Layanzzz...')
Monday, 24 November 2014
" Pelaris " dalam bisnes Shaklee.
"Pelaris" ni mestilah mula-mula kena PAKSA DIRI untuk buat. Dari paksaan akan jadi rutin harian kita. Antara "pelaris"nya. Dimulakan dengan "pelaris" sebelum tidur. Perlu SOLAT TAUBAT dulu. Kita hamba Allah yang lemah, kenalah mengaku dosa kita dan bertaubat tak nak lagi buat dosa tu. Taubat dengan taubat nasuha. Istighfar supaya Allah ampunkan dosa kita. Bila hati kita bersih, SOLAT HAJAT lah nak minta apa pun dari Allah. Allah Maha Penerima Taubat dan Maha Pemberi.
Esoknya, niatlah nak bangun tahajud atleast seminggu sekali. Tak dinafikan nak buat tahajud ni bukan senang ye bagi yang tak biasa. Tapi as usual, PAKSA DIRI anda. Nak buat benda baik kena paksa diri supaya lama kelamaan akan terbiasa. Tahajud ni sangat best sebab impaknya hati kita akan menjadi tenang dan rezeki pun masuk tanpa disangka-sangka.
Rutin selepas subuh perlu bersedekah, sediakan tabung khas untuk bersedekah. Dan hujung bulan boleh salurkan sedekah tu pada yang memerlukan.
Pagi pulak amalkan istigfar, selawat dan zikir Ya Wahab. Semoga hati kita terus tenang dengan zikir dan meletakkan 100% pergantungan kita pada-Nya. Seterusnya selepas pukul 8, solat dhuha ni memang pintu rezeki.
Tambahan ;
- Baca surah yassin selepas waktu subuh
- Baca al-quran 1 muka surat selepas solat
- Solat awal waktu
- Selalu jaga lisan cakap benda baik
- Jaga perbuatan kita supaya tak lagha
- Berbakti pada ibu bapa
Haaa tula PELARISSnya. Semua pun dah taukan? Dah tau sila buat!
hehe..selamat melariskanbisnes
Hidup senang, hati tenang!
Nak join bisnes shaklee? Mai sini PM na :)
019-3190733
Sunday, 6 July 2014
Menjemput Rezeki dengan Solat Dhuha
Alhamdulillah...aku diberi kekuatan untuk istiqamah solat dhuha ni semenjak di Universiti lagi. Masih segar dalam ingatan aku. Tahun-tahun akhir di UUM. Masa tu aku di semester 6. Memang masa tu perangai aku agak pelik. Aku suka buat kerja sorang-sorang sebab pada aku...aku bebas nak buat apa sahaja dan nak pergi mana dan aku tak suka buang masa (especially nak lepak makan dekat cafe pada waktu antara satu kelas ke kelas satu lagi. Memang dah jadi tabiat aku..bangun pukul 5 pagi...dan jika sempat aku bersolat di masjid dan balik terus bersiap untuk ke kelas (walaupun kelas aku start pukul 11 pagi....memang peel aku keluar dari bilik awal sebab aku dah booking siap-siap bilik personal untuk study di library. (nurd x nurd aku dulu hehe).
Satu hari...aku belek-belek buku kat library dan masa tu aku bawak sekali electronic dictionary. Masa tu tengah popular kamus elektronik ni. Aku beli RM 300 gitu. Dan aku selit sekali kad matriks dan kad pengenalan aku. Sekali.....aku tertinggal dekat rak buku di library tu dan aku lupa (slumber aku je..memang dari dulu aku jenis careless). Aku tak ingat masa bile ntah abah aku call dan bagitau ada pegawai library call abah aku dan bagitau ada orang jumpe kamus aku tu kat library dan aku terpinga-pinga dan terus teringat! Aku terus pergi tuntut kat library dan alhamdulillah..dapat balik kamus dan 2 kad penting aku tu!
Kesimpulannya...kalau nak ikut logik. Kamus tu memang aku tak dapat balik sebab kamus tu mahal. Mesti ada yang berkenankan. So...aku anggap ni rezeki Allah bagi dan gerakkan hati si penemu barang aku tu untuk kembalikan semula barang tu pada aku.
Syukur....berkat solat dhuha. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi 'barang yang hilang pun boleh dapat semula'. :)
Oke..itu baru part I nak cerita pasal magic of solat dhuha ni. Nanti aku sambung part II, III dan seterusnya.In shaa Allah.
Sama-sama kita amalkan yer.
Ketahui dengan lebih mendalam tentang cara MENJEMPUT REZEKI dalam buku ini.
Jom belajar :
TATACARA SOLAT DHUHA
Wednesday, 25 December 2013
Kelebihan solat dhuha
Assalamua'alaikum..
Entry kali ni nak sembang tentang solat dhuha. Alhamdulillah...aku dah amalkan solat dhuha ni semenjak di universiti dulu. Kesannya memang sangat awesoma.
Urusan harian kita dipermudahkan dan rezeki mencurah-curah dari sumber yang tak disangka-sangka. Jom kita baca sikit info mengenai solat dhuha ya.
Ruang Waktu dan Waktu Afdal
Sesuai dengan namanya Dhuha yang bermaksud pagi, jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau disebut dalam kitab-kitab fekah sebagai tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu al-Rumh atau batang lembing iaitu kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7:30 pagi hingga 1:00 tengah hari.
Waktu afdalnya adalah ketika sinar matahari kian panas. Berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam, Rasulullah s.a.w. menjelaskan:
“Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.”
Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10:00 pagi hingga 1:00 tengah hari (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
Cara Perlaksanaan
Secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)
Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.
Jumlah rakaat solat Dhuha adalah 2, 4, 8 atau 12 rakaat. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Niat Solat Dhuha adalah seperti di bawah:
Sahaja aku solat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala.
Kemudian, setelah selesai solat Dhuha maka bacalah doa ini:
Maksud doa:
“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu , keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu". "Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh”
Nota
Kepada orang yang tidak menghafal surah-surah yang disarankan iaitu surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua, boleh dibaca apa-apa surah. Yang penting niat kita adalah ikhlas untuk Allah SWT.
Berkenaan doa pula, boleh baca mana-mana doa yang berkaitan tetapi lebih afdal baca doa solat Dhuha yang khusus. Doa itu sememangnya cukup baik dan sempurna untuk memohon keberkatan rezeki dari Ilahi.
Dalam satu riwayat Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)
