Layanzzz...')

Saturday, 20 April 2013

Cara Didik Anak Usia 2-3 Tahun

Assalamua'laikum semua..arini tiba2 terpanggil untuk aku discuss pasal cara nak didik anak usia 2-3 Tahun..aish...apsal tetibe aku masuk topik ni???

Sebab....anak ku yg sulung tu..Syifa', umo die dah 2 tahun stgh..serius! kekadang x faham dengan perangai budak ni tau...Hilang sabar jadinye..rasa mcm geram jek sbb die seakan2 x mau denga ape yg kite cakap..die nak buat hal die jek..so the best thing yg mama boleh buat untuk kak long yang mama sayang ni..of course la mama kene menuntut ilmu...ilmu keibubapaanla..

nak tau camner cara sesuai mama nak threat syifa' supaya mama faham psikologi budak umo macam syifa 2-3 tahun..so, bile mama dah tau caranya..xdela mama rasa nak naik hangin je bile syifa suka lari sana sini, pas mandi suka pilih baju n seluar sendiri & x nak pakai baju yg mama nak syifa pakai (baju yg sama je die nak pakai even baju tu tengah bersidai basah...hangin x hangin kan??? hehe...

then ape lagi sikap die? yg klaka memang die suke ikut ape yg kite buat..solat, doa, mengaji, menyanyi, menari, cube nak belajar banyak perkataan baru, suke ulang2 pkataan yg sama...suka keluar jalan2..nakkan PERHATIAN!!! Dah pandai nak marah, merajuk, mengada TAPI...kalau kite faham die..sebenarnye dia mudah diuruskan.

** org suruh tido x moh..nak main buai..hehe (dah besau pun tido buai lagi ~ ngade2)

** hobi die mmg suke main bedak, gincu, losyen, sabun mandi, krim muka..(haha)..org pakai masker pun nak jugak..aish!

** suke menyebukkan diri (dimana ade kite, disitu ade die) ~ nak tolong mama ler tuh..hehe

** ni hobi yg paling die suke ~ kacau adik, suke peluk adik kuat2, ske cium adik kuat2 (mama pun die x pernah cium kuat2 cenggitu), pernah gigit jari adik, sebab geram sgt kowt dengan badan adik yg montok tu..hehe (sebenarnye die nak 'berkawan" dengan adik..

** syifa sgt suke mengaji..main sebut jek..janji de lagu...( ikut abah la tu suke taranum kat umah)..now tgh ajar syifa baca IQRA'..aa, ba, taa, saa...hehe (bestkan) ;)

Now nak street ke FAKTA :

Mengenali Anak Anda (Umur 2-3 Tahun) 

Artikel ini saya ambil dari www.bicaramuslim.com. Semoga ia berguna untuk saya dan ibubapa diluar sana.

A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak- anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.
2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu.

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI

Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain "dengan" kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan "tidak" dan memang dalam usia ini anak bersikap "menentang". Selain itu anak juga seringkali "menguji" persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI

Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK

Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE

Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS

Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL

Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal "mata ikan" pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA

Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.

Sekian,

mamasyifa ;)

Tuesday, 16 April 2013

Ekzema & Pendarahan Yang Teruk

Jom kite ambik tau..ape itu ekzema????

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ianya selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. Berita baik ialah kebanyakkan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan tetapi boleh di kawal dengan rawatan yang sesuai.

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama : kulit kering, gatal, merah dan rekah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut.
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. Untuk lokasi ekzema…


Testimonial dari Puan Zamzalina, yang mengalami masalah pendarahan yang agak melampau serta beliau juga ada masalah ekzema yang menyebabkan lepuh pada kedua tapak tangan dan kaki beliau. Setelah mendapat nasihat daripada doktor untuk mengambil EPO bagi merawat masalah pendarahan beliau, beliau telah mengambil keputusan untuk mencuba produk Shaklee.. Antara supplemen yang beliau ambil adalah,
  1. GLA Complex
  2. Meal Shakes
  3. Nutriferon
  4. Energizing Soy Protein



Alhamdullillah, selepas menggunakan produk Shaklee, masalah pendarahan serta ekzema semakin hilang.. Kini cuma tinggal parut-parut sahaja.. ;-)

* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit


 I' Murni your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp : 019-3190733

Sunday, 14 April 2013

Cream Untuk Kulit Yang Cantik - Herbal Blend Multipurpose Cream

Cream ini adalah cream kulit yang serbaguna yang boleh dipakai pada kulit sesiapa sahaja. Bayi sangat disyorkan menggunakan cream kulit serbaguna ini bagi mengatasi masalah eczema, gigitan nyamuk, ruam-ruam dll. 


Pengakuan pengguna :
" Saya sangat suka menggunakannya terutama untuk mengatasi tapak kaki yang kering pada anak saya, luka-luka kecil dan kesan gigitan nyamuk. Anak saya juga sukakanya keran cream kulit ini berasa dingin dan menenangkannya. Jadi sekarang , gatal sikit atau sakit akibat terjatuh dll dia akan cakap "mama, buh bat"^_^ "

Dipekkan sebanyak 4oz dalam 1 botol membuatkan ianya antara cream kulit yang sangat berpatutan harganya dan yang penting berbaloi dari segi pemakaiannya. Semua ahli keluarga boleh menggunakan cream ini tambahan cream ini tidak mengandungi sebarang bahan kimia, selamat dan berkesan.

Herbal Blend Multipurpose Cream ini diformulakan daripada ekstrak semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Cream ini bersifat dingin, bermentol dan tidak berminyak dan melekit. Herbal blend juga telah diuji secara klinikal di mana cream ini dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Dan banyak lagi kebaikan Herbal Blend Multipurpose Cream ini antaranya:

1. Ruam,

2. Luka kecil ,

3. Calar,

4. Demam (sapu keseluruh badan suhu akan turun),

5. Eczema,

6. Masalh kulit Gatal 

7. Menghilangkan Parut 

8. Melembutkan Kulit Yang Kasar 

9. Elokkan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki. 
10. Baik untuk demam campak. Menghilangkan kesan atau tanda demam campak.
11. Memecahkan Lemak / Pembuangan Angin Dengan Cara Urutan Terutama Pada

Bahagian Perut

12. Losyen Kegunaan Harian

13. Menghilangkan parut, termasuk campak dan chiken pox
14. dll

Kena cuba dahulu! Anda pun akan jatuh cinta pada cream kulit ini seperti saya dan ramai lagi pengguna Herbal Blend Multipurpose Cream ini ^_^

Jom tengok testimoni -

Testimoni 1 :

 Alhamdulillah selepas 2 hari penggunaan krim Herbal Blend, pipi Aira da surut dari ruam n semakin gebu dan comey.....

Testimoni 2 : 




Ini adalh baby Hilda. Beliau mgalami ruam disebabkn cuaca panas & berpeluh. Setelah menggunakan krin ajaib ini kurang dari 1 minggu alhamdulillah ruamnya da hilang dan licin semula.

 Testimoni 3 :


Begitu juga dengan baby Pn Rafizah, setalah 2 hari penggunaanya, ruam dikepala & biji2 dimuka baby telah hilang, menakjubkan bukan, hanya dalam 2 ari saja......

Testimoni 4 :


Ini pula krim yang disapukan dibuku lali. Selepas 3 hari penggunaanya, buku lalinya telah menampakkan perubahan warna yang cerah. Bestkan......

Testimoni 5 :

Krim Herbal Blend ini juga boleh disapu di muka utk menghilangkan gatal2 dan jerawat seperti yang dilakukan oleh Ezatul. 

Macam mana teruja tak melihat keberkesanannya.??? Jadi pastikan "Krim Ajaib" ini satu benda yang perlu ada di rumah anda. Selain untuk ruam, kulit muka, tumit kaki, buku lali dan sewaktu denganya, krim ini juga boleh disapu di tempat bekas gigitan nyamuk, serangga kecil dan gatal2. Sesiapa yang berkulit sensitif pastikan krim ini sentiasa bersama anda.
Apa lagi? Dapatkan sekarang !!
Harga : RM 27.50 sahaja!! (murahkan ;)
sms/whatsapp : 019-3190733 (murni)

Saturday, 13 April 2013

Senggugut & haid tidak teratur

Hi allz...petang ni rasa terpanggil nak cite pasal senggugut. Secara jujurnye aku mmg x pernah tau rasa senggugut tu macammane sebab setiap kali period mmg x pernah kena senggugut ;) Ingat lagi first time aku tau pasal senggugut bile sorang dr kawan aku x pergi class & terbaring atas katil. Bile tanye, apsal x pergi class? Die jawab..aku senggugut..sambil berguling2 atas katil...sakit tu..siannyer....means ramai yg pernah alami senggugutkan..jom kite tgk ape itu senggugut.

SENGGUGUT - (PMS)

Ramai wanita mengalaminya setiap bulan dan ini sangat2 mengganggu rutin harian mereka. Ada yang sampai tak pergi kerja, ambil MC, ada juga yang sampai pengsan dan tak kurang juga yang menelan panadol bagi menahan kesakitan.




Maksud perkataan senggugut adalah :  menstrual cramps.

Kekejangan / senggugut ini berlaku ketika datangnya haid dan berlaku disekitar bahagian bawah abdomen tubuh. Ada wanita yang mengalami senggugut yang teruk sehingga berguling-guling atas katil kan.. kesian nengoknye..mcm kawan aku tadilah..hihi


Antara simptom-simptom PMS ni adalah :-


* Sakit pinggang
* Tegang perut dibahagian ari-ari
* Sakit kepala
* Rasa loya dan muntah
* Sakit belakang, dll


Senggugut disebabkan pergerakan otot uterus yang mengecut dan mengembang dengan kuat semasa darah kotor turun daripada dinding uterus membawa kepada kontraksi. Pergerakan ini yang menyebabkan kita berasa ngilu apabila darah kotor keluar. 

CARA MENGATASI SENGGUGUT TANPA UBAT.


Cara lain adalah dengan mengubah cara hidup kepada gaya hidup sihat terutama daripada segi pemakanan.
  • Perbaiki diet : Jangan cuba untuk hilangkan berat badan secara drastik. Makan makanan yang mengandungi banyak protein dan tinggi kandungan seratnya. Makan banyak sayur-sayuran, kekacang, ikan salmon, ikan sardin dan parsli.
  • Kurangkan garam.
  • Variasikan pilihan minuman : Banyakkan minum jus buah-buahan. Ia lebih enak dan sihat berbanding aiskrim atau minuman berkarbonat. Elakkan teh, kopi dan minuman beralkohol beberapa hari sebelum period kamu.
  • Ambil Vitamin Tambahan. Ambil Vitamin B dan E. Kamu juga boleh menambah magnesium dan kalsium dalam diet kamu. Beritahu doktor kamu sebelum mengambil sebarang vitamin. Sesetengah vitamin boleh bertindak balas dengan ubat-ubatan kamu yang lain dan mengakibatkan kesan sampingan jika diambil berlebihan.
  • Bagaimana dengan lemak yang berkualiti? Ya! Banyakkan makan salmon dan tuna. Ia mengandungi lemak asid omega 3 yang tinggi dan boleh mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Kekal aktif. Kamu boleh meneruskan aktiviti harian dan kekal cergas semasa kamu didatangi period. Joging dan berjalan bersiar-siar juga membantu. Kamu boleh meluangkan masa sekurang-kurangnya sejam untuk bersenam. Bersenam telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan dismenorea.
  • Berhenti merokok
  • Tenangkan fikiran. Belajar untuk meditasi. Kamu juga boleh mendengar lagu atau meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem kelakar. Bergelak ketawa juga dapat menenangkan urat saraf.
  • Tuam perut. Dapatkan tuala dan rendam di dalam air suam. Perah tuala dan letakkan tuala di atas bahagian yang sakit. Lakukan sehingga kesakitan reda.
  • Tarik nafas dalam-dalam. Baring dan tenangkan diri kamu. Jika kamu pening, padam lampu di dalam bilik dan jauhi bunyi bising. Kesakitan akan berkurang selepas kamu mengambil pil penahan sakit.
Kredit to : Kotex Malaysia
Info daripada Period Pain Relief

Calcium supplements and other mineral and vitamin supplements can also help you get rid of period pain. Calcium helps in maintaining the muscle tone in the body preventing you from getting painful cramps. Magnesium helps in improving the body’s capacity for calcium absorption.You end up loosing less calcium from the body and hence reduce your muscle cramps.


CADANGAN SUPPLIMEN UNTUK SENGGUGUT 

* B-COMPLEX
* GLA COMPLEX
* OSTEMATRIX



1) OsteMatrix Shaklee - Melegakan kekejangan, sakit belakang dan gementar

Kalsium yang Diperkaya dgn Vitamin D - yang mana ia merangsang penyerapan kalsium dengan lebih efisyen


Magnesium - Membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang

Boron - membantu dalam metabolisme tulang

Zink,mangan, dan tembaga - bg mengaktifkan enzim yg membantu dalam pembinaan kepadatan tulang


Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh. 

Lebih daripada Sekadar Kalsium

OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
 
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 


2) GLA Complex - mengimbangi tahap hormon & membantu mengawal penghasilan prostaglandin

Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E.

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan.
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX :

 GLA Complex membantu melegakan sindrom Pra-Haid



~Dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan


~Membantu meningkatkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan dimana lendir kesuburan ini hanya dihasilkan sebulan sekali. Lendir ini membantu sperma bergerak ke arah tiub folopio dan berada disitu selama 5 hari. Jadi,jika tidak kena pada waktu subur masih ada harapan hamil kerana sperma boleh sampai sehingga 5 hari. ^_^

~ GLA COMPLEX mengandungi"Prostaglandin”    membantu hormon penting untuk fungsi kimia bdn bagi mengawal stress, tekanan darah, sakit otot, dan menghalang rembesan gastrik, anti keradangan dan anti beku darah.

~ Bonus!! GLA juga membuatkan wajah anda berseri (glowing2 gitu).HILANGKAN JERAWAT N JERAGAT JUGA!

3) B - COMPLEX - Pengambilan B-Complex dapat melegakan stress/ ketegangan ketika haid, mengurangkan rasa sakit dan mengawal emosi


Vitamin B Penting untuk Kesihatan yang baik

Adakah anda mendapat vitamin B yang mencukupi? Tekanan harian, tabiat pemakanan yang tidak sihat dan sesetengah bahan ubatan boleh meningkatkan risiko kekurangan bekalan vitamin B anda. Justeru itu, vitamin B merupakan keperluan asas dalam diet sihat kita.

B yang Lengkap dan Seimbang

B Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.

•    B1, B2, B3, B6, biotin dan asid pantotenik membantu badan menukarkan protein, lemak dan karbohidrat kepada tenaga.*

•    Asid folik dan B12 membantu dalam pembentukan sel-sel darah merah di dalam tubuh.  Jumlah asid folik yang mencukupi dalam diet harian membantu mencegah kecacatan tiub neural bagi wanita yang merancang  kehamilan sebelum konsepsi dan semasa 12 minggu 
tempoh kehamilan bagi dos harian sebanyak 400 mcg.*




 I' Murni your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp : 019-3190733





SHAKLEE VIDEO : KEPERLUAN SUPLEMEN HARI INI

 

SUPLIMEN VS UBAT

 

Kita sering tertanya-tanya apakah itu supplement, makanan tambahan dan vitamin kan? Sebenarnya maksud dan tujuan bagi kesemuanya adalah satu, iaitu untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Seperti mana SHAKLEE membawakan Total Wellness Connection (komunikasi kesihatan yg menyeluruh) yang menghubungkan anda kepada hidup yang lebih sihat!
Seringkali kita keliru dengan kata nama supplement dan ubat. 
Ubat - untuk mengubati / menyembuhkan penyakit dan sebarang kesakitan yg telah pun berlaku, namun ianya sgt berbeza dengan supplement 
Suplimen - bertujuan untuk meningkatkan tahap kesihatan, dan bukan untuk mengdiagnosis, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.
KENAPA PERLUNYA KITA MENGAMBIL SUPPLEMENT?
·         Kita memerlukan supplement kerana kita sering terdedah terhadap pencemaran alam sekitar.
·         Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrient
·      Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada pada hari adalah terdedah dan tercemar dengan pelbagai bahan kimia
·         Rutin amalan gaya hidup yang tidak sihat
·         Kebanyakan masyarakat Malaysia makan hanya mengikut nafsu selera
·         Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
·         Kehilangan nutrien dalam makanan. Ini boleh meningkatkan risiko kesihatan seperti :
-         Penuaan prematang
-         Kelesuan
-         Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
-         Keguguran rambut
-         Osteoporosis
-         Masalah kulit... dan baaanyak lagi!
KEISTIMEWAAN SHAKLEE
Always safe/sentiasa Selamat!
1)      Lebih daripada 80,00 ujian kualiti dijalankan setahun bagi memastikan keberkesanan dan ketulanan sebenar.
2)      Lebih drpd 350 ujian dijalankan ke atas setiap ramuan baru untuk mengesan bahan pencemaran bahaya.
Always Works/Sentiasa Berkesan!
1)      Lebih 300 juta dilaburkan dalam penyelidikan dan pembangunan produk.
2)      Bahan-bahan semulajadi yang paling halus dan paling tulen.
3)      Dosokong oleh bukti kajian sains dan makmal yang terdapat dalam 90 bahan kajian penerbitan.
Always Green/Sentiasa Mesta Alam!
1)      Produk mesra alam yang benar-benar selamat untuk anda, rumah dan juga bumi.
2)      Peneraju dalam pergerakan alam sekitar dengan mengamalkan perniagaan yang mesra alam


 I' Murni your Shaklee Independent Distributor
SMS/Whatsapp : 019-3190733

Friday, 12 April 2013

Shaklee untuk Cyst & Fibroid

Entry kali ni aku terpanggil nak cerita pasal Cyst & Fibroid..ape benda tu? Hanya yg pernah mengalami penyakit ini tau ape yg di maksudkan dengan Cyst & Fibroid..dengar nama pun dah seram..apatah lagi yg menghidapi penyakit nikan..jom kite study..Apa itu cyst??

Cyst ni ialah salah satu ketumbuhan abnormal sel dalam badan yang disebabkan oleh faktor radikal bebas. Sama juga dengan fibroid.Ia boleh tumbuh semula jika radikal bebas tidak dikawal baik oleh antioksidan.  Teringat akan salah seorang penghidap sakit ini yang melalui 3 kali operation membuang cyst. Ianya boleh recurrent jika antioksidan dalam badan kita tidak mencukupi.

 APAKAH CYST?

Cyst adalah ketumbuhan biasa bukan kanser yang paling kerap dijumpai di dalam uterus. Kebanyakan kes-kes lambat berkembang dan tidak menyebabkan apa-apa gejala dan hanya peratusan kecil kes-kes yang memerlukan rawatan perubatan. Ia dikategorikan mengikut di mana mereka membesar dalam rahim. Beberapa kajian menunjukkan bahawa sehingga 75% wanita akan mengalami cyst di sepanjang hayat mereka. (takottnyer...75% tuuuuu!! so beware ye wanita2 sekalian....75% bukan peratusan kecil.....kite mungkin salah seorang penghidap cyst. 
Cyst mengandungi udara, cecair, atau bahan separa pepejal, manakala fibroid adalah terdiri daripada bahan berserat, yang menjadikan mereka tumor. Akibatnya, mereka juga dirujuk sebagai "ketumbuhan fibroid," "fibrolids," "myomas," atau hanya "fibroid." Pelbagai saiz daripada kira-kira 0,04 inci (1 mm) kepada kira-kira 8 inci (20 cm) atau lebih.
 
APAKAH PUNCA FIBROID

Punca fibroid belum ditentukan, tetapi ada kaitan dengan pengeluaran estrogen dalam badan wanita. Tumor ini hanya seolah-olah terhasil semasa tahun-tahun reproduktif, dan yang sedia ada fibroid mungkin mula mengecut selepas putus haid. Ia boleh jadi tumbuh dengan cepat semasa mengandung apabila pengeluaran estrogen dan aliran darah kepada kenaikan rahim, tetapi biasanya tidak menyebabkan komplikasi.

Gejala-gejala 

Kebanyakan wanita yang mempunyai ketumbuhan fibroid tidak mempunyai gejala sama sekali. Antara gejala yang biasa dialami termasuk kesakitan, pendarahan yang berlebihan semasa kitaran haid, sembelit atau perut kembung, dan perubahan dari segi kekerapan kencing.
 Jenis-jenis cyst fibroid ditentukan oleh di mana fibroid tumbuh dalam rahim:

Fibroid 1.Intramural , yang tumbuh di dinding rahim, jenis yang paling biasa. Mereka boleh menyebabkan rahim bengkak, dan kadang-kadang menonjol sama ada ke dalam atau di luar rahim.


Fibroid 2.Submucosal , juga dikenali sebagai fibroid submucous, biasanya yang paling mungkin menyebabkan gejala-gejala yang ketara. Fibroid ini adalah dijumpai dalam lapisan uterus dan boleh melanjutkan di dalam rahim sendiri. Hasilnya, submucosal fibroid boleh menyebabkan pendarahan semasa haid.

Fibroid 3.Subserosal , juga dipanggil fibroid subserous tumbuh di luar rahim. Fibroid ini sering menyebabkan gejala-gejala yang paling sedikit, tetapi boleh berkembang menjadi sangat besar. Sesetengah fibroid subserosal menjadi begitu besar sehingga seorang wanita boleh kelihatan seperti mengandung enam bulan.

CADANGAN VITAMIN :

**GLA Complex
**Carotomax
**Vita-E


Dalam satu kajian, dipercayai pengamalan herba dan makanan tambahan juga dapat mengecutkan kewujudan cyst dan fibroid ini. ambil 1,000 hingga 2,000 miligram Vitamin C, 150,000 IU beta karotena, 400 mikrogram selenium, dan 30 miligram zink setiap hari sehingga cyst fibroid hilang. 

“Memaksimakan perlindungan antioksidan anda”

Kini, kita memerlukan lebih perlindungan antioksidan kepada cahaya matahari, tekanan dan gaya hidup tidak sihat menghasilkan radikal bebas yang boleh merosakkan sel dan DNA dalam tubuh. Antioksidan dapat membantu melindungi sel akibat daripada radikal bebas ini.

Shaklee menawarkan suplemen antioksidan yang kuat untuk melawan radikal bebas dan meningkatkan perlindungan badan

Kebaikan :
-Menguatkan system imun
-Berasa muda, melambatkan prosesss penuaan
-Meningkatkan tahap kesihatan

TESTIMONI :

  ***Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan dan mencegah sebarang penyakit.

Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:

Fb: Bajubabyglam Murni
Nama : Nor Murni Fairouz bt Rafingi
Fanpage: http://www.facebook.com/Babyglam Enterprise
Email: sayangkunurhana@gmail.com
No. Hp: 019-3190733
Shaklee Independent Distributor : No 910014
Kawasan COD: Taman Maluri , Pandan Jaya, KL & Sri Aman, Sarawak
 



Thursday, 11 April 2013

Adakah produk shaklee HALAL??

Kebelakangan ini timbul semula isu halal-haramnya produk Shaklee.

Di bawah ini adalah sijil halal Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic ServiceS of America (ISA) untuk produk2 Shaklee.

 
Adakah sijil halal ISA sah di Malaysia?

ISA adalah singkatan untuk Islamic Services of America yg merupakan badan Islam di United States of America yg bertanggungjawab memeriksa dan mengeluarkan sijil halal terhadap produk - produk yg ingin dipasarkan kepada orang Islam di US. Jadi, memandangkan ibu pejabat dan kilang Shaklee ini terletak di US, Maka, ISA lah yg bertanggungjawab mengeluarkan sijil halal. Makluat lanjut tentang ISA boleh dilihat DISINI

ISA juga adalah salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh JAKIM. Senarai penuh badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM boleh tengok di DISINI.

Produk yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. (Tidak semua produk Shaklee ada dalam pasaran Malaysia)

Saya amat memuji tindakan beberapa pengguna termasuk distributor Shaklee sendiri yang mengambil langkah dengan memastikan produk yang diambil benar-benar halal. Maklumlah di zaman sekarang ni terlalu banyak perkara yang bercampur-baur antara halal dan haram. Bukan saja dari segi pemakanan malah dari sudut lain seperti pergaulan, kebebasan, pencarian rezeki dan sebagainya.

Yang pasti, ia bermula dari punca rezeki dan apa yang kita masukkan ke mulut.
Daging yang tumbuh dari sumber yang tidak halal (sama ada makan makanan yang tidak halal tanpa keadaan darurat atau punca pencarian yang tidak halal) adalah bahan bakar api neraka. Mungkin tak perlu tunggu api neraka kerana di atas dunia kita sudah merasai bahana dari benda2 yang tidak halal, misalnya doa tidak dimakbulkan, kehidupan yang resah gelisah, hati yang keras dan sebagainya.

Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM :)

Setiap badan yang mengeluarkan sijil halal mempunyai prosedur yang ketat sebelum mereka mengeluarkan sijil halal kepada sesuatu produk. Mengikut pembacaan saya, status halal di Kanada & USA adalah yang paling sukar untuk dapat pelepasan. Jadi bila Shaklee mendapat sijil halal dari ISA, sepatutnya tiada isu, bukan :)

Memiliki sijil halal ni bukan perkara main-main, kerana pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik bila2 masa sekiranya pengilang produk tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Sebagai penutup, produk2 dalam pasaran Malaysia terdapat dalam senarai dalam sijil di atas. Sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari pasaran Malaysia, anda tak perlu ragu-ragu.
Kepada pengguna Shaklee, dan kepada yang mahu mencuba dan menikmati kebaikan Shaklee, gunakannya tanpa was-was. Selamat menjalani kehidupan yang lebih sihat!
Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan melayari Website Shaklee Malaysia.

 Sebarang maklumat lanjut atau tempahan, sila hubungi saya:

Fb: Bajubabyglam Murni
Nama : Nor Murni Fairouz bt Rafingi
Fanpage: http://www.facebook.com/Babyglam Enterprise
Email: sayangkunurhana@gmail.com
No. Hp: 019-3190733
Shaklee Independent Distributor : No 910014
Kawasan COD: Taman Maluri , Pandan Jaya, KL & Sri Aman, Sarawak