Layanzzz...')

Tuesday 6 October 2015

"Sayangnya Tak Kerja"

"sayangnya tak kerja"
"ruginya tak kerja"

Ayat-ayat ini sudah biasa aku dengar daripada mereka yang memikirkan 'betapa ruginya aku yang memiliki degree dalam perakaunan tetapi tidak bekerja tetap sebagai seorang akauntan atau pun bidang lain seperti guru'.

Aku hanya tersenyum.. dan kadangkala membalas. "Tak rugi pun..memang saya pilih untuk jadi suri rumah dan jaga anak sendiri. Dan saya ada buat bisnes dari rumah". Tegasku. (",) Alhamdulillah.

Dan kebiasaannya mereka juga membalas dengan senyuman tanda menerima jawapan balasku.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Okeh..

"Let me explain"

Untuk pengetahuan semua..aku bukanlah antara orang yang 'tertekan' dengan soalan-soalan sebegitu. Aku bersyukur sebab sepanjang 6 tahun aku jadi "suri rumah berijazah". Hanya 1 % sahaja yang kata "rugi atau sayang". Aku bersyukur sebab suami dan mak abah aku tak pernah bebankan aku untuk menggunakan degree aku untuk bekerja makan gaji.

Kisahnya bermula. Bila aku berhenti kerja disebabkan berkahwin. Lepas kahwin aku pernah jadi guru selama 3 bulan dan aku terus jadi suri rumah SEPENUH MASA sampailah dapat anak dan anak pertama usia 6 bulan baru aku dapat petunjuk dari Allah untuk mulakan langkah berbisnes online. Disinilah bermulanya tugasku sebagai "work at home mommy". Kalau dulu ya aku suri rumah sepenuh masa. Tapi sekarang tidak lagi. Aku bekerja tapi hanya dari rumah.

"Bukan mudah"

Aku akui, bukan mudah nak ambik keputusan TEKAD untuk terus buat bisnes dari rumah sedangkan aku ada degreekan..? Tapi alhamdulillah. Percubaan aku dalam bisnes menjadi. Permulaan income pertama dalam bisnes hanya RM 700 sahaja dan aku terus melangkah step by step dengan sokongan suami dan akhirnya berjaya dapat income LEBIH DARIPADA gaji degree.

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Jadi..inilah sebabnya aku katakan. "Tak rugi langsung aku tak bekerja makan gaji dan ambil keputusan TEKAD terus berbisnes online dari rumah sebab ;

1. Suami tenang aku 24 jam kat rumah

Suami mana yang tak suka bila isteri 24 jam duduk dirumah? tak payah cerita suami orang lain. Cerita pasal suami aku. Suami pernah menyatakan rasa 'lega' nya bila dia bekerja dalam masa yang sama dia tenang bila aku tak bekerja diluar dan tetap dirumah. Boleh elak macam-macam fitnah katanya dan yang paling penting banyak masalah settle. Aku tak perlu balik lewat atas tuntutan kerja. Aku tak perlu pergi awal atas tuntutan kerja. Aku tak perlu berkursus atas tuntutan kerja. Dan yang paling penting. Aku tak perlu hantar anak ke pengasuh atas tuntutan kerja. Kami boleh makan bersama waktu breakfast, lunch dan dinner. Aku masak apa yang aku rasa mudah dan simple asalkan suami kenyang..;) Jimat kat situkan.

2. Tak perlu duduk berjauhan

Ini nikmat terbesar kami sejak berkahwin. Pernah kami ambil keputusan untuk duduk berjauhan disebabkan aku dapat kerja di KL sebagai akaun eksekutif pada masa itu (baru lepas lahirkan anak pertama). Tapi last sekali..sehari sebelum suami nak balik ke sarawak (rumah tetap kami). Aku terus batalkan niat nak kerja luar dan terus ikut suami balik ke Sarawak.

3. Jaga anak sendiri

Aku enjoy dapat jaga anak sendiri. dapat tengok dia membesar 24jam dengan aku. Aku tau bila kali pertama dia senyum..hehe. Bila gigi first dia tumbuh..? Kalau dia jatuh ke lebam ke aku tau sebab aku ada kat rumah. Aku tau what happen..? Kalau dia sakit perut..aku tau ape dia makan sebab aku je yang suap makan dalam mulut dia. So semua perkembangan dia dalam tangan aku. Aku tau bila dia menangis..aku ada 24jam dengan dia untuk tau..apa masalah kamu wahai anak...?' Dan aku tau moment anak masa kecik ni sekejap jek dan tak dapat nak putar balik. So aku enjoy jaga anak sendiri. Sangat best and priceless. Dan Allah itu sesungguhnya maha pemberi nikmat. Dia beri aku anak-anak yang mudah dijaga dan sihat alhamdulillah setakat hari ini.

3. Ada income sendiri

Aku tak nafikan. Memang agak rugi bila ada degree tapi kita tak berincome. Tapi depends. Kalau disebabkan kita tak buat bisnes dari rumah tu tak menyebabkan kita ada masalah kewangan so memang tak rugi dari segi kewangan. Tapi kalau ada masalah kewangan bila kita ambil keputusan untuk duduk dirumah tanpa berbuat apa-apa bisnes. Memang kita perlu buat sesuatu. 'Tiada istilah ruginya jaga anak dan tak bekerja luar, tapi lagi beruntung kalau kita tak gunakan 'teknologi canggih' sekarang ni untuk jana income hanya dari rumah sahaja.Macam-macam benda kita boleh berniaga. Ramai kawan-kawan aku pun buat bisnes online dari rumah. Jual tudung, jual baju, jual barang baby. Aku pilih bisnes shaklee sebab fleksibel sangat.

4. Senang ikut suami kemana saja

Satu lagi. Kerjaya suami aku sebagai pegawai polis, kekadang kena outstation. Taulah duduk di sarawak. Kami selalu juga travel ke kuching (luar daerah). 3 jam dari rumah kami di sri aman. So...bila suami kena kerja luar daerah je...apa lagi....ikuttttt..! hehe..x payah nak ambik cuti bagaikan...ikut dan terperap dalam hotel sampai suami abis kerja. Malam tu ada free kami keluar la pergi makan..jalan-jalan shoping mall. best ke best..? Dalam masa yang sama..anak tidur...aku start la bukak laptop, settlekan order and payment customer. 

5. Senang nak cuti

Hal CUTI pun syurga sangat. Takde masalah. Bila asben dapat cuti je aku ikut...takde hal pasal cuti sebab aku tak terikat kan....dan yang bestnya bila kami balik kampung ke KL. Aku dapat peluang ke class yang dianjurkan oleh upline shaklee kami. Kelas ni memang tak wajib tapi kalau dapat pergi lagi baguskan. Dapat tambah ilmu. Dapat eratkan silaturahim. Aku teruja ditakdirkan Allah 'terjerumus' dalam bisnes shaklee ni. Ramai ibu-ibu yang dulunya bekerjaya hebat seperti engineer, doktor, nurse, guru, lecturer...akhirnya mereka "terpaksa" berhenti kerja tetap itu dan terus memilih bisnes shaklee sebagai kerjaya tetap mereka atas tuntutan dapat 'menjaga sendiri' anak-anak di rumah. Ada juga yang sambung study sambil buat bisnes shaklee sebagai main income mereka. Hebatkan...

6. Banyak masa dengan DIA

Aku tak nafikan. Bila banyak masa dirumah. Kita sendiri "tak kelam kabut" nak kejar masa kerja. Pengalaman masa aku kerja dulu memang tak banyak masa untuk beribadah. Aku boleh bangun pagi seperti biasa tak bersesak ke tempat kerja. Cuma bila waktu balik kerja pernah sampai rumah isya' masa tu dah tak sempat maghrib akibat waktu maghrib yang singkat dan tempat kerja jauh dari rumah. Masa tu rasa sangat la berdosa. Jadi..bila aku fikir semula...syukur sangat bila bekerja dari rumah ni. Masa tak terikat... bangun subuh awal pagi..anak-anak masih tidur..jadi feel free sangat nak beribadah nak santai-santai mengaji. Time2 tu la nak tenangkan fikiran. Siang nanti dah tau mesti banyak kerja nak buatkan.. masak..kerja rumah...layan anak dan suami, bisnes lagi.

7.  Jimat masa

Ni 1 jugak. Dah sah jimat masa tak perlu hadap jem ke tempat kerja. Syukur sangat. Masa bersama suami pun fleksibel. Tiada istilah 'jarang jumpa walaupun duduk serumah'. Ada je kan pasangan yang macam tu. Kalau ada..baik selesaikan situasi tu cepat-cepat. Sayangkan pasangan kita. Jangan disebabkan kerjaya..masa kita dilimitkan. Especially masa dengan anak. Siang dah dihantar ke pengasuh. Malam pulak kita balik lambat. Sian kat anak kan.

7. Enjoy dengan "kerja sendiri" tak terikat

Tak terikat ni maksud aku "takde pantauan bos". Contoh; dulu aku stress masa praktikal training bahagian "auditor". Pernah sekali aku silap cop kat borang penting untuk customer, manager tu 'tengking' aku sampai aku menangis. Stresss sangat selagi kerja tak siap. Rasa macam kena paksa. Selagi kerja tak siap, selagi tak pukul 6 petang, selagi tu tak boleh balik rumahkan. So compare dengan bisnes sendiri yang dibuat dari rumah, 'kita sendiri tentukan masa kita". Tak terikat dengan sesiapa. Yang penting pandai bahagi masa. Kita sendiri tentukan bila masa layan suami? Bila masa layan anak? Bila masa nak buat kerja rumah? Dah settle...baru boleh concern pada bisnes pulak. Tak terikat dan tak terpaksa. Rela hati.

8. Explore bisnes lain atau minat lain

Bila masa FLEKSIBEL dan tak terikat. Aku bebas untuk layan minat aku sendiri. Contoh; aku minat nak explore pasal bisnes tudung kanak-kanak dan alhamdulillah berkat berani mencuba, aku buat bisnes tudung dan jadikan anak sendiri sebagai 'model' jenama HANA'S HIJAB. Aku berjaya jual lebih daripada 100 helai tudung kanak-kanak. Syukur sangat dapat pengalaman keluarkan produk sendiri. Dan belajar marketing.


Kesimpulannya. Tiada istilah 'sayangnya tak kerja" walaupun kita belajar tinggi-tinggi asalkan kita pandai menggunakan masa sebaiknya dan niat kita baik iaitu nak jaga keluarga dan pandai 'buat duit' hanya dari rumah.

Bagi ibu-ibu yang sudah mula rasa 'nak duduk rumah jaga anak sendiri'. Mulakan bisnes dari modal terendah untuk anda dapat pengalaman dan boleh mulakan secara part time walaupun anda sedang bekerja sekarang. Mana tahu ada rezki, dari kecil-kecilan menjadi besar dan anda boleh memilih untuk berhenti kerja satu hari nanti..siapa tahukan..?

Bisnes shaklee pilihan yang TEPAT untuk anda memulakan bisnes. Saya boleh bantu anda..!

                                                                                                                      Murni (019-3190733)
                                                                                                               Pengedar sah shaklee anda.