Layanzzz...')

Tuesday, 20 September 2016

Kenapa masih setia dengan shaklee...?

4 tahun bersama setia dengan shaklee bukanlah satu tempoh yang singkat. Kenapa agaknya saya masih setia bersama shaklee yer…?

Pertama; saya makan, saya sendiri rasa effeknya.

Suplimen yang paling dekat dihati saya adalah #espshaklee dan set yang paling saya suka adalah set hamil, set menyusu dan set pantang shaklee. Itulah ‘peneman’ saya sepanjang 2 kali mengandung. Kali pertama mengandung tanpa suplimen shaklee, boleh jadi ia seperti mimpi ngeri; terkena sembelit, hampir bentan, bengkak susu, demam, dan tidak bermaya. Tapi bila asbab shaklee, saya seperti orang yang sihat ketika berpantang dan dapat menyempurnakan penyusuan susu ibu dengan begitu baik sekali. Alhamdulillah.

Kedua; Percaya pada produk ini. 

Shaklee terbukti selama 60 tahun di pasaran antarabangsa. Ianya betul-betul selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam (semulajadi). Fakta ini tidak dapat disangkal lagi bukan..?

Ketiga; produk shaklee satu-satunya produk vitamin dan supplement yang menjalankan landmark study yang mana ramai pengeluar vitamin tidak berani untuk jalankan kajian itu. 

Shaklee sanggup berbelanja besar untuk R & D just untuk pastikan produk ini betul-betul dihasilkan dengan sebaik mungkin dan pastikan ianya berkesan dan selamat kepada pengguna.

Dan yang paling best shaklee yang saya sudah guna sejak 2012,betul-betul banyak membantu ramai orang disekeliling saya termasuk, mak, abah, adik-beradik, kawan-kawan, dan customer-customer yang tidak putus-putus mengamalkan suplimen shaklee hingga ke hari ini. 

Jadi sekarang, semua dah tau kenapa saya setia dengan shaklee kan..? ;)

#shakleeterengganu
#murnishaklee
#0193190733

Monday, 29 August 2016

Rumah Pertamaku

Alhamdulillah. Setelah setahun lebih menunggu. Akhirnya impian untuk ada rumah sendiri dah pun terlaksana. Syukur ;) Ini adalah RUMAH PERTAMAKU.

Rasa sangat seronok dan tak percaya pun ada sebab rumah yang aku miliki sekarang ni adalah hasil titik peluh aku berniaga ONLINE sahaja sejak lebih kurang 5 tahun lepas. Berkat MENYIMPAN.

Ini aku imagine nak design rumah one day. Tak perlu crowded tapi nak BERSIH dan KEMAS hehe..macam dalam gambar ni hahahaha... (aku google buat contoh) hahaha



Eh..back to the topic yer. Alhamdulillah...walaupun rumah yang aku miliki ni 5 tingkat a.k.a tingkat 5 la rumah flat...aku tetap hargai hasil aku berniaga online hanya dari rumah. Allah 'tak izinkan' aku kerja luar start dari pregnant anak pertama walaupun aku ade ijazah dalam bidang perakaunan, tapi Allah ade perancangan yang lagi baik buat aku iaitu berbisnes online dan syukur ini antara HASILNYA dalam bentuk aset. Simpan duit dalam bentuk aset.Ini rumah kedua kami, rumah pertama adalah teres setingkat di kelantan hasil titik peluh suami sendiri. Dan rumah flat ni di pandan jaya, kuala lumpur. Berdekatan dengan LRT STAR pandan jaya. Sekarang bagi orang menyewa. Boleh la cover bayar bank bulan2. Alhamdulillah.


(Dokumen rumah "5 tingkat" hehe)

HASIL yang paling penting adalah aku dapat jaga 100% anak aku, amanah aku yang 3 orang tu. Terima kaseh kepada encik asben sebab izinkan aku berniaga online hanya dari rumah. Rumah ni hasil titik peluh kita bersama jugak.

(one happy family @ home hehe)

Owh ya, macam mana aku apply loan rumah padahal bisnes dari rumah?

Inilah asbab nyer.. Tadaaa...



Aku guna BONUS STATEMENT SHAKLEE dan bantuan bersama dari penyata gaji suami jugak. Ye..bonus statement shaklee ni LAKU tau untuk apply rumah. hehe..

Syukur...atleast nampak hasil aku berniaga selama ni walaupun berniaga online jek. Nak ucapkan terima kasih tak terhingga buat abah sebab rumah ni actually rumah abah, abah jual pada aku. Terima kasih bah sebab sabar menunggu proses nak apply loan. Muni sayang abah..hehe

Okeh itu ajer. Buat suri rumah yang lain. Jangan putus asa. Bila korang decide untuk jaga anak sendiri di rumah, create bisnes atau servis yang korang suka @ pakar dalamnya, duk rumah tak semestinya tak boleh buat duitkan. Kita semua hebat. ewahhhh

#sharing is caring
#pengedarsahshakleeterengganu
#0193190733





Tuesday, 23 August 2016

Bagaimana nak jadi Ahli Powergold...?

Mesti ramai nak tau. Macammana nak jadi ahli Powergoldkan...?

Disini saya sertakan pakej-pakej yang ditawarkan. Ada 4 jenis pakej mengikut kemampuan dan kemahuan anda.

Mari singgah BLOG POWERGOLD : GOLDFORFUTURE ini untuk lebih JELAS ;)

Sebarang pertanyaan, boleh whatsapp 019-3190733

Terima kasih :)

Monday, 15 August 2016

Kenapa saya pilih POWERGOLD..?

Alhamdulillah...sedang entry ini ditulis, saya telah selamat menjadi Ahli Powergold ;)

Untuk pengetahuan semua, saya start kumpul emas dah lama tapi dalam bentuk barang kemas @ emas hiasan. Kemudian start awal tahun ini merangkak-rangkak cari ILMU EMAS dan sekitar bulan mac 2016, saya sudah mula mengumpul gold bar seberat 1 gram. Tapi bukan brand power gold tau, ianya brand public gold. Masa tu tak berapa kenal lagi dengan powergold.

Sampailah masuk bulan ke-6. Saya dapat hidayah mengenali powergold sebab ramai je kawan-kawan yang promote powergold nih..Rupenya memang best sebab powergold bukan takat kita boleh kumpul emas, malah kita boleh buat bisnes dengan powergold tau. Ini yang buat saya sangat suka.

Dan yang paling saya 'senang hati" bila dapat tahu yang yuran keahlian serendah RM 450 dapat free suku dinar dah boleh jadi ejen powergold. Tak perlu spent modal ribu-ribu untuk mula berniaga emas tau. Good news sangatkan!


Inilah suku dinar tu. Harga semasa ni RM 214. Free je dapat bila masuk ahli.

So...terus saya contact dengan upline saya sekarang. Haaa...ni nak ingatkan. Kalau nak bisnes powergold. Makesure carik upline yang boleh guide kita. Tak semestinya nak bisnes..paling kurang pun kita dapat ILMU EMAS kan dari perkongsian di group whatsapp dan FB. Itu yang priceless tu.

Syukur sangat...lepas je join powergold dan study skit-skit pasal emas, rupanya banyakk lagi benda yang kita tak tahu. Rugikan..

So..kesimpulannya. Berbaloi sangat jadikan emas sebagai simpanan masa depan sebab emas ni kalis inflasi, takde susut nilai, setiap tahun pun harga emas makin menaik. Kalau simpan duit, gatal je rasa tangan nak gunakan, tapi kalau simpan emas..kita akan SIMPAN DALAM JANGKA MASA PANJANG. Selagi tak terdesak..selagi tu lah kita tak guna emas tu untuk beli sesuatu benda.

Akhir kata. Nak tau lanjut lagi pasal POWERGOLD. Whatsapp saya terus ek. 019-3190733

Murni

- Penasihat PowerGold Anda -


Thursday, 30 June 2016

Kisah Bajet Raya kami untuk 5 orang!

Assalamua'laikum..Harini masuk hari ke-25 Ramadhan untuk tahun 2016. Semua masih okey tak puasa...?
Hehe...aku kelihatan kurus sedikit, tapi ku gagahkan juga terus untuk berpuasa penuh walaupun gigih menyusukan Farhan.

Okeh...arini terpanggil nak citer pasal bajet raya tahun ni, tahun 2016 la. Tahun ni unik sket semenjak bertambahnya seorang lagi ahli keluarga kami, iaitu anak ketiga kami, Muhammad Farhan.


1 lagi yang rasa lagi unik dan berbeza apabila, tahun ni bajet raya disponsor sepenuhnya oleh asben aku sebab aku dah 'bersara' daripada "memandai beli baju raya anak secara berlebihan'...hahaha

U got what i mean...?

Dalam bahasa mudahnya, tahun ni aku ambik keputusan untuk berjimat cermat dengan menggunakan HANYA duit suami sahaja untuk bajet raya, dan duit aku jangan guna langsung walaupun aku ada bonus shaklee. KAH KAH!

Tapi...serius lain macam hasil die.

Okeh...jom check it out apa yang kami dapat.

Tahun ni secara jujurnya aku cakap kat asben, nak RM 500 jek untuk bajet raya tahun ni untuk 5 orang. Haaa....ada yang terkejut, cukup ke RM 500 untuk 5 orang punya bajet...?

Jawapan aku simple jek...cukup kalau kau tahu berjimat...hehe

Okeh...memandangkan MINDSET nih memang nak bagi cukup, so pandai-pandailah buat bajet yer.

Bajet Raya RM 500 nih dimulakan dengan membeli baju untuk anak dara 2 orang nih, sorang umur 6 tahun dan sorang lagi 3 tahun. Beli baju kaftan online jek...kan tengah popular sekarangkan baju kaftan nih.



Total 2 pasang baju ni RM 80 (termasuk kos pos). Dan inilah kaler tema kami tahun ni.Kaler beige.

Lepas dah dapat baju anak-anak dara, tinggal RM 420.

1 hari kami jalan-jalan di Mydin Gong Badak..tetibe nampak macam ada SALE murah gila untuk pakaian budak. So masa ni aku terus grab item-item yang sangat murah dan berbaloi. Aku dapat 2 baju lengan panjang nih yang masing-masing harga RM 10 sahaja dan dapat jugak kemeja farhan si comel nih RM 15 sahaja. Murah sangatkan....? haha..memang rezeki kami hagaknya... dan yang best tetap sedondon kali purple untuk 3 beradik ni.



Kat bahagian atas MYDIN pulak...jalan punya jalan nak cuci mata...tiba-tiba terserempak dengan baju melayu comel ni untuk baby farhan dan aku terus grab sebab under bajet, RM 29.90 sahaja. Okeh...muka puas ati je dapat baju anak teruna! Yeayyy..



Owh yer, sebelum tu ada beli sepasang jegging untuk anak-anak dara RM 18 je setiap helai. Jegging ni pun best, lembut jek. Kaler hitam...boleh la padankan dengan t-shirt panjang purple tukan. Beli kat kakak ipar aku. Memang puas ati.


So setakat ni bajet jadi cenggini;

Baju kaftan anak dara - RM 80
Baju t-shirt panjang anak dara - RM 20
Baju melayu anak teruna - RM 30
Baju kemeja anak teruna - RM 15
Jegging anak dara - RM 36

Jadi masih ada baki RM 319 jek lagi. Masih banyakkan...? (pandai aku manage duit...haha)

Opsss...ada lagi tak settle.

Kuih raya aku bajet dalam seratus lebih, semua order ngan kawan jek.

Kuih batang buruk 2 balang - RM 14 x 2 balang
Kuih semperit - RM 25
Kuih Bahulu - RM 18
Cookies - RM 25
Kuih Cornflakes - RM 20
Kerepek pelbagai - RM 20




Semua aku beli je..haha

Setakat ni belum berminat nak buat. Busy kononnnn...

So pas kuih semua dah settle, tinggal RM 181.

Apa lagi yang kami tertinggal....?

3 benda je yang aku rasa penting...

1. Baju aku
2. Baju asben
3. Kasut anak-anak dara

Kebetulan kami balik kampung dan singgah kat Pengkalan Kubur nak carik baju kami suami isteri dan kami peruntukkan hanya RM 150 untuk baju kami berdua. Shoping punya shoping punya carik kedai sana sini.

Kami jumpa kurta untuk asben aku, memang murahlah... RM 50 jek sehelai. Secara logiknya baki untuk bajet baju aku RM 100. HAHAHA yeayyy..



Ntah macam mana susah sangat nak carik kaler....terjumpa jubah ni dannnnn aku terpikat TAPI aku tak beli sebab over bajet. Harga jubah ni RM 139. Aku tak kisah tak dapat beli sebab aku memang tengah bajet. Last sekali suami cakap..."ayang amik jelah jubah tu dan tambahlah duit ayang sket"...

Makanya dengan senang hati aku ambik jubah tu dan dapat tawar harga ke RM 120. Selamat....! Dan...aku excited sikit sebab setelah 6 tahun aku 'puasa' dan tahan kan keinginan nak beli jubah "mahal'...akhirnya tahun ni rezeki dapat jugak yang friendly wudhu' dan sesuai untuk ibu menyusu.



Dan last sekali kasut raya anak, tahun ni tak nak fancy-fancy sebab pengalaman lepas, abis berlemuih je kasut raya kalau yang reben sana sini. So kami decide beli yang simple jek. Carik punye carik budak-budak ni nak kasut sandle ROBOCAR POLI...HAHAHA



Dapatlah sepasang RM 20 dan itulah dia ending bajet raya kami. Habisss sudah RM 500. Legakan....

Alhamdulillah. rasa seronok...rasa puas hati sebab dapat manfaatkan bajet RM 500 tu tanpa pembaziran. Biar cukup-cukup...jangan membazir. Yang lain boleh je topup pakai barang yang sedia ada. Syukur....

Rasa puas sangat tahun ni, tak macam tahun-tahun lepas...bila ada duit lebih sket...mula lah macam-macam nak belikan...

Okeh...sekian sahaja perkongsian aku. Moga dapat manfaat bersama yer :)

Raya-raya jugak, rancang perbelanjaan secara berhemah..makesure ada duit lebih lepas raya nanti tau..hehe

Selamat berpuasa semua ;)

Thursday, 2 June 2016

Susulan suami suspect demam denggi ~ Jangan ambil mudah!

Salam semua. Syukur sangat berkesempatan petang nih nak berkongsi mengenai kisah suami yang suspect demam denggi.

Ceritanya bermula begini. Mula-mula anak sulung kami, syifa' demam. Suhu agak tinggi dan hanya berehat dirumah. Kemudian jangkit ke anak ketiga kami, baby farhan. Demam on off. Dan seterusnya merebak ke anak kedua kami, safiyyah juga suhu badan panas dan demam on off. Terus demam melarat ke suami dan last sekali mama pun kena!


Demam on off anak-anak dara nih
Cuma keadaan rasa makin tak best bila suami demam nampak agak teruk. Terlantar means boleh bangun untuk solat dan buat kerja cuma lebih banyak berehat sebab badan dah rasa seram sejuk dan bila mandi rasa sangat sejuk. Lepas tu kami risau sebab muncul bintik-bintik merah di bahagian badan, tangan dan kaki suami. Batuk dan sakit kepala jugak.

Lepas tu kami terus ikhtiar ke klinik berdekatan pada pukul 9.30 malam. Kami decide untuk buat pemeriksaan untuk 2 orang sahaja iaitu suami dan baby farhan (yang jugak ada bintik-bintik merah muncul).


Muka tahan sakit je suami kite. Baby farhan time ni demam dah kebah sikit.

Kami dikenakan bayaran bil klinik RM 154.00 untuk 2 orang. Doc ada cek pernafasan dan cek jantung sket...dan tanya serba sedikit dan terus suggest ubat-ubatan termasuk untuk makan dan lotion untuk disapu.

Esoknya, suami pergi kerja macam biasa dan dalam waktu kerja sakit makin kuat dan suami balik petang tu terus rehat sampai pagi esok. Betul-betul tak larat sampailah kurang selera makan.

Esoknya suami terus refer ke hospital kerajaan berdekatan dan sample darah dan air kencing diambil dan doktor sahkan mungkin suami ada demam denggi. Masa ni aku sebagai isteri sangatlah risau. Dah banyakkan kes demam denggi yang berakhir dengan tragis. Mampu tawakal je masa nih.

Terus dapatkan nasihat kawan yang berpengalaman. Antara ikhtiar kami adalah:

1. Asben makan ubat demam yang doktor klinik bagi
2. Asben minum air hundred plus TANPA GAS
3. Makan nutriferon shaklee
4. Minum 2 botol besar performance drink shaklee


(nasiblah memang ada ready stok kat rumah)

5. Minum air masak berterusan

Dan keesokan harinya. Masa pemeriksaan kedua. Doktor sahkan suami back to normal. Alhamdulillah. Tuhan je tau betapa lega dan tenangnya masa nih :(

Berkat ikhtiar dan tawakal kami. Demam denggi tu tak berterusan.

Pengajaran yang kami dapat. Bila demam. Cepat-cepat refer hospital terdekat. Klinik belum tentu dapat trace dengan cepat tanpa pemeriksaan yang lebih mendalam.

Wallahualam. Semoga menjadi iktibar kita semua.


Pst : PERFORMANCE DRINK sangat sesuai untuk 'kebahkan demam". Perisa oren yang mesra rasa. Sedap tanpa gula yang banyak serta berkhasiat.

Bulan puasa nih lagi cantik minum PD ni untuk cepat legakan kehausan dan hilangkan penat seharian berpuasa. Letak ais lagi segar rasanya.


Mesti cuba tau :)

Murni ~ Pengedar sah Shaklee Anda
019-3190733

Tuesday, 23 February 2016

Say NO to JERAWAT dan JERAGAT dengan TATISKINCARE

Assalamua'laikum semua...

Wah..rindu sangat nak tulis blog. Malam nih dengan tak semena-mena tercapai hajat. Hahaha...By the way, last kite tulis blog bulan Oktober lepas dan ini bermakna dalam 3 bulan jugakla blog bersawang. It's okey...dan ini bermakna juga...apa yang kite nak tulis malam ni adalah sangat PENTING ye kawan-kawan. So, sila beri perhatian...haha

Korang...kite ada jumpa satu produk baik punyer. Nama produk pun dah cukup baik iaitu TATI SKINCARE. Korang ingat TATI sudahh..

Kenapa...? Dan apa yang hebat sangat TATI nih...?

Al-kisahnya begini. Yang kenal kite..akan tau. Setiap kali kita pregnant, mesti muka naik jerawat hitam-hitam...SATU MUKA naik bukannya sikit-skit tau tak...???

Dan sampai satu masa rasa sedih gaklah kulit muka sangat TERUK. Tapi sebab pregnant punya pasal makanya redha jelahkan. Tapi jeles tengok orang lain, pregnant pun masih cantik...!

Sehinggalah pada 1 hari dapat hidayah nak try produk TATI ni sebab tengok ramainya blogger-blogger cantik pakai TATI ni dan kite pun cubalah pakai itu pn setelah berbulan-bulan tengok orang lain pakai TATI dan hasilnya...

Tadaaaa..........



Korang nilailah sendiri..kite pakai TATI ni start pertengahan July..Bila tengok hasil die meletops..dan ramai tegur muka kita dah elok, terus terfikir "Why not aku SHARE dengan orang ramai betapa BESTnyer TATI nih dan terus kite decide hujung bulan November jadi agen sah TATI ORIGINAL.

Muka-mula tu kite minta kebenaran asben, nak SHARE testimoni sendiri kat FB. Asben bagi green light dan tak sangka, Allah hantar 1 per 1 customer kat kiterrr dan ramainya PM nak tau pasal TATI. Senang sungguh 'menjual" bila kita sendiri dah pakai dan rasa sendiri keberkesanan produk TATI ni.

Ni latest rupa packing produk TATI.


Dan ni packin lama, still sama je isi dia. Cuma packing je dah berwajah baru tau.


Dan jom layan Testimoni lain customer TATI skincare.


Suka sangat Testimoni ni. Dari kulit jerawat teruk, elok je muka customer nih. Makin cantikkan..

 Jerawat kronik pun jadi dengan TATI tau...


Adik manis ni pun tambah berseri-serikan. Senyum dah memang manis, after pakai TATI lagilah nampak manis. 


Dan testimoni ni pun sangat teruja tengok. Before TATI muka berminyak, after TATI, Tona kulit sekata je. Alhamdulillah..

So korang..apa tunggu lagi. Jom pakai TATI yang superawesome .(",)

Whatsapp ek untuk konsultansi.

0193190733