Assalamualaikum..
Pemakanan sebenarnya mempengaruhi kesuburan kita. Jom kita pelajari 5
Amalam pemakanan persediaan untuk hamil. Saya akan berkongsi sedikit
tips buat suami dan isteri tentang amalan pemakanan sebelum hamil.
Pemakanan yang sihat dapat membantu anda menjalani fasa sihat sepanjang
tempoh hamil.
1. Memperbaiki Gaya Pemakanan
Anda dan pasangan perlu duduk berbincang tentang gaya pemakanan anda.
Sebaiknya makanan yang diambil itu kurang lemak tetapi banyak serat.
Amalkan setiap hari mengambil buah-buahan, sayur-sayuran,bijiran dan
makanan yang kaya dengan kalsium. Kekurangan nutrien dalam badan boleh
mempengaruhi kitaran haid.
2. Ambil Supplemen tambahan
Anda disarankan mengambil vitamin tambahan untuk memastikan anda
mendapat cukup asid folik dan nutrien yang lain bagi meningkatkan
peluang anda untuk hamil. Sesetengah vitamin dan mineral seperti vitamin
C, E dan zink serta asid folik penting untuk membentuk sperma yang
sihat dan berkualiti.
Shaklee menawarkan suplemen untuk kesuburan. Sila klik SINI untuk membaca lebih lanjut.
3. Makan asid folik
Kajian menunjukkan selain penting dalam trimister pertama kehamilan, asid folik juga memainkan peranan dalam meningkatkan peluang anda untuk
hamil!
4. Dapatkan berat badan ideal
Golongan yang mempunyai berat badan berlebihan dikhuatiri menghadapi
komplikasi kehamilan manakala yang terlalu kurus pula dikhuatiri akan
melahirkan bayi yang tidak cukup berat badan atau kelahiran pra matang.
5. Hindari tabiat buruk
Anda yang merokok, tinggalkan tabiat merokok anda kerana ia bakal
memberi kesan jangka panjang terhadap kandungan kelak. Kurangkan juga
pengambilan minuman yang mengndungi kafein.
Sumber: Majalah Pa&Ma
No comments:
Post a Comment