Layanzzz...')

Saturday 13 December 2014

Kisah Mesin Basuh Rosak

Selamat tengahari (",). Alhamdulillah, kesempatan anak tidur ni nak share pengalaman aku apabila mesin basuh rumahku rosak.

Al-kisah..ni kali ke tiga kot mesin basuh rumah ni rosak. Kalau suri rumah, memang fahamlah 'seksanya' mesin basuh rosak sebab kita kena basuh kain, then makesure kain tu kena bilas, kena perah sebelum disidai. Perahan mesin dengan perahan tangan memang jauh beza hasilnya. Bila kita perah pakai tangan dan sidai, memang berjanggut tunggu kain tu nak keringkan.

Oke..apa sebenanrnya yang nak aku sampaikan?

1. Kadang - kadang bila kita hilang sesuatu nikmat, barulah kita rasa bersyukurnyalah bila sebelum ni nikmat tu ada. Relate balik dengan hal mesin tadi. Kadang-kadang sebagi suri rumah kita rasa banyakkknyalah kerja nak buat. Mana kita nak masak, nak urus rumah, nak urus pakaian, basuh, sidai dan lipat, nak urus bisnes lagi, suami lagi, diri sendiri lagi.  Kita selalu serabutkan kepala kita dengan 'benda banyak nak buat'.

Tapi kita LUPA. Kita LUPA yang dulu-dulu atuk nenek kita tak pakai pun mesin basuh ni...pakai tangan je! Takde pulak diorang nak merungut itu ini susah. Kalau dulu bekalan air pun belum ada saluran paip, yang kita ni air dah tentu saluran paipnya ada, itu pun ada jugak yang malas mandi. Ada yang malas mesin kain, ada yang merungut banyak kerja sebab apa? Sebab kita dah terbiasa hidup senang dan kita terlupa untuk BERSYUKUR.

Kesimpulannya, pada aku. Jika kita ni ditimpa kesusahan, janganlah merungut sebab dari kesusahan itulah kitabelajar erti BERSYUKUR.


 (Ni bukan mesin basuh rumah aku..hehe)

Aku bagi contoh lagi. Kadang-kadang Allah uji kita dengan anak demam. Demam biasa je pun. Kita merungut. " Apehal lah anak aku ni demam...time2 nilah nak demam...". Tapi kita LUPA lagi. Tahu tak ramai saudara-saudar kita diuji dengan anak sakit. Bukan sakit biasa; ada yang sakit kronik, kanser, anak istimewa, sindrom down dan sebagainya. Kita yang anak normal ni baru Allah uji sikit dah merunguttttttt. Padahal ibu yang anaknya sakit ada yang sampai ulang alik ke hospital, ada yang sampai duit tak cukup untuk makan minum sebab nak tanggung kos perubatan, ada yang sampai tidur hospital, ada yang tak cukup tidur. Ada yang jaga anak sakit sepanjang hayatnya. Memang ada !

Kesimpulan kedua...Banyakkanlah bersyukur bukan sahaja ketika kita senang tapi lebih - lebih lagi apabila kita susah. Belajar dari kesusahan itu. Kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang lagi susah. Masa susah ingat Allah, masa senang lebih-lebih lagi ingat pada-Nya. Kelak masa kita susah Allah akan ingat kita!

Alhamdulillah. Itu je yang nak aku sampaikan. Semoga ianya dapat dijadikan iktibar ye. Kuncinya bersyukurlah dalam apa jua keadaan.

Sekian,
Mama murni (")
" Akulah motivator pada diriku sendiri"

No comments: