Layanzzz...')

Saturday 20 June 2015

Menyusu badan sebab "malas".

Assalamua'laikum...

Baru usai siapkan juadah untuk berbuka petang ni..
Ambil masa setengah jam kejap update blog..hehe (sempat lagikan..)

Tetibe nak share 1 pengalaman.

Nak tahu tak?

Masa mula-mula saya menyusukan anak pertama, syifa' sekarang usianya dah 5 tahun. Saya ambil keputusan untuk menyusukan syifa' ni 1 memangla niat dari pregnant lagi nak menyusukan anak. Kebaikan menyusukan anak banyak sangat. Yang saya paling teruja nak susukan anak sebab dua benda ni.

Pertama,
Saya dapat tahu, anak yang menyusu susu ibu 'emosinya lebih baik dan mindanya lebih bijak" dengan didikan kita jugaklahkan..

Kedua,
Bagi pihak si ibu, menyusu badan dapat 'mengurangkan risiko kanser rahim dan payudara". Ini info yang pernah saya baca.

Jadi 2 perkara ini menguatkan hati saya untuk terus menyusukan syifa'. Tapi ada jugak disebaliknya iaitu 'sifat malas' saya. Saya rasa lebih mudah menyusukan anak sebab kalau pergi mana-mana tak perlu nak bawak keperluan seperti botol susu, susu tepung, bekas letak susu, air panas dan sebagainya. Allah dah jadikan susu ibu ni sempurna. Saya lebih selesa untuk 'direct feeding". Dan saya memang tak pernah ada baju menyusu khas. Pakai baju kurung atau blouse jek. So pandai-pandailah cari port yang sesuai untuk susukan bayi. Paling mudah...pakai tudung labuh senang nak 'cover' time menyusukan anak.

Kita mudahkan sahaja proses penyusuan ini (",)

Sehinggalah anak yang kedua pun saya menyusukan sehingga lebih 2 tahun dan susu 'terhenti" sebab saya hamil yang ketiga.

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang memudahkan saya dan suami untuk mendapat zuriat seterusnya 'menyempurnakan penyusuan" susu ibu kepada mereka.

Dan azam saya yang seterusnya untuk anak ketiga. Saya akan terus berikan mereka yang terbaik iaitu 'titisan emas" susu ibu.

Ni wajah-wajah comel putri kesayangan mama.


Anak pertama, syifa'


Anak kedua, safiyyah


 Sekarang syifa dah umur 5 tahun dan safiyyah 2 tahun setengah.

Bagi bakal ibu atau ibu yang masih belum menyusukan anak dengan susu ibu. Tanam NIAT dan TEKAD dalam hati anda untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Dan ilmu mesti ada tau. Banyakkan membaca majalah, buku dan blog yang berkisar tentang penyusuan susuibu. Group dan family support juga sangat penting.

"Penyusuan itu sunnah". Seperti disebut dalam al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233


 See..banyak kan kebaikan susu ibu terhadap bayi.

Seperti mana kita nak beri yang terbaik pada anak kita dari segi pendidikan, pakaian, tempat tinggal, mainan...makanan lebih-lebih lagikan. Jadi..jom beri susu ibu pada anak-anak kita.

Bagi yang belum berkesempatan susukan anak dengan susu ibu. Yang lepas biarkan berlalu. Untuk next baby mesti TEKAD tau susukan mereka dengan susu ibu. 

Oke...times up. Nak pergi ke dapur semula. Nak sambung prepare apa yang patut sebelum maghrib ni.

Daaaa (",)

Pst : Nak tau suplimen apa yang saya amalkan untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu? Direct PM ya.

Murni 019-3190733

No comments: