Layanzzz...')

Sunday, 29 June 2014

Menu Berbuka : Hari Pertama

Assalamu'alaikum...jumpe lagi kita harini ;)

Nak bagitau..aku baru pas masak..haha...menu untuk bukak puasa. Senang masak awal-awal, so takdelah aku kelam kabut petang jap lagikan. Pagi tadi pergi supermarket beli ayam dan sewaktu dengannya. Balik rumah aku terus terfikir nak masak 'ayam sambal'. Nie menu basic aku bagi (sesuai untuk org yang x berapa pakar masak macam aku (",).

Menu : Ayam sambal

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Ayam dalam 1 per 3 ekor (untuk 3 orang)
2. Bawang besar (2 biji)
3. Bawang putih 4 biji
4. Halia 1 inci
5. Cili giling (4 sudu)
6. Bawang
7. Serai (2 batang)
8. Maggi cukup rasa atau garam

Cara buat :

1. Goreng ayam yang dah dipotong bersama kunyit dan garam. Kemudian toskan minyak.
2. Seterusnya, kosongkan kuali lain. Tumiskan (bawang besar 2 biji, halia dan bawang putih yang telah dikisar) dan masukkan pula serai sehingga ada bau.
3. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak.
4. Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta bawang besar yang dihiris. Masukkan juga maggi cukup rasa.
5. Kacau hingga semuanya sebati.

Tadaaaaa.....Siap pun!
Aku belum rasa...tapi aku tau pasti sedap sebab 'air tangan ibu kan sedap'..haha .


Selamat mencuba!

#saya seorang ibu
#saya seorang pengamal suplimen shaklee
# 019-3190733
#murni






4 comments:

Myra Jay said...

Suka menu ni..
Awal tul murni siap masak berbuka..hehe

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Haha myra ni..teruja tau sebab asben pagi tadi makan simple je sahur..so nak elak x sempat masak..masak awai2 na..;) jemput try menu simple ni yer...

zuraida abdullah puzi said...

bila suami request menu yg kita masak..thats mean dia suka la tu...dapatla dia mkn bertambah..lagi la i suka...

Nor Murni Fairouz Rafingi said...

Tenkiu kak zu..yg paling best dah rajin nak buat sambal bagai sebab dah ada chopper turbo tupperware ni. Nanti nak buat entry pasal ni...besh ♥