Layanzzz...')

Sunday, 6 July 2014

Menjemput Rezeki dengan Solat Dhuha

Assalamua'laikum semua :) Alhamdulillah..malam ni dapat mencelikkan mata menghadap blog yang aku sayang ni. hehe. Kejap lagi nak tambah ilmu Shaklee...sebelum tu aku nak cerita sikit bab solat dhuha. Solat dhuha ni aku start amalkan sejak dibangku Universiti lagi. Dan aku kenal solat dhuha masa aku di matrikulasi dan masa tu masih tenggelam timbul untuk amalkan solat dhuha ni. Nak dijadikan ceritanya...aku ingat lagi satu persatu miracle of solat dhuha.

Alhamdulillah...aku diberi kekuatan untuk istiqamah solat dhuha ni semenjak di Universiti lagi. Masih segar dalam ingatan aku. Tahun-tahun akhir di UUM. Masa tu aku di semester 6. Memang masa tu perangai aku agak pelik. Aku suka buat kerja sorang-sorang sebab pada aku...aku bebas nak buat apa sahaja dan nak pergi mana dan aku tak suka buang masa (especially nak lepak makan dekat cafe pada waktu antara satu kelas ke kelas satu lagi. Memang dah jadi tabiat aku..bangun pukul 5 pagi...dan jika sempat aku bersolat di masjid dan balik terus bersiap untuk ke kelas (walaupun kelas aku start pukul 11 pagi....memang peel aku keluar dari bilik awal sebab aku dah booking siap-siap bilik personal untuk study di library. (nurd x nurd aku dulu hehe).

Satu hari...aku belek-belek buku kat library dan masa tu aku bawak sekali electronic dictionary. Masa tu tengah popular kamus elektronik ni. Aku beli RM 300 gitu. Dan aku selit sekali kad matriks dan kad pengenalan aku. Sekali.....aku tertinggal dekat rak buku di library tu dan aku lupa (slumber aku je..memang dari dulu aku jenis careless). Aku tak ingat masa bile ntah abah aku call dan bagitau ada pegawai library call abah aku dan bagitau ada orang jumpe kamus aku tu kat library dan aku terpinga-pinga dan terus teringat! Aku terus pergi tuntut kat library dan alhamdulillah..dapat balik kamus dan 2 kad penting aku tu!

Kesimpulannya...kalau nak ikut logik. Kamus tu memang aku tak dapat balik sebab kamus tu mahal. Mesti ada yang berkenankan. So...aku anggap ni rezeki Allah bagi dan gerakkan hati si penemu barang aku tu untuk kembalikan semula barang tu pada aku.

Syukur....berkat solat dhuha. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi 'barang yang hilang pun boleh dapat semula'. :)

Oke..itu baru part I nak cerita pasal magic of solat dhuha ni. Nanti aku sambung part II, III dan seterusnya.In shaa Allah.

Sama-sama kita amalkan yer.

Ketahui dengan lebih mendalam tentang cara MENJEMPUT REZEKI dalam buku ini.




Dapatkan FREE GIFT : Tasbih digital bernilai RM 7.


Jom belajar :

TATACARA SOLAT DHUHA

No comments: