Layanzzz...')

Saturday 3 January 2015

Sibuk atau penyibuk?

Teringat aku dengan sebuah tajuk buku yang pernah aku beli dulu untuk dihadiahkan pada pensyarah. Nama tajuk buku tu ' Sibuk atau Penyibuk?'.


Bila aku fikir balik tajuk buku ni. Aku dapat rasakan bezanya orang yang sibuk dengan penyibuk. Secara bahasa mudahnya, orang yang sibuk ni lebih kepada dia sibuk dengan aktiviti harian dia dengan perkara-perkara yang berfaedah tapi bagi orang yang penyibuk, dia sibuk jugak tapi sibuk pada aktiviti yang tak berfaedah. Lepas tu dia gaduh tak de masa. Busy ! hehe

Oke..aku bagi contoh. Masa mula-mula aku jalani hidup sebagai seorang isteri. Masa tu tengah pregnant, belum ada anak, belum buat bisnes shaklee lagi masa tu. Menganggur..hehe. Masa tu dunia aku simple je. Bangun subuh untuk solat (kekadang x sempat mengaji pun lepas solat tu) then tido balik.

Dalam puku 10 aku bangun. Mandi, kemas umah, tengokt tv. Then masak, dah kenyang tido, tengok tv, kemas umah, then masak, adalah spend masa untuk baca majalah. Malam selesai solat isya, layan tv dan tido.

Kalau sben aku keje, aku boring..aku call la sesape bersembang tanpda had. Masa tu tak belajar lagi bab2 hargai masa ni. Masa tu nampak sibuk tapi sibuk dengan hal-hal yang tak berapa nak penting. Kalau layan tv tu..habis 1 drama, tunggu next drama pulak.....! Busy sangatkan...hehe

Tapi !!

Bila dah ada anak, nak-nak buat bisnes online dari rumah pulak tu. Then belajar sket-sket upgrade ilmu rumah tangga, ilmu keibubapaan, ilmu bisnes, ilmu motivasi, ilmu agama, dan macam-macam ilmu lagi. Aku rasa 'ruginya masa aku bazirkan time belum ada anak dulu.

Rupanya banyakkk sangat tanggungjawab lain dan aktiviti lain yang lebih berfaedah yang betul-betul buat kita sibuk ! Sibuk yang baik.

Oke...

Ni pulak lebih kuranglah jadual aku lepas ada anak 2 dan baut bisnes dari rumah. Bangun awal pagi solat subuh then ada kesempatan mengaji then zikir pagi. Lepas tu kemas rumah especially 2 benda. Aku suka settlekan baju kotor dulu letak dalam washing machine dan suka kutip sampah + sapu sampah 1 rumah. Yang lain kemudian pun xpe.

Lepas tu kalau anak belum bangun. Aku buat sarapan dulu. Then anak bangun. Kena mandikan diorang, Siapkan diorang. Buat susu, layan kejap. Lepas tu kalo baju suami belum bergosok, kena gosok baju pulak!

Then dah sarapan, asben pergi kerja. Aku pulak buat aktiviti dengan anak-anak. Tak kesahlah nak belajar mengeja ke, mewarna ke, main bola ke, main belon ke, main geletek-geletek ke, kalau rajin bawak bebudak ni keluar sekeliling umah, amik angin.

Lepas tu balik, nak masak..sementara tu bagi diorang tengok tv. Abis masak bebudak ni nak tido pulak. Lepas tu asben aku balik, makan tengahari. Then siap2 solat zohor. Aku pulak masuk SOHO, settelkan keje bisnes. Then anak bangun main ngan anak....

Maghrib solat..sampai isya'. Layan anak lagi. Then anak tido aku masuk SOHO lagi.

Ha...!! Sibuk gilekan...
Tapi sibuk ni sibuk positif. Sibuk yang ada hasil.

Kalau dulu sibuk tido, sibuk tengok tv, sibuk layan perasaan. Hasil nya takde! Tapi sekarang, sibuk yang berhasil. Sibuk dengan rumah tangga, sibuk layan anak, in shaa allah dari kecik ajar anak buat benda baik, ajar anak macam2 doa, membaca...sibuk komited dengan bisnes, dapat gak income sendiri..hehe dan sibuk upgrade diri thru youtube, dengar ceramah..sibuk membaca...hasilnya setiap hari improve untuk jadi yang lebih baik.

Ha..panjang lebar dah ni. Kesimpulannya. Muhasabah diri.

Kita ni sibuk ke penyibuk? pastikan diri kita buat aktiviti yang berfaedah setiap detik. In shaa allah hasilnya terbaik dikemudian hari.

Wallahualam.

Sekian,

Murni ~ Motivator pada diri sendiri ~

No comments: