Assalamualaikum...
Alhamdulillah....dah
sebulan aku x update blog. Harini tercapai hasrat nak terus menerus berkongsi
ilmu dengan anda semua. Harini straight forward nak discuss tentang risiko yang
mungkin dihadapi jika bayi tidak diberi susu ibu.
Sebelum tu, untuk pengetahuan semua...aku telah pun
berpeluang menyusukan anak pertama sehingga hampir 2 tahun dan sekarang tengah
fully breasfeed anak kedua. Syukur...
Secara jujurnya...aku memilih untuk memberi susu ibu pada
anak-anakku ada banyak sebab tapi antara sebab-sebab kukuh adalah aku nak
'lari' dari kanser rahim atau kanser payudara. Dengan Izin Allah dan seterusnya
dah tentu nak beri 'makanan terbaik' buat anak-anak tersayangkan. Susu ibu
penuh nutrien!
Oke...
Berikut adalah senarai RISIKO penyakit/masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi yang tidak diberi susu ibu
hasil kajian pakar:
1. Perkembangan kognitif dan
kecerdasan.
§ Perkembangan otak bayi belum sempurna sebaik dilahirkan, malah
pembentukan dan perhubungan sel-sel saraf berkembang pesat dalam 3 tahun
pertama hayatnya. Apabila proses ini selesai, sel otak boleh mati namun tidak
akan berganti. Susu ibu yang memang khusus untuk bayi manusia mengandungi semua
nutrien yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi untuk mencapai potensi
maksimum. Sebaliknya susu formula tidak mengandungi semua nutrien tersebut
(malah kita tidak mengetahui dengan tepat apakah kandungan sebenarnya!)
§ Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang diberi susu ibu ketika bayi
menunjukkan skor yang tinggi dalam ujian kepintaran.
§ Para pengkaji juga mendapati kanak-kanak yang minum susu ibu dalam
jangka waktu lama menunjukkan skor kepintaran yang lebih tinggi berbanding
kanak-kanak yang minum susu ibu dalam jangka masa singkat.
2. Diabetes.
§ Diabetes jenis I (yang diwarisi secara genetik) biasa dikesan di
kalangan kanak-kanak . Kajian ke atas kanak-kanak yang tidak diberi susu
formula (sekurang-kurangnya sehingga umurnya 1 tahun) mendapati bahawa
kanak-kanak tersebut mempunyai kebarangkalian lebih rendah untuk menghidap
diabetes.
3. SIDS (Sudden Infant Death
Syndrome).
§ SIDS ialah situasi kematian mengejut bayi, biasanya ketika tidur. Tidak
diketahui penyebab terjadinya kematian begini. Namun begitu kajian menunjukkan
bayi yang diberi susu formula lebih tinggi risiko terjadinya SIDS.
4. Masalah pernafasan.
§ Peningkatan penyakit asma di kalangan kanak-kanak amat ketara pada masa
sekarang. Tidak dinafikan faktor persekitaran menyumbang kepada peningkatan
tersebut termasuk pendedahan kepada pencemaran udara dan pertambahan bilangan
kanak-kanak di nurseri, tadika serta pusat jagaan mendorong pendedahan kepada
virus pada usia muda.
§ Kajian menunjukkan pemberian susu formula kepada bayi meningkatkan
risiko kepada asma dan juga masalah pernafasan lain seperti respiratory
syncytial virus (RSV). Kanak-kanak ini juga lambat sembuh berbanding
kanak-kanak yang diberi susu ibu.
5. Jangkitan telinga.
§ Jangkitan telinga agak biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Kajian
mendapati risiko terjadinya otitis media (jangkitan telinga) lebih tinggi di
kalangan kanak-kanak yang diberi susu formula.
§ Jangkitan telinga sangat sakit bagi bayi/kanak-kanak dan boleh
menyebabkan komplikasi lain – pengumpulan cecair di dalam telinga dalam jangka
masa yang lama akibat jangkitan itu boleh menyebabkan masalah pendengaran dan
perkembangan pertuturan pada kanak-kanak tersebut.
6. Kanser.
§ Kajian mendapati kanak-kanak kecil yang minum susu formula mempunyai
risiko lebih tinggi menghidap kanser pada usia mudanya.
7. Jangkitan saluran pencernaan.
§ Tidak dapat dinafikan masalah sistem pencernaan berkait rapat dengan apa
yang dimakan. Pemberian susu formula meningkatkan risiko terhadap cirit birit
dan lebih buruk lagi mengalami fasa penyembuhan yang perlahan. Ini adalah
kerana apabila bayi mengalami cirit birit dan muntah-muntah, doktor selalu
menasihatkan supaya mengurangkan pemberian susu formula dan banyakkan minum air
(untuk mengelakkan kekontangan). Kurang menyusu bermakna kurang nutrien
diperoleh bayi. Sebaliknya bayi yang minum susu ibu masih boleh terus menyusu.
Oleh itu bayi akan mendapat nutrien yang cukup dan juga antibodi yang akan
membantunya membunuh kuman yang menyebabkan jangkitan pada saluran
pencernaannya.
§ Bayi yang minum susu ibu juga jarang-jarang mengalami sembelit
sebaliknya bayi yang minum susu formula sering mengalami masalah pembuangan air
besar.
8. Keberkesanan vaksin.
§ Pemberian susu formula mengurangkan keberkesanan pemvaksinan dengan
mengurangkan respon bayi terhadap penghasilan antibodi di dalam badan.
§ Sebaliknya bayi yang minum susu ibu memberi respon yang baik kepada
pemvaksinan dan menghasilkan lebih banyak antibodi di dalam badannya.
§ (Catatan peribadi: pemvaksinan ialah kaedah imunisasi dengan cara
menyuntik vaksin ke dalam badan. Suntikan vaksin akan merangsang sel darah
putih menghasilkan antibodi untuk melindungi badan daripada jangkitan penyakit.)
9. Perkembangan rahang dan otot muka.
§ Adakah anda menyedari bahawa teknik hisapan bayi yang minum melalui
botol (susu formula) berbeza dengan bayi yang minum susu ibu daripada payudara
ibunya? Sesetengah orang mengakui bahawa bayi yang minum susu ibu dapat dikenal
melalui pipinya yang cantik membulat!
§ Perkembangan rahang, otot muka dan pipi ini akan ketara kepentingannya
apabila bayi ini membesar menjadi kanak-kanak nanti kerana bayi yang minum susu
ibu apabila besar kelak kurang memerlukan rawatan pergigian berbanding
kanak-kanak yang minum susu formula.
§ Penyusuan ibu menjadikan pembentukan rahang dan otot muka terbentuk
dengan baik dan seterusnya menghasilkan rahang yang cantik dan gigi yang
tersusun rapi.
10. Obesiti
§ Bayi yang minum susu formula juga terdedah kepada masalah obesiti
(kegemukan) pada usia muda (kanak-kanak dan remaja).
Kesimpulan: banyak lagi masalah
kesihatan lain yang boleh berlaku apabila bayi tidak diberi susu ibu dan
diganti dengan permberian susu formula. Ini termasuk eczema, masalah jantung,
alergi, kolik, meningitis dan sebagainya.
[Nota peribadi: Susu ibu diciptakan
spesifik untuk tiap-tiap bayi di dunia, mengandungi semua yang terbaik
untuknya.]
Sumber: The Ultimate
Breastfeeding Book of Answer, by Jack Newman M.D and Teresa Pitman.