Layanzzz...')

Thursday 16 October 2014

Kafein dan Penyusuan badan.



Ramai ibu menyusukan anak ingin tahu benarkah KAFEIN sedikit sebanyak menjejaskan penyusuan susu ibu?

Mari kita bongkar 'misteri' ini.

Adakah kafein ; kopi, teh dan sebagainya yang diminum oleh si ibu akan masuk kedalam susu badan?

Begini, hakikatnya..apa sahaja yang diminum atau dimakan oleh ibu,sebahagiannya akan masuk kedalam susu badan tapi jumlahnya bergantung kepada berapa banyak sesuatu makanan itu dimakan.

Sebagai contoh; ibu minum secawan kafein, ianya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Apabila ia ada dalam aliran darah anda, ia sedikit sebanyak akan masuk kedalam susu badan.

Adakah kafein membahayakan bayi?

Secara umumnya tidak kerana jika si ibu minum kafein setakat secawan dua dalam sehari, hanya sedikit sahaja jumlah kafein yang masuk kedalam susu ibu seterusnya ke dalam perut bayi. Jangan ambil kafein dalam jumlah yang keterlaluan iaitu melebihi 3 cawan sehari.

Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan. sesetengah ibu yang minum banyak kopi menyatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku.

Bagi ibu yang ketagih kafein, seeloknya hentikan segera.











No comments: