Layanzzz...')

Thursday, 7 August 2014

Menu berpantang

Malam ni aku terpanggil nak sharing pasal MENU BERPANTANG especially yang berpantang secara pembedahan a.k.a OPERATE. Kebetulan adik aku baru lepas bersalin secara OPERATE. So, bolehlah aku sharing sambil2 cari menu berpantang yang sesuaikan.

Secara asasnya ibu berpantang perlu elak makanan laut macam sotong, udang dan ketam kerana ia dapat menyebabkan kegatalan pada luka dan telur dapat menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah. (ngerikan....ngeee)

Masa aku berpantang dulu ; makanan laut ni memang aku jaga sangat-sangat. Apa nak jadi kalau bahagian luka kita gatal. Derita tau! So, please...take note pasal ni. Serius kalau 'langgar pantang', namanya cari penyakit...haha

Untuk ikan pulak, kebiasaanya ikan yang boleh dimakan adalah ikan yang jenis bersisik atau ikan yang tidak menyebabkan kegatalan. Contohnya; ikan haruan (Cepat sembuhkan luka bersalin) walaupun ada yang tak suka baunya..heehe..

Then, selain tu ikan siakap, bawal hitam atau putih, tenggiri dan gelama. Dan antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah kubis, air tebu, air kelapa dan air anggur. Takut sejuk dan berangin.

Sepanjang aku berpantang; ada jugak aku curi-curi makan 'benda pantang'. Contohnya; aku pernah makan kuah bersantan, dan sambal (sikit jek) dan ada impaknya tau pada baby. Baby cirit. Tapi sekali tu je aku buat then tobat. Kan dah kena, degil!

Tapi aku kategori kuat jugak jaga pantang especially benda-benda berais. Memang carik nahas minum ais time pantang...tak sayang badan ke? kan kan...Macam tu jugak masa berpantang anak kedua, memang aku KONSISTEN makan suplimen a.k.a SET BERPANTANG SHAKLEE. Jom kita imbas beberapa resepi ibu berpantang >


* AYAM MASAK KERING 

Bahan-bahan:

200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Oh ye, suplimen shaklee untuk kecutkan rahim adalah ALFAFA COMPLEX. Bukan itu sahaja, sebagai MILK BOOSTER juga tau.

* SUP AYAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

* SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan:

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.

* IKAN HARUAN LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus:

4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara menyediakan:

a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!





No comments: