Layanzzz...')

Monday 27 October 2014

Syarat BERJAYA adalah BERKORBAN.

Assalamua'laikum...;)

Malam ni rajin sket nak update blog perihal PENGORBANAN.

Kalau ditanya pada sesiapa sahaja. Nak BERJAYA tak?
Semua cakap NAKKKK..

BERJAYA ni ada banyak cabang..
berjaya KURUS..
berjaya CANTIK..
berjaya kaya..
berjaya hamil..
berjaya transform diri menjadi insan yang lebih baik..
berjaya dalam peperiksaan..
berjaya dalam BISNES..
berjaya dalam interview dan macam-macam jenis kejayaan lagi..

Baiklah..kita kecilkan skop BERJAYA ini yer..

Contoh ;

Orang yang gemuk nak berjaya kurus, senang ke? Dah tentu TIDAK!
Kalau senang....takdelah Malaysia antara rakyat yang ramai berpenyakit diabetes. Ini fakta tau.

Jadi..nak kurus sebenanrnya boleh sangat..tapi apa pengorbanan kita untuk BERJAYA KURUS..

% Kena jaga pemakanan ; ambik tahu sket mana makanan tinggi atau rendah kolesterol, mana makanan banyak lemak, mana makanan banyak minyak. Dah tahu jenis makanan, kenalah BERKORBAN untuk mengurangkan seterusnya menafikan makanan-makanan tersebut.

% Kena bersenam ; ni satu lagi PENGORBANAN kita perlu buat. Alasan untuk tidak bersenam selalunya 'tak ada masa'. Ye ke ni? Main game ada masa pulakkan..hehe. So kena KORBAN masa. Cari masa untuk bersenam.

% Then; kena KORBAN apa lagi?

- ambil SUPLIMEN UNTUK KURUS.. secara KONSISTEN dan berterusan, Bukan seminggu ambik then malas, lupa...

- Mindset kena POSITIF. 'Aku boleh kurus, pasti kurus'. Kalau mindset negatif pun kebarangkalian nak berjaya pun payah jugak

- kawan dengan orang yang seangkatan. Kawan dengan mereka yang sama misi dengan kita, yang nak kurus jugak!

- kurangkan tengok tv larut malam sebab selalunya time tu kita rasa lapar dan cekedis adalah teman sejati!

Nah!! banyakkan benda KENA KORBAN untuk BERJAYA.

So kita PILIH. Sama ada suka atau tidak. Nak berjaya dalam apa jua bidang kenalah BERKORBAN. Kejayaan akan jadi milik anda. !

No comments: