Layanzzz...')

Wednesday, 24 June 2015

Mama obses : anak-anak baju sedondon

Salam 7 Ramadhan, 
Kejap je seminggu kan...!

Ni nak share sket..hee..

Tak perasan bila 'kegilaan' mama ni termula dan tersuka tengok anak pakai baju sedondon.. 

Bila orang tegur.. Ha baru perasan : p 

Tapi mama dapat detect bila start belikan anak-anak mama ni baju sedondon... Hik hik.. Disini bermula. Masa ni si adik 'baru dapat kaki'. Dan bila usia adik masuk setahun lebih. Barulah baju senang nak carik sedondon dengan kakak. 

Tak payah banyak chegita. Layan gambar-gambar ni yer... hehe 


Beli baju online...hee


Ni beli kedai jekk..


Andung (nenek) dia pun support beli baju sedondon untuk cucu

Ni first time raya baju sedondon coz adik dah 'besor'


Jacket and seluar beli kat tesco (murah je belas2)..


Ni baju and seluar favorite. Baju "pasar" jek ni..hee


Baju tido...online. Nice baju ni tapi ketiak besor..haha



Baju tido ni beli kat pasar tumpat. Kualiti mmg tip top + murah


Ni pun sama. Made in tumpat. Murah2 jek


Tumpat again. Love tumpat


Baju online lagi. baju ni jangan kata syifa' and safiyyah. Semua sepupu syifa and piya ada baju kurung ni (Arissa, tiara dan hannan jugak)


The first sedondon tudung syria. Suka sangat tengok budak pakai tudung syria sebab 'KEMASSSS"








See...lebih 10 pasang kot baju sedondon adik ngan kakak. Membazir tak? Jawapannya tak selagi baju- baju tu harganya berpatutan, beli sebab mmg selalu pakai dan tidak berlebih-lebihan. 

Kebanyakan baju diorang ni murah je. Area rm 5 sampai rm 20. Kalau baju raya tu mungkin lebih sket harganya tapi masih berpatutan sebab nak pakai jalankan. ..gitew.

 Ok nak share tu je. Sharing is caring...heee

Pst : Siapa nak dapatkan Tudung syria sedondon ni untuk usia anak 6 bulan hingga 6 tahun. Jemput cuci mata dekat Butik Online kami na : HANA'S HIJAB

Fast reply : 019-3190733

Monday, 22 June 2015

Masker bantu 'repair' kulit wajah?

Assalamua'laikum semua,

Arini nak share sket perihal MASKER.

Ha..siapa selalu buat masker?

Kita orang perempuan ni penggunaan skincare tu normal la..ada pencuci muka, toner, krim siang dan malam. Yang advance sket tu 'pandai' pakai serum..hehe...tu ikhtiar cantik dari luaran..

Seterusnya ikhtiar cantik dari dalaman. Perlulah makan makanan berkhasiat dan ambil suplimen semulajadi. Dah tentulah shaklee terbaekkk kan.

Tapi ramai 'ambil mudah tentang amalan MASKER pada wajah.

Kali ini saya kongsikan MASKER WAJAH yang saya sendiri telah amalkan.

Untuk pengetahuan...saya bukanlah wanita yg 'bernasib baik' dikurniakan dengan kulit wajah yang cantik. Kulit sy jenis berjeragat sejak diusia remaja dan berjerawat.

Tapi alhamdulillah berkat kesedaran bahawa 'kulit wajah boleh menjadi lebih cantik' jika tau cara dan kena dengan usaha yang konsisten. Saya terus berusaha nakkan kulit cantik. Ianya perlukan masa...Disini saya listkan masker yang pernah saya sendiri amalkan dan it's work..!

1. Masker tradisional

4 bahan ini diperlukan. 

* beras (direndam atleast 1 jam)
* putih telur
* air perahan limau nipis
* kunyit hidup

Cara buat masker :

Tumbuk kunyit hidup dan beras yang dah direndam tadi. Campurkan juga air perahan limau nipis dan putih telur. Gaul sebati.

Tadaa...ini hasilnya lepas campur semua sekali. 


Bau dia sedap tau..!



Beginilah rupanya..haha

Pakai kat muka 3, 4 kali seminggu boleh pudarkan jeragat dan jerawat segan nak hinggap.

2. Masker ESP + Yogurt


Masker ni simple jer. Ambil setengah sudu ESP shaklee dan tambah setengah sudu yogurt. Gaul sebati dan tepek ajer kat muka.

Best sejukkkkk..heee

Masker ni boleh melembapkan wajah kita. Rasa fresssh je kulit muka tau dan lembut kulit jadinya.


Tengok color masker ESP ni pun sangat fresh. Terasa kelembapannya. chewah..hee


3. Masker ESP dan COLLAGEN POWDER

Setengah sudu ESP dan 2 cubit collagen powder di campurkan sedikit air. 

Masker ni memang the best sebab fungsi collagen memang baik untuk kulit jadi lebih muda, serius kulit sangat lembut dan makin cerah.

4. Masker putih telur

Bahan yang diperlukan adalah putih telur dan kapas muka nipis.

Cara buat :
Ambil putih telur dan kacau sampai berbuih-buih. Lepas tu, celupkan kapas muka yang nipis dan lekatkan dekat serata muka.

Tunggu betul-betul masker tu kering mengeras. Dan baru regangkan lekatan kapas dari kulit muka.

Time ni kalau 'bertuah'. Bintik hitam atau blackhead especially area atas hidung dan dahi serta bawah dagu akan berjaya dihilangkan.

So dah taukan...mesti cuba..!

Selamat mencuba.

Nak konsultansi SUPLIMEN KECANTIKAN mengikut jenis kulit muka anda.
Fast Reply : 019-3190733

Saturday, 20 June 2015

Bagaimana nak jaga kesihatan gigi anak kecil?

Assalamua'laikum..
Jumpa lagi kita harini..rajin pulak update blogkan kan...

Tetibe ilham datang mencurah..alhamdulillah

Disini saya nak kongsikan serba sedikit perihal " macam mana nak makesure gigi anak tak rosak di usia awal mereka "

Atas pemerhatian saya. Ramai ibu bapa yang 'terlepas pandang" untuk makesure kebersihan gigi anak terjaga. Akibatnya..sian kat anak kena tanggung kesakitan akibat gigi rosakkan..

Mulala mereka menangis..
Siapa tak pernah sakit gigi?
Serius 'sakit sangatkan"..

So ni tips yang saya sendiri amalkan untuk jaga gigi 2 orang puteri saya ni.
Tips ni maybe saya alert melalui pembacaan jugakkk..dan pengalaman sendiri yang pernah sakit gigi..uwahhh

Dan sebagai ibu bapa..memang kesibukan kadangkala buat kita kurang alert perihal menjaga kebersihan gigi anak ni..padahal ia super penting..!

Better late than never..
Mesti buat ye lepas ni...!

Sebelum tu intro dulu gigi adik ngan kakak..
haha...iklan gigi kejap ;p



Gigi diorang ni takdelah putih sangat macam iklan darlie tu sampai bersinar-sinar..hehe
Tapi atleast sepanjang saya membesarkan mereka. Belum pernah dengar kakak dan adik mengadu sakit gigi dan saya selalu cek gigi diorang tu ada tak rosak especially bahagian geraham dan gigi utama kat depan tu..

Oke..tips yang saya buat simple ajer.

1. Sejak dari diorang tumbuh gigi seawal usia bayi. Time ni kena rajin cuci gigi diorang guna kain basah je. Basahkan kain bersih dan cuci je gigi tu.

2. Saya berikan semestinya yang terbaik sejak mereka lahir iaitu 'susu ibu". Lengkap dah kalsium dan vitamin-vitamin dalamnya untuk keperluan nutrisi mereka.

3. Saya sendiri kenalah minum susu atau ambil suplimen OSTEMATRIK sebagai sumber kalsium. Apa yang 'ibu menyusu' makan akan dapat pada bayi yang disusukan. So kita makan kalsium, mereka pun dapat jugak.

4. Saya sangat-sangat suka belikan diorang ni (bila dah besar sket) berus gigi comel dan ubat gigi sekali. Kecik-kecik diorang memang teruja suka main berus gigikan. Bila dah besar sket kemain pandai memilih nak berus gigi warna pinkla..orenla...then 'perisa ubat gigi" pun nak ikut tekak diorang jugak haha..





Tak kesah....asalkan diorang suka dan nak gosok gigi. Situasi ni kekadang buat saya happy sebab diorang bila dapat 'hadiah' berus dan ubat gigi baru (sebolehnya tukar sebelum berus gigi tu dah lusuh) macam dapat makan askemmm.

Masuk je bilik air mesti cakap "mama..nak gosok gigiiiiiii". Hamek tu diorang yang request. Kecuali kalo tengah mengamuk. Mandi pun x mau..haha

5. Bab makan pulak. Tipulah kalau saya kata anak saya tak makan gula-gula atau air manis. Ya..diorang makan tapi TAK SELALU. Bak kata P.Ramlee. Jarang-jarang. Suami isteri kena sama-sama tegas...jangan isteri je tegas dan suami buat tak kesah. Kena kerjasama.

6. Satu lagi dilemma bila anak-anak kita ni dah jumpa kengkawan or ke majlis yg ada banyak sweet or air manis ni. Saya tak la halang diorang makan. Tapi saya selalu ingatkan diorang dan gunakan psikologi. Contoh ; kalau pergi KFC kekadang terdapat air pepsikan...saya bisikkkan kat diorang "eeeekk..air ni hitam...tak sedap...pedasss..." Saya kasi diorang rasa. Memang first impression diorang tak nak minum tau sebab mindset dah hasut "pedasss". Kan bergas tu...!

7. Kat rumah saya memang 'jarang" ada air manis. Kalau ada pun air milo la bancuh. Air selain milo memang payah nak masuk rumah. Nak masuk 6 tahun kahwin. Kami pernah beli gula 5 kampit je kot. Tu pun kekadang bersemut sebab memang jarang guna gula dan air macam sunquick, ribena, air pati sirap ke..memang boleh dibilang pernah beli sekali 2 je kot ;p So..memang amalkan air masak dan air masak dan air masak ;)

Satu lagi kami kalau dapat hamper yang ada air gas tu memang kami tak minum.

Pilihan pertama kami buang. Curah terus dalam sinki. Kedua...bagi orang (ni pernah skali 2 je buat). Yang lain semua masuk sinki. Dah sah sah tak elokkan.

8. Kalau anak makan gula-gula. Saya pesan jangan gigit nanti gigi awak rosak. So kalau makan pun diorang lebih kepada isap. (kena selalu ingatkan..maklumla budakkkk)

9. Selalunya kalo ke komplex beli belah. Kalau diorang nak sangat gula-gula cupa cup tu memang la dapat sorang 1 tapi selalunya diorang isap sekejap dan buang. means mama takdelah "kejam" sangat tak bagi langsung. Bagi...tapi mama tau diorang takkan habiskan.

10. Ha 1 lagi..air yang diorang selalu nak time kami shopping barang dapur. Masa awal-awal dulu adalah suka bagi kakak air milo kotak. Manissskan air milo tu walalupun milo stil berkhasiat. Jadi alhamdulillah..lama kelamaan diorang ni suka dah air kultur macam vitagen, yakult, solivite. Dan aleh-aleh air masak jugak yang diorang mintak..dan kalau minum kedai adalah minum air soya yang kurang manis tu.

11. Saya jugak bagi vitamin untuk imun badan mereka. Anak kecil usia setahun ke atas dah boleh beri suplimen untuk gigi yang kuat. Bagi diorang MEALSHAKE. Dalam mealshake ni ada banyak vitamin dan mineral untuk badan yang sihat dan cergas.

12. Owh ye pemilihan susu formula selepas umur mereka 2 tahun. Si kakak dulu memang bagi dia susu anmum essential sebab kurang gula...tapi bila dah dapat adik taulah kan. Kena jimat sket. Kami bagi lactogen ajer. Dan pastikan masa anak menyusu botol tu jangan kasi diorang 'isap lama-lama sampai tertidur pun masih isap. Dah habis je susu terus ambil dari mulut diorang sebab kalau dibiarkan puting tu lama-lama kat gigi pun boleh sebabkan gigi anak cepat rosak. (Ni pun info yang saya pernah terbaca dan apply).

13. Pernah tak tengok cite upin dan ipin. Ada satu episod tu pasal tajuk "Gosok jangan tak gosok". Ni link di YOUTUBE .

Dalam episod ni gigi ehsan cantik walaupun dia makan gula-gula tapi dia rajin berus gigi. Mail pulakkk sakit gigi sebab tak jaga. So dalam tu "Doktor Ravi" pesan gosok gigi sekurang-kurangnya 3 kali sehari. Haaa...ingatkan bebudak ni kalau makan gula banyak-banyak nanti gigi sakit macam mail...mesti diorang takut..hehe

Ok itu ajer kot sharing saya yang sekecil-kecil pengalaman ni. Semoga bermanfaat yer.

Sharing is caring :)

Nak dapatkan suplimen terbaik buat anak anda?
Fast reply : 019-3190733

Menyusu badan sebab "malas".

Assalamua'laikum...

Baru usai siapkan juadah untuk berbuka petang ni..
Ambil masa setengah jam kejap update blog..hehe (sempat lagikan..)

Tetibe nak share 1 pengalaman.

Nak tahu tak?

Masa mula-mula saya menyusukan anak pertama, syifa' sekarang usianya dah 5 tahun. Saya ambil keputusan untuk menyusukan syifa' ni 1 memangla niat dari pregnant lagi nak menyusukan anak. Kebaikan menyusukan anak banyak sangat. Yang saya paling teruja nak susukan anak sebab dua benda ni.

Pertama,
Saya dapat tahu, anak yang menyusu susu ibu 'emosinya lebih baik dan mindanya lebih bijak" dengan didikan kita jugaklahkan..

Kedua,
Bagi pihak si ibu, menyusu badan dapat 'mengurangkan risiko kanser rahim dan payudara". Ini info yang pernah saya baca.

Jadi 2 perkara ini menguatkan hati saya untuk terus menyusukan syifa'. Tapi ada jugak disebaliknya iaitu 'sifat malas' saya. Saya rasa lebih mudah menyusukan anak sebab kalau pergi mana-mana tak perlu nak bawak keperluan seperti botol susu, susu tepung, bekas letak susu, air panas dan sebagainya. Allah dah jadikan susu ibu ni sempurna. Saya lebih selesa untuk 'direct feeding". Dan saya memang tak pernah ada baju menyusu khas. Pakai baju kurung atau blouse jek. So pandai-pandailah cari port yang sesuai untuk susukan bayi. Paling mudah...pakai tudung labuh senang nak 'cover' time menyusukan anak.

Kita mudahkan sahaja proses penyusuan ini (",)

Sehinggalah anak yang kedua pun saya menyusukan sehingga lebih 2 tahun dan susu 'terhenti" sebab saya hamil yang ketiga.

Alhamdulillah...segala puji bagi Allah yang memudahkan saya dan suami untuk mendapat zuriat seterusnya 'menyempurnakan penyusuan" susu ibu kepada mereka.

Dan azam saya yang seterusnya untuk anak ketiga. Saya akan terus berikan mereka yang terbaik iaitu 'titisan emas" susu ibu.

Ni wajah-wajah comel putri kesayangan mama.


Anak pertama, syifa'


Anak kedua, safiyyah


 Sekarang syifa dah umur 5 tahun dan safiyyah 2 tahun setengah.

Bagi bakal ibu atau ibu yang masih belum menyusukan anak dengan susu ibu. Tanam NIAT dan TEKAD dalam hati anda untuk menyusukan anak selama 2 tahun. Dan ilmu mesti ada tau. Banyakkan membaca majalah, buku dan blog yang berkisar tentang penyusuan susuibu. Group dan family support juga sangat penting.

"Penyusuan itu sunnah". Seperti disebut dalam al-Quran.

“Para ibu HENDAKLAH menyusukan  anak-anaknya selama DUA TAHUN PENUH, iaitu bagi yang ingin MENYEMPURNAKAN  penyusuan itu”  
– Surah Al-Baqarah, Ayat 233


 See..banyak kan kebaikan susu ibu terhadap bayi.

Seperti mana kita nak beri yang terbaik pada anak kita dari segi pendidikan, pakaian, tempat tinggal, mainan...makanan lebih-lebih lagikan. Jadi..jom beri susu ibu pada anak-anak kita.

Bagi yang belum berkesempatan susukan anak dengan susu ibu. Yang lepas biarkan berlalu. Untuk next baby mesti TEKAD tau susukan mereka dengan susu ibu. 

Oke...times up. Nak pergi ke dapur semula. Nak sambung prepare apa yang patut sebelum maghrib ni.

Daaaa (",)

Pst : Nak tau suplimen apa yang saya amalkan untuk menyempurnakan penyusuan susu ibu? Direct PM ya.

Murni 019-3190733