Layanzzz...')

Monday 15 December 2014

Berapa liter air sehari sebenarnya kena minum?

Tetiba persoalan ni berbangkit semula dalam fikiranku. Sebelum ni memang aku terbaca yang keperluan air masak setiap hari adalah berbeza mengikut berat tubuh seseorang. Ada info menyatakan, 1 liter air diperlukan bagi setiap berat badan 25kg. Jadinya, berat macam aku ni 46kg bermakna aku perlu minum dalam 2 liter sehari.


Kalau nak ikutkan info ni memang tak mencukupi buat aku untuk hanya minum 2 liter sehari sebab aku memang cepat haus. Jadi, aku pun menguji sendiri setakat mana keperluan air dalam badan aku ni. Aku mulai minum air usai bangun subuh dalam setengah hingga 1 gelas, tak boleh minum lebih lepas subuh sebab rasa mual..hehe

Seterusnya, aku sediakan air dalam bekas supaya bila ku haus je aku akan terus minum tanpa bertangguh dan ternyata aku minum lebih dar 2 liter dan ianya tetap membuatkan aku haus. Apa sebenarnya yang terjadi ya?

Jadi..aku google untuk mendapatkan sedikit info lain mengenai hal ini.

Antara info yang aku dapat ialah :

" Jawapan kepada soalan ini bergantung kepada situasi masing-masing termasuk diet harian anda, amalan bersenam dan juga persekitaran. Apa yang anda benar-benar perlukan adalah cecair yang cukup untuk menggantikan apa yang anda hilang setiap hari samada dalam bentuk peluh, urine, pernafasan, dan proses tubuh yang lain. Itu semua memerlukan 8 – 10 gelas setiap hari.."

 " Jika anda banyak memakan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan serta serat penuh yang padanya terdapat lebih kurang 4 cawan cecair, anda perlu menambah sekurang-kurangnya 4 – 6 gelas lagi air. "

" Jika anda tidak banyak menggunakan garam atau rempah ratus di dalam masakan anda, keperluan untuk minum air adalah lebih rendah. Sebaliknya, jika menambah pengambilan garam dan rempah ratus dalam makanan, anda perlu minum beberapa gelas air dalam sehari. "

Tidak kira bagaimana diet harian anda, jika anda seorang yang selalu berpeluh disebabkan bersenam atau selalu terdedah kepada cuaca yang panas, anda perlulah minum air secukupnya untuk badan anda atau makan makanan yang mengandungi air berbanding mereka yang kurang berpeluh. Jika dalam situasi ini selepas anda minum 8 – 10 gelas sehari dan anda masih berasa dahaga juga, anda perlu minum dengan lebih banyak.

 Ada juga yang berpendapat warna urine juga boleh menandakan samada seseorang itu sedang dehidrasi atau tidak. Sekiranya warna urine anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urine yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik. – Sumber KEVIN ZAHRI

 Ingat ! Jika badan kita minum air terlalu banyak, buah pinggang kita akan cepat rosak sebab ia bekerja lebih daripada biasa. Air yang banyak diminum akan membuatkan buah pinggang kita bekerja lebih masa. Makin lama, ia akan cepat rosak kerana terlalu kerap memproses air yang diminum dan akhirnya end up dengan sakit buah pinggang. Apa-apa pun bersederhana dalam kehidupan minumlah air di antara 2-4liter sehari.

Credit untuk blog ini : PROF HARIZ

No comments: