Layanzzz...')

Tuesday, 29 September 2015

Pengalaman Bersalin Ceaser

Salam semua...harini dah masuk 9 hari tempoh aku berpantang. Alhamdulillah. Syukur tak terhingga sebab dah selamat bersalinkan baby lelaki. Yeayyy...hehe

Okelah..aku nak share sikit pasal pengalaman bersalin secara ceasarean @ pembedahan. Haaa..actually masa first-first aku announce kat FB yang aku dah selamat melahirkan baby. Ramai terkejut yang aku kena ceaser. Sebab anak-anak 2 orang sebelum ni bersalin secara normal. So...inilah namanya TAKDIR...hehe..

Siapa sangka kan..?

Kisahnya bermula macam ni...21 hb pagi dalam pukul 9. Aku dah rasa sikit-sikit sakit contraction. Masa tu rasa memang sakit cuma tak kerap dan tak berpanjangan. So aku anggap itu hanya 'braxton hicks'. Hanya tanda-tanda awal sahaja.

Lepas tu pukul 3 petang. Aku perasan. Contraction dah makin kerap dan sakit. Terus aku install application "contraction timer" dalam phone aku dan aku pantau tempoh contraction tu ternyata contraction datang ada yang setiap 10 minit.

Okeh...aku cuakkk dah...due  bersalin 29.9 tau sebenarnya...So now aku masih 38 weeks 6 days.

Memula aku rasa macam tak de ape...tapi one side aku tetap prepare apa yang patut sampailah menjelang asar aku decide untuk fully pack barang dan bersedia nak ke hospital. Terus bagitau mak dan adik aku sebab asben aku kat sarawak lagi jadi minta tolong adik dan adik ipar aku hantar ke hospital petang tu usai dia balik kerja (terima kasih adik dan adik ipar) hehe.. Dan mak aku pulak tak jadi nak ke marhaban. Mak dah ready tengok-tengokkan puteri aku yang 2 orang tu dan anak adik sekali. Okeh lega....

Pukul 6 petang kami ke hospital. Singgah ke stall burger sebab aku perut kosong. Last makan kurma jek time nak bertolak ke hospital tadi. Dalam kereta sakit contraction dah mula kuat...oke fine...!


 Muka tengah tahan sakit contraction...sempat lagi cover cun..

 Sempat snap tu pic burger..finally adik aku yang makan. Rezki dia...hee

Actually..aku memang "takut" sakit contraction. Kalau fikir sakit contraction ni, sumpah rasa tak nak beranak lagi...:( tapi bila tengok baby...nakkk beranak lagi..haha

Oke...selesai beli burger terus ke hospital (aku tak sempat makan burger weh) dah sakit memang la ko tak ingat burger tu. Lagipun dah sampai hospital (HOSPITAL KUALA LUMPUR - HKL). I love dis hospital dari anak pertama sampai anak ketiga bersalin kat HKL ni.

Oke..sambung lagi.... sampai hospital terus ke bahagian PAC tu. Bagi je buku pink which is buku yang selalu bawa time check up kehamilan tu kan. Then duduk depan nurse yang baik-baik tu. Nurse tanya la macam-macam.

" Kenapa datang hospital..?
" Ada tanda ke darah keluar? Air ketuban pecah..?
" bla bla bla..."

Oke settle pertanyaan. Timbang berat 62 kg..kih kih

Then check urin. Lepas tu doc tanye lagi memacam...
Lepas tu ni saat yang aku "nantikan"..seriau weh nak buat VE. VE tu yang cek dah bape cm terbukak..haha

Tapi alhamdulillah. Nurse tu terbaik. Dia buat tak sakit pun. Okeh lega...masa ni baru bukak jalan 3 cm.

Lepas tu..diorang macam dapat detect perut aku besarrrr. Oke fine. Lepas tu bermula la sorang doc scan perut aku dia cakap lagi "perut u besar, maknye kecik"...abah dia tinggi ke?

Haha...memacam dah soklan...time ni aku maintain lagi dia cakap "maybe u kena ceaser ni"..

Dan...masa ni sakit contraction sket la...

Lepas tu...tunggu next staff nurse..scan pun cakap perut aku besar..baby besar..

Aku terkejut. last cek berat baby masa 36 weeks baru 2.9kg. Now 38 weeks and 6 days berat baby detected 3.7kg to 4.0 kg.

Haa...tak seriau kau denga? haha

Okeh..then diorang waiting pulak doktor pakar. Ha time ni dah suspend. Aku fikir positif je. Kalau kena ceaser pun takpe. Aku anggap itu yang terbaik dan aku dah sedia. "Hidup inikan penuh dengan kejutan"..hee

Okeh..pastu aku borak2 jap ngan adik aku...dan final result diorang suh aku ceaser. Okeh..nangis dalam hati :') sebab tak pernah terfikir nak kena ceaser sebelum ni..

Then terus diorang "persiapkan aku". Rupanya nak buat Emergeny Operation. Malam tu jugak nak kena operate. Doc terus call asben aku. Asben cakap cakap kat aku. Time ni dah sebak ..." ayang...kuat ek demi anak kita"...chewah...time ni aku dah sedih okeh.

Dannn...aku tau insan paling sedih masa ni adalah mak aku. Mak aku memang takuttt sangat bab operate ni sebab anak mak 9 orang semua normal ooo... (hebatkan..hehe).

Then terus bersiap nak ke bilik operation. Sumpah tak selesa masa ni sebab kena pakai tiub untuk buang air kan..

Masa ni sakit contraction dah sakit sangat-sangat. Tapi mulut aku memang tak henti dari start contraction pagi dan petang tu. Doa Nabi Yunus ni aku amalkan dan makan kurma jugak untuk tenaga.


Actually ujung-ujung kehamilan pun aku rutinkan Surah Maryam jugak. Dan doa supaya aku dimudahkan bersalin.

Lepas bersiap nak ke bilik operation tu. Time ni sakit contraction sangat-sangat sakitttt. Masa tu aku rasa nak 'lari' je. Rasa tak nak beranak dah lepas ni. Sakitttt sangat. Sampai aku ketuk-ketuk pemegang katil besi tu punya tak tahan sakit. Dan aku rasa macam "cepatla operate please!".

Pastu terus diorang tolak aku ke bilik OT. Tapi masa tu bilik OT tu penuh. So diorang letak aku kat labor room dulu. Time ni aku dah sangat tak tahan sakit contraction. Ada jururawat sorang jaga aku. Aku pegang tangan dia. Aku cakap "bila nak cucuk epidural ye? Dia cakap "kat sini takde epidural, nanti awak kena bius time operate". Dah sakit macam-macam pulak yang keluar kat mulut ni kan...

Lepas tu aku teringat pasal "entanox". Aku mintak nurse tu dan alhamdulillah...ada! Entanox ni gas yang bila kita sedut elok-elok...sepenuh hati. Kita akan jadi separa sedar. Sakit contraction tak rasa dan masa tu telinga pun tak dengar apa-apa. Mata terbukak boleh tengok orang jek...kau jadi mamai..Masa ni memang perasaan insaf je ada pada aku. Betapa Allah beri peluang rasa "mati seketika"...muhasabah diri kat sini.

Masa ni aku rasa lega sket tau. Tapi sekejap jek :'( . Aku kena lepaskan gas entanox tu sebab nak di tolak ke bilik bedah. Dan sakit contraction rasa balik. Bila aku masuk bilik bedah. Aku terkejut. Aku rasa satu perasaan yang best sebab bilik bedah ni terang, besar dan ramai orang especially jururawat and doktor dia nampak berusia sket dan berpengalaman. Aku rasa tenang dan senang.  Cuma lagu yang dimainkan kurang sesuai. Kalau masa ni dapat dengar ayat Quran aku rasa lagi cantik.

Then...bermula la episod " nak kena bedah". Seingat aku banyaklah bahagian yang kena cucuk. Kena cucuk kat belakang (ni maybe bius la kot)..then kat bahu kot. (tak ingat sangat dah) pastu kat kaki kena semburan ape ntah. Lepas tu doc tanye aku "cuba angkat kaki..boleh tak..?". Masa tu tak boleh dah angkat kaki...bius dah mula beroperasi.

Lepas tu doc ambik pisau kecik tu. Dia try cucuk-cucuk kat perut. Memang dah tak rasa apa. Masa nak mula bedah tu bahagian perut rasa macam tebal. Macam ada cas-cas elektrik pun ada tapi tak rasa apa. Tengah operate tu rasa macam badan digoyang-goyang jek. Tak lama tau dalam tak sampai 20 minit kot gitu. Tengah operate tu aku banyak termenung dan berfikir. Kena fikir positif dan buang rasa takut. Lepas tu terus bunyi suara baby nangis..."uweekkk" ..."uweekkk"...

Alhamdulillah...anak aku dah keluar..! Aku tengok kat tepi kanan nurse tengah "proses" dan bersihkan baby. Dia tunjuk baby tu baby boy dan aku intai nak tengok muka dia...Subhanallah...comelnya anak mama! Putih cam mama...haha (suka-suka claim)...

Syukur..
Syukur..
Syukur..

Lepas tu aku tengok tak kelip-kelip mata nie sampai la habis baby tu diorang masuk dalam kaca betul-betul bertentang mata dengan aku. How sweet..! Time ni nampak mata dia yang sepet tu tengah celik. Sambil masa ni semua krew dewan bedah tengah proses nak "lekat balik" kot perut yang kena operate tadi.

Bila dah selesai. Aku tak rasa sakit apa pun masa ni. blurr...***

Masa ni rasa nak jerit ucap "Terima kasih" banyak-banyak sebab semua krew yang dah bertungkus lumus buat operation ni. Aku doakan mereka semua murah rezeki. Panjang umur dan bahagia dunia dan akhirat. ameen. Rasa terhutang budi :'( . Terkilan tak dapat ucap terima kasih sebab masa tu rasa mamai.

Then...aku nak ditolak masuk ke ward. Masa tu dah pukul 11.15pm. Dan aku dilepakkan sekejap kat bilik pengawasan dan time ni dah rasa sedikit kegatalan kulit dan aku dah mula muntah..! (ni memang kesan daripada pembedahan which is doc dah explain sebelum pembedahan dilakukan).

Then sedar tak sedar dah rest kat bilik pengawasan. Aku ditolak pula ke ward dalam pukul 1 macam tu dan aku terkejut adik aku, hawa tengah tunggu aku kat situ. Thanks hawa!... Masa ni aku still mamai tapi masih sedar. Aku jerit nama dia. Dia pun terkejut...hehe

Selesai diorang pindahkan aku ke katil. Adik aku pun balik dan aku pun tidur dan bangun sekejap layan whatsapp dan tidur semula. Alhamdulillah masa tu masih bius lagi. Bahagian ceaser masih tak rasa sakit dan aku actually sabar menanti jam 5 or 6 pagi sebab doc cakap masa tu maybe dah rasa sakit sebab ubat bius dah hilang.

Tapi bila esoknya aku bangun. Still bahagian ceaser tu tak rasa sakit. Cumanya....nak bangun tu memang "bercinta". Kepala jadi pening...loya dan bila minum air je mesti muntah. So berlarutanlah muntah sampai pukul 2 petang gitu. Dan lepas tu alhamdulillah. Back to normal dah.

Dalam pukul 7.30 pagi, nurse hantar baby kat aku. Masa ni rasa macam 'mimpi' or rasa macam syukur sangat anak dah selamat "keluar"...Tapi apakan daya aku masih lemah. Nak jenguk anak sebelah katil pun lemah. Tapi gagahkan jugak bangun walaupun masa tu tiub air kencing pun masih x bukak lagi. Tangan pulak kiri kanan kena cucuk. Belah kanan ni jarum dia tercabut. Bengkak tangan aku. Habis kesan darah kat cadar.

Dalam pukul satu lebih aku dah boleh tersenyum sebab asben dah tiba daripada sarawak.


Muka ada senyum sebab dapat 'kawan pergi masjid'

Yeayy...dapat asben tengok baby kami yang ketiga (",). Dan untuk pengetahuan korang...sakit tempat ceaser tu aku masih tak rasa sampailah hari ke 4 gitu barulah terasa sakit bahagian perut bila nak bangun...bila nak berjalan...rasa dia lebih kepada rasa perut tu terbeban sebab bawah perut dah kena jahit. So nak bangun tido atau nak berginjak pusing badan kena slowly dan kena jaga nafas. Kalau tak mesti sakit.

Okeh...itulah pengalaman aku bersalin ceaser. Dramatik tak..?? hee

Okeh..next entry aku cite pasal "Pengalaman bersalin ceaser " tau...

Sebelum aku end entry ni. Aku listkan tips nak "tenang dan senang" bersalin.

1. Positif mindset - serahkan segala-galanya pada Allah. Allah boleh bantu kita dalam apa jua keadaan. Susah senang. Jadi...dia SAHAJA tempat kita mengadu. Teruskan zikir...teruskan doa yang semuanya akan selamat.

2. Buang jauh-jauh "kata-kata negatif". Contoh; kalau selalu orang cakap pengalaman ngeri pasal bersalin ceaser. Tak perlu kita fikir ngeri sangat. Be positive. Kalau kita fikir negatif kita akan jadi takut dan trauma. Lalui sahaja dengan tenang dan fikirkan yang baik-baik sahaja.

3. Amalan sunnah jangan lupa. Makan kurma untuk tenaga. Doa Nabi Yunus untuk kekuatan pergantungan kita pada Allah.

4. Amalan baca al-Quran dan solat malam. Ini sangat membantu. Amalkan sebolehnya dari awal hingga saat nak bersalin. Jiwa kita akan rasa senang dan tenang walaupun kita tengah sakit. Sakit terasa NIKMAT sebenarnya.

5. Pastikan "kita clear" dengan semua orang. Means hubungan baik dengan suami, parents, adik beradik dan orang sekeliling kita. Doa mereka sangat penting.

6. Sedekah. Tak kira sedekah duit atau sedekah benda-benda lain. Perasan tak...? Setiap kali kita bersedekah. Orang yang terima sedekah tu selalu terus doakan kita. "Semoga murah rezki". Haa...doa diorang tu yang mahal tu. So ringankan tangan kita bersedekah sebab ia menjauhkan kita dari musibah.

Okeh..itu je nak sharing. In shaa allah next entry boleh cite pasal "Pengalaman Berpantang secara Ceaser"...

Daa (",)

Alhamdulillah. Dapat dah mama baby boyyy.


Product Review :


 Herbal Blend Cream ni aku guna untuk gatal-gatal kulit lepas pembedahan. Dan letak luga dekat kulit baby yang menggelupas tu.


Sebaik kena bedah. Esoknya terus ambil zinc complex untuk makesure luka dalaman cepat sembuh dan untuk elak rambut gugur.

Dan...terus sambung SET PANTANG SHAKLEE.


Nak consultation FREE mengenai produk shaklee..?

Whatsapp : 019-3190733

No comments: