Semalam aku terbaca satu artikel tajuk lebih kurang begini : Kenapa Rasulullah melarang kita tidur selepas subuh?
Lepas aku baca artikel itu. Aku tersentak dengan 'kesan buruk' tabiat tidur selepas waktu subuh dan terus aku forwardkan artikel itu pada suami.
Subuh tadi... (manusia mudah lupa). Usai suami balik dari masjid. Suami kejutkan aku dan terus 'bertazkirah'. Ya...mengenai artikel semalam. Dan suami pesan...'ayang jangan hanya baca tapi tidak amalkan'.
Dalam kemamaian aku angguk tanda faham dan terua bangun...basuh muka dan gosok baju suami. Seterusnya memulakan aktiviti harian dan setelah hampir ke semua kerja rumah disiapkan..aku lihat jam baru pukul 8.30. Aku tengok sekali lagi...ya, baru pukul 8.30 pagi. Sudah banyak kerja selesai.
Allahuakbar. ..indahnya berpagi-pagian. Kita akan punyai banyaaaaak masa untuk settelkan kerja rumah tanpa bekejar-kejar berbanding jika kita suka tidur selepas subuh. Kepala akan menjadi berat dan badan juga lemah. Kerja harian juga seperti banyakk untuk diselesaikan.
Jadi...jom amalkan. Elakkan tidur selepas waktu subuh. Rezeki datang pun diawal pagi dan ambil lah keberkatan pada pagi hari ♥
No comments:
Post a Comment