Layanzzz...')

Saturday 20 June 2015

Bagaimana nak jaga kesihatan gigi anak kecil?

Assalamua'laikum..
Jumpa lagi kita harini..rajin pulak update blogkan kan...

Tetibe ilham datang mencurah..alhamdulillah

Disini saya nak kongsikan serba sedikit perihal " macam mana nak makesure gigi anak tak rosak di usia awal mereka "

Atas pemerhatian saya. Ramai ibu bapa yang 'terlepas pandang" untuk makesure kebersihan gigi anak terjaga. Akibatnya..sian kat anak kena tanggung kesakitan akibat gigi rosakkan..

Mulala mereka menangis..
Siapa tak pernah sakit gigi?
Serius 'sakit sangatkan"..

So ni tips yang saya sendiri amalkan untuk jaga gigi 2 orang puteri saya ni.
Tips ni maybe saya alert melalui pembacaan jugakkk..dan pengalaman sendiri yang pernah sakit gigi..uwahhh

Dan sebagai ibu bapa..memang kesibukan kadangkala buat kita kurang alert perihal menjaga kebersihan gigi anak ni..padahal ia super penting..!

Better late than never..
Mesti buat ye lepas ni...!

Sebelum tu intro dulu gigi adik ngan kakak..
haha...iklan gigi kejap ;p



Gigi diorang ni takdelah putih sangat macam iklan darlie tu sampai bersinar-sinar..hehe
Tapi atleast sepanjang saya membesarkan mereka. Belum pernah dengar kakak dan adik mengadu sakit gigi dan saya selalu cek gigi diorang tu ada tak rosak especially bahagian geraham dan gigi utama kat depan tu..

Oke..tips yang saya buat simple ajer.

1. Sejak dari diorang tumbuh gigi seawal usia bayi. Time ni kena rajin cuci gigi diorang guna kain basah je. Basahkan kain bersih dan cuci je gigi tu.

2. Saya berikan semestinya yang terbaik sejak mereka lahir iaitu 'susu ibu". Lengkap dah kalsium dan vitamin-vitamin dalamnya untuk keperluan nutrisi mereka.

3. Saya sendiri kenalah minum susu atau ambil suplimen OSTEMATRIK sebagai sumber kalsium. Apa yang 'ibu menyusu' makan akan dapat pada bayi yang disusukan. So kita makan kalsium, mereka pun dapat jugak.

4. Saya sangat-sangat suka belikan diorang ni (bila dah besar sket) berus gigi comel dan ubat gigi sekali. Kecik-kecik diorang memang teruja suka main berus gigikan. Bila dah besar sket kemain pandai memilih nak berus gigi warna pinkla..orenla...then 'perisa ubat gigi" pun nak ikut tekak diorang jugak haha..





Tak kesah....asalkan diorang suka dan nak gosok gigi. Situasi ni kekadang buat saya happy sebab diorang bila dapat 'hadiah' berus dan ubat gigi baru (sebolehnya tukar sebelum berus gigi tu dah lusuh) macam dapat makan askemmm.

Masuk je bilik air mesti cakap "mama..nak gosok gigiiiiiii". Hamek tu diorang yang request. Kecuali kalo tengah mengamuk. Mandi pun x mau..haha

5. Bab makan pulak. Tipulah kalau saya kata anak saya tak makan gula-gula atau air manis. Ya..diorang makan tapi TAK SELALU. Bak kata P.Ramlee. Jarang-jarang. Suami isteri kena sama-sama tegas...jangan isteri je tegas dan suami buat tak kesah. Kena kerjasama.

6. Satu lagi dilemma bila anak-anak kita ni dah jumpa kengkawan or ke majlis yg ada banyak sweet or air manis ni. Saya tak la halang diorang makan. Tapi saya selalu ingatkan diorang dan gunakan psikologi. Contoh ; kalau pergi KFC kekadang terdapat air pepsikan...saya bisikkkan kat diorang "eeeekk..air ni hitam...tak sedap...pedasss..." Saya kasi diorang rasa. Memang first impression diorang tak nak minum tau sebab mindset dah hasut "pedasss". Kan bergas tu...!

7. Kat rumah saya memang 'jarang" ada air manis. Kalau ada pun air milo la bancuh. Air selain milo memang payah nak masuk rumah. Nak masuk 6 tahun kahwin. Kami pernah beli gula 5 kampit je kot. Tu pun kekadang bersemut sebab memang jarang guna gula dan air macam sunquick, ribena, air pati sirap ke..memang boleh dibilang pernah beli sekali 2 je kot ;p So..memang amalkan air masak dan air masak dan air masak ;)

Satu lagi kami kalau dapat hamper yang ada air gas tu memang kami tak minum.

Pilihan pertama kami buang. Curah terus dalam sinki. Kedua...bagi orang (ni pernah skali 2 je buat). Yang lain semua masuk sinki. Dah sah sah tak elokkan.

8. Kalau anak makan gula-gula. Saya pesan jangan gigit nanti gigi awak rosak. So kalau makan pun diorang lebih kepada isap. (kena selalu ingatkan..maklumla budakkkk)

9. Selalunya kalo ke komplex beli belah. Kalau diorang nak sangat gula-gula cupa cup tu memang la dapat sorang 1 tapi selalunya diorang isap sekejap dan buang. means mama takdelah "kejam" sangat tak bagi langsung. Bagi...tapi mama tau diorang takkan habiskan.

10. Ha 1 lagi..air yang diorang selalu nak time kami shopping barang dapur. Masa awal-awal dulu adalah suka bagi kakak air milo kotak. Manissskan air milo tu walalupun milo stil berkhasiat. Jadi alhamdulillah..lama kelamaan diorang ni suka dah air kultur macam vitagen, yakult, solivite. Dan aleh-aleh air masak jugak yang diorang mintak..dan kalau minum kedai adalah minum air soya yang kurang manis tu.

11. Saya jugak bagi vitamin untuk imun badan mereka. Anak kecil usia setahun ke atas dah boleh beri suplimen untuk gigi yang kuat. Bagi diorang MEALSHAKE. Dalam mealshake ni ada banyak vitamin dan mineral untuk badan yang sihat dan cergas.

12. Owh ye pemilihan susu formula selepas umur mereka 2 tahun. Si kakak dulu memang bagi dia susu anmum essential sebab kurang gula...tapi bila dah dapat adik taulah kan. Kena jimat sket. Kami bagi lactogen ajer. Dan pastikan masa anak menyusu botol tu jangan kasi diorang 'isap lama-lama sampai tertidur pun masih isap. Dah habis je susu terus ambil dari mulut diorang sebab kalau dibiarkan puting tu lama-lama kat gigi pun boleh sebabkan gigi anak cepat rosak. (Ni pun info yang saya pernah terbaca dan apply).

13. Pernah tak tengok cite upin dan ipin. Ada satu episod tu pasal tajuk "Gosok jangan tak gosok". Ni link di YOUTUBE .

Dalam episod ni gigi ehsan cantik walaupun dia makan gula-gula tapi dia rajin berus gigi. Mail pulakkk sakit gigi sebab tak jaga. So dalam tu "Doktor Ravi" pesan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Haaa...ingatkan bebudak ni kalau makan gula banyak-banyak nanti gigi sakit macam mail...mesti diorang takut..hehe

Ok itu ajer kot sharing saya yang sekecil-kecil pengalaman ni. Semoga bermanfaat yer.

Sharing is caring :)

Nak dapatkan suplimen terbaik buat anak anda?
Fast reply : 019-3190733

No comments: