Layanzzz...')

Tuesday, 11 June 2013

Persediaan bersalin ;) Checklist beg hospital

Salam..hai semua..rasanya dah lama x membebel kat blog ni..asik duk promote Shaklee jer..ahaha..bukan promote lah..BANTU org ramai yg kesihatannya x berapa baik or yg dah memang sihat tapi nak lebih sihat...ambillah Shaklee ;)

ok..arini nak cite sket pengalamanku buat persediaan sebelum bersalin...actually aku rasa, aku jenis org yg mmg suke prepare awal2..sbb aku takut tetibe beranak awal dr due date..x ke parah tu kan?

Slalunye sebulan stgh sblm due aku dah mula kumpul & pack brg ape yg nak bawak pergi spital (hospital) nak pergi bersalin & barang ape yg kene susun awal2 kat umah sementara bawak baby balik dari spitalkan...so x yah banyak bunyi lagi..jom kite Checklist persediaan sebelum bersalin ye..layannn....;)

Maklumat dr web HUKM :

Keperluan Asas Semasa Kemasukan Pesakit Ke Wad
  1.     Sepasang baju dan seluar
  2.     Tuala besar
  3.     Tuala kecil
  4.     Berus gigi & ubat gigi
  5.     Sabun mandi
  6.     Sikat
  7.     Bedak
  8.     Cawan
  9.     Termos flask / bekas air
  10.     Sepasang selipar
Pengunaan Alatan Di Bawah Adalah Dilarang
  1.     Telefon Bimbit (pandai2 la sorok..hee, boring la xde hp kan..)
  2.     Kerusi Malas
  3.     Peralatan Elektrik (TV, radio, "charger" telefon bimbit) - charger pun aku bwk jugak
  4.     Tindakan akan diambil sekiranya anda melanggar peraturan.
Pesakit Tidak Dibenarkan
  1.     Keluar dari wad tanpa kebenaran Jururawat yang bertugas.
  2.     Menggunakan sinki dan tisu yang terdapat di wad. Sinki dan tisu adalah untuk kakitangan wad  sahaja. (so kena bawa tisu sendiri la kan.. kalau nak la..)
  3.     Membawa makanan dari luar / rumah tanpa keizinan dari jururawat yang bertugas dan sekiranya kebenaran diberi, bekas makanan mestilah dicuci di rumah. Sisa makanan hendaklah dibuang dalam tong sampah. Jangan sekali-kali menbuang ke dalam singki. (ni pun aku bwk makanan jugak..lapar lah..roti, biskut, coklat..hehe..mcm nk pergi berkelah jekan..pdhal nak g beranak ni..hihi)
  4.     Membawa wang dalam jumlah yang banyak serta jangan memakai barang kemas semasa berada di dalam wad. Kakitangan PPUKM tidak bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan

Dari pelbagai sumber :

Documentation:

  1. Buku pink
  2. Guarantee Letter (GL) - utk yg keje gomen (ni penting sgt)
  3. Kad pengenalan
Ibu :
  1. T-shirt longgar/ ade butang kat depan
  2. Stoking
  3. Kain batik
  4. Sweater
  5. Set mandian (towel, sabun, berus gigi, ubat gigi, pencuci muka, syampu, sikat, bedak etc)
  6. Tuala wanita (utk materniti / heavy flow/ night)
  7. Selipar
  8. Seluar dalam banyak2 sikit 
  9. Nursing bra
  10. Tudung
  11. Breastpump manual + botol
  12. KLIK SINI -----> Set berpantang  --- ni memang wajib utk jaga body n kesihatan mama & baby ;)

Baby:
  1. set baju + mitten + booties (saya suka jenis one suit tu je / long romper takyah bawak mitten/booties segala)
  2. diaper
  3. bedung / selimut hooded
Ok, faham semua? hee..hope dapat bantu korang yg nak bersalin x lama lagi ye...slmt bersalin..aku dah 2 kali bersalin..seriuos sakit...huhu..TAPI bak kata asben aku, PAHALA yang...so senyum & anggap sakit tu nikmat yg x terkata sebab Allah bg kite sakit kejap je..pastu kite akan gembira dengan kelahiran org baru..ala tomey2...;) sekian..

Salam ceria,
Murni
whatsapp - 019-3190733 

No comments: