1. AMALKAN BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat, solat fardhu, dan solat subuh berjemaah.
Hal ini memberi hikmah yang mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala daripada Allah SWT.
- Kesegaran udara pada waktu subuh yang bagus untuk kesihatan / terapi penyakit TB.
- Menguatkan fikiran dan menyihatkan perasaan.
2. SENTIASA MENJAGA KEBERSIHAN
Rasulullah selalu sentiasa rapi dan bersih. Setiap hari Khamis atau Jumaat beliau bercukur, memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman" (HR Muslim)
3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasulullah :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)
Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.
Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesihatan
4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasulullah selalu berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.
5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh iaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa.
Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah ianitu bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwudz, kerana marah itu dari Syaitan.
- Segeralah berwuduk.
- Solat 2 rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati.
6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan impak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqamah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.
7. TIDAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabiliti hati, kesihatan jiwa dan mental, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat. Tidak iri hati bila kawan atau kenalan mendapat keuntungan seperti naik pangkat, berjaya dalam perniagaan, mempunyai anak-anak yang berjaya dan sebagainya. Dan disarankan untuk membantu rakan-rakan untuk berjaya, di mana ia akan memberi kepuasan dalaman yang hakiki.
No comments:
Post a Comment