Assalamua'laikum semua :)
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semua tengah pakat-pakat siap nak pergi solat terawikhkan. Aku ambil masa sikit untuk update mengenai seminar hidup luar biasa 2014 oleh Dr. Azizan Osman. (DAO)
Sebelum tu, aku nak cerita mengenai DAO. Siapa tak kenal DAO bukan? Especially orang-orang yang memang suka berniaga dan dah tentu mereka-mereka yang nak keluar dari cara hidup biasa-biasa ajer. Pendek kata, orang yang carik DAO atau orang yang first time kenal DAO akan cakap 'luar biasa' semangat DAO ni. Ada aura orang berjaya. Ha gitewlah rasanya..hehe.
First time aku kenal DAO bila tengok DAO keluar tv, surat khabar. Yang aku tau DAO orang baik-baik dan nak bantu pada mereka-mereka yang memerlukan. Dan 1 lagi yang uniknya, DAO buat seminar permulaan percuma oke. X payah bayar pun...so beribu ribanlah orang yang datang class DAO. Actually aku dah lama teringin nak pergi...tapi terkekang sebab class DAO selalu time aku di sarawak. Dan sampailah 1 hari tu aku masih di sarawak dan dapat tau DAO nak buat seminar HLB 2014 .
Iklan Seminar HLB 2014 ni aku 'terserempak' kat newsfeed FB. Terus aku click link dan keluarlah segala details seminar tu buat kat mana dan terus aku ikut arahan. Katanya kalau pergi seminar dengan 2 orang kawan yang lain, masuk PERCUMA. Tapi masa tu aku dah rasa xde masa nak ajak sesiapa, dalam kepala aku fikir..aku kena daftar cepat. Kalau tak nanti lambat dan melepas. Terus aku daftar seorang dan kena paid RM 30. So..no problem. Terus aku daftar sorang..hehe (gila excited). Lepas tu barulah aku bagitau kawan dan adik aku...lastly adik aku sempat daftar dan bayar rm 30 jugak. Pergilah kami 2 orang.
Hari yang dijanjikan tu dah tiba. Kami naik teksi ke tempat yang dijanjikan. Nak tau x? Rupenya 10 minit je dari rumah mak aku kat KL. Alhamdulillah sampai awal...isi borang...then register (tunjuklah sms yang kita dapat dari pihak DAO). Lepas tu dapat sticker lekatlah kat tudung color merah dan terus beratur. Nasiblah kami sampai cepat sebab ramai sangat tau.
Memang beratur panjang. Masa masuk dewan tu mmg aura macam hebat. Intro je aku dah berdiri bulu roma. Ada video pasal org2 yang dah berjaya lepas pergi class DAO. Adalah video macam-macam dan apa yang aku boleh katakan....DAO ni mmg dah sangat-sangat berjaya dan bukan calang-calang orang yang nak bagi ceramah. Dah banyak syarikat DAO handle dalam 1 masa. Dah bilionaire gamaknya (aku rasa lah. Haha).
Lepas tu sebelum DAO keluar kat pentas..adalah tarian 'bara bara bere bere'. Aku buat gitew2 jelah ahakss (malu tau)...tapi tarian ni lebih kepada nak keluarkan semangat...bina tenaga.. buang stress and enjoy. Lepas tu.. barulah DAO keluar kat pentas. Aura memang luar biasa. Setiap apa yang DAO cakap..penuh dengan ilmu tapi disampaikan dengan nada santai dan ada sindir-sindir sket...ha...faham ke faham? Hehe. Semua orang boleh faham. Dan beliau bercakap berdasarkan pengalaman beliau yang dari zero....dari rugi ratus ribu, dari pernah kena tipu, dari tiada ilmu, dari seorang pekerja bawahan sampailah beliau berjaya menjadi jutawan ketika berumur 32 tahun.
Satu benda yang aku puji...DAO ni beliau ada inisiatif NAK TAHU BANYAK BENDA. Sebab tu beliau boleh berjaya. Beliau sentiasa mencari jawapan kepada persoalan yang beliau cari-cari selama ini. Dan akhirnya Allah pertemukan DAO dengan orang yang boleh jadi mentor pada DAO setelah Allah pertemukan DAO dengan orang-orang yang salah supaya DAO lebih tabah dan sabar. Ujian nak berjayakan. So memang DAO 'full of ilmu'. Itu kelebihan beliau sebenarnya.
Oke..ni antara isi DAO yang aku sempat rekod. Sebab yang lain aku x rekod sangat..banyak berdiri je (orang luar biasa lah katakan..x kan mentor berdiri kat pentas. .ank murid duduk...xde adab hoke..haha).
Ni isi DAO ..
1. Bisnes yang kita buat tak menjadi bukan sebab bisnes itu..tapi sebab sikap dan diri kita sendiri.
Cth : ada je orang jual kain pelekat tapi bisnes dia besar dan maju... (kain pelekat je pun).
2. Kita kena motivate diri kita sendiri. Listkan...setahu dari sekarang ada nak pakai kereta ape? Lagi 5 tahun ada nak pi umrah ke? Lagi 5 tahun nak beli rumah sendiri cash ke? Rumah apa...kat mana? So itu namanya impian. Tulis.....
3. Maksud hidup luar biasa ~ kita tidak terikat dengan orang lain. Bebas buat apa kita suka. Kita ada kebebasan duit, kebebasan masa, kebebasan nak beribadat dan kebebasan untuk masa dengan diri kita sendiri.
4. Tukar kisah kita! Kalau selalu banyak yang sedih, kita pilih untuk menjadi lebih gembira dan hebat.
5. Berapa lama lagi kita nak hidup biasa2? Biasa ni maksudnya. Keje opis..pergi awal pagi...jammed! Balik lewat petang dan adakalanya malam. Ujung bulan dapat duit gaji....dapat pagi..petang habis sebab dah tolak bayar hutang! Aku Alhamdulilah memanh xde hutang kecuali PTPTN. Means ade gaks la hutang. Hehe.
6. Kita mesti ada ILMU untuk ubah hidup.
7. Jangan pandang serong orang kaya. Hakikatnya orang miskin ramai lupa diri dan tidak bersyukur.
8. Bila kita banyak duit..kaya...duit tu boleh guna untuk BANTU ORANG, sedekah, infaq, wakaf..macam2 lagi.
9. Shortcut untuk berjaya adalah ' dengar dan buat apa mentor suruh!
10. 90% bisnes gagal sebab x pandai marketing dan advertising.
Seterusnya ada sambungan penampilan afdlin shauki pun sangat-sangat inspired. Best cite afdlin shauki mengenai bisnes 'seluar pelekat' dia. Cara die cite pun dah macam buat lawak. Enjoy!.
Macam-macam lagi tips yang lain. Oke itu je yang aku nak share. Dan aku teringin nak pergi seminar seterusnya IMKK (Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan). Tapi kena makesure asben dapat cuti dan boleh pergi sama-sama.
Pada korang yang rasa nak cari something yang LUAR BIASA. Pergilah seminar DAO. Aku pasti korang dapat sesuatu yang sangat-sangat berharga. Boleh buka minda dan jiwa korang.
Selamat berseminar DAO! ♥
#saya jual shaklee
#019-3190733
#murni
No comments:
Post a Comment