Layanzzz...')

Monday, 30 June 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan

Assalamualaikum semua :) Aku baru sudah kemas rumah..lega ..hehe. Harini berkobar-kobar nak update cite pasal Felixia Yeap. Salah seorang gadis cina yang aku sangat salute dan bersyukur kepada Allah sebab Allah dah 'campakkan' hidayah dan petunjuk dalam diri Felixia Yeap untuk mendalami seterusnya memeluk agama Islam.


Cantik betul berhijab :)

Dipendekkan cerita. Aku kenal Felixia ni memula masa aku terbaca artikel kat surat khabar. Artikel tu bagitau cerita tentang seorang model berbangsa cina yang suka berhijab. Masa tu aku rasa gitu-gitu je kot kisah Flexia ni..maybe dia nak cuba-cuba berhijab masa tu. Then satu hari aku tertengok lagi dia jadi artis jemputan dekat TV Al-hijrah. Dan masa tu aku sangat terkejut sebab dia memang pakai fully hijab, menutup aurat dengan sempurna. Tak ketat dan tak jarang dan masa tu memang aku fikir dia dah masuk islam...rupanya belum! Dan .. yang aku sangat teruja bila dia cakap...dia dah jadikan pakaian menutup aurat tu sebagai pakaian rutin dia..bukan hanya dia shooting untuk model bertudung. 

Allahuakbar...nampak tak hidayah Allah nak bagi sekejap jekan..

Dan aku suka Felixia ni sebab kata-kata dia memang kata-kata orang yang berilmu. Dia kata lagi " bila pakai hijab dia rasa tenang, rasa lebih dihormati...tak sejuk (comel jek cakap x sejuk) sebab baju berhijab agak tebalkan ...hehe

So dari situ aku ikutlah perkembangan dia. Like PAGE dia Felixia Yeap dan aku baca blog dia www.felixiayeap.blogspot.com. Setiap kali dia update status..aku nampak kebaikan dalam status-status dia. Dari sehari ke sehari, dia cuba perbaiki diri dia. Lengkapkan diri dia dengan ilmu. Dan dekatkan diri dia dengan orang-orang yang lebih baik.


Dan kemuncaknya semalam..aku sempat melihat temubual Pak Nil dengan Felixia Yeap di H-Live : Apa kata Malaysia? Dan Felixia dah umumkan yang dia bakal peluk Islam pada 5 Ramadhan ini sempena hari lahir dia dan dia sudah pun ada nama Islam. Aku guess nama dia Ratu Rania. Semalam dia dah bagi clue..hehe. Sama-sama kita nantikan Official nama Islam dia tau. Dan bila Pak Nil tanya, kenapa pilih 5 Ramadhan? dia jawab, saya seperti dilahirkan semula apabila memeluk Islam dan memilih untuk memeluk Islam pada hari kelahiran saya dan jatuh pada hari khamis iaitu hari kesukaan Nabi Muhammad. Ya Allah..hati dia telah pun Islam!!

Jom kita sama-sama doakan yang terbaik buat bakal saudara baru Islam kita ini :) Semoga Allah lancarkan segala niat baik Ratu Rania (pepandai je aku tambah ratu kat depan) hik hik.










#sayajualshaklee
#setberpuasashaklee
#murni
#0193190733

No comments: