Layanzzz...')

Sunday 8 February 2015

Apa saya buat dengan BONUS SHAKLEE?

Salam semua (".). Alhamdulillah....lega anak-anak ku sudah tiduran..hehe. Dapatlah mama update blog malam ni.
Straight to the point ye!
Sepanjang 2 tahun dengan shaklee. Saya dapat BONUS SHAKLEE setiap bulan. Apa yg saya buat dengan bonus tu? Apa hasilnya?
Ha...jeng jeng jeng!
Selalunya orang akan nampak bonus shaklee ni dalam bentuk hasil yang besar-besar. Contohnya kereta. ! Yep..saya takde kereta sendiri. Hanya asben je ada kereta. Kenapa saya tak beli kereta dengan bonus shaklee? Walaupun saya dah LEBIH SETAHUN dapat merasa CAR BONUS SHAKLEE. Dan pernah rasai 4 angka bulanan untu CAR BONUS sahaja, belum masuk bonus lain lagi tau! Tapi saya masih belum guna duit bonus tu untuk beli kereta sebab :
1. Saya memang jenis takut sangat nak berhutang. Sepanjang hidup nak masuk 29 tahun ni. Saya hanya ada hutang PTPTN sahaja. Yang lain takde. Becoming maybe hutang beli rumah. (normallah hutang rumahkan). Selain tu takde. Kalau saya nak 1 benda. Saya tak mampu. Saya akan simpan duit dan takkan berhutang. Tu memang prinsip saya pegang dari dulu.
2. Kereta bukan keperluan setakat ini. Dengan kerjaya saya sebagai seorang shaklee independent distributor memang sepatutnya ada juga travel sana sini. Pos barang customer, cod barang customer, jumpa anak bisnes, dan macam-macam lagi tapi masih boleh bergantung pada suami. Lagipun baru je nak lepas test JPJ. Haha...dah tua baru nak ambik lesen. But its oke. Better late than never.!
3. Saya suka fokuskan duit bonus kepada benda-benda yang saya rasa WAJIB dan PERLU serta perkara-perkara yang boleh membuatkan duit itu berkembang.
Baiklah. Ni saya kongsikan apa yang saya dah buat dan sedang buat dengan duit bonus shaklee tau. !
1. NAFKAH MAK ABAH
Benda yang saya rasa paling best untuk saya buat dengan bonus shaklee ni adalah saya dapat beri nafkah bulanan pada ibu bapa saya. Oke,..ni betul-betul touching. kalau dulu masa saya menganggur tak bekerja dan tak berbisnes. Janggal sangat rasa tenggelam timbul bagi duit nafkah pada mak abah. Tapi lepas bisnes saya menjadi. Syukur Alhamdulillah tak putus bagi mak abah SETIAP BULAN.
Bukan itu aje tau. Kekadang mak nak pergi travel ke luar negara or dalam negara. Saya masih boleh bagi mak duit poket. Saya tau mak suka! saya seronok dapat gembirakan mak dan abah saya. Walaupun pemberian tu tak dapat balas jasa mereka yang jaga saya dar kecik. (oke..touching lagi)..hehe
2. BELI GADGET
Sebenarnya saya bukan peminat gajet. Serius! bagi saya siapa suka upgrade gajet setiap bulan adalah membazir..hehe. Tapi sejak buat bisnes shaklee. Saya dah berjaya beli 2 gajet. Tujuan untuk BISNES SHAKLEE tau. Bukan sesaje beli. Saya dapat beli SAMSUNG GALAXY NOTE II. Masa tu harga dalam RM 1600. Dah setahun dah pakai dan bebaru ni. Dah lebih 6 bulan dapat beli laptop baru jenama ACER. Beli RM 1400 gitu harganya.
Rasa puas ati sebab saya tak guna duit asben, saya guna duit sendiri hasil dari BONUS SHAKLEE. Yeahh! Owh..1 lagi pernah 'belanja' suami beli smartphone samsung SCL. Harga RM 900. Tapi saya pay half je..hehe (jimat) dan ada beli phone 1 untuk simcard lain. RM 99 ajer. Ha..ni semua untuk kepentingan dan bukannya kehendak.!
3. Then..pejam celik-pejam celik. Dah setahun saya dapat bayar insurans bulanan untuk insuran PRO-UMMAH. Ada kaitanlah nak gi umrah ke haji gitu. sebulan RM 155. Syukur sampai sekarang mampu bayar insurans tu untuk diri sendiri.
4. Start bulan ni akan bayar insurans untuk anak kedua Safiyyah. Saya ambil medical card untuk dia. Sebulan paid RM 130. Ni untuk savings and masa depan safiyyah. Si kakak abah dia memang dah beli insurans awal-awal dulu.
5. Bonus shaklee buat saya 'gile' nak belanja apa saja. Opsss...jangan salah sangka ye. saya bukan kaki shoping tak tentu arah. Tapi saya suka makan. kalau balik KL mesti saya takkan jimat bab-bab makan. Saya suka makan berkali-kali secret recipe, pizza hut, aunty ants, makanan kat pasar malam, KFC and so on. Tapi tu dulu. Sekarang dah insaf sket. berpada-pada. Tak elokkan ikut nafsu perut...hihi.
6. Tiket balik kampung. Selalunya kalau balik kampung KL dan kelantan mesti asben yang kena keluar duit. tapi sejak bisnes shaklee dah maju. Kami sepakat bayar half-half. Kalau total tiket tu RM 1700. Asben bayar RM 1000. Saya bayar RM 700. Eh..half ke tu> haha...kira membantulah kan..hehe. Now..anak nak masuk tiga (in shaalaah). Kami dah buat tabung KHAS untuk balik kampung. So setiap bulan saya dan suami simpan RM 250 dalam tabung tu setiap seorang. So that bila nak balik kampung dah ada dah duit. Tak payah korek duit simpanan.
7. Saya suka beli buku.  Banyaklah buku yang saya beli. Tak tertulis tajuknya ha. Tapi suka buku yang motiavasi dan keagamaan.
8. Saya boleh hadiahkan anak sesuatu jika saya nak. Contohnya saya suka tengok anak pakai baju sama. So saya spent for it. Sebab comel! Tapi tak membazirlah. Cukup sekadar saya puas ati..hehe
9. Perbelanjaan peribadi.
10. Melabur dalam public Mutual. Ni baru nak start. Best tau melabur ni. Time simpan tu macam 'sakit'. esok dah berhasil mesti best!
11. Bayar PTPTN bulanan, dulu celam celum je bayar PTPTN ni. tapi sekarang mmg wajibkan diri nak langsaikan hutang yang satu ni. tak guna duit banyak tapi hutang diabaikan. So bayar PTPTN sebulan RM 300 - RM 400.
12. Peluang berinfak
Sebenanrnya ramai orang susah dikalangan kita especially ahli keluarga, sedara mara. So nilah masanya kita ringankan beban mereka melalui pembayaran zakat. Kalau dulu tak keje duit pun xde. Zakat pun x payah bayar. Tapi sekarang WAJIB tau. Kalau nak rezki berkat melimpah ruah. Bayar zakat dan sedekah. Murah rezki. Lagi banyak kita beri. Lagi banyak kita akan terima.
13. Buat bisnes sendiri. In shaa allah tak lama lagi saya akan lancarkan 1 bisnes jenama sendiri. Xdelah besar sangat bisnes nye tapi ia tetap bermula dari asas dan dari bawah. Tunggu yer (",). Modalnya dari duit bonus shaklee la...hee
14. Banyak lagi lah sebenarnya. So setakat yang saya cerita ni best ke tidak ada bonus shaklee? saya buat dari rumah je tau. Nun jauh dari sarawak. Sambil jaga anak ajer. So kenapa anda tak nak grab peluang ni?
Jom...tiru macam saya (",)
Nak saya sharing lebih lagi? nak saya guide anda. Boleh!
Call ajer.. 019-3190733. Kita kenal-kenal ok .
Sharing is caring.

No comments: