Layanzzz...')

Tuesday 18 March 2014

Dato' Harun Din mula bersuara mengenai MH370.

Ini antara Intipati Kuliah yang disampaikan oleh beliau selepas solat Maghrib di sebuah masjid:

1.Kembali kepada cara hidup islam. Sistem Islam, kembali kepada Allah.
Insaflah yang kita sedang diuji Allah.

2.Air di empangan makin kurang. 3/4 Malaysia berjerebu dan terbaru MH370. Berpuluh-puluh kapal dan aircrafts cari pun tak jumpa. Allah nak ajar manusia bahawa ilmu kita ni sangat sedikit berbanding ilmu Allah.

3.Kalau diambil seluruh lautan dan seluruh pokok dan tumbuhan hingga habis untuk dijadikan tinta, masih tak mampu nak menulis kalimah Allah. Apatah lagi ilmuNya.

4.Beliau(Dr Harun Din) bacakan ayat quran ..jangan makan dan minum yang haram…maka kalau kita langgar ..mengundang kemurkaan Allah lalu Allah akan turun bala.

5.Apa yang berlaku pada MH370 jadikan Malaysia tumpuan seluruh dunia. Allah malukan kita dengan peristiwa tikar terbang sehingga Arab Saudi kata kita biarkan syirik berleluasa. Memang itu yang berlaku sebenarnya… Allah hina negara kita dengan peristiwa macam ni.

6.Majoriti manusia tak melihat peristiwa yang berlaku dengan mata hati bukan mata kasar. Mata hati kita buta kerana banyak maksiat dan syirik. Allah ingatkan kita..kembali padaNya..pohon maaf..insaf.

7.Bila dah 3 ke 4 hari tak jumpa baru nak ingat Allah.. Baru nak solat hajat. Bagi yang terang mata hati..terus baca innalillahi wainna ilaihirojiuun sewaktu awal-awal peristiwa berlaku.

8.Beliau(Dr Harun din) mengeluarkan pendapat ikut pengalaman, beliau melihat Saudi Airline dan Brunei amat menekankan kepada juruterbang mereka bacaan doa(bagi yang muslim) sebelum melakukan penerbangan.

9.Kenapa kita tak berserah pada Allah dalam setiap permulaan perjalanan? Di malaysia ni..banyak sangat orang Islam percaya perkara khurafat..bomoh dah jadi kelaziman hinggakan orang buat tikar terbang di KLIA pun tiada orang Islam yang menghalang… Hingga 1 dunia tengok kebodohan dan kesyirikan yang berlaku di negara kita… Lihat dengan mata hati…itu penghinaan Allah pada kita.

Diolah semula oleh penulis asal
Daisyteapot.

Sunday 16 March 2014

Kempiskan perut dengan Herbalax

Sebelum tu kita kena faham...apa maksud detox?

Detox adalah proses pembersihan usus dimana segala lemak, lendir dan toksin yang melekat di dinding usus dikeluarkan melalui pembuangan najis. Selepas dinding usus kita bersih, barulah badan kita dapat menyerap nutrien dengan kadar optimum. Haa, Nampak x betapa pentingnya proses detox disitu? Bermakna...selagi x detox...selagi usus kita tak bersih..nutrien tidak dapat diserap oleh badan pada kadar optimum. Dan...dengan kata lain, sebelum kita makan apa-apa vitamin, detox dulu dengan herbalax tau...! Jadi..mudah vitamin-vitamin lain tu serap dalam badan kita.

Sekarang..jom kita lihat apa kandungan Herbalax?


Herbalax ni terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi :

·       -  Alfafa leaves
·       -  Senna leaves
·       -  Anise seed
·       -  Blue malva flower
·       -  Buckhorn bark
·       -  Licorice root
·       -  Rhubarb root
·       -  Fennel root
·      -  Culver’s root

Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Ia tergolong dalam golongan julap lembut dan sesuai untuk digunakan sekali sekala bagi menyingkirkan toksin dari usus.

Ia membantu usus kita untuk lebih aktif untuk gerakan peristalsis. Peristalsis adalah pergerakan kembang kuncup otot secara beritma untuk menolak makanan sepanjang salur pencernaan. Gerakan peristalsis yang baik membantu proses perkumuhan kita berjalan dengan lebih lancar.

Kebaikan Herbalax

·       -  Pembersihan najis yang tersekat
-    - Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan najis secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
·        - Membantu masalah sembelit
·        -  Mengempiskan perut
·     - Membantu mengurangkan atau member kepejalan pada perut. Sesuai dibancuh dengan air panas sebagai minuman herba.
·         -Tindakan pembersihannya yang lembut membantu mengembalikan semula proses semulajadi

Siapakah yang perlukan Herbalax ?

·        - Pengamal tegar ubat penahan sakit
·        - Mereka yang banyak jerawat
·        - Pesakit gout
·        - Mereka yang ingin membersihkan usus terutamanya mereka yang baru berjinak-jinak dengan suplimen
·        - Mereka yang ada masalah sembelit atau pembuangan


Mari kita lihat TESTIMONI dibawah :


Wah...terujakan tengok hasilnya! Jadi...jom ucap bye-bye pada perut buncit. Ambil 4 biji herbalax sebelum tido selang sehari. Perut anda pasti bebas buncit. Saya sudah !!

Konsultansi percuma :
Hubungi saya : Murni 019-3190733

Friday 14 March 2014

Tips penyusuan untuk ibu-ibu yang bekerjaya

Assalamualaikum..selamat tengahari...sementara tunggu syifa’ balik tadika..aku nak kongsikan article ni especially buat rakan-rakan & customer-customer yang bekerjaya tapi masih belum ada penyelesaian untuk menguruskan penyediaan susu ibu yang terbaik untuk si manja.

Jom kita lihat pengalaman penulis menangani isu ini.

~ Bekerja bukanlah alasan untuk tidak memberikan susu ibu ~

Best tak intro tu?

Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang bekerjaya, memang susah untuk menjayakan impian kita memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau apa yang kita bakal tempuhi apabila kita dah start kerja.. Adakah kita sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? selama 2 tahun? Persoalan yang hanya diri sendiri je mampu menjawab.

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Untuk sekadar ringkasan, saya kongsikan 5 tips berikut:


1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja.
Sebelum apa2 pun, kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2, forum2 atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. Teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang amat perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu di encik Google.. nah… berderet result keluar… :)


2) Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.
Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan harga yang berbeza2. Pilihlah breast pump yang kita rasa selesa untuk guna. Hanya satu yang saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu memandangkan masa yang terhad… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok…

Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling murah adalah tangan kita dengan menggunakan teknik Marmet.

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu.


3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.
Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. Susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, mulakan untuk mengajar anak kita untuk menyusu melalui botol secara berperingkat untuk mengelakkan anak kita dari enggan untuk menyusu melalui botol.


4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.
Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan dari kritikan2 luar. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat. Satu hari, saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri. Saya dapati saya boleh jimatkan banyak masa sebab saya pam sambil buat kerja.. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. :) Yang penting tutup segalanya. Aurat tetap perlu dijaga.


5) Beritahu majikan anda
Bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, penggunaan elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dengan niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. :) Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam.


6) Percaya “Saya boleh”..
Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. Katakanlah "Saya Boleh.." 


Oke...ingat!! “saya boleh”. Tiada alasan untuk tidak memberikan yang terbaik buat simanja anda bukan? (“,).

Kisah yang menyentap jiwaku : Pramugari boeing 777

Diceritakan oleh Ustaz Farid Ravi.


Dikala ramai yg bersoal jawab mengenai kehilangan MH370, izinkan saya berkongsi sebuah dialog yg berlaku antara saya dan ketua Pramugari sekitar 2010;

Seperti biasa saya dpt jmptn untuk menyampaikan ceramah di Singapura pada pertengahan tahun 2010, alhamdulillah penganjur berbesar hati belikan saya tiket bussiness Class, Mas Airlines, biasanya naik economy class je, kadang2 drive ke Singapura, ingat lagi masa tu naik Boeing 777-200, MH berapa tak ingat.

Ceritanya begini, masa tu nak balik KL, di Changi Airport, bila tiba masa untuk boarding saya menuju ke arah aircraft, dimuka pintu aircrft ketua pramugari menyambut ketibaan penumpang, biasanya Pramugari atau Pramugara akan ucap kpd penumpang " Welcome a board sir, have a pleasant trip" atau apa2 ucapan selamat dtg yg sewaktu dgnnya, tapi berlainan dgn Pramugari yg sambut saya pada ketika itu, " Assalamu alaikum Ustaz", saya jawab " Wa alaikum salam", agak terkejut, berkata dlm hati " mak ai akak tu kenal aku la..." Sebabnya begini, prasangka yg ada dlm hati bila melihat org yg tidak bertudung ialah, jauh dari agama, sesat, tak sempurna iman... dan macam2 lagi. Sebetulnya masa mula2 mata pandang kearah Kakak Pramugari tu, dlm hati berkata" Ya Allah berilah hidayah kpd mereka ni"... Setelah masuk dlm dan dah dpt tmpt duduk saya diberi minuman ringan... pastinya " Guava Juice " pilihan ku dulu kini dan selamanya. Bila dah take of, " Teh Tarik"... kena pulak duduk di window seat... sambil menghirup teh tarik sambil melihat keluar tingkap, sambil mengagumi kebesar Allah swt. Sedang kapal dah terbang dlm 20 minit, Ketua Pramugari yg mula2 sambut saya, menghampiri tempat duduk saya, sambil senyum...saya pun balas senyum, dialognya begini;

Pramugari: Assalamu alaikum Ustaz,
Saya: Wa alaikum salam, yea.
Pramugari: Saya dan seisi famili suka dgn rancangan mengaji al-quran ustaz...
Saya: Tilawah Interaktif ka?
Pramugari: Yea Ustaz.
Saya: alhamdulillah puan saya sehat, ujarku.
Pramugari: Ustaz, saya nak mintak tolong sikit, kami ada sekolah tahfiz anak2 pelarian Rohingya, jadinya saya nak mintak tolong Ustaz tolong carikan guru2 tahfiz, kalau ada anak2 murid us di tmpt us mengajar pun boleh.
Saya: ( Diam seketika, tersentap, kelu dan kaku sebentar)
Saya: In Sha Allah, saya akan bantu carikan guru2 tahfiz untuk sekolah puan.
Pramugari: Ini no saya ustaz... tolong yea Ustaz. ( jelas penuh harapan)
Selepas Pramugari itu beredar, saya mengucap panjang, ya Allah, mulianya insan ini, padaMu jua aku berharap, ya Allah ku mohon agar Kau berilah petunjuk Mu kpd mereka ini.

Mulai hari itu presepsi saya terhadap cabin crew telah berubah, bukan sekadar itu, kadang2 dlm perjalanan yg agak jauh seperti dari KL-KK, atau KL-Sibu/Kuching, cabin crew akan bertanyakan soalan2 agama kpd saya untuk kepastian dan penjelasan.

Moral of story " JANGAN BERSANGKA BURUK DGN ORG, DAN JANGAN MENGHUKUM ORG DARI ZAHIRNYA".

Credit to : FB Ustaz FARID RAVI

Sunday 9 March 2014

AJHT untuk sakit sendi @ lutut

Soalan popular bagi Shaklee Advanced Joint Health Tablet

1. Apakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet ialah satu formulasi proprietari yang menampilkan kombinasi bahan-bahan yang amat berkesan, yg dapat menyokong pergerakan, kelenturan sendi dan fungsi sendi yg sihat. Ia dihasilkan dari ramuan yg bertindak dgn pantas bagi menyokong makanan kesihatan yg diperlukan oleh sendi-sendi.

2. Siapakah yg memerlukan khasiat Shaklee Advanced Jointh Health Tablet?

Lelaki dan wanita dewasa yg mencari satu produk semulajadi dalam mengekalkan kesihatan sendi mereka. Orang muda yg mempunyai gaya hidup lasak dan aktif juga boleh memanfaatkannya.

3. Apakah estrak jagung

Estrak jagung secara semulajadinya kaya dgn glukosamina yg merupakan gula amino dan merupakan blok binaan utama bagi proteoglikan. Ia digunakan untuk membina tulang rawan dan lendir bagi melincirkan sesendi. Glukosamina mengandungi bahan yg juga dijumpai dalam tendon dan ligemen. Ekstrak jagung membantu meningkatkan perlindungan sesendi dalam membantu memelihara tulang rawan untuk kesihatan sendi dalam jangka masa panjang.

4. Apakah Boswellia?

Boswellia merupakan gum resin dari pokok Boswellia Serata. Bahan aktif utama ekstrak Boswellia serrata ialah asid boswelik (AKBA, asid 3-asetil-11-keto-beta-boswelik) yg berfungsi sebagai anti radang semulajadi.

5. Apakah yg membuat ekstrak Boswellia dalam Shaklee Advanced Joint Health Tablet istimewa?

Ekstrak Boswellia proprietari yg digunakan di dalam Shaklee Advanced Jointh Health Tablet bukan sahaja mengandungi asid Boswelik AKBA yg berkepekatan tinggi bagi menyokong keselesaan sendi tetapi juga mengandungi unsur-unsur semulajadi lain dalam resin Boswellia yg berkait rapat dalam memberikan bioaktiviti yg lebih baik berbanding daripada AKBA sahaja. Tambahan pula ekstrak Boswellia tertentu ini telah ditunjukkan secara nutirisinya dapat menyokong keselesaan sendi yg lebih baik berbanding satu ekstrak AKBA yg lebih tinggi.

6. Bolehkah saya mengambil Shaklee Advanced Joint Health Tablet ini dengan Ostematrix pada masa yg sama?

Boleh. Tada sebab mengapa anda tidak boleh mendapatkan khasiat kedua-duanya yg menyokong kekuatan sendi anda. Lebih baik anda gabungkan Shaklee Collagen Powder dan VIVIX bagi mengoptimumkan khasiat Shaklee Advanced Joint Health Tablet.

7. Bila dan bagaimanakah saya mahu menggunakan Shaklee Advanced Joint Health Tablet?

Untuk hasil yg terbaik, ambillah mengikut apa yg disarankan iaitu 2 tablet sehari bagi setiap hidangan.

8. Mengapa ia bebas daripada kondroitin?

Ia tidak mengandungi sulfat kondroitin kerana ia tidak akan diserap dengan baik bila diambil secara oral (ditelan). Penyelidikan baru-baru ini menunjukkan yg sulfat kondroitin juga boleh menggangu penyerapan ekstrak jagung dan glukosamina yg lazimnya diserap dengan baik jika diambil secara berasingan.

9. Mengapa produk ini mengandungi vitamin C?

Shaklee Advanced Joint Health Tablet menyumbang nilai harian 100% vitamin C, kerana ia merupakan nutrien penting yg diperlukan bagi sintesis kolagen. Kolagen merupakan satu kompenen tulang rawan dan juga tisu-tisu penghubung yg lain di dalam tubuh.

10. Mengapa produk ini mengandungi mineral zink, tembaga dan mangan?

Kerana ia menyumbang nilai haria 10% mineral surih zink, tembaga, dan mangan yg merupakan faktor sampingan enzim-enzim yg membina kolagen dan glukosaminoglikan.

11. Adakah Shaklee Advanced Joint Health Tablet berasaskan sayur-sayuran?

Ya.

Saturday 1 March 2014

PROMOSI ESP MAC 2014 : HARGA RUNTUH!!!

VARIASI GABUNGAN ESP SHAKLEE yang terbaik dan jimat !

@ GABUNGAN ESP + VITA E COMPLEX
Gabungan ini merupakan gabungan ESP dan vitamin E membantu menaikkan seri muka dan kulit akan cantik TANPA MAKE UP !

@ GABUNGAN ESP DAN GLA COMPLEX
Ini set paling basic pada yang ikhtiar untuk hamil . memang terbaik, tetapi jika anda mempunyai bajet lebih sarankan ambil full set, insha allah ada PELUANG UNTUK ANDA HAMIL

@ Gabungan ESP + ALFAFA COMPLEX
Bukan sahaja untuk MILK BOOSTER, tetapi menganjalkan payudara anda kembali selepas bersalin, pengambilan yang berterusan akan membuatkan anak anda kenyang sentiasa , suami pun sayang.

@ GABUNGAN ESP + LECITTHIN
Bentuk badan lepas bersalin? lari track dah...jangan risau..jika anda menyusukan bayi pasti akan turun berat badan.
♥ Kebaikan Lecithin Shaklee yang best ini salah satunya adalah sebagai pemecah lemak dan ianya sesuai untuk ibu menyusu. Amaran kepada ibu menyusu jangan sembarangan makan produk kuruskan badan, nanti ibu tak kurus, anak yang kurus dan kadang-kadang kita tak tahu pun kesan sampingan produk pelansingan di pasaran untuk jangka masa panjang.
♥ Lecithin bagus untuk ibu menyusu yang mahu kurus, slim, ramping dan langsing.

@ GABUNGAN ESP + OMEGA GUARD
Gabungan ini bukan sahaja mampu mengurangkan risiko keguguran, malah mengurangkan risiko bayi pra matang, di samping meningkatkan perkembangan otak baby sejak dalam perut ibu lagi. Insyallah perkembangan anak akan normal dan jarang dijangkiti penyakit jika mengamalkan set ini.

@ GABUNGAN ESP + ZINC COMPLEX
Gabungan ini sememangnyaa sesuai untuk ibu ibu yang rambutnya gugur selepas bersalin serta mempercepatkan luka bersalin / pembedahan.

@ GABUNGAN ESP + OSTEMATRIX
Memang terbaik kepada ibu - ibu yang sedang hamil, sudah bersalin, berpantang, menyusu kan bayi sebab ESP dan OSTE membekalkan keperluan kalsium yang berkali kali ganda dari susu biasa. memang terbaik untuk kurangkan peratus anak anda kena jaundis . ! Fikir ape lagi. tulang kita kne jaga..

@ GABUNGAN ESP + PERFOMANCE DRINK
Untuk memberikan tenaga dan mengenyangkan perut sepanjang masa. Insyallah puasa takkan gastrik dan kepenatan .