Layanzzz...')

Saturday 29 August 2015

Persiapan bersalin : Anak ketiga...!

Assalamualaikum semua..wah...dah lama x buat entry. Busy la konon...hik hik.. Okeh..straight to the point. Arini aku nak share. Final preparation untuk menyambut kelahiran baby ke-3 aku pada bulan 9 ini. 

In shaa allah...

Bulan depan..x lama dah. Semoga berjalan lancar. (",) 

First of all..aku prasan. Masuk baby ke 3 ni. Preparation tak secepat baby pertama dlu. Hehe.. Kalau baby pertama dulu. 7 bulan usia kandungan. Aku dah siap2 prepare dah. Means...time tu kalau bersalin...dah boleh sangat sebab dah siap semua persiapan nak ke hospital dan sambut baby... 

Tapi untuk anak ke-3 ni...aku relax jekk..bukan sebab x fikir..tapi maybe banyak tanggungan dah kan...kebetulan masa pregnant 7 bulan tu tengah puasa...nak raya lagi. So byk benda yang rasa lagi utama.. Tup tup..baby dalam perut masuk 8 bulan pun masih belum full preparation. Tapi dalam ati mmg risau...risau kalau tetibe ditakdirkan beranak awal...hailah ape pun x siap sangat lagi.. 

Dan...Alhamdulilah. Berkat beli sket2..dan berkat pertolongan mak n adik aku...bawak aku gi sana sini. Beli sket2 barang. 33 weeks dah siap semua barang. Lega mak jemah...haha. Okeh...ni nak share sket..barang2 persiapan ke hospital untuk mama and baby.. and also barang2 untuk menyambut bayi. 

Anak ke-3 ni byk gak barang yang x perlu dibeli. Tapi ada gak yang beli baru sebab excited.....scan dapat baby boy.. 

Wallahualam. Asalkan baby sihat yer...

Jom layan gambar (",)


Ni antara barang wajib yang perlu dibawa ke hospital. Antaranya ;

-- Tuala besar mama
-- Tuala kecik mama
-- Maternity Pad
-- Kain Batik
-- Baju 

 -- Plastik
-- Bra & Panties secukupnya
-- Toiletries (cleanser, feminine wash, herbal cream, ubat dan berus gigi, mandian serai wangi
-- Stokin
-- Tudung lebih
-- Makanan (Cth ; Biskut Jacobs, milo, susu, kurma, air selusuh)
-- Minyak Gamat

Lain -lain yang sangat penting ;
- Charger
- Telekung
- Tafsir Al-Quran
- Majalah atau buku
- Selipar
- Kad Merah (kad check up bulanan tu)
- GL (General Letter kot bagi yang nak dapat bilik kat HKL)
- Vitamin Shaklee ; Super duper penting, time2 nak dekat beranak tu, telan ostematrik 4 bijik. In shaa allah senang meneran..hehe



Ni pulak antara keperluan bayi yang nak dibawa ke hospital. Antaranya;

-- Tisu basah
-- Set mandian mini
-- Barut bayi
-- Napkin
-- Baju lengan pendek
-- Baju lengan panjang
-- Sarung kaki dan sarung tangan
-- Pampers secukupnya
-- Selimut
-- Tuala bayi
-- Topi
-- Lain -lain ; putik kapas, minyak telon



Dan...jangan lupa asingkan 1 plastik kecik yang ada 3 barang ni. Bila kita nak masuk laboor room 3 barang penting ni mesti nurse mintak usai baby dah "keluar" iaitu pampers, barut dan baju. Nanti nurse bedung ngan kain hijau hospital tu..ngeh ngeh (can't wait...!)


Tu dia dah masuk beg dah. Actually. Beg-beg cantik nih aku rembat mak aku punye. Bag Avon tau..haha..Mekaseh mak..jasamu tidak ternilai...hehe


Ni pic sekitar shoping barang baby. Time ni kat CAREFOR.

 
Ni pulak dekat mydin...singgah mamam jap kat marrybrown.





Aku sangattt excited nak amalkan SET PANTANG SHAKLEE ni. Owh ye..actually. Set pantang shaklee ni ada 4 vitamin asas ; vitalea, bcomplex, vitamin c plus dan zinc complex. Lepastu boleh add on ESP, peppermint ginger dan ostematrix.
Setiap suplimen ni ada FUNGSI TERSENDIRI yang diperlukan oleh badan kita. Aku explain scara mudah bagi uoll faham yer (",) :
~ Vitalea ni mmg sumber TENAGA. Satu lagi "penyelamat" bagi mereka yang darah rendah, petanda kurangnya zat besi dalam badan kita.
~ B-Complex pulak ada asid folik, eloklah untuk anti-stress. Bcomplex ni bertindak sebagai "penenang". Elak meroyan. Baik jugak tau untuk kulit.
~  Vitamin C Plus nie pulak memang jaga kulit kita dari mudah tumbuh jerawat dan sumber collagen then jaga imun badan ibu supaya tak mudah lemah, elak demam dan selsema.

~ Zinc Complex pulak memang sangat best untuk elak keguguran rambut dan percepatkan sembuhnya luka bersalin.

~ ESP Shaklee pulak sumber tenaga, kulit cantik dan MILK BOOSTER bagi mereka yang menyusukan anak. Seronokkan dapat sususkan anak dengan susu yang meriah.

~ Peppermint ginger ni aku dah test makan sejak pregnant 8 bulan. Mudah nak "buang angin" dalam badan. Takdelah perut tu kembung dengan anginkan..Ia juga bantu kurangkan keputihan ketika hamil.

~ Ostematrix ni pulak sumber kalsium. Elak kaki krem. Elak tulang rapuh, elak gigi patah.


Tu dia aku kongsikan serba sedikit persiapan bersalin anak ketiga ni. Doakan semuanya selamat yer (",) 4 weeks to go....Semoga segalanya lancar. Amin.



Pst : Bagi uoll yang nak aku consult pasal set hamil, set pantang dan set menyusu shaklee. Feel free untuk direct whatsapp ke 019-3190733 tau. Kite discus. Sharing is caring...hehe

Daaa...

Saturday 15 August 2015

10 cara kreatif bersedekah.

Duk google "cara kreatif bersedekah". Terjumpa blog ni ~ TAZKIRAH.NET 

Sangat bermanfaat perkongsiannya. Semoga idea ini dapat kita apply 1 per 1 untuk kebaikan bersama. (",) 

Cara Kreatif bersedekah ~

#1 – Pewangi & Sabun Basuh Tangan

Jika kita selalu ke masjid di seluruh negara, maka kita akan perasan bahawa tandas masjid sangat kekurangan sabun untuk membasuh tangan. Kadang-kadang tandas juga agak berbau walaupun dicuci bersih. Jadi ada baiknya jika kita dapat belikan sabun dan juga pewangi, kemudian letakkan di masjid yang berhampiran. Insyallah ramai yang akan menggunakannya.

#2 – Selipar Untuk Masjid

Kebanyakkan masjid juga kekurangan selipar yang digunakan untuk mengambil wudhu ataupun masuk ke tandas. Jika tempat mengambil wudhu dan tandas agak jauh, maka sukar untuk mereka yang memakai kasut hendak berkaki ayam ke sana. Oleh itu sangat wajar jika kita dapat beli sepasang dua selipar jepun dan letaklah di masjid untuk kegunaan orang ramai.

#3 – Simpan Syiling

Jangan pandang remeh terhadap duit syiling, ia mampu membuat perubahan. [Freepik]
Setiap hari kita akan mendapat syiling yang banyak terutamanya dari baki pembelian. Jadi bermula hari ini apa kata wujudkan satu tabung khas untuk menyimpang baki syiling ini dan kemudian sedekahkan setiap syiling yang disimpan ini kepada mereka yang memerlukan setiap hujung bulan. Kadang-kadang tanpa kita sedar, seminggu sahaja kita dapat kumpul hampir RM10!

#4 – Berikan Baki Bayaran

Apabila kita makan diwarung kecil, membeli produk di kaki lima, naik teksi seorang pak cik tua dan mereka yang memerlukan, biasanya akan ada baki wang bagi bayaran pembelian yang kita lakukan. Contohnya kos naik teksi RM7.60 dan anda berikan wang RM10, maka anda boleh minta pemandu teksi simpan sahaja baki tersebut. Mereka biasanya sangat berterima kasih dan gembira dengan pemberian tersebut.

#5 – Kain Pelikat & Telekung

Banyak surau di tempat membeli-belah dan rawat dan rehat khususnya kekurangan kain pelikat dan telekung untuk kegunaan solat orang ramai. Apabila ditempat sebegini, kadang-kadang pakaian kita terdedah dengan banyak perkara yang kotor, jadi kain pelikat dan telekung ini menjadi satu keperluan untuk bersolat. Jika anda dapat sedekahkan kain pelikat dan telekung pastinya ramai yang dapat manafaat.

#6 – Makanan Kucing

Banyak sekali kucing terbiar di luar sana yang perlukan perhatian kita. [Wallpaperup]
Ramai rakyat Malaysia yang sangat sukakan kucing sebagai haiwan peliharaan, namun tidak kurang banyak juga kucing yang terbiar diluar sana. Kucing ini menjadi ganas dan menggangu orang khususnya di kedai-kedai makan kerana mereka kelaparan. Oleh itu, ada baiknya jika kita membeli makanan kucing dan berikan mereka makan apabila kita melalui sesuatu kawasan tersebut.

#7 – Tumpangkan Rakan Atau Kenalan

Allah s.w.t kurniakan kita kenderaan agar kita boleh berikan manafaat kepada ramai orang. Jika ada rakan, kenalan atau jiran yang hendak menuju ke destinasi yang sama dengan kita, maka tumpangkanlah mereka tanpa sebarang bayaran. Konsep ‘carpool‘ untuk pergi kerja juga adalah salah satu konsep sedekah yang sangat bagus.

#8 – Bantu Angkat Barang & Lintas Jalan

Nilai murni seperti membantu orang lebih tua mengangkat barang atau melintas jalan raya yang diajar ketika sekolah rendah dulu hanya tinggal kenangan. Apa kata kita hidupkan kembali nilai murni ini, contohnya jika kita sedang memandu dan ada orang hendak melintas jalan, apa kata berikan laluan untuk mereka melintas jalan terlebih dahulu. Jika ada orang sedang membawa barangan yang banyak, cuba pelawa untuk membantu mereka.

#9 – Kertas & Pen

Segelintir umat Islam tidak mencatat apabila mendengar kuliah. [Empowergh]
Di mana-mana majlis ilmu sama ada ceramah, tazkirah dan kuliah di masjid, biasanya mereka yang mendengar tidak membawa sebarang pen dan juga buku catatan sedangkan kalau kita tak mencatat, maka kita akan lupa ilmu yang disampaikan. Kita boleh beli satu kotak pen dan kertas A4 untuk diagihkan di dalam majlis ilmu tersebut. Kos bagi pen dan kertas bukanlah mahal, tetapi manafaatnya sangat besar untuk menyuburkan budaya ilmu.

#10 – Damaikan Dua Pihak Yang Berbalah

Sekarang kita berada di dalam komuniti yang sangat kompleks dimana kadang-kadang manusia itu berselisih faham kerana perkara yang remeh temeh. Jika sebelum ini kita mengambil sikap berkecuali, apa kata selepas ini kita mengambil inisiatif untuk mendamaikan mana-mana pihak yang berselisih faham. Mendamaikan mereka yang berbalah juga adalah salah satu bentuk sedekah.

Rumusan – Sebarkan Perkara Yang Baik

Bersedekah yang paling baik ialah kita memberikan sesuatu yang orang benar-benar memerlukannya. Kadang-kadang kita sedekah sabun di tandas masjid itu lebih baik dari sedekahkan naskah surah Yasin di masjid yang sememangnya sudah banyak naskah al-Quran dan Yasin yang tidak dibaca.
“Setiap kebaikan adalah sedekah” Hadis Riwayat Muslim
Apabila kita menyampaikan sesuatu yang baik juga dianggap sebagai satu sedekah. Maka dengan wujudnya pelbagai sosial media sekarang, cuba gunakan untuk menyampaikan pesanan yang baik-baik untuk diri sendiri dan juga orang lain. Peringatan itu juga menjadi satu sedekah buat kita kepada orang lain.

Paling kurang, anda kongsikan artikel ini juga satu sedekah yang mana selagi mana orang membacanya, selagi itu anda mendapat saham akhiratnya. Semoga bermanafaat!

Credit to blog : TAZKIRAH.NET