Layanzzz...')

Monday 29 December 2014

Dapat melancong FREE ke JEPUN ! Siapa sangka?

Assalamua'alaikum dan selamat pagi (",). Semalam aku berkesempatan tengok rancangan NONA TV3. Aku teruja dengan satu segmen REALITI yang mengisahkan tentang pelakon ENOT atau nama sebenanarnya Aliza Abdullah yang sedang menderita sakit kanser usus tahap 2.



Apa yang menarik ye tentang kisah ini? Dikhabarkan selepas Enot mewar-warkan dirinya derita sakit kanser usus, beliau tidak lagi mendapat tawaran berlakon selama setahun dan ini sangatlah merisaukan sebenarnya kerana punca pendapatan beliau sebelum ini adalah dari sumber aktiviti seni seperti lakonan dan pengacaraan.

Dan dalam pada itu beliau terus berusaha mencari rezeki dengan berniaga kuih dan kek. Ini apa yang sempat aku 'dengar' semalam dalam NONA TV3. Dan sehinggalah pada 1 hari. Enot mendapat panggilan telefon yang 'menyunting' beliau untuk berbincang sesuatu dari pihak YAKULT. Haaaa, YAKULT yang minuman kultur tu, baik untuk usus tau.



Actually..pihak YAKULT concern dengan kanser usus yang dialami oleh Enot dan selepas perbincangan. Enot di bawa ke Jepun untuk 'rawatan susulan". Ini aku tak pasti sama ada rawatan atau pemeriksaan biasa atau bagaimana. Pokoknya Enot ada rezeki ke Jepun !

Nah...siapa sangka kan? Mungkin masa Enot tau yang beliau hidapi kanser dan hilang seketika punca pendapatan dr bidang seni, dunia seakan 'gelap'. Tapi macam aku katakan. Siapa sangka REZEKI beliau ke Jepun? Siapa sangka YAKULT nak taja pelancongan beliau ke Jepun? Siapa sangka beliau sambut harijadi beliau di Jepun setelah katanya sekian lama memang tak sambut hari jadi? Siapa sangka yang beliau 'diintai' pihak YAKULT setelah diri beliau derita sakit kanser usus?

Subhanallah !!

Betapa Allah 'mendengar' rintihan hamba-hambaNYA yang berdoa supaya dimudahkan rezeki walaupun sedang derita berpenyakit. Dalam segmen tu seronok tengok Enot main salji, pergi taman bunga, melancong, jumpa pakar terbaik usus di Jepun dan sebagainya.





Jadi...aku nampak moral of the story disini.

Kita MENARIK apa yang kita FIKIRKAN. Jika kita fikir baik, baiklah yang akan datang pada kita. Jika kita meletakkan 100% pergantungan pada-Nya. DIA lah sebaik-baik pemberi rezeki kepada kita. Menentukan apa yang TERBAIK untuk kita.

Buat yang ditimpa 'musibah' atau ujian. Stay strong! Bersangka baik atas ujian itu. Ada hikmah disebaliknya !!

Allah know best!

Jadi, jika anda semua ada IMPIAN jangan sesekali rasa tiada harapan untuk capai IMPIAN itu. Fikiran positif sangat-sangatlah diperlukan kerana IMPAKNYA juga sangatlah positif.

Senyum (",)

* Saya Murni ~ motivator pada diri sendiri ~
* Share cerita ini jika bermanfaat ~

Tuesday 16 December 2014

Lirik Lagu IWAN SYAHMAN - Simple tapi menginsafkan !

Beberapa hari lepas mak ku yang baik dan cantik ada share video klip lagu baru iwan ni dekat whatsapp. Iwan yang dlu terkenal dengan lagu dangdut dan alhamdulillah dah pun berhijrah !

Dan, sekali syifa and safiyyah bukak video tu dan duk dengar berkali-kali sampai aku rasa tertarik dengan muzik dan liriknya yang simple tapi rasa insaf yang mendalam.

Jom kita hayati liriknya :

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Lihatlah burung yang terbang
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah bunga yang mekar
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara
Akhirnya kembali kepada Nya

Lihatlah gunung yang tinggi
Subhanallah itu Allah yang punya
Lihatlah pantai yang indah
Subhanallah itu Allah yang punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya
Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya
Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Dari itu janganlah sombong
Janganlah riak serta irihati
Dunia hanya pinjaman sementara

Akhirnya kembali kepada Nya (2X)

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Tiada yang engkau punya
Semuanya Allah punya

Kau lihat bukan kau punya
Itu semua Allah punya

Kau dengar bukan kau punya
Itu semua Allah punya


Jom tengok video full di YOUTUBE DISINI

Sobs sobs...insafkan?
Jangan sesekali kita terlupa, semua kat dunia ni pinjaman. Kita berjaya, cantik, kaya tu semua Allah punya, Allah bagi kita pinjam jek. Jangan sombong lebih tau!

Monday 15 December 2014

Berapa liter air sehari sebenarnya kena minum?

Tetiba persoalan ni berbangkit semula dalam fikiranku. Sebelum ni memang aku terbaca yang keperluan air masak setiap hari adalah berbeza mengikut berat tubuh seseorang. Ada info menyatakan, 1 liter air diperlukan bagi setiap berat badan 25kg. Jadinya, berat macam aku ni 46kg bermakna aku perlu minum dalam 2 liter sehari.


Kalau nak ikutkan info ni memang tak mencukupi buat aku untuk hanya minum 2 liter sehari sebab aku memang cepat haus. Jadi, aku pun menguji sendiri setakat mana keperluan air dalam badan aku ni. Aku mulai minum air usai bangun subuh dalam setengah hingga 1 gelas, tak boleh minum lebih lepas subuh sebab rasa mual..hehe

Seterusnya, aku sediakan air dalam bekas supaya bila ku haus je aku akan terus minum tanpa bertangguh dan ternyata aku minum lebih dar 2 liter dan ianya tetap membuatkan aku haus. Apa sebenarnya yang terjadi ya?

Jadi..aku google untuk mendapatkan sedikit info lain mengenai hal ini.

Antara info yang aku dapat ialah :

" Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.."

 " Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air. "

" Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari. "

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

 Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. – Sumber KEVIN ZAHRI

 Ingat ! Jika badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Makin lama, ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya end up dengan sakit buah pinggang. Apa-apa pun bersederhana dalam kehidupan minumlah air di antara 2-4liter sehari.

Credit untuk blog ini : PROF HARIZ

Kenapa ramai jadi ahli Shaklee?

Pelikkan..
Shaklee ni pergi mana-mana, ramai yang dah jadi ahli shaklee. Tahu tak kenapa? Apa kelebihan jadi ahli Shaklee?


Saya terangkan dengan mudah. Tak nak 'skema' sangat yer...hehe

Oke gini. Ikut pengalaman saya sendiri. Kalau sorang customer datang pada saya dan beli produk  Shaklee dari saya dan diorang dah consume sendiri produk Shaklee ni dan dah rasa sendiri keberkesanan produk ni, second time diorang nak beli the next produk, mesti nak jadi ahli sebab nak dapatkan produk ni pada harga ahli. Harga ahli jauh lebih murah dari harga runcit tau.

Lepas tu, diorang nak jadi ahli Shaklee sebab nak jadi pengguna tegar Shaklee lah tu. Dah kata dah jatuh cintakan...:)

Bukan tu saja, kalau kita buat belian melebihi RM 450 sebulan, kita akan dapat cash bach berbentuk RM yang dipanggil bonus. Haaaa? Dah lah beli produk tu, ada pulak cash back? Siapa tak nak kan? Kat situ dah untung dan lagi untung bila kita daftar sebagai ahli Shaklee, kita secara sah dan automatik menjadi Pengedar Sah Shaklee. Pengedar Sah Shaklee ni tak wajib tapi bagi yang nak cari income, amatlah dialu-alukan sebab Shaklee tawarkan banyakkk bonus untuk yang buat bisnes Shaklee ni.

Bab nak buat bisnes ni kena cerita panjang. Nak bisnes kena ada mentor dan ilmu, jadi baru bisnes boleh buat dengan baik. Itu kelebihan bisnes Shaklee. Dalam group yang saya pimpin dan yang upline saya pimpin, kami tak dibiarkan terkontang - kanting. Kami diguide sepenuhnya. Cuma kita ni nak ke tak nak berjaya?

So...mudahkan? Jelaskan kenapa ramai nak jadi ahli Shaklee?

Dan yang paling best, Yuran keahlian RM 75 je. Bukan RM 750 tau. RM 75 sahaja. Nanti kita akan dapat MEMBERKIT (bag berisi buku-buku dan dokumen dari Shaklee). Itu je.

Dan sebenarnya ada cara nak dapat FREE MEMBERSHIP tau. Nak tau boleh PM saya terus. Kita borak-borak.

Nah..apa tunggu lagi? Yang belum daftar, cepat daftar untuk menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee yer :

Do contact me ;
Murni 019-3190733

* saya adalah motivator pada diri saya sendiri *


Sunday 14 December 2014

Doa Melangsaikan Hutang Segunung Emas

Anda dihimpit hutang? Buntu untuk menyelesaikannya? Jom kita amalkan DOA ini. Semoga segala masalah hutang kita selesai dengan mudah.

" Ya Allah, yang meleraikan dukacita, Yang melapangkan kekusutan, Yang menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu. "

Dipetik dari : Buku Mudahnya Menjemput Rezeki

Saturday 13 December 2014

Kisah Mesin Basuh Rosak

Selamat tengahari (",). Alhamdulillah, kesempatan anak tidur ni nak share pengalaman aku apabila mesin basuh rumahku rosak.

Al-kisah..ni kali ke tiga kot mesin basuh rumah ni rosak. Kalau suri rumah, memang fahamlah 'seksanya' mesin basuh rosak sebab kita kena basuh kain, then makesure kain tu kena bilas, kena perah sebelum disidai. Perahan mesin dengan perahan tangan memang jauh beza hasilnya. Bila kita perah pakai tangan dan sidai, memang berjanggut tunggu kain tu nak keringkan.

Oke..apa sebenanrnya yang nak aku sampaikan?

1. Kadang - kadang bila kita hilang sesuatu nikmat, barulah kita rasa bersyukurnyalah bila sebelum ni nikmat tu ada. Relate balik dengan hal mesin tadi. Kadang-kadang sebagi suri rumah kita rasa banyakkknyalah kerja nak buat. Mana kita nak masak, nak urus rumah, nak urus pakaian, basuh, sidai dan lipat, nak urus bisnes lagi, suami lagi, diri sendiri lagi.  Kita selalu serabutkan kepala kita dengan 'benda banyak nak buat'.

Tapi kita LUPA. Kita LUPA yang dulu-dulu atuk nenek kita tak pakai pun mesin basuh ni...pakai tangan je! Takde pulak diorang nak merungut itu ini susah. Kalau dulu bekalan air pun belum ada saluran paip, yang kita ni air dah tentu saluran paipnya ada, itu pun ada jugak yang malas mandi. Ada yang malas mesin kain, ada yang merungut banyak kerja sebab apa? Sebab kita dah terbiasa hidup senang dan kita terlupa untuk BERSYUKUR.

Kesimpulannya, pada aku. Jika kita ni ditimpa kesusahan, janganlah merungut sebab dari kesusahan itulah kitabelajar erti BERSYUKUR.


 (Ni bukan mesin basuh rumah aku..hehe)

Aku bagi contoh lagi. Kadang-kadang Allah uji kita dengan anak demam. Demam biasa je pun. Kita merungut. " Apehal lah anak aku ni demam...time2 nilah nak demam...". Tapi kita LUPA lagi. Tahu tak ramai saudara-saudar kita diuji dengan anak sakit. Bukan sakit biasa; ada yang sakit kronik, kanser, anak istimewa, sindrom down dan sebagainya. Kita yang anak normal ni baru Allah uji sikit dah merunguttttttt. Padahal ibu yang anaknya sakit ada yang sampai ulang alik ke hospital, ada yang sampai duit tak cukup untuk makan minum sebab nak tanggung kos perubatan, ada yang sampai tidur hospital, ada yang tak cukup tidur. Ada yang jaga anak sakit sepanjang hayatnya. Memang ada !

Kesimpulan kedua...Banyakkanlah bersyukur bukan sahaja ketika kita senang tapi lebih - lebih lagi apabila kita susah. Belajar dari kesusahan itu. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lagi susah. Masa susah ingat Allah, masa senang lebih-lebih lagi ingat pada-Nya. Kelak masa kita susah Allah akan ingat kita!

Alhamdulillah. Itu je yang nak aku sampaikan. Semoga ianya dapat dijadikan iktibar ye. Kuncinya bersyukurlah dalam apa jua keadaan.

Sekian,
Mama murni (")
" Akulah motivator pada diriku sendiri"