Layanzzz...')

Showing posts with label Kisah aku. Show all posts
Showing posts with label Kisah aku. Show all posts

Monday, 29 August 2016

Rumah Pertamaku

Alhamdulillah. Setelah setahun lebih menunggu. Akhirnya impian untuk ada rumah sendiri dah pun terlaksana. Syukur ;) Ini adalah RUMAH PERTAMAKU.

Rasa sangat seronok dan tak percaya pun ada sebab rumah yang aku miliki sekarang ni adalah hasil titik peluh aku berniaga ONLINE sahaja sejak lebih kurang 5 tahun lepas. Berkat MENYIMPAN.

Ini aku imagine nak design rumah one day. Tak perlu crowded tapi nak BERSIH dan KEMAS hehe..macam dalam gambar ni hahahaha... (aku google buat contoh) hahaha



Eh..back to the topic yer. Alhamdulillah...walaupun rumah yang aku miliki ni 5 tingkat a.k.a tingkat 5 la rumah flat...aku tetap hargai hasil aku berniaga online hanya dari rumah. Allah 'tak izinkan' aku kerja luar start dari pregnant anak pertama walaupun aku ade ijazah dalam bidang perakaunan, tapi Allah ade perancangan yang lagi baik buat aku iaitu berbisnes online dan syukur ini antara HASILNYA dalam bentuk aset. Simpan duit dalam bentuk aset.Ini rumah kedua kami, rumah pertama adalah teres setingkat di kelantan hasil titik peluh suami sendiri. Dan rumah flat ni di pandan jaya, kuala lumpur. Berdekatan dengan LRT STAR pandan jaya. Sekarang bagi orang menyewa. Boleh la cover bayar bank bulan2. Alhamdulillah.


(Dokumen rumah "5 tingkat" hehe)

HASIL yang paling penting adalah aku dapat jaga 100% anak aku, amanah aku yang 3 orang tu. Terima kaseh kepada encik asben sebab izinkan aku berniaga online hanya dari rumah. Rumah ni hasil titik peluh kita bersama jugak.

(one happy family @ home hehe)

Owh ya, macam mana aku apply loan rumah padahal bisnes dari rumah?

Inilah asbab nyer.. Tadaaa...



Aku guna BONUS STATEMENT SHAKLEE dan bantuan bersama dari penyata gaji suami jugak. Ye..bonus statement shaklee ni LAKU tau untuk apply rumah. hehe..

Syukur...atleast nampak hasil aku berniaga selama ni walaupun berniaga online jek. Nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat abah sebab rumah ni actually rumah abah, abah jual pada aku. Terima kasih bah sebab sabar menunggu proses nak apply loan. Muni sayang abah..hehe

Okeh itu ajer. Buat suri rumah yang lain. Jangan putus asa. Bila korang decide untuk jaga anak sendiri di rumah, create bisnes atau servis yang korang suka @ pakar dalamnya, duk rumah tak semestinya tak boleh buat duitkan. Kita semua hebat. ewahhhh

#sharing is caring
#pengedarsahshakleeterengganu
#0193190733





Sunday, 11 May 2014

Sekali sekali "buang tebiat"...x salah ;)

Assalamua'alaikum semua...jam skrg menunjukkan pukul 1.07 pagi..wahahaha. Ini bermakna aku dapat menaip post ini dgn gembira dan lancar sebab anak-anak sudah tido..hehe...

Oke...nak crita perihal "buang tebiat". Al-kisahnya begini. Kelmarin..aku berkesempatan tengok rancangan tv tajuk dia " Terima Kasih Sayang" kat TV3 pukul 6 petang. Kalau nak ikutkan aku mmg xde masa nak tengok tv, tapi petang tu mmg aku nak spend masa ngan anak-anak aku so sekali lalu lah depan TV tu kan.


ha..ni logo rancangan tu.

Apa yang menariknya cerita tu. Kisahnya ... ibu dia cabar @ bagi tugasan kat anak dara dia namanya Farah untuk kemas rumah, gosok baju, cuci bilik air, jahit butang baju & sediakan pedi cure medi cure (betul ke aku eja?) haha...untuk dialah. So aku xcited nak tgk sbb anak dara dia si Farah ni cantik tapi x biasa buat kerja rumah..bilik Farah ni pun mak dia yang kemaskan. Baik betul mak dia ni...kalo syifa buat gini..aku kasi cubit peha dia..haha. Dan..aku sgt teruja kot tgk mak si farahnya...Subhanallah...sgt cantik...dah macam kakak kau. haaa.. Dan mak dia mmg ohsem, seorang ibu berdikari yang manja dan sayangkan anak-anak perempuan dia.

Oke....abis cite part rancangan tu. Rancangan ni ditaja oleh INNERSHINE PATI PRUN.  So...apa yang aku nak HIGHLIGHT kat sini. Lepas je aku tgk rancangan tu...serius aku teruja nak cantik ..tapi bukan nak cantik macam farah...aku nak cantik macam mak dia..haha..Serius! Aku mmg salute wanita berusia tapi pandai jaga kecantikan. Kalau farah tu cantik..no wonderlah sebab dah sah-sah farah tu remaja. Tapi mak dia maybe umur dah 45 kot..tapi cantik..macam kakak dia! Dah brapa kali aku repeat ni...mak dia cantik!

So last scene rancangan tu ...mak dia tgh minum innershine.

Dan.....nak tau ape crita? Malam tu jugak aku cakap kat asben aku..'.sayang , jap lagi nak pergi WATSON tau....nak beli barang ". Korang dapat agak tak aku nak beli ape? haha...yupppp..aku nak beli innershine. tapi bukan aku beli innershine je tau. Aku beli 3,4 benda lagi...benda yang sebelum ni mmg aku x dapat hidayah pun nak beli...haha..sebab tu lah aku cakap. aku buang tebiat.

Tadaaa...ni lah hasil belian aku pada malam itu. WATSON menjadi saksi kebuangtebiatan aku.


Satu lagi aku rasa...aku buang tebiat sebab WATSON ni sebelum ni xde kat sri aman, sarawak ni. Baru je beberapa bulan kat sini. So..i'm so xcited. Lepas ni aku nak buat member card bayar RM 12, so...bolehlah kumpul pointkan. Dah kata aku nak cantik so mestilah pasni banyak barang aku nak beli. hehe. 

Satu lagi aku xcited nak cantik (wpun aku mmg dah cantik (oke perasan jap)...maybe sbb aku nak pergi Majlis NC (National Conference) Shaklee lah. Ini first time aku dapat peluang naik stage ambik Award. Bukan 1 tau..tapi 5. Terkejut mak jemah bila dapat email dari Shaklee ni. 


Alhamdulillah...serius aku x sangka pulak sampai 5 award ha aku dapat. Syukur nampak hasil usaha aku berpenat lelah selama setahun lebih dalam shaklee ni. Touching tau..haha. Boleh tahan gak aku buat bisnes kan..hehe. Pernah 1 masa aku nak quit dalam bisnes shaklee ni. Aku rasa macam x nampak hasil...tapi berkat kesabaran...ku teruskan jua dan sekarang hasilnya sikit demi sedikit terserlah. Semuanya kurniaan Allah pada hamba-Nya yang fakir ni. Terima kasih Allah ;) Dan thanks sangat pada suami yang support aku. Love u sayangku...(ececeh). 


Aku interprem trofi by Master Iffah Anuar kat sini untuk rank Coordinator. Dapat cheque RM 500. Alhamdulillah. Semoga MIA sekeluarga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 
Oke...cukup takat tu cite pasal pencapaian aku sejak akhir2 ni yer. Kita sambung balik bab cantik tadi. 
Oh ya...untuk prepartion ke arah penampilan dan kulit yang segar menjelang majlis NC ni mmg aku sangat2 memberi komiteman dan konsisten untuk buat 2 benda ni . Yang pertama aku buat MASKER Madu + ESP. 


Ha..ni mmg aku konsisten buat dah 5 hari dah. Hasilnya mmg jerawat kehitaman tu nampak pudar. Dan kulit jadi kurang berminyak. Aku cuba konsisten buat 2 kali sehari, pagi dan malam. Then yang kedua, aku mmg konsisten jugak ambil vitamin shaklee ni. ESP, vitamin c, b complex dan Vitalea. 4 vitamin ni mmg aku suka sangat-sangat. ESP ni elok untuk tenaga dan kulit. Macam aku kulit muka mmg jenis bermasalah, so minum ESP ni buat kulit aku jadi better (bekas jerawat kehitaman kian pudar) dan buat aku makin bertenaga. 


 ESP + Mango juice
Serius sgt sedap. Aku suka sangat ESP ni sebab boleh dibancuh dalam juice atau minuman lain seperti milo/susu


ESP + Orang juice

Serius sedap...nak2 time tekak tengah keringkan...hehe.

dan..inilah suplimen asas untuk siapa2 yang xde masalah kesihatan tapi nak hidup lebih sihat. Aku makan 3 vitamin ni dan aku suggest 3 vitamin ni pada yang nak cantikkan kulit dan nak tenaga. Berbaloi sangat tau. 

Oke..itu je kot yang aku nak sharing. Ha...sejam tau nak siapkan entry ni..hehe..tapi berbaloi sebab lepas dah apa yang aku nak cerita pasal buang tebiat aku tu. Oke...daaaa...kalo rasa bermanfaat. Sharelah posting ni yer..daa;p

Murni
019-3190733












Monday, 23 December 2013

Tak nak masuk kubur sorang-sorang

[X NAK MASUK KUBUR SORANG-SORANG]

Pagi ni sebelum solat subuh. Aku terfikir sesuatu. Aku fikir macam ni..kalaulah katakan bila aku mati nanti..and aku masuk kubur dan aku boleh bawak seseorang....agak2 aku nak bawak siapa? Kalau boleh nak bawak semua..tapi x muat kubur..so aku terfikir nak bawak anak aku syifa and safiyya masuk sekali.

Tapi aku tersentak. Semua tu mustahil xde siapa yang boleh teman aku masuk kubur. TAPI...Allah dah bagi aku solution and choice. Sama ada aku nak ikut atau x nak..aku nak buat atau x nak..cara nya ialah dengan mempelajari dan membaca al-quran. Seterusnya dengan mengamalkan apa yang telah disebutkan dalam al- Quran.

Itu je caranya nak bagi kubur kite nanti terang -benderang..lapang dan x sempit.
Yes..ada pun caranya. Tapi sejauh mana kita boleh disiplinkan diri untuk terus mempelajari dan membaca al-Quran. Nak2 tengah sibuk nak uruskan anak2, suami, bisnes, kerja lagi...

Cuma ingat 1 je...apa tujuan kite hidup kat dunia ni..? Kalau tujuan untuk enjoy memang lah xde masa nak baca al-Quran..walaupun dalam smart phone korang pun boleh install application untuk baca al-Quran kan..

Tapi kalau tujuan hidup kite nak beribadat pada Allah...so..banyaklah masa korang nak solat, baca Quran, zikir...etc.

Oke..itu aje..tenang hati aku dah dapat cara nak bawak 'teman' ke kubur. Tinggal nak istiqamah je lagi....X nak masuk kubur sorang2...takottt woooo...

Sekian, tazkirah habiss.

Ustazah murni.. (",)

Thursday, 19 December 2013

Magic happen kalau kita percaya!!

Harini aku nak share 1 magic yang pernah terjadi dalam hidup aku. Bulan january lepas aku nak bersalinkan anak kedua aku ni safiyyah. First aku pergi hospital sebab turun darah sekali pergi hospital doktor cek kata anak aku songsang..then dia bagitau esok aku kena operate. Time tu aku relax je tapi mak aku dah nangis sebab mak ada 9 org anak... semua bersalin normal..terrorkan mak aku..hehe

Pastu..esok paginya tunggu punya tunggu x jadi operate dan esoknya lagi aku keluar ward...4 hari pastu aku masuk spital balik sebab baby kurang gerak..lepastu 2nd time doktor cakap aku kena operate sebab anak songsang..lepastu aku pun pasrah ar kan..aku senyum jer..then baca la sket pasal operate ni..takot gak ar..

Esoknya dah pakai baju nak gi dewan bedah..ada 4 org kena bedah...aku org ke 4 tu...3 dah settle...then tiba lah turn aku kan..sebelum operation mula..doktor scan dlu tau perut aku..then die cakap apa tau..'alhamdulillah..miracle..ur baby dah pusing balik'

Memang hampir menitis air mata aku...mcm x logikkan baby pusing..kan baby dah besar dalam perut tu..macammana nak pusing?

Ni lah namanya 'MIRACLE'. Kuasa Allah tiada siapa yang boleh dugakan.

Then sekali lagi aku terpaksa balik rumah. Kali ketiga aku pergi balik hospital malam tu jugak sakit dan bersalin secara normal pada waktu pagi pukul 3.30. Lega semua selamat. Baby pun dah 11 bulan dah. Comel x? Hehe

Sekian cerita habis.
— feeling great.
 
 
Nur Hana Safiyyah bt Mohd Sharul Nizam 

Monday, 16 December 2013

Pen Note II Hilang!!

Hari jumaat lepas gi rembat note II kat kedai phone.
Then dah siap godek2..kitorang pun jadilah beli..
Tapi sebelum ambik..suruh cina tu simpan dulu phone tu. Petang kami datang ambil dan bayar.

Petang tu asben pun pergilah bayar dan ambil. Aku pun feeling wonderful and eksaited lah kan. Godek2 Note II ni sambil makan durian. Sekali baru sedar pen note ni xde. Ceklah dalam kotak baru memang xde. Dah risau takot kena tipu.

Petang tu jugak pergilah balik kedai tu. Tapi tutup.
So tunggulah sabtu x bukak. Ahad tutup dan hari ni hari isnin.
Asben aku pun pergilah menuntut pen note II ni tapi phone ni dia x bawak. Dah puas die buat perbahasan ngan cina tu. Dia surrender and balik.

Rupanya aku x taw yang pen note II ni ada kat lubang bawah phone.

Adus..Sian asben aku. Bagi die malu je..huhu
Sorry sayang..ayang memang jenis x updated..wakaka..ape daaa...
Sekian cerita habis..
feeling blessed.