Layanzzz...')

Wednesday, 16 July 2014

JOM BERSEDEKAH

Sedekah merupakan satu amalan kerohanian yang dapat meningkatkan amalan ketakwaan disamping menyemai benih pokok-pokok di syurga nan kelak.

Pengertian sedekah.

Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan tidak ada tujuan yang khas, semuanya  dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T.
Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

Elemen penting dalam Sedekah.

Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah. Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
boleh memberi manfaat kepada seseorang

Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:

★ memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
★ membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
★ berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

Adab-Adab Bersedekah
★Hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk.
★Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
★Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T
★Memberikan barang yang disayangi, untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar.
★Tidak mengungkit barang yang telah diberi.
★Tidak menunjuk-nunjuk.

Hikmat Bersedekah
★Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
★Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
★Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
★Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

Sudahkah anda bersedekah hari ini???

“Biarlah ia sedikit, janji ikhlas kerana Allah, berbanding sedekah banyak, tetapi di dalam hati ada unsur riak. “
Sumber pendidikan agama blog

No comments: