat alasan nak laptop dan handphone canggih....baru nak bergeraaaaaaak bisnes kita ni. Anda yang patut bergeraaaak dulu.
oke itu saja, sharing is caring :)
#sayajualshaklee
#Surirumahberijazah
#murni
# 0193190733
No comments:
Post a Comment