Layanzzz...')

Friday 14 March 2014

Tips penyusuan untuk ibu-ibu yang bekerjaya

Assalamualaikum..selamat tengahari...sementara tunggu syifa’ balik tadika..aku nak kongsikan article ni especially buat rakan-rakan & customer-customer yang bekerjaya tapi masih belum ada penyelesaian untuk menguruskan penyediaan susu ibu yang terbaik untuk si manja.

Jom kita lihat pengalaman penulis menangani isu ini.

~ Bekerja bukanlah alasan untuk tidak memberikan susu ibu ~

Best tak intro tu?

Sebenarnya sebagai seorang ibu/mak/ummi yang bekerjaya, memang susah untuk menjayakan impian kita memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak2 kita. Kita kena prepare dari segi mental, emosi serta tau apa yang kita bakal tempuhi apabila kita dah start kerja.. Adakah kita sanggup atau minat untuk pam susu setiap hari? selama 2 tahun? Persoalan yang hanya diri sendiri je mampu menjawab.

Disini saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya untuk menjayakan penyusuan susu ibu ketika bekerja full time. Untuk sekadar ringkasan, saya kongsikan 5 tips berikut:


1) Kumpulkan ilmu mengenai penyusuan susu ibu terutamanya maklumat berkenaan ibu yang bekerja.
Sebelum apa2 pun, kita kena mengumpulkan ilmu yang secukupnya berkenaan bagaimana untuk memberikan susu ibu ketika kita bekerja… Carilah perkongsian ibu2 lain di blog2, forum2 atau group2 mengenai kejayaan mereka, masalah yang dihadapi dan segala pengalaman2 lain yang boleh membantu anda nanti. Teknik2 mengepam, jadual mengepam, cara simpanan susu ibu merupakan antara ilmu2 yang amat perlu diketahui. Sekarang ni, ilmu ni sangat mudah di dapati. just taip sahaja penyusuan susu ibu di encik Google.. nah… berderet result keluar… :)


2) Melaburla dengan membeli Pam & peralatan menyusu yang bersesuaian dan mampu milik.
Sekarang ni dah bermacam2 jenis breast pump dengan harga yang berbeza2. Pilihlah breast pump yang kita rasa selesa untuk guna. Hanya satu yang saya mintak tolong kepada semua, jangan beli pump semata2 kerana nak beli yang branded, nak sama macam kawan2 atau nak menunjuk2. Bagi saya, kalau mampu, carilah yang electric double pump untuk menjimatkan masa kita untuk mengepam susu ibu memandangkan masa yang terhad… Kalau tidak mampu, manual pumping pun dah ok…

Lagipun, untuk pengetahuan semua, breast pump yang terbaik dan paling murah adalah tangan kita dengan menggunakan teknik Marmet.

Selain daripada pam, kita juga perlu sediakan peralatan/aksesori penyusuan seperti botol/plastik penyimpanan, ice pack dan cooler bag. Pakaian yang sesuai juga dapat membantu dalam memudahkan lagi proses mengepam susu ibu.


3) Sediakan stok susu ibu 2 minggu sebelum mula bekerja.
Mula untuk berlatih mengepam dan menyimpan susu ibu paling2 lambat 2 minggu sebelum mula bekerja. Susu yang dipam dan disimpan ini akan menjadi stok2 susu ibu kita pada awal2 masa mula bekerja. Ini untuk mengelakkan kita menjadi stress dan bermotivasi rendah sebab stok susu ibu kita sedikit/tiada. Ketika ini juga, mulakan untuk mengajar anak kita untuk menyusu melalui botol secara berperingkat untuk mengelakkan anak kita dari enggan untuk menyusu melalui botol.


4) Rancang masa dan tempat yang sesuai untuk pam.
Kita mesti rancang masa yang sesuai untuk kita pam di office. Paling lewat setiap 4 jam sekali. Pukul berapa nak mulakan pagi tu, terpulang pada kita. Let say start every morning at 8am, jadi setiap hari mesti pukul 8pagi. Konsisten sangat penting. Nak tahu kenapa? Sebab demand dan supply. Itu mesti kena ingat. Bila dah konsisten pukul 8pagi kita pam, jadi, secara automatik, supply akan tersedia pada pukul 8 pagi tu. sebab setiap hari demand tu ada. Tu sebabnya konsistensi amat-amat penting. Skip pumping boleh menjejaskan supply kita juga.

Tempat juga main peranan. Masa saya mula2 nak pam dulu, saya akan pam di surau untuk mengelakkan dari kritikan2 luar. Tersangatlah memakan masa.. Sebab nak kena turun naik lif, lepas tu tinggalkan kerja kat pejabat. Satu hari, saya beranikan diri untuk pam di cubicle sendiri. Saya dapati saya boleh jimatkan banyak masa sebab saya pam sambil buat kerja.. Alhamdulillah, kawan2 sekerja lain tak kisah dan mereka pun kekadang tak perasan langsung yang saya tengah pam. :) Yang penting tutup segalanya. Aurat tetap perlu dijaga.


5) Beritahu majikan anda
Bincanglah dengan majikan terlebih dahulu berkenaan penyusuan susu ibu ini. Mengenai masa yang kita kena gunakan ketika mengepam, penggunaan elektrik (kalau guna pam elektrik) dan segala yang berkaitan. Mana tahu, kita ada bos yang sgt prhatin dan tidak kisah dengan niat kita asalkan kerja jalan? Daripada sorok2, end up bos bising asyik hilang je.. :) Sedikit peringatan untuk kita semua, niat kita untuk memberikan susu ibu kepada anak2 kita adalah tersangat murni. Oleh itu, peliharalah kesucian niat itu dengan meminta kebenaran dari majikan untuk menggunakan elektrik office (untuk yang guna pam elektrik) dan sedikit masa bekerja untuk pam.


6) Percaya “Saya boleh”..
Mind set dalam diri kita adalah paling penting sekali.. Sentiasa berfikir positif dan berkata kepada diri “saya boleh memberikan yang terbaik kepada anak saya dengan susu ibu sepenuhnya walaupun apa jua halangan dan cabaran.”.. Breastfeeding bukan hanya untuk ibu-ibu yang duduk di rumah, atau ibu-ibu yang berduit atau ibu-ibu yang kerja dekat dengan anak, tetapi breastfeeding adalah untuk semua ibu. Pilihan adalah di tangan kita. Katakanlah "Saya Boleh.." 


Oke...ingat!! “saya boleh”. Tiada alasan untuk tidak memberikan yang terbaik buat simanja anda bukan? (“,).

No comments: