Subuh hari yang hening lagi sunyi ni, aku memikirkan sesuatu perkara iaitu ISTIQAMAH a.k.a konsisten. Perasan atau tidak...untuk mencapai sesuatu kejayaan itu, kita perlukan usaha yang BERTERUSAN. Dalam bahasa mudahnya 'tidak hangat-hangat tahi ayam'.
Aku beri beberapa contoh ya...
Contoh 1 :
Katakan kita nak KURUS a.k.a SLIM. Apa kita perlu buat?
--> Control pemakanan, makesure kita makan makanan yang rendah lemak, rendah kolesterol, kurang berminyak, makanan berkhasiat seperti ; sayuran-sayuran dan buah-buahan diutamakan.
Tapi...sejauh mana kita KONSISTEN untuk betul-betul amalkan pemakanan sihat? Adakah dengan mengamalkan pemakanan sihat ini selama 2,3 hari atau seminggu sahaja, misi KURUS kita tercapai? Dah tentu tidakkan.
Contoh 2 :
Katakan kita nak kulit CANTIK. Apa perlu kita buat?
--> Ofkoslah rajin jaga kulit dengan pemakaian 'skincare' yang betul dan konsisten. Lepas tu buat masker seminggu atleast 3 hingga 4 kali. Elakkan juga makanan berminyak. Ini tidak...harini semangat beli SKINCARE. Hari pertama pakai semua sekali; cleanser, toner, cream siang dan cream malam. Esok pun konsisten...lepas seminggu tengok takde perubahan, terus kita stop. Down dan cari SKINCARE baru. Nampak tak tiada konsistensi kat situ? Dari pengalaman aku, 'skincare' semulajadi (means tanpa bahan kimia) bertindak balas atau serasi dengan kulit dalam 3 bulan sekurang-kurangnya. Jadi...nak kulit cantik. Kena sabar! Teruskan KONSISTEN jaga muka.
--> Sama jugak dengan pemakanan suplimen untuk kulit cantik. Baru beli sebotol ESP SHAKLEE. Minum 2,3 hari...xde kesan. Terus kita stop. Padahal suplimen juga mengambil masa untuk bertindak balas dan memberikan keserasian pada kulit dan badan kita.
Contoh 3 :
Katakan kita nak berjaya dalam bisnes kita. Aku ambil contoh BISNES SHAKLEE lah sebab itu memang bidang aku. Hehe
--> Kita nak BERJAYA. Berjaya dalam bisnes shaklee bermaksud dapat jana income lumayan dengan Shaklee. Dapat bebas hutang, bebas masa. Dapat bantu lebih ramai orang. Jadi, apa perlu kita buat? Dalam bisnes, dah tentulah ILMU & TINDAKAN akan memandu kita kearah kejayaan.
--> ILMU : Jika kita tidak berterusan dalam menuntut ilmu, masakan kita dapat input dan bagaimana kita ingin bertindak? Contohnya : Ilmu produk, ilmu Marketing Plan, Ilmu pemasaran, Ilmu motivasi dan sebagainya.
--> BERTINDAK : Dan apabila kita sudah ada ilmu, penting sekali untuk kita bertindak. Sia-sia ilmu tanpa amalan yang BERTERUSAN. Ibarat kita impikan memakan durian. Hari ini kita semai benih durian..dan esok kita nak pokok durian terus berbuah. Sudah tentu mustahil! Jadi, konsisten dan istiqamahlah dalam melakukan kerja-kerja kearah memastikan bisnes kita akan terus maju. Apa nak buat? Sharing di FB. Blog, Flyers, mouth to mouth. Konsisten sehingga anda dapat hasilnya.!
Oke..itu ajer untuk topik kali ni. Nampak kan pentingnya ISTIQAMAH & KONSISTEN. Tanpa amalan yang berterusan. Kejayaan sukar untuk menjadi milik kita.
Yang benar,
Mama murni
#sayajualshaklee
#ibuberanakdua
#isteriyangcomel
#penggunategarshaklee
019-3190733
No comments:
Post a Comment