Layanzzz...')

Wednesday 15 October 2014

Kenali Zone Selesa (Comfort Zone)

Seringkali kita dengar mengenai ZON SELESA atau COMFORT ZONE. Sejauh mana kita faham tentangnya?

Saya cuba terjemahkan ikut kefahaman saya yang mudah ya. Zon selesa adalah keadaan dimana kita sudah biasa melalui keadaan itu dan kita selesa dengan keadaan itu. Contoh mudah : Kita dah jadi rutin bangun pagi, cuci muka, gosok gigi, mandi dan solat. Lepas tu tidur balik. hehe. Perkara ni dah jadi rutin setiap hari, dah biasa dan kita dah selesa dengan keadaan itu. Tiada masalah bagi kita. Itulah namanya Zon Selesa.

Jadi bagaimana yang dikatakan kita ingin KELUAR dari Zon Selesa dan nak masuk ke Zon yang LEBIH BAIK? Lebih SELAMAT dan akhirnya menjadi Zon selesa yang baru?

Okey..pengalaman saya. sebelum kahwin, saya dah biasa bangun pagi, mandi, solat subuh, sarapan mak hidangkan, tidur dengan adik beradik perempuan, dah biasa weekend tidur petang lama, malam tidur awal jika esok kerja. Itu comfort zone saya. 

Tapi lepas kahwin, saya dapat transfer ke sarawak bersama suami atas urusan kerja (suami). Awal-awal duduk berjauhan dengan keluarga sangat sedih, saya rasa tidak selesa. Setiap hari call mak, call kawan-kawan banyak kali. Rasa bosan, rasa takut dan sebagainya. Saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru sehinggalah saya berjaya mendapatkan Zon selesa. Bila dah jadi rutin duduk disarawak, dah biasa. Dah selesa duduk bersama suami, dah biasa dengan keadaan baru yang jauh dari pelukan mak, dah pandai buat sarapan sendiri. Dah kurang tidur petang, saya dah boleh terima dengan keadaan baru. Saya dah keluar dari Zon selesa yang lama. Takde lagi nak call mak terlampau kerap (walapun takde nak cakap apa pun)..takde lagi rasa takut. Begitulah perumpamaannya dan bukan mudah tau nak keluar dari Zone Selesa tau. Ianya perlukan masa, pengorbanan, ketabahan dan kekuatan untuk kita terus istiqamah dan konsisten dengan keadaan baru.

Justeru, jika kita nak mencapai sesuatu yang luar biasa, kita perlu lakukan perkara yang luar biasa juga.

Jika nak berjaya dalam bisnes online, kenalah keluar dari comfort zone ini. Buat perkara yang luar dari kebiasaan kita. Kita perlu banyak belajar dan praktikkan apa yang kita pelajari supaya kejayaan layak untuk kita kecapi. Tiada benda senang datang bergolek tanpa usaha yang sungguh-sungguh. Kita perlu sedar, tanpa usaha dan tawakal , kejayaan sesungguhnya segan mahu menyinggah pada diri kita. Sunnatullah...kejayaan akan datang pada mereka yang benar-benar usaha dan berdoa kepada-Nya.

Kalau nak berjaya, kena banyak berkorban. Keluar dari comfort zone. Lakukan sesuatu yang baru, yang luar biasa supaya hasilnya juga luar biasa. Jangan hanya menunggu, bertindak sekarang!



1 comment:

Anonymous said...

benar. kena keluar zon selesa baru hampir ke arah kejayaan.