Layanzzz...')

Monday 29 December 2014

Dapat melancong FREE ke JEPUN ! Siapa sangka?

Assalamua'alaikum dan selamat pagi (",). Semalam aku berkesempatan tengok rancangan NONA TV3. Aku teruja dengan satu segmen REALITI yang mengisahkan tentang pelakon ENOT atau nama sebenanarnya Aliza Abdullah yang sedang menderita sakit kanser usus tahap 2.



Apa yang menarik ye tentang kisah ini? Dikhabarkan selepas Enot mewar-warkan dirinya derita sakit kanser usus, beliau tidak lagi mendapat tawaran berlakon selama setahun dan ini sangatlah merisaukan sebenarnya kerana punca pendapatan beliau sebelum ini adalah dari sumber aktiviti seni seperti lakonan dan pengacaraan.

Dan dalam pada itu beliau terus berusaha mencari rezeki dengan berniaga kuih dan kek. Ini apa yang sempat aku 'dengar' semalam dalam NONA TV3. Dan sehinggalah pada 1 hari. Enot mendapat panggilan telefon yang 'menyunting' beliau untuk berbincang sesuatu dari pihak YAKULT. Haaaa, YAKULT yang minuman kultur tu, baik untuk usus tau.



Actually..pihak YAKULT concern dengan kanser usus yang dialami oleh Enot dan selepas perbincangan. Enot di bawa ke Jepun untuk 'rawatan susulan". Ini aku tak pasti sama ada rawatan atau pemeriksaan biasa atau bagaimana. Pokoknya Enot ada rezeki ke Jepun !

Nah...siapa sangka kan? Mungkin masa Enot tau yang beliau hidapi kanser dan hilang seketika punca pendapatan dr bidang seni, dunia seakan 'gelap'. Tapi macam aku katakan. Siapa sangka REZEKI beliau ke Jepun? Siapa sangka YAKULT nak taja pelancongan beliau ke Jepun? Siapa sangka beliau sambut harijadi beliau di Jepun setelah katanya sekian lama memang tak sambut hari jadi? Siapa sangka yang beliau 'diintai' pihak YAKULT setelah diri beliau derita sakit kanser usus?

Subhanallah !!

Betapa Allah 'mendengar' rintihan hamba-hambaNYA yang berdoa supaya dimudahkan rezeki walaupun sedang derita berpenyakit. Dalam segmen tu seronok tengok Enot main salji, pergi taman bunga, melancong, jumpa pakar terbaik usus di Jepun dan sebagainya.





Jadi...aku nampak moral of the story disini.

Kita MENARIK apa yang kita FIKIRKAN. Jika kita fikir baik, baiklah yang akan datang pada kita. Jika kita meletakkan 100% pergantungan pada-Nya. DIA lah sebaik-baik pemberi rezeki kepada kita. Menentukan apa yang TERBAIK untuk kita.

Buat yang ditimpa 'musibah' atau ujian. Stay strong! Bersangka baik atas ujian itu. Ada hikmah disebaliknya !!

Allah know best!

Jadi, jika anda semua ada IMPIAN jangan sesekali rasa tiada harapan untuk capai IMPIAN itu. Fikiran positif sangat-sangatlah diperlukan kerana IMPAKNYA juga sangatlah positif.

Senyum (",)

* Saya Murni ~ motivator pada diri sendiri ~
* Share cerita ini jika bermanfaat ~

No comments: