Atasi jerawat dengan pengambilan vitamin
Jerawat sebenarnya menjadi igauan ngeri setiap orang, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita. Jerawat bukan sahaja menjadi masalah kepada anak muda atau remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa.
Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.
Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.
Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.
Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Jerawat tumbuh disebabkan beberapa keadaan:
* Pencemaran dari persekitaran yang merosakkan kulit. Maklum saja, sekarang ini dunia tak sama seperti 20 tahun dulu. Asap dan debu merata-rata. Tengok saja kereta. Baru cuci 2-3 hari, dah berhabuk.
* Ketidakstabilan hormon. Kebanyakannya berlaku pada remaja. Jerawat tumbuh dengan banyak di zaman peralihan, dan beransur hilang setelah mencapai umur matang (tua?).
* Faktor tekanan. Dalam keadaan tertekan, mudah untuk kita mengabaikan pemakanan yang seimbang, rehat yang mencukupi dan beriadah. Sedangkan semua itu perlu untuk tubuh kekal cergas dan sihat. Apabila tumbuh jerawat, makin tertekan jadinya.
Kebersihan tubuh badan diabaikan.
Beberapa vitamin yang sesuai untuk masalah jerawat disebabkan perkara-perkara di atas adalah:
Antioksidan:
Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A menghapuskan radikal bebas dari pencemaran
persekitaran.
Hormon:
Hormon yang perlu dibetulkan ialah prostaglandin. Untuk itu, asid gamma
linolenik (GLA) amat diperlukan. GLA juga dikenali dengan nama Omega-6. Kajian
menunjukkan asid lemak (Omega-3 dan Omega-6) membantu permukaan kulit yang
licin dan tegang, menghalang/mengurangkan kesan radang kulit spt ekzema dan
psoriasis dan memperlahankan kadar penuaan kulit.
Tekanan:
Pengambilan makanan tinggi vitamin B-complex (mengandungi kesemua 8 vitamin B
penting) mampu mengurangkan kadar tekanan dan membolehkan seseorang kekal
gembira dalam keadaan yang tertekan.
Memulihara
sel kulit lama dan membentuk sel kulit baru yang sihat: Protien adalah asas
kepada sel. Kekurangan protien dapat dilihat pada tekstur dan warna kulit
seseorang - kusam dan tidak bermaya. Jadi, untuk kulit bermaya dan berseri,
pastikan pengambilan protien yang lengkap, seimbang dan terbaik sahaja.
Kebersihan
-- rajin-rajin la cuci muka. Paling afdhal, ambil wudhuk dan niatkan untuk
kekal dalam wudhuk :)
Itu saje :)
I'm Murni, Your Shaklee Independent Distributor,
019-3190733
No comments:
Post a Comment