Layanzzz...')

Monday, 30 June 2014

Felixia Yeap Peluk Islam 5 Ramadhan

Assalamualaikum semua :) Aku baru sudah kemas rumah..lega ..hehe. Harini berkobar-kobar nak update cite pasal Felixia Yeap. Salah seorang gadis cina yang aku sangat salute dan bersyukur kepada Allah sebab Allah dah 'campakkan' hidayah dan petunjuk dalam diri Felixia Yeap untuk mendalami seterusnya memeluk agama Islam.


Cantik betul berhijab :)

Dipendekkan cerita. Aku kenal Felixia ni memula masa aku terbaca artikel kat surat khabar. Artikel tu bagitau cerita tentang seorang model berbangsa cina yang suka berhijab. Masa tu aku rasa gitu-gitu je kot kisah Flexia ni..maybe dia nak cuba-cuba berhijab masa tu. Then satu hari aku tertengok lagi dia jadi artis jemputan dekat TV Al-hijrah. Dan masa tu aku sangat terkejut sebab dia memang pakai fully hijab, menutup aurat dengan sempurna. Tak ketat dan tak jarang dan masa tu memang aku fikir dia dah masuk islam...rupanya belum! Dan .. yang aku sangat teruja bila dia cakap...dia dah jadikan pakaian menutup aurat tu sebagai pakaian rutin dia..bukan hanya dia shooting untuk model bertudung. 

Allahuakbar...nampak tak hidayah Allah nak bagi sekejap jekan..

Dan aku suka Felixia ni sebab kata-kata dia memang kata-kata orang yang berilmu. Dia kata lagi " bila pakai hijab dia rasa tenang, rasa lebih dihormati...tak sejuk (comel jek cakap x sejuk) sebab baju berhijab agak tebalkan ...hehe

So dari situ aku ikutlah perkembangan dia. Like PAGE dia Felixia Yeap dan aku baca blog dia www.felixiayeap.blogspot.com. Setiap kali dia update status..aku nampak kebaikan dalam status-status dia. Dari sehari ke sehari, dia cuba perbaiki diri dia. Lengkapkan diri dia dengan ilmu. Dan dekatkan diri dia dengan orang-orang yang lebih baik.


Dan kemuncaknya semalam..aku sempat melihat temubual Pak Nil dengan Felixia Yeap di H-Live : Apa kata Malaysia? Dan Felixia dah umumkan yang dia bakal peluk Islam pada 5 Ramadhan ini sempena hari lahir dia dan dia sudah pun ada nama Islam. Aku guess nama dia Ratu Rania. Semalam dia dah bagi clue..hehe. Sama-sama kita nantikan Official nama Islam dia tau. Dan bila Pak Nil tanya, kenapa pilih 5 Ramadhan? dia jawab, saya seperti dilahirkan semula apabila memeluk Islam dan memilih untuk memeluk Islam pada hari kelahiran saya dan jatuh pada hari khamis iaitu hari kesukaan Nabi Muhammad. Ya Allah..hati dia telah pun Islam!!

Jom kita sama-sama doakan yang terbaik buat bakal saudara baru Islam kita ini :) Semoga Allah lancarkan segala niat baik Ratu Rania (pepandai je aku tambah ratu kat depan) hik hik.










#sayajualshaklee
#setberpuasashaklee
#murni
#0193190733

Sunday, 29 June 2014

Menu Berbuka : Hari Pertama

Assalamu'alaikum...jumpe lagi kita harini ;)

Nak bagitau..aku baru pas masak..haha...menu untuk bukak puasa. Senang masak awal-awal, so takdelah aku kelam kabut petang jap lagikan. Pagi tadi pergi supermarket beli ayam dan sewaktu dengannya. Balik rumah aku terus terfikir nak masak 'ayam sambal'. Nie menu basic aku bagi (sesuai untuk org yang x berapa pakar masak macam aku (",).

Menu : Ayam sambal

Bahan-bahan yang diperlukan :

1. Ayam dalam 1 per 3 ekor (untuk 3 orang)
2. Bawang besar (2 biji)
3. Bawang putih 4 biji
4. Halia 1 inci
5. Cili giling (4 sudu)
6. Bawang
7. Serai (2 batang)
8. Maggi cukup rasa atau garam

Cara buat :

1. Goreng ayam yang dah dipotong bersama kunyit dan garam. Kemudian toskan minyak.
2. Seterusnya, kosongkan kuali lain. Tumiskan (bawang besar 2 biji, halia dan bawang putih yang telah dikisar) dan masukkan pula serai sehingga ada bau.
3. Kemudian, masukkan cili giling dan tumis sehingga cili masak.
4. Setelah itu, masukkan ayam yang telah digoreng tadi beserta bawang besar yang dihiris. Masukkan juga maggi cukup rasa.
5. Kacau hingga semuanya sebati.

Tadaaaaa.....Siap pun!
Aku belum rasa...tapi aku tau pasti sedap sebab 'air tangan ibu kan sedap'..haha .


Selamat mencuba!

#saya seorang ibu
#saya seorang pengamal suplimen shaklee
# 019-3190733
#murni






Firstday sahur : suami ke isteri yang bangun dulu?

Malam tadi..lepas asben aku balik tarawikh...tetibe jeng jeng jeng...dia bawak balik KFC. Memang aku sangat suprise sebab aku dah masak oke. Tapi xpe...aku pun cakap tenkiu kat asben aku and kami makan sesama. Esok dah siap lauk untuk sahur. Makan nasi dengan sayur campur dan ikan goreng.

Sayur aku dah siap2 letak dalam peti ais supaya x basi. So ikan goreng xpelah letak kat luar je. Nasi dah siap panas. Dan pas makan KFC, kami tidurlah sebab nak bangun sahur esokkan.

Esoknya dalam nak masuk pukul 5 pagi gitu asben aku kejut dan dia nak pergi masjid dah solat subuh. Aku bangun dan blur kat pintu umah..baru aku terfikir..asben aku ni dah sahur ke belum? Means dah sahurlah tu memandangkan aku 'cuti'.

Dalam hati cakap...'pandainyer die amik mkn sendiri'...hehe. Selalunya suruh aku amik. Lega gak aku...hihi. Not bad. Tapi rasa bersalah gak sbb asben makan sorang2. Then aku tido balik. Pagi esoknya aku tengok sayur dlm peti ais x berusik. Means asben aku mkn nasik ngan ikan je? Maybe kicap jugak....

Sempoinyalah....asalkan sahur agaknya asben aku ni. So esok aku kena makesure aku bangun dulu dari dia so that boleh la bancuhkan air ESP + milo ke kan...panaskan lauk dan sayur.

Kena TEKAD jaga awal esok ni...hee.
In shaa allah boleh!

Selamat berpuasa semua :)

#sayajualshaklee
#019-3190733
#murni



Hikmah isu coklat cadbury

Sejak isu coklat cadbury ada DNA babi pada mei 2014 yang lepas. Aku sebagai peminat tegar cadbury 'terasa kehilangannya'. Kite sebagai manusia yang lemah tidak terjangkau perkara 'tiba-tiba 2 jenis coklat cadbury disahkan tidak halal' akan terjadi. Nauzubillah.

Aku x nak komen coklat tu dah disahkan halal atau tidak. Cuma aku nak cerita hikmah disebalik semua ni terjadi. Kalau dulu boleh dikatakan setiap kali aku pergi pasar raya....aku akan singgah kat rak chocolate dan chocolate cadburylah yang aku akan ambik yang pack besar oke.. yang harga RM 7 tu. 1 papan besar terus aku ambik. Memamg layan cadbury 1 family. Bila aku streesss je, layan cadbury. Yelah..chocolatekan. Memang ubat stress cumanya yang x bagus kandungan gula yang tinggi.

Tapi lepas isu tu..memang aku x sentuh dah cadbury...x kiralah ada yang jenis halal pun. Better menjauhkan diri dan yang best duit aku selamat dan aku dah terhindar tebiat makan chocolate. Sampai asben aku pernah cakap ' ayang ni mcm budak2lah..suka sangat makan chocolate'. Maybe sebab kerap sangat kot. So now..dia mesti lega sebab ' perangai budak-budak ' aku tu dah xde...hehe

Itulah HIKMAH besar yang aku nampak. Apepun pada aku. Isu chocolate cadbury ni bukan isu main-main. Kita x nampak kesimpulan yang jelas sebab ianya sekejap halal...sekejap tidak. Jadi..org islam jadi confuse dan ragu-ragu. Sudahnya elok lah aku tinggalkan. Senang.

Oke itu je. Sharing is caring ♥

#sayajualshaklee
#0193190733
#murni
#xsukacadburydah






Saturday, 28 June 2014

Ada apa dengan class Dr.Azizan Osman?

Assalamua'laikum semua :)
Selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Semua tengah pakat-pakat siap nak pergi solat terawikhkan. Aku ambil masa sikit untuk update mengenai seminar hidup luar biasa 2014 oleh Dr. Azizan Osman. (DAO)

Sebelum tu, aku nak cerita mengenai DAO. Siapa tak kenal DAO bukan? Especially orang-orang yang memang suka berniaga dan dah tentu mereka-mereka yang nak keluar dari cara hidup biasa-biasa ajer. Pendek kata, orang yang carik DAO atau orang yang first time kenal DAO akan cakap 'luar biasa' semangat DAO ni. Ada aura orang berjaya. Ha gitewlah rasanya..hehe.

First time aku kenal DAO bila tengok DAO keluar tv, surat khabar. Yang aku tau DAO orang baik-baik dan nak bantu pada mereka-mereka yang memerlukan. Dan 1 lagi yang uniknya, DAO buat seminar permulaan percuma oke. X payah bayar pun...so beribu ribanlah orang yang datang class DAO. Actually aku dah lama teringin nak pergi...tapi terkekang sebab class DAO selalu time aku di sarawak. Dan sampailah 1 hari tu aku masih di sarawak dan dapat tau DAO nak buat seminar HLB 2014 .

Iklan Seminar HLB 2014 ni aku 'terserempak' kat newsfeed FB. Terus aku click link dan keluarlah segala details seminar tu buat kat mana dan terus aku ikut arahan. Katanya kalau pergi seminar dengan 2 orang kawan yang lain, masuk PERCUMA. Tapi masa tu aku dah rasa xde masa nak ajak sesiapa, dalam kepala aku fikir..aku kena daftar cepat. Kalau tak nanti lambat dan melepas. Terus aku daftar seorang dan kena paid RM 30. So..no problem. Terus aku daftar sorang..hehe (gila excited). Lepas tu barulah aku bagitau kawan dan adik aku...lastly adik aku sempat daftar dan bayar rm 30 jugak. Pergilah kami 2 orang.

Hari yang dijanjikan tu dah tiba. Kami naik teksi ke tempat yang dijanjikan. Nak tau x? Rupenya 10 minit je dari rumah mak aku kat KL. Alhamdulillah sampai awal...isi borang...then register (tunjuklah sms yang kita dapat dari pihak DAO). Lepas tu dapat sticker lekatlah kat tudung color merah dan terus beratur. Nasiblah kami sampai cepat sebab ramai sangat tau.

Memang beratur panjang.  Masa masuk dewan tu mmg aura macam hebat. Intro je aku dah berdiri bulu roma. Ada video pasal org2 yang dah berjaya lepas pergi class DAO. Adalah video macam-macam dan apa yang aku boleh katakan....DAO ni mmg dah sangat-sangat berjaya dan bukan calang-calang orang yang nak bagi ceramah. Dah banyak syarikat DAO handle dalam 1 masa. Dah bilionaire gamaknya (aku rasa lah. Haha).

Lepas tu sebelum DAO keluar kat pentas..adalah tarian 'bara bara bere bere'. Aku buat gitew2 jelah  ahakss (malu tau)...tapi tarian ni lebih kepada nak keluarkan semangat...bina tenaga.. buang stress and enjoy. Lepas tu.. barulah DAO keluar kat pentas. Aura memang luar biasa. Setiap apa yang DAO cakap..penuh dengan ilmu tapi disampaikan dengan nada santai dan ada sindir-sindir sket...ha...faham ke faham? Hehe. Semua orang boleh faham. Dan beliau bercakap berdasarkan pengalaman beliau yang dari zero....dari rugi ratus ribu, dari pernah kena tipu, dari tiada ilmu, dari seorang pekerja bawahan sampailah beliau berjaya menjadi jutawan ketika berumur 32 tahun.

Satu benda yang aku puji...DAO ni beliau ada inisiatif NAK TAHU BANYAK BENDA. Sebab tu beliau boleh berjaya. Beliau sentiasa mencari jawapan kepada persoalan yang beliau cari-cari selama ini. Dan akhirnya Allah pertemukan DAO dengan orang yang boleh jadi mentor pada DAO setelah Allah pertemukan DAO dengan orang-orang yang salah supaya DAO lebih tabah dan sabar. Ujian nak berjayakan. So memang DAO 'full of ilmu'. Itu kelebihan beliau sebenarnya.

Oke..ni antara isi DAO yang aku sempat rekod. Sebab yang lain aku x rekod sangat..banyak berdiri je (orang luar biasa lah katakan..x kan mentor berdiri kat pentas. .ank murid duduk...xde adab hoke..haha).

Ni isi DAO ..

1. Bisnes yang kita buat tak menjadi bukan sebab bisnes itu..tapi sebab sikap dan diri kita sendiri.
Cth : ada je orang jual kain pelekat tapi bisnes dia besar dan maju... (kain pelekat je pun).

2. Kita kena motivate diri kita sendiri.  Listkan...setahu dari sekarang ada nak pakai kereta ape? Lagi 5 tahun ada nak pi umrah ke? Lagi 5 tahun nak beli rumah sendiri cash ke? Rumah apa...kat mana? So itu namanya impian. Tulis.....

3. Maksud hidup luar biasa ~ kita tidak terikat dengan orang lain. Bebas buat apa kita suka. Kita ada kebebasan duit, kebebasan masa, kebebasan nak beribadat dan kebebasan untuk masa dengan diri kita sendiri.

4. Tukar kisah kita! Kalau selalu banyak yang sedih, kita pilih untuk menjadi lebih gembira dan hebat.

5. Berapa lama lagi kita nak hidup biasa2? Biasa ni maksudnya. Keje opis..pergi awal pagi...jammed! Balik lewat petang dan adakalanya malam. Ujung bulan dapat duit gaji....dapat pagi..petang habis sebab dah tolak bayar hutang! Aku Alhamdulilah memanh xde hutang kecuali PTPTN. Means ade gaks la hutang. Hehe.

6. Kita mesti ada ILMU untuk ubah hidup.

7. Jangan pandang serong orang kaya. Hakikatnya orang miskin ramai lupa diri dan tidak bersyukur.

8. Bila kita banyak duit..kaya...duit tu boleh guna untuk BANTU ORANG, sedekah, infaq, wakaf..macam2 lagi.

9. Shortcut untuk berjaya adalah ' dengar dan buat apa mentor suruh!

10. 90% bisnes gagal sebab x pandai marketing dan advertising.

Seterusnya ada sambungan penampilan afdlin shauki pun sangat-sangat inspired. Best cite afdlin shauki mengenai bisnes 'seluar pelekat' dia. Cara die cite pun dah macam buat lawak. Enjoy!.

Macam-macam lagi tips yang lain. Oke itu je yang aku nak share. Dan aku teringin nak pergi seminar seterusnya IMKK (Intensif Magnet Kejayaan dan Kekayaan). Tapi kena makesure asben dapat cuti dan boleh pergi sama-sama.

Pada korang yang rasa nak cari something yang LUAR BIASA. Pergilah seminar DAO. Aku pasti korang dapat sesuatu yang sangat-sangat berharga. Boleh buka minda dan jiwa korang.

Selamat berseminar DAO! ♥

#saya jual shaklee
#019-3190733
#murni

Wednesday, 25 June 2014

Persediaan Berpuasa

Terbahagi kepada 3 produk asas untuk pembekalan vitamin, zat galian, tenaga dan pengekalan bendalir badan iaitu Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla), Mealshake (perasa French Vanilla)  dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Ketiga-tiga produk ini berperanan membekalkan nutrien dan keperluan harian tubuh agar terus bertenaga dan cerdas.

ESP : memberi kita rasa kenyang untuk jangka masa yang lama dan beri kita tenaga yang sustain ; bukannya memberi kita tenaga apabila minum tetapi memberi kita tenaga yang berterusan apabila mengamalkannya.

Mealshake : terdiri daripada protein dan juga complete dengan sumber vitamin dan mineral. rasa apa? rasa vanilla, memang sedaplah dan tak muak.

PD : sejenis minuman mengurangkan kehilangan bendalir (air) dari tubuh kita, yang sememangnya berlaku apabila kita berpuasa. Badan kita akan kekeringan air (di dalam) kesan daripada metabolisma badan dan kerja-kerja seharian yang dilakukan. Jadi, PD mampu menyokong tahap hidrasi dan menjaga kandungan air dalam tubuh kita.

Sesuai untuk mereka yang tidak sempat bersarapan, dan minuman untuk bersahur dan berbuka puasa. Kalau tak sempat sahur pun (kes terbangun tinggal 5 minit nak imsak/15 minit nak Subuh), mighty 3 gems ini insya-Allah memadai untuk anda menjalani kehidupan Ramadhan seperti biasa.

Dan berbuka puasa dengan mighty 3 gems memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah selanjutnya iaitu solat Maghrib, Isyak serta terawikh dan ibadah2 lain seperti bertadarus.

Bagi ibu menyusu seperti saya, ia membantu kita berpuasa sambil menyusukan anak.

019-3190733
Murni

Monday, 23 June 2014

'Air oren' MAGIC!

Assalamua'laikum semua :) sekarang jam nak menginjak ke pukul 12 malam. Lega anak-anak dah tido. Now nak cerita pasal 'air oren magic' iaitu PERFORMANCE DRINK. Sejujurnya dalam banyak-banyak vitamin shaklee, PD ni aku lambat untuk cuba.

Jadi...ramai cakap sedap dan bila ambil PD ni macam minum air isotonik 100 plus..aku pun nak cuba jugak!
One day..aku bancuhkan 8 sudu PD ni dalam shaker shaklee hijau yang besar gemuk ni. Aku shake sampai warna dia jadi oren agak pekat. Then aku masukkan bancuhan PD tadi dalam peti ais.
Hasilnya...mmg marvellous!

Kebetulan cuaca sekarang tahujelah kan..sangat panassss. Rumah aku pun memang rasa bahang. Time dah sejuk PD tu aku pun bawak keluar dari peti ais...aku baca bismillah dan teguk dengan penuh sopan.
Sedapnya!!!

Dan yang paling penting.  Badan yang rasa panas tadi 'hilang' sikit demi sikit dan rasa lebih bertenaga tau. Gitulah ceritanya PD ni.
Satu lagi PD ni bolehlah digantikan dengan 100 plus atau minuman isotonik yang murah dipasaran sebab PD ni less sugar ~ kurang gula. So sangatlah baik untuk kesihatan kan.

So...bulan puasa nak dekat dah. Korang patut ada PD ni siap2. Time bukak puasa. Makan kurma. Minum PD mesti segaaaaar je badankan. Vitaminlah katakan masuk dalam badan. Hehe...So bertarawikh lah dengan tenaga yang banyak. In shaa Allah.

Oke..nak sharing itu aje :)

Sharing is caring ♥

Jom cari aku untuk dapatkan kesegaran PD.
019-3190733
Murni

Friday, 20 June 2014

5 Sebab Shaklee tidak sesuai dengan anda.

1) SLE
– Pengidap SLE TIDAK BOLEH mengamalkan supplemen Alfalfa dan juga Vitalea. Dalam Vitalea juga mengandungi sedikit campuran Alfalfa. Jika anda mahu juga mengambilnya sebagai Multivitamin dan Multimineral anda, anda perlu mendapatkan nasihat dari doktor terlebih dahulu.

2) G6PD
– Bagi anda yang menyusukan anak dan anak anda mengalami masalah G6PD, anda juga tidak boleh mengambil supplemen Alfalfa. Anda boleh menggantikan Alfalfa dengan supplemen yang lain untuk alternative kepada milk booster.

3) THALASEMIA
– Pengambilan iron yang berlebihan oleh pesakit thalasemia boleh memudaratkan diri mereka. Jadi, pesakit thalasemia TIDAK BOLEH mengambil supplemen Vitalea kerana Vitalea telah diformulasikan dengan tambahan IRON di dalamnya.

4) HYPERTHYROID
– Pesakit Hyperthyoid tidak digalakkan mengambil iodine kerana kandungan iodine mereka yang sudah tinggi di dalam darah. Jadi supplemen yang tidak boleh diambil ialah Vitalea kerana di dalam Vitalea ada kandungan IODINE dan juga supplemen Alfalfa

5) HYPOTHYROID
– Pesakit Hypothyroid pula tidak boleh mengambil ESP kerana boleh menyebabkan kekurangan rembesan hormon thyroid dan tidak digalakkan mengambil carotomax sebab hormon thyroid diperlukan untuk tukar beta-corotene kepada vitamin A. Jadi, ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pesakit.