Layanzzz...')

Monday 1 September 2014

FOKUS dengan apa yang kita SUKA.

Selalu tak terjadi perkara yang kita tak suka itulah yang selalu terjadi pada kita. Haaaa...setujukan?
Ok..saya bagi contoh. Kita tak suka orang mengumpat kita atau kita tak suka orang cakap kita belakang. Tapi itulah yang terjadi.

Tahu tak sebab apa? sebab kita FOKUS perkara yang kita tak suka tu..

' minda menarik apa yang kita FOKUSkan tak kiralah perkara itu kita suka atau pun tidak...'
Makanya..kalau kita nak tarik sesuatu yang kita suka....dah tentulah kita perlu FOKUS apa yang kita sukakan.


Baiklah..bagi contoh lagi. Apa yang anda MAHU dalam kehidupan anda? Anda MAHU orang sekeliling yang baik dan positif. Anda mahu orang yang berdamping dengan anda adalah orang-orang yang membahagiakan hati anda. Anda mahu pekerjaan anda berjalan dengan baik. Anda mahu enjoy dengan apa yang anda lakukan sekarang. Jadi, anda perlu FOKUS dengan apa yang anda mahukan itu.

Anda MAHU anak anda ikut kata anda. Jadi, fokuskan apa yang anda mahu itu. Bukan fokuskan pada 'saya tak suka suami marah-marah', 'saya tak suka anak tak dengar kata', 'saya tak suka kawan yang makan kawan' tapi anda fokuskan 'saya suka sikap suami yang menegur saya dengan baik', 'saya suka anak yang mendengar kata', 'saya suka berkawan dengan rakan yang baik & menjaga aib saya '.

So...bila anda fokus apa yang anda suka, makanya, perkara yang anda SUKA & MAHU itulah yang akan mendekati anda.

Senangkan?
Jadi..lepas ni. Kalau anda tak mahu perkara yang anda tak suka itu mendekati anda, anda perlu FOKUS apa yang anda SUKA & MAHU sahaja. Perkara yang anda tak suka sila delete & buang jauh-jauh.

* murni *
Pakar merawat hati :)

No comments: