Layanzzz...')

Monday 22 September 2014

Minyak Kelapa : Minyak Ajaib



Ayurveda adalah salah satu cara rawatan yang tertua di dunia. Ia berasal dari India sekitar 3000 ribu tahun dahulu dan masih dipratikkan di India dan di seluruh dunia.
Antara cara rawatan yang sering disarankan oleh pengikut Ayurveda adalah minyak kelapa. Kelapa mempunyai banyak faedah yang kini boleh dijumpai dalam pelbagai ubatan di pasaran.

Berikut adalah antara sebab anda HARUS menggunakan minyak kelapa sebagai beauty tool anda!


Gigi putih

Untuk gigi putih dan gusi yang sihat, anda disyorkan kaedah ‘oil pulling’.
Oil pulling adalah satu teknik dimana setiap pagi, anda harus mencuci mulut untuk 5 hingga 10 minit menggunakan minyak kelapa. Di dalam mulut, minyak akan bertukar warna kepada putih yang bermaksud semua kuman berjaya dikeluarkan.
Selepas minyak bertukar putih, pasti keluarkannya dari mulut tanpa menelannya. Kaedah ini harus dilakukan ketika perut kosong.


Rambut tebal dan cantik

Gadis India selalu mempunyai rambut yang hitam dan cantik. Rahsianya adalah minyak kelapa.

Urutkan minyak kelapa ke atas kepala dan biarkan untuk beberapa jam. Basuh dengan air suam. Lakukannya seminggu sekali dan tengok tranformasi rambut anda dalam masa sebulan.

Risau minyak kepala busuk? Kini minyak kelapa dicampur dengan bahan pewangi yang lain seperti bunga ros dan lavender, oleh itu jangan risau akan baunya!


Make up remover

Menggunakan minyak kelapa tulen sebagai make up remover bermaksud kulit muka anda tidak akan diselaputi dengan bahan kimia yang boleh didapati dalam make up remover yang dijual di pasaran.


Mata menawan

Sebulan atau seminggu sekali, masukkan beberapa titis minyak kelapa ke dalam mata. Anda mungkin akan mengalami  burning sensation tetapi ini bermaksud minyak itu sedang membersihkan semua bakteria yang berada di dalam mata.


Kulit sihat

Seminggu sekali juga, pasti urutkan seluruh badan anda dengan minyak ini. Dalam masa yang pendek, kulit tidak akan kering dan akan menjadi lebih lembut.

Oleh itu, tunggu apa lain? Beli dan gunakanlah minyak kelapa sebagai alternatif cantik :)

No comments: