Layanzzz...')

Thursday, 30 October 2014

10 KEBAIKAN VIVIX

1) Menggalak penuaan yg sihat – awet muda dan anti-penuaan

2) Membantu mengelakan kanser – merencat sel kanser dari menjadi semakin serius

3) Mengurangkan risiko penyakit jantung – melindungi jantung

4) Mengurangkan kompilasi diabetes / kencing manis

5) Meningkatkan kesihatan arthritis dan menyokong kesihatan sendi – melindungi saraf

6) Mengurangkan insiden bg penyakit nyanyuk

7) Membantu dlm proses penurunan berat badan

8) Menyokong kesihatan mata

9) Meningkatkan kesihatan imum badan

10) Menggalakan kesihatan keseluruhan

MANFAAT UTAMA GLA COMPLEX

1) Memelihara kesihatan – borage merupakan herba tradisi kegemaran orang Barat.

Fungsi borage :
- merawat ulser
- mengeluarkan virus
- melegakan kelesuan
- membersihkan kahak
- meringankan kebas urat saraf
- meningkatkan stamina

2) Mengawal hormin estrogen dan testosteron.

GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal hormon lelaki dan wanita yang mana prostaglandin ini melegakan simptom PMS (simptom pra-haid) seperti kesakitan, mood swing, retensi air dan rasa sakit pada payudara.

3) Meningkatkan kesuburan pada wanita

GLA mampu mengawal dan mengatur ketidakstabilan hormon wanita sebagai langkah utama bagi meningkatkan kesuburan.

GLA juga mampu mengecutkan cyst dalam rahim wanita yang boleh menghalang proses kehamilan.

Selain itu, GLA complex membantu tubuh menghasilkan sejenis mukus yang dipanggil ‘cecair kesuburan’ di dalam rahim. ‘Cecair kesuburan’ ini memberi ‘ruang’ untuk telur dan sperma untuk terus hidup hingga 5 hari.

GLA juga memperbetulkan dan memperbaiki keadaan haid yang tidak teratur jika diambil secara konsisten setiap hari.

4) Melambatkan menopause (putus haid)

Memperbaiki keadaan menopaus seperti berpeluh-peluh , insomnia, dada berdebar-debar, ketidakhadaman, depresi dan rasa cepat marah. Pengambilan GLA jangka panjang juga mampu melambatkan proses penuaan, mengetatkan uterus dan menjadikan kulit kelihatan kulit lebih muda.

5) Mencantikkan kulit

Memperbaiki inflamasi kulit seperti ekzema, alergi, kegatalan, kulit kering, bintik penuaan, fungus dan kurap. Ia juga meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma dan artritis.

6) Mencantikkan rambut

Memperbaiki tekstur rambut, rambut kering dan masalah rambut gugur.

7) Pelangsingan

Merendahkan kolestrol LDL, menghalang penambahan berat badan, memberi tona pada kulit dan otot wanita secara berperingkat untuk mencapai bentuk badan yang cantik.

8) Menentang kanser

GLA adalah anti-oksidan yang meningkatkan sistem imunisasi tubuh, menghalang pertumbuhan sel tumor dan kanser.

9) Menghalang komplikasi diabetes

Merendahkan gula dalam darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua. Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh paras gula dalam darah yang tinggi.

8) Menghalang tekanan darah tinggi

Menghalang pembekuan darah, merangsang peredaran darah, mengembangkan salur darah, memperbaiki tekanan darah tinggi, mengelak masalah jantung seperti Arteriosklerosis (pengerasan arteri - dinding arteri menjadi keras dan kurang lentur kerana bahan lemak terkumpul dibawah lapisan sebelah dalam dari dinding arteri) dan myocardial infarction (blood clot - salur darah tersumbat lantas menghalang pengaliran darah pada otot jantung).

9) Memperbaiki masalah prostat dan kerap kencing pada golongan lelaki.

10) Hiperaktif dan austisma (ADD/ADHD)

Terbukti secara klinikal bahawa minyak ikan GLA memperbaiki keadaan kanak-kanak berautisma, sukar memberi tumpuan untuk belajar dan hiperaktif.

11 Ciri - ciri isteri yang dekat dengan SYURGA♥

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.

2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri.

Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bimbinglah kami agar menjadi isteri yang demikian.

Wednesday, 29 October 2014

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN ESP

1. Dilengkapi dengan unsur kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.

2. Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam.

3. Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan.

4. Membantu menjadikan kulit lebih berseri dan menganjalkan kulit/awet muda kerana protein penting untuk kulit.

5. Meransang regenerasi kulit dan otot, mengurangkan kedutan.

6. Memberi ton warna kulit yang sekata.

7. Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu.

8. Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan).

9. Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.

10. Rendah lemak, tanpa kolestrol.

11. Diproses pada kadar suhu rendah dan menjaga kualiti protin yang tinggi.

12. 1tin 850g dihasilkan dari 30kg kcg soya.

13. Diproses menggunakan air bukannya alkohol untuk memelihara kandungan isoflavone.

14. Protein soya(tumbuhan )lebih mudah dihadam berbanding protein haiwan.

15. Membantu mengurangkan risiko kanser.

16. Bertindak sebagai antioksidan.

17. Menguatkan sistem imun tubuh.

18. Mempertingkatkan tahap kolestol baik.

19. Memelihara kesihatan jantung.

20. Membaiki pigmentasi – membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, pigmentasi, kedutan dan kesan tua.

21. Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.

22. Pembekal tenaga – membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, insomnia dan tekanan.

23. Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.

24. Membantu merendahkan paras kolestrol.

25. Mencegah osteoporosis.

26. Membantu pembentukan sel-sel baru.

27. Membantu menyembuhkan gastrik.

28. Memberi kekenyangan, sesuai untuk diet menguruskan badan.

29. Mempercepatkan pemulihan luka selepas pembedahan.

30. Memudarkan parut.

31. Membantu pembinaan tubuh kanak-kanak.

32. Kecantikan kulit dan rambut.

KEBAIKAN ALFAFA COMPLEX

Kelebihan Dan Kebaikan Alfalfa Complex Shaklee Yang Utama :

• Mencuci hati, darah dan usus – Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

• Melawan alahan – Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air (athlete’s foot) dengan berkesan.

• Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut – Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperasiditi, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

• Menyingkirkan lemak dan kolesterol – Kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang daripada alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa sahaja mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menyerap kolesterol.

• Melawan tumor – Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel-sel kanser dan membuang tumor.

• Melegakan keletihan – Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakan penyakit

• Mencegah/ merawat atritis – Melegakan sakit atritis dan kesakitan

Lain-lain Kelebihan dan Alfalfa Complex Shaklee:

• Melegakan sakit-sakit sendi dan belakang

• Mengurangkan masalah resdung dan eczema

• Membantu hilangkan kelesuan dan tekanan

• Memberi kelegaan semasa period

• Membantu Merawat arthitis

• Membantu Merawat athma

• Mencuci usus bagi membuang toksik

• Membantu membuang angin dalam badan

• Membantu mencuci buah pinggang dan merawat kencing kotor

• Meneutralkan asid dalam badan

• Membantu masalah keputihan pada wanita

• Membesar dan menegangkan payu dara

• Bertindak seperti kacip fatimah kepada para isteri

• Memulihkan urat selepas bersalin

• Sebagai milk booster

• Membantu masalah penghadaman dan pencernaan

• Meningkatkan stamina lelaki

• Membantu melegakan masalah sembelit

Jom order sekarang :)
019-3190733

KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE

MANFAAT OSTEMATRIX SHAKLEE ADALAH

1. Menguatkan Tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka, gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.

2. Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaiki kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis

3. Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah, memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf, menggalakkan tidur selesa, memperbaiki jantung berdebar, gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaiki depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.

4. Memperbaiki masalah haid - Kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg kalsium dan magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.

5. Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkalin, dan ianya berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ianya juga menghalang obesiti diwaktu umur tua.

Tambahan pula kalsium membantu sel menyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi.

6. Memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik.

Jom order OSTEMATRIX sekarang!

019-3190733 ♥

Tuesday, 28 October 2014

FADHILAT DAN KHASIAT SURAH YASSIN

Banyak kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. 

Antaranya: 

Rasulullah SAW bersabda ;

1.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

2.  “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”

3.  “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

4.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

5.  “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

6.  “Sesiapa membaca Surah Yassin, ia akan diampunkan, siapa sahaja yang membaca semasa kelaparan, akan dihilangkan kelaparannya itu, siapa membacanya dikala sesat jalan, akan menjumpai jalannya semula, siapa membaca kehilangan binatang akan mendapatkannya semula, dan bila seseorang itu membacanya kerana bimbangkan kekurangan makanan, makanan itu akan mencukupi. Dan jika membaca kepada orang yang menghadapi penderitaan maut, akan dimudahkan baginya. Dan jika seseorang itu membaca ke atas perempuan yang sukar untuk melahirkan anak akan dimudahkan juga baginya.”

7.  Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”

8.  “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

9.  “Sesiapa bersolat sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama Surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.”

10.  “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.

11.  “Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.”

12.  “Sesiapa yang membaca Surah Yassin kerana Allah Azza wa Jalla, Allah akan mengampuni dosanya dan memberinya pahala seperti membaca Al-Qur’an 12 kali. Jika Surah Yassin dibacakan di dekat orang yang sedang sakit, Allah menurunkan untuknya setiap satu huruf 10 malaikat. Para malaikat itu berdiri dan berbaris di depannya, memohonkan ampunan untuknya, menyaksikan saat ruhnya dicabut, mengantarkan jenazahnya, bershalawat untuknya, menyaksikan saat penguburannya. Jika surat ini dibacakan saat sakaratul maut atau menjelang sakaratul maut, maka datanglah padanya malaikat Ridhwan penjaga surga dengan membawa minuman dari surga, kemudian memberinya minum ketika ia masih berada di katilnya, setelah minum ia mati dalam keadaan tidak haus, sehingga ia tidak memerlukan telaga para nabi sampai masuk ke surga dalam keadaan tidak haus.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

13.  Anas bin Malik berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang mengunjungi perkuburan lalu membaca Surah Yassin, maka pada hari itu Allah meringankan seksaan mereka dan bagi yang membacanya mendapat kebaikan sebanyak penghuni kubur di perkuburan itu.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn).

14.  Imam Ja’far Ash-Shadiq: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, dan hati Al-Qur’an adalah Surah Yassin. Sesiapa yang membacanya sebelum tidur atau di siang hari sebelum keluar rumah, maka hari itu sampai ke petang, ia tergolong pada orang-orang yang terjaga dan dikurniakan rezeki. Sesiapa yang membaca di malam hari sebelum tidur, Allah mengutus 1,000 malaikat untuk menjaganya dari keburukan semua syaitan yang terkutuk dan dari setiap penyakit; jika ia meninggal pada hari itu, Allah akan memasukkannya ke syurga, 3,000 malaikat hadir untuk memandikannya, memohonkan ampunan untuknya, mengantarkan ke kuburnya sambil memohonkan ampunan untuknya; ketika ia dimasukkan ke liang lahatnya para malaikat itu beribadah kepada Allah di dalam liang lahatnya dan pahalanya dihadiahkan kepadanya, kuburnya diluaskan sejauh mata memandang, diselamatkan dari siksa kubur, dan dipancarkan ke dalam kuburnya cahaya dari langit sehingga Allah membangkitkannya dari kuburnya kelak.” (Kitab Tsawabul A’mal).
.
Surah Yassin ini hendaklah dibacakan selalu ketika orang sakit, tengah nazak, sedang koma atau sudah meninggal dunia. Baca di sisi mereka (terutama ayat 12), supaya orang tersebut berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita pula akan menyusul.
.
Begitu banyak kelebihan dan kebaikan yang bakal kita perolehi melalui amalan pembacaan Surah Yassin seperti yang telah disebut di atas. Sudah semestinya salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada seseorang melalui hatinya seperti juga Surah Yassin hati kepada Al-Quran; Oleh kerana itu marilah kita sama-sama mendekatkan diri kita kepada Allah SWT melalui ibadah dan bacaan Surah Yassin yang banyak manfaatnya ini. InsyaAllah.

Credit ke blog SHAFIQOLBU  

Monday, 27 October 2014

Syarat BERJAYA adalah BERKORBAN.

Assalamua'laikum...;)

Malam ni rajin sket nak update blog perihal PENGORBANAN.

Kalau ditanya pada sesiapa sahaja. Nak BERJAYA tak?
Semua cakap NAKKKK..

BERJAYA ni ada banyak cabang..
berjaya KURUS..
berjaya CANTIK..
berjaya kaya..
berjaya hamil..
berjaya transform diri menjadi insan yang lebih baik..
berjaya dalam peperiksaan..
berjaya dalam BISNES..
berjaya dalam interview dan macam-macam jenis kejayaan lagi..

Baiklah..kita kecilkan skop BERJAYA ini yer..

Contoh ;

Orang yang gemuk nak berjaya kurus, senang ke? Dah tentu TIDAK!
Kalau senang....takdelah Malaysia antara rakyat yang ramai berpenyakit diabetes. Ini fakta tau.

Jadi..nak kurus sebenanrnya boleh sangat..tapi apa pengorbanan kita untuk BERJAYA KURUS..

% Kena jaga pemakanan ; ambik tahu sket mana makanan tinggi atau rendah kolesterol, mana makanan banyak lemak, mana makanan banyak minyak. Dah tahu jenis makanan, kenalah BERKORBAN untuk mengurangkan seterusnya menafikan makanan-makanan tersebut.

% Kena bersenam ; ni satu lagi PENGORBANAN kita perlu buat. Alasan untuk tidak bersenam selalunya 'tak ada masa'. Ye ke ni? Main game ada masa pulakkan..hehe. So kena KORBAN masa. Cari masa untuk bersenam.

% Then; kena KORBAN apa lagi?

- ambil SUPLIMEN UNTUK KURUS.. secara KONSISTEN dan berterusan, Bukan seminggu ambik then malas, lupa...

- Mindset kena POSITIF. 'Aku boleh kurus, pasti kurus'. Kalau mindset negatif pun kebarangkalian nak berjaya pun payah jugak

- kawan dengan orang yang seangkatan. Kawan dengan mereka yang sama misi dengan kita, yang nak kurus jugak!

- kurangkan tengok tv larut malam sebab selalunya time tu kita rasa lapar dan cekedis adalah teman sejati!

Nah!! banyakkan benda KENA KORBAN untuk BERJAYA.

So kita PILIH. Sama ada suka atau tidak. Nak berjaya dalam apa jua bidang kenalah BERKORBAN. Kejayaan akan jadi milik anda. !

Thursday, 16 October 2014

Kafein dan Penyusuan badan.



Ramai ibu menyusukan anak ingin tahu benarkah KAFEIN sedikit sebanyak menjejaskan penyusuan susu ibu?

Mari kita bongkar 'misteri' ini.

Adakah kafein ; kopi, teh dan sebagainya yang diminum oleh si ibu akan masuk kedalam susu badan?

Begini, hakikatnya..apa sahaja yang diminum atau dimakan oleh ibu,sebahagiannya akan masuk kedalam susu badan tapi jumlahnya bergantung kepada berapa banyak sesuatu makanan itu dimakan.

Sebagai contoh; ibu minum secawan kafein, ianya akan masuk ke dalam aliran darah anda. Apabila ia ada dalam aliran darah anda, ia sedikit sebanyak akan masuk kedalam susu badan.

Adakah kafein membahayakan bayi?

Secara umumnya tidak kerana jika si ibu minum kafein setakat secawan dua dalam sehari, hanya sedikit sahaja jumlah kafein yang masuk kedalam susu ibu seterusnya ke dalam perut bayi. Jangan ambil kafein dalam jumlah yang keterlaluan iaitu melebihi 3 cawan sehari.

Dalam ujian yang dilakukan, jumlah kafein dalam air liur atau air kencing bayi yang minum susu badan ibunya yang telah meminum sejumlah kafein tersebut adalah sangat rendah atau tidak dapat dikesan.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan. sesetengah ibu yang minum banyak kopi menyatakan bahawa bayi mereka kelihatan lebih jengkel dan resah ketika disusukan. Jika anda dapati ini berlaku, cuba kurangkan pengambilan kafein dan lihat apa yang berlaku.

Bagi ibu yang ketagih kafein, seeloknya hentikan segera.











Wednesday, 15 October 2014

Kenali Zone Selesa (Comfort Zone)

Seringkali kita dengar mengenai ZON SELESA atau COMFORT ZONE. Sejauh mana kita faham tentangnya?

Saya cuba terjemahkan ikut kefahaman saya yang mudah ya. Zon selesa adalah keadaan dimana kita sudah biasa melalui keadaan itu dan kita selesa dengan keadaan itu. Contoh mudah : Kita dah jadi rutin bangun pagi, cuci muka, gosok gigi, mandi dan solat. Lepas tu tidur balik. hehe. Perkara ni dah jadi rutin setiap hari, dah biasa dan kita dah selesa dengan keadaan itu. Tiada masalah bagi kita. Itulah namanya Zon Selesa.

Jadi bagaimana yang dikatakan kita ingin KELUAR dari Zon Selesa dan nak masuk ke Zon yang LEBIH BAIK? Lebih SELAMAT dan akhirnya menjadi Zon selesa yang baru?

Okey..pengalaman saya. sebelum kahwin, saya dah biasa bangun pagi, mandi, solat subuh, sarapan mak hidangkan, tidur dengan adik beradik perempuan, dah biasa weekend tidur petang lama, malam tidur awal jika esok kerja. Itu comfort zone saya. 

Tapi lepas kahwin, saya dapat transfer ke sarawak bersama suami atas urusan kerja (suami). Awal-awal duduk berjauhan dengan keluarga sangat sedih, saya rasa tidak selesa. Setiap hari call mak, call kawan-kawan banyak kali. Rasa bosan, rasa takut dan sebagainya. Saya cuba menyesuaikan diri dengan keadaan baru sehinggalah saya berjaya mendapatkan Zon selesa. Bila dah jadi rutin duduk disarawak, dah biasa. Dah selesa duduk bersama suami, dah biasa dengan keadaan baru yang jauh dari pelukan mak, dah pandai buat sarapan sendiri. Dah kurang tidur petang, saya dah boleh terima dengan keadaan baru. Saya dah keluar dari Zon selesa yang lama. Takde lagi nak call mak terlampau kerap (walapun takde nak cakap apa pun)..takde lagi rasa takut. Begitulah perumpamaannya dan bukan mudah tau nak keluar dari Zone Selesa tau. Ianya perlukan masa, pengorbanan, ketabahan dan kekuatan untuk kita terus istiqamah dan konsisten dengan keadaan baru.

Justeru, jika kita nak mencapai sesuatu yang luar biasa, kita perlu lakukan perkara yang luar biasa juga.

Jika nak berjaya dalam bisnes online, kenalah keluar dari comfort zone ini. Buat perkara yang luar dari kebiasaan kita. Kita perlu banyak belajar dan praktikkan apa yang kita pelajari supaya kejayaan layak untuk kita kecapi. Tiada benda senang datang bergolek tanpa usaha yang sungguh-sungguh. Kita perlu sedar, tanpa usaha dan tawakal , kejayaan sesungguhnya segan mahu menyinggah pada diri kita. Sunnatullah...kejayaan akan datang pada mereka yang benar-benar usaha dan berdoa kepada-Nya.

Kalau nak berjaya, kena banyak berkorban. Keluar dari comfort zone. Lakukan sesuatu yang baru, yang luar biasa supaya hasilnya juga luar biasa. Jangan hanya menunggu, bertindak sekarang!



Sunday, 5 October 2014

Motivation Rally Shaklee 2014

Alhamdulillah...harini the whole day safiyyah "nak perhatian". So..nak buat kerja pun sedikit 'haru'. tapi takpe...mama oke je...lagipun now tengah mood 'bercuti'. Kebetulan abah dia ada kursus di KL. Jadi..kami stay dirumah mak di KL. Syukur rezeki balik kampung..hehe

Satu lagi...seronok sangat dapat pergi Motivation Rally Shaklee yang dibuat di Shah Alam Convention Centre (SACC). Seronok sebab dapat jumpa anak cucu shaklee starss dan kawan-kawan seperjuangan shaklee.

Sebelum masuk ke dewan..kami sempat lunch di SACC Mall. Serius sedap sangat menu kat sini tau. Ada orang tuuu (asben akulah)...kononya nak diet. Sekali dia order sampai 2 pinggan chicken chop. Haha... Tak pasal-pasal balik kena telan HERBALAX & LECITIN kan..kasi detox & buang lemak.

 Chicken Chop


 Mee Sizzling

Ha....
Mee Sizzlings ni untuk perempuan cantik iaitu aku..hehe..
Memang layanlah makan time ni..nak-nak anak-anak tak ikut sekali, kami makan dengan penuh ketenangan..-ngee. Sampai habis shawl cantik aku ni terkena kuah mee..haishhh


 Selpieee jap ~ ngade jek

Okeh!

Then..lepas makan dengan jayanya. Total makan 2 orang is RM 48 hengget. Hambekk kau. Haha. Tapi serius puas ati sebab sedap dan alhamdulillah. Kenyang. 

Sebenarnnya..Shaklee dah sediakan makanan lunch dah, tapi kami sajelah nak makan berdua together2. Ingat senang ke nak makan berdua? Ni kira syukur andung (nenek) bantu jaga anak-anak kejap.

Thanks mom!

Oke...habis makan. Drivelah ke SACC. Parking & register kat depan dewan tu. Aku beraturlah kat bahagian 'Senior Coordinator'. Dapatlah pelekat untuk Senior Coordinator & ada nombor untuk cabutan bertuah. Bangga oo pakai pelekat 'SC' tu. aiceceh..

 Selpiee lagi..

 Orite..majlis dimulakan dengan pembukaan. Ucapan dari En. Victor Lim, President Shaklee Malaysia. Ucapan beliau memang penuh semangat..hehe. Berbaju Melayu biru ha.


 

Yang menariknya.. Mr Victor bentangkan statistik ni. Terujaaa...dari tahun 2008 sampai 2012, enrollment naik 1240%. Bayangkanlah.

Seterusnya..ucapan ringkas dari President Shaklee International, Mr Bradford Richardson. 


Dapatlah ambik pic dari kejauhan..hehe

Lepas tu ada lucky draw & yang best sangat, ucapan dari Master Farihah. Masa ucapan Master Farihah ni aku tak amik pun gambar Master farihah sebab aku sangat teruja dengan cerita beliau. Ni antara kata-kata beliau yang TERSEMAT gitu dalam memori aku. Aku tulis tau..hik hik

Antara pesan beliau :

Lagi banyak kita BERI..
Lagi banyak kita DAPAT..

Beliau ceritakan :

Beliau mula buat Shaklee start january 2011. Mula-mula buat gitu-gitu aje..tapi slowly jadi SERIUS sebab beliau NAMPAK JELAS PELUANG DALAM SHAKLEE. Peluang yang beliau nampak adalah 'UMRAH PERCUMA BERTARAF 5 BINTANG'.

Siapa tak nak pergi umrahkan? Percuma pulak tu...5 bintang lagi.

So..start ada PUSH FACTOR tu. Beliau usaha keras dan betulkan NIAT. Nak bantu orang lain sebab dalam bisnes shaklee. Kita tak boleh berjaya jika kita tak berjayakan orang lain. Dan..kita TERPAKSA bantu orang lain untuk dapat apa yang kita dapat.

" Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia lain"

Orang yang ada NIAT lain dalam shaklee dan tak niat nak bantu orang lain, dia tidak akan berjaya. So betulkan NIAT kita!

Ni antara slide beliau :



Banyak lagi pesanan beliau sebenanrnya tau. So memang sangat-sangat berguna! Sampai abis ucapanku tunggu..hehe

Lepas tu..majlis penyampaian sijil untuk ran supervisor & senior supervisor. Sambil tu aku merayap keluar dewan. Cari kawan-kawan. Bergambarlah..apa lagikan..hehe






My cucu..radin siti aisyah!


Selfie dengan my super duper anak yang hebat , Shafa.


 Ni kawan-kawan JMS yang gojez..


Then...tibelah masanya untuk kami pulak ambik Sijil SENIOR COORDINATOR.





Alhamdulillah...dapat dah sijil :)

Lepas tu terpaksa bergegas balik sebab risau anak-anak tinggai ngan mak. Taujelah safiyyah tu jarang kena tinggai..jadi sebelum dia nangis, baik balik cepat..hee




Barisan kawan JMS!
I LOIKEE.....

Syukur dengan ukhwah ini.

Oke..itu saje update pasal Motivation Rally.

Nak ucapkan terima kasih sangat kat suami sebab sudi teman ayang ke shah alam untuk ambik sijil yang ayang rasa sangat-sangat BERMAKNA untuk kita berdua seterusnya untuk EMPIRE SHAKLEE STARS.

Tahniah buat anak cucu yang BERJAYA dapat sijil untuk rank masing-masing. Anda buat, anda dapat. Seterusnya..thanks buat mak sebab bantu kami tengok-tengokkan anak.

To my super duper upline, Ummie Suzi dan Master farah. Terima kasih atas support kalian yang tidak putus-putus.

Alhamdulillah ;)