Layanzzz...')

Monday 22 July 2013

Mainan Bayi 0-3 bulan

Memilih mainan untuk bayi usia 0-3 bulan

Bermain adalah hak setiap anak, termasuk untuk bayi baru lahir. Namun fungsinya harus kita sesuaikan untuk mendukung perkembangan bayi 0-3 Bulan. Sesuai dengan yang sedang dipelajarinya pada usia ini, fungsi mainan adalah untuk merangsang perkembangan dan panca indera bayi yang sedang berkembang. Selain itu tentunya juga untuk menghibur bayi.
Untuk memilih mainan yang tepat untuk usia bayi maupun anak, kita perlu membaca keterangan usia pada bungkus mainan bayi.

Yang perlu diperhatikan dalam memilih mainan untuk bayi usia 0-3 bulan antara lain:

• Pilihlah warna yang terang dan mencolok untuk merangsang penglihatan bayi
• Pilihlah mainan yang dapat mengeluarkan bunyi-bunyian untuk merangsang pendengaran
bayi. Namun, jangan yang mengeluarkan suara keras dan menyakitkan telinga
• Pilihlah mainan yang tidak luntur jika terkena air, tidak mudah lepas, atau memiliki bagian bagian
kecil yang dapat lepas.
• Pastikan bagian-bagian kecil seperti kancing atau mata boneka terjahit kuat, sehingga aman
bila digigit bayi.
• Awasi bayi saat bermain dengan mainan yang kecil. Mainan kecil berfungsi melatih gerak
halus bayi, namun di sisi lain bayi juga sering memasukkan benda ke dalam mulutnya dan
dapat berisiko ia tersedak.

Berikut ini beberapa contoh mainan yang dapat membantu perkembangan bayi 0-3 bulan:

• Mainan yang digantung di atas tempat tidur bayi.
Pilih mainan dengan warna mencolok, sebagian mainan juga dapat berbunyi jika digoyangkan. Mainan ini melatih indera penglihatan dan koordinasi pada bayi yang sudah lebih besar. Bayi akan bermain dan berusaha meraihnya.

• Boneka yang berbahan lembut.
Pilihlah boneka dari beberapa jenis bahan. Dengan menyentuh dan memegang boneka, bayi akan mengeksplorasi dan melatih indera perabanya. Pilih juga boneka yang memiliki wajah seperti boneka binatang atau orang. Bayi senang melihat dan mengamati wajah.

• Mainan untuk digigit (teether)
Bayi sering memasukkan benda-benda dan mainan kedalam mulutnya. Hal ini juga merangsang indera pengecap dan perabanya.

• Mainan yang berbunyi bila digoyangkan atau gelang gemerincing (rattle)
Bunyi-bunyian ini akan merangsang indera pendengarannya serta akan melatih koordinasi panca indera bayi.

• Pada saat santai putarkanlah lagu-lagu santai atau lagu-lagu klasik untuk bayi.

Dr. Marissa Pudjiadi, Sp.A
Dr. Martin Leman, Sp.A

Sumber : Dunia Bayi

Jom lihat Suplimen terbaik utk minda anak ---> Set Anak Bijak Shaklee

Tuesday 16 July 2013

Shaklee untuk Kulit Kusam & Jerawat

   
Nak kulit bebas jerawat & tidak kusam ?
B-complex – Mengandungi 8 kumpulan vitamin B yang melengkapi antara satu sama lain. Ianya membantu untuk mengekalkan tona kulit yang sihat. Umum mengetahui yang B-complex sangat berguna untuk mengawal stress dan membuatkan kita jadi gembira serta tenang. Jangan lupa yang stress adalah punca kepada masalah serius kulit berjerawat.
Vitamin C – antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain. Ianya juga bertindak melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.Vitamin C juga bertindak melindung dan membaiki kulit. Selain itu, Vitamin C adalah bahan utama dalam sintesis kolagen.
Vitamin E – Merupakan antioksidan yang powerful dan tidak dapat dihasilkan oleh badan. Bertindak meneutralkan radikal bebas serta mencegah proses penuaan daripada berlaku. Kajian menunjukkan pengambilan vitamin E untuk jangka panjang akan dapat mengurangkan sunburn akibat dedahan kepada sinaran UVB. Oppss, jangan salah sangka yang anda akan selamat daripada dibakar matahari dengan mengambil vitamin E atau lotion mengandungi Vitamin E. Cuma ianya akan membantu untuk mendapatkan kulit yang sihat jika mengambil vitamin antioksidan secukupnya.[Sumber: webmd]


Selain 3 vitamin di atas, pengambilan set ini bersama-sama dengan GLA complex dan Energizing Soy Protein (ESP) sangat disarankan.
ESP – diperbuat daripada non-GMO (genetically modified organism) soya yang lengkap dengan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan. Sel kita diperbuat daripada protein dan ESP membantu untuk menghasilkan sel yang sihat, menggantikan sel kulit yang sudah mati serta membaiki struktur kulit semula.
Nota : ESP membantu penyerapan vitamin lain dengan LEBIH CEPAT berbanding tanpa pengambilannya.
GLA complex – Gamma-Linolenic Acid adalah asid lemak omega-6 di mana badan akan menukar kepada bahan untuk mengurangkan inflamasi (keradangan) [ Source : emedicinehealth ] Berdasarkan testimony pengguna, kulit mereka menjadi lebih lembab dan masalah jeragat juga berkurangan.**
Sudah puashati dengan penerangan setiap product???

Apa lagi?
Hubungi 019-3190733 untuk pertanyaan lanjut ;)

Monday 15 July 2013

Shaklee untuk darah tinggi


Merawat darah tinggi dengan set shaklee

Istilah merawat sebenarnya tak berapa tepat, kerana suplemen tidak merawat sebaliknya mencegah dan mengatasi.

Darah tinggi adalah salah satu pembunuh senyap yang utama. Ia merupakan penyakit yang kurang didiagnos dan dirawat di seluruh dunia sehinggalah hari ini. Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan II menunjukkan bahawa kira-kira 24% penduduk Malaysia menghidap darah tinggi . Kebanyakannya disebabkan oleh pembentukan ‘benteng’ dalam salur darah yang disebabkan oleh kolesterol.

Darah tinggi merupakan satu faktor utama untuk mendapat penyakit kronik lain seperti arteri koronari, cerebrovaskular, arteri periferi dan kegagalan ginjal. Penghidap darah tinggi berisiko untuk mendapat strok atau angin ahmar.

Adakah produk Shaklee dapat merawat darah tinggi? Merawat 100% mungkin tidak, tapi mengawalnya dari menjadi lebih teruk, mengurangkan simptom, serta mengelakkan darah tinggi dari berlaku.

Vitamin Shaklee yang disarankan kepada penghidap darah tinggi:-
  • Vitamin Asas iaitu Vitalea, B Complex dan Vita-C –> membekalkan sokongan yang diperlukan oleh sistem imun badan untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardio-vaskular.
  • Carotomax, Vita-C dan Vita-E –> gabungan nutrien antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas.
  • Omega Guard –> merendahkan paras kolesterol tidak baik dan meningkatkan fungsi jantung
  • Garlic Complex –> mengawal jangkitan, menurunkan tekanan darah, menurunkan kolesterol dan memelihara kesihatan selular.
Dapatkan hari ini dengan hadiah istimewa dari Vitamin Semulajadi!

Hubungi 019-3190733

Shaklee untuk diabetes

Program Diabetes Shaklee
Credit to Blog Mommy Lyna

Kira-kira 8.3% dari orang dewasa di Malaysia menghidap diabetes, dan kebanyakannya diabetes jenis ke-2. Diabetes jenis ini dikatakan bersifat keturunan, yakni bila ibu bapa ada menghidap diabetes, anak-anaknya mempunyai risiko sehingga 80% untuk turut menghidapnya.

Namun kajian terbaru menunjukkan bahawa tabiat memberi makan terlalu awal kepada bayi mendedahkan mereka kepada diabetes jenis ke 2 bila dewasa nanti.

Penjagaan pesakit diabetes dalam program diabetes shaklee sama sekali tidak untuk menyembuhkan sakit diabetes ini sebaliknya mengawal kandungan gula dalam darah, sekaligus mengawal diabetes dari menjadi teruk.

Apakah supplement Shaklee yang boleh diambil untuk membantu pesakit diabetes?
Suplemen asas untuk kencing manis ialah seperti berikut:

- B complex
- Zinc Complex
- Vitalea
- ESP

Pesakit kencing manis juga boleh mengambil suplemen di bawah untuk kesan yang lebih baik:
- Vivix
- Cinch Shake Mix
- Omega Guard

Insya-Allah, dengan pengambilan konsisten dan doa serta tawakal pastinya diabetes anda dapat dikawal. Suplemen2 di atas terbukti secara klinikal membantu pesakit diabetes secara ringkasnya:

ESP – menurunkan paras gula dalam darah & mengurangkan risiko kompilkasi
B-COMPLEX – menukarkan gula kepada tenaga
ZINC – menurunkan paras glukos dalam darah
VITALEA – multivitamin dan mineral keperluan tubuh
VIVIX – memperbaiki sel, sumber antioksidan terbaik
CINCH – rendah GI

Hubungi saya untuk mendapatkan suplemen anda dengan harga terbaik!
019-3190733

Sunday 14 July 2013

Shaklee untuk atasi jerawat

Atasi jerawat dengan pengambilan vitamin

Jerawat sebenarnya menjadi igauan ngeri setiap orang, lebih-lebih lagi yang bergelar wanita. Jerawat bukan sahaja menjadi masalah kepada anak muda atau remaja tetapi ia juga melibatkan orang dewasa.

Jerawat terjadi bila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di muka , dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.

Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit. Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.

Lebih besar kawasan radang lebih mudah terbentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai. Menghilangkan parut jerawat lebih sukar bila perawatan diabaikan.

Wajah muka yang penuh dengan parut jerawat sudah tentu menghilangkan seri dan keyakinan diri.
Jerawat tumbuh disebabkan beberapa keadaan:

* Pencemaran dari persekitaran yang merosakkan kulit. Maklum saja, sekarang ini dunia tak sama seperti 20 tahun dulu. Asap dan debu merata-rata. Tengok saja kereta. Baru cuci 2-3 hari, dah berhabuk.

* Ketidakstabilan hormon. Kebanyakannya berlaku pada remaja. Jerawat tumbuh dengan banyak di zaman peralihan, dan beransur hilang setelah mencapai umur matang (tua?).

* Faktor tekanan. Dalam keadaan tertekan, mudah untuk kita mengabaikan pemakanan yang seimbang, rehat yang mencukupi dan beriadah. Sedangkan semua itu perlu untuk tubuh kekal cergas dan sihat. Apabila tumbuh jerawat, makin tertekan jadinya.
Kebersihan tubuh badan diabaikan.

Beberapa vitamin yang sesuai untuk masalah jerawat disebabkan perkara-perkara di atas adalah:




Antioksidan: Vitamin C, Vitamin E dan Vitamin A menghapuskan radikal bebas dari pencemaran persekitaran.

Hormon: Hormon yang perlu dibetulkan ialah prostaglandin. Untuk itu, asid gamma linolenik (GLA) amat diperlukan. GLA juga dikenali dengan nama Omega-6. Kajian menunjukkan asid lemak (Omega-3 dan Omega-6) membantu permukaan kulit yang licin dan tegang, menghalang/mengurangkan kesan radang kulit spt ekzema dan psoriasis dan memperlahankan kadar penuaan kulit.

Tekanan: Pengambilan makanan tinggi vitamin B-complex (mengandungi kesemua 8 vitamin B penting) mampu mengurangkan kadar tekanan dan membolehkan seseorang kekal gembira dalam keadaan yang tertekan.

Memulihara sel kulit lama dan membentuk sel kulit baru yang sihat: Protien adalah asas kepada sel. Kekurangan protien dapat dilihat pada tekstur dan warna kulit seseorang - kusam dan tidak bermaya. Jadi, untuk kulit bermaya dan berseri, pastikan pengambilan protien yang lengkap, seimbang dan terbaik sahaja.

Kebersihan -- rajin-rajin la cuci muka. Paling afdhal, ambil wudhuk dan niatkan untuk kekal dalam wudhuk :)

Itu saje :)

I'm Murni, Your Shaklee Independent Distributor,
019-3190733

Saturday 13 July 2013

Shaklee untuk Gout

Gout adalah satu penyakit sendi yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan. Asid urik adalah bahan kumuh sejenis protein iaitu purin. Tubuh kita menyingkirkan bahan kumuh ini melalui air kencing, tapi apabila ia berlebihan dan tidak dapat dibuang, ia terkumpul di dalam sendi. Inilah yang menyebabkan gout.

Tubuh menjadi kurang efisyen untuk membuang asid urik tersebut apabila buah pinggang tidak berada di tahap kesihatan yang optimum. Ya, buah pinggang kita adalah organ perkumuhan yang penting untuk menyingkirkan bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh tubuh, namun dalam beberapa keadaan, buah pinggang tidak dapat bekerja dengan baik, akibat dari:
  • Pengambilan ubat-ubatan berunsurkan ‘drug’
  • Stress dan tekanan perasaan
  • Pengambilan protein yang berlebihan
  • Kekurangan vitamin tertentu yang diperlukan untuk proses perkumuhan
Jadi, apakah yang boleh dilakukan oleh pesakit gout di samping mendapatkan rawatan doktor yang berkelayakan?
  • ALFALFA - detox semulajadi yang menyingkirkan toksid secara lembut dari badan. Pengamal alfalfa perlu mengambil air yang banyak untuk melancarkan proses detox ini.
  • PERFORMANCE DRINK – memelihara kandungan bendalir dalam badan supaya mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi. Penting untuk pesakit gout mempunyai bekalan air mencukupi dalam badan untuk proses perkumuhan asid urik. Ia berkaitan dengan pengambilan alfalfa sebagai detix di atas.
  • OMEGA GUARD – mengelakkan keradangan sendi.
Testimonial dari Puan Aula :

Condition gout mama mmg terukk…….Everytym tersalah makan or terlalu lame berdiri.. her kaki will bengkak merah and she cant even make a step sebab rase macam ade jarum cucuk2 kaki die… It is so painful that sometyms she just cant stand it and cry… 

So everytime die kena gout die baring je la kat atas katil and abah will give her pain killers to ease the pain and she get an injection from the clinic. And the Doctors said injection is not good for her body because of the side effects..( I tak sure about it nanti i post semula k!)..

Anak mane yang tak sedih kan?!!!! So looking at the positive effects on me after taking SHAKLEE suppliments.. So I try the pack suggested for GOUT by SHAKLEE;

My mum starts consuming it.. And the very next day NO JOKE… die cakap sengal2 dah kurang tapi sakit2 masih ada..


Alhamdulilah with GOD’s will…AFTER 1 WEEK… she is getting better, kaki mmg still bengkak tapi she dah boleh jalan without complaining sakit…. sape2 yang pernah jumpa my mum dulu jalan hinjut2 and very2 slow..


AFTER 2 weeks… ramai la puji dia ” Puan Saidah sekarang nampak sihat la muka pun tambah berseri”. Apa lagi berbunga2 la hati my mum tuh!!

Sedih jugak i dengar sebab selama nie saya tahu my mum sakit tapi tak buat ape2.. Sekarang saya bersyukur saya belikan SHAKLEE pack for her.. Dulu kalo she tengok TV, die takleh bersimpuh or seangkatan dengannye and the good news.. “SHE CAN BEND HER KNEES only after TWO WEEKS!!!” 

Sumer nie dengan KEBESARANYA dan usaha untuk try other alternatives SHAKLEE. It might be small to some but to her sangat bermakna means she can be more active to be with her cucu…
Tapi kalo korang nak tahu hah ade BONUS TAMBAHAN dalam mengambil suplemen di atas… Mulanya I tak perasan then selepas seminggu mama cakap tak cungap2 she can talk calmly and her BREATH dah tak berbau….

YEap dats right dulu mama ade masalah mulut berbau because of the medication she’s taking due to her asthma… hah panjang la cerita die nie hehe:) PAsal mulut berbau nie nanti I post special entri k!!
SO Itula testimoni mama saya… selepas mengambil nya almost 2 bulan dah ALHAMDULILAH perubahan positif pada mama.


Sebab nilah Aula suka sangat SHAKLEE suplemen, it provides alternative for healing besides prescription drugs. Aula bersyukur sangat

Jadi, inilah yang saya nak syorkan kepada pesakit gout, supplement semulajadi dari Shaklee selain dari menjaga diet harian.

bagaimana nak dapat dapatkan vitamin untuk gout ni? Hubungi saya dengan SMS ke 019-3190733 :)




Wednesday 10 July 2013

Kelebihan Solat Sunat Dhuha

Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera…
Solat sunat Dhuha ini dikerjakan pada ketika sedang naik matahari (anggaran 8.00 pagi hingga 11.30 pagi).

Solat sunat Dhuha ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. boleh juga dilakukan sebanyak 4, 6, 8 sehingga 12 rakaat dan setiap dua rakaat satu salam dan boleh juga setiap 4 rakaat satu salam.


Cara melakukan solat Dhuha:
a) Bacaan niat solat sunat Dhuha Ertinya: ” sahaja aku solat sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala”.
b) Bacaan rakaat pertama surah Al-Fatihah dan As-Syam
c) Bacaan surah rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Ad-Dhuha
d) Setelah selesai salam, lalu membaca doa
maksudnya;

“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu. Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah. Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kelebihan:

Sabda Nabi S.A.W yang bermaksud:

” Barangsiapa yang melakukan solat Dhuha membaca rakaat pertama surah Al-Fatihah dan ayat Kursi 10 kali, dan pada rakaat kedua surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas 10 kali, nescaya ia mendapat kerelaan Allah Yang Maha Besar.” (HR. Anas B Malik). ” Barangsiapa yang mengerjakan solat Dhuha dengan terus menerus, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.” (HR Tirmizi)
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلَامَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى
” Rasullullah S.A.W bersabda: setiap pagi masing-masing persendian/ruas tulang daripada kamu sedekah, dan setiap bertasbih sedekah dan setiap tahmid (ucapan Alhamdulillah) itu sedekah, dan setiap ucapan takbir itu sedekah, dan menyeru dalam kebaikan sedekah, dan melarang dari perbuatan jahat itu sedekah, dan sebagai ganti semua itu, cukuplah dengan mengerjakan solat Dhuha dua rakaat.” (HR Ahmad, Muslim dan Daud) Rujukan : koleksi 100 solat-solat sunat oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Hj. Ahmad B. Hj. Ibrahim. terbitan Al-Hidayah Publisher

JOM SOLAT DHUHA !!

Credit to blog : TERATAK RINDU

Tuesday 9 July 2013

Kebaikan Mandi Sebelum Subuh

 

Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. 

Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

  • Melancarkan peredaran darah
    Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.
  • Kulit lebih lembut dan halus
    Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
  • Meningkatkan kesuburan
    Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
  • Mengurangkan risiko darah tinggi
    Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.
  • Mengurangkan tekanan serta tenang
    Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.
  • Meningkatkan sel darah putih
    Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih. Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat.
p/s: Jom ikut sunnah…

Credit to blog : HARIAN ISLAM

Saturday 6 July 2013

Cara mengetahui jantina bayi mengikut kepercayaan masyarakat

Cara mengetahui jantina bayi  (mengikut kepercayaan masyarakat )

Rujukan : babycenter.com.my

Terdapat banyak mitos dalam setiap masyarakat mengenai bagaimana untuk mengetahui samada anda mengandungkan anak lelaki atau perempuan. Berikut ialah di antara kepercayaan yang paling popular yang telah kami kumpulkan daripada serata dunia. Ingat, ada 50 peratus kemungkinan ianya betul!

Anda lebih berkemungkinan mengandungkan bayi lelaki jika :


Ini adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa didengar mengenai mengandungkan anak lelaki.
  • Kadar degupan jantung bayi anda kurang daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda memboyot ke hadapan dan kelihatan “tajam”.
  • Perut anda “rendah”.
  • Anda sangat berseri-seri ketika hamil.
  • Anda tidak mengalami mabuk hamil dalam trimester pertama kehamilan.
  • Payudara kanan anda lebih besar daripada yang kiri.
  • Anda melihat diri anda di dalam cermin selama sekurang-kurangnya seminit dan anak mata anda membesar.
  • Anda mengidam makanan berprotein yang masin seperti keju dan daging.
  • Tapak kaki anda lebih cepat menjadi sejuk daripada sebelum anda hamil.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantungkan di atas perut anda, cincin itu berpusing-pusing.
  • Kulit anda menjadi kering.
  • Apabila anda mencampurkan umur anda semasa persenyawaan dengan nombor bulan semasa ia berlaku, jumlahnya adalah nombor genap.
  • Rambut anda menjadi lebih lebat dan berkilat semasa hamil.
  • Bulu kaki anda memanjang dengan cepat semasa hamil.
  • Anda lebih mudah diserang sakit kepala.
  • Bantal anda menghadap utara apabila anda tidur.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap bawah.
  • Anda tidur mengiring ke kiri.
  • Air kencing anda berwarna kuning cerah.
  • Anda lebih agresif berbanding suami anda semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu.
  • Apabila anda makan seulas bawang putih, baunya keluar daripada liang roma anda.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah "baba" atau “dada”.
  • Anak anda yang sebelumnya (jika perempuan) kelihatan seperti budak lelaki semasa bayinya.

Anda lebih berkemungkinan mendapat anak perempuan jika :

 

Berikut adalah beberapa kepercayaan yang paling biasa mengenai mengandungkan anak perempuan.
  • Degupan jantung bayi anda lebih cepat daripada 140 degupan seminit.
  • Perut anda bulat.
  • Perut anda “tinggi”.
  • Muka anda tidak berseri-seri.
  • Anda mengalami mabuk hamil semasa 12 minggu pertama kehamilan.
  • Payudara kiri anda lebih besar daripada yang kanan.
  • Apabila anda melihat diri anda dalam cermin sekurang-kurangnya seminit, anak mata anda tidak mengembang.
  • Anda mengidam benda-benda manis seperti jus, buah-buahan dan gula-gula.
  • Apabila anda ikat cincin perkahwinan anda pada benang dan digantung di atas perut anda, cincin itu bergerak ke kanan dan ke kiri.
  • Kulit anda lembut.
  • Anda lebih moody (angin tak baik) daripada biasa.
  • Apabila seseorang meminta anda menunjukkan tangan anda, anda menghulurkannya dengan tapak tangan menghadap atas.
  • Suami anda lebih agresif semasa persetubuhan yang menghasilkan persenyawaan itu berlaku.
  • Anda tidak berbau selepas makan seulas bawang putih.
  • Apabila anda campurkan umur anda dengan nombor bulan di mana persenyawaan berlaku, jumlahnya adalah nombor ganjil.
  • Rambut anda semakin menipis dan tidak bermaya semasa hamil.
  • Anda tidur mengiring ke kanan.
  • Bantal anda menghadap ke selatan semasa anda tidur.
  • Air kencing anda berwarna kuning samar.
  • Perkataan pertama anak anda yang sebelumnya ialah “mama”.
 Semakan terakhir: Julai 2012

Jom HAMIL dengan SET KESUBURAN SHAKLEE 

Wednesday 3 July 2013

11 TIPS HAMIL DENGAN CEPAT

Kehamilan dan zuriat adalah kurniaan yang paling berharga untuk setiap pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Ada yang dimurahkan rezeki, dengan mudah dapat mengandung. Namun ada juga yang diuji oleh Allah. Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga tapi belum berjaya untuk hamil. Dah bermacam usaha dilakukan baik secara moden atau tradisional, namun belum juga berjaya. Kepada pasangan tersebut, jangan putus asa untuk sentiasa berusaha dan berdoa kepada Allah.




Berikut merupakan beberapa tips yang saya petik dari AlamHamil.com, yang ingin saya kongsikan di sini. Mudah-mudahan tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda.

11 Tips untuk Hamil dengan Cepat

1. Fahami Bagaimana Kehamilan Terjadi

Jika haid anda teratur, setiap pertengahan bulan telur akan dikeluarkan oleh ovari dan sekiranya dalam masa yang sama anda berhubungan, sperma dari faraj akan berenang kedalam rahim dan akan berjumpa dengan telur yang menanti di salur peranakan (salur fallopian). Persenyawaan akan terjadi dan selepas itu, telur yang bersenyawa akan mengalami implantasi dan berlakulah kehamilan. Memahami bagaimana sistem reproduksi anda berfungsi menjadikan anda lebih peka kepada faktor faktor kesuburan dan juga memahami mengapa wanita gagal hamil.

2. Jumpa Doktor Anda

Pastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor. Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil. Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil. Sekiranya haid anda teratur dan sudah mencuba selama 1 tahun untuk hamil, anda mungkin boleh mengambil kira ujian analisa sperma dan HSG ( hysteros-salphingography) untuk memastikan salur fallopian anda tidak tersumbat.

3. Dapatkan Berat Badan yang Ideal

Sekiranya anda mempunyai berat badan yang terlalu besar atau terlalu kurus, ia mungkin boleh memberikan masalah kepada kesuburan anda. Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat optimal.

4. Ketahui Waktu Subur Anda

Hari subur anda cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil. Hari subur boleh dikiranya dengan tepat sekiranya haid anda teratur. Catatkan BBT ( Suhu badan asas) anda dan cuba perhatikan tanda tanda ovulasi seperti lendir serviks yang lebih licin dan senak perut ditengah bulan. Anda boleh membeli kit ovulasi di farmasi sekiranya mahu untuk meramal masa ovulasi dengan lebih tepat.

5. Hubungan Seks Yang Lebih Kerap

Melakukan seks dengan lebih kerap adalah penting untuk memastikan anda hamil dengan cepat. Seks 3-4 kali seminggu adalah disarankan dan pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari. Sesetengah posisi seks boleh membuatkan anda lebih senang hamil seperti suami berada diatas (missionary position). Posisi ini mungkin yang terbaik untuk mempastikan penetrasi optimal dimana sperma dilepaskan paling rapat dengan servik. Untuk memastikan tiada tumpahan sperma, letakan bantal dibawah punggung anda selama 30 minit atau membiarkan zakar suami berada dalam faraj selama 15 minit selepas ejakulasi.

6. Tingkatkan Kesuburan Suami

Pastikan kesihatan reproduksi suami pada takat optimal dengan mempraktis cara hidup sihat termasuk makanan seimbang dan berat badan optimal, bersenam, tidak merokok dan elak dari sebarang minuman keras. Sekiranya terdapat sebarang isu semasa seks seperti ejakulasi pra-matang, eloklah anda berbincang dengan doktor. Ia mungkin sebab anda lambat hamil.

7. Mengambil Multivitamin

Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat. Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma. ----------)) SET KESUBURAN SHAKLEE

8. Bersenam Secara Rutin

Bersenam adalah cara untuk anda sihat secara keseluruhan dan lebih bersedia untuk menghadapi tekanan semasa hamil dan semasa bersalin.

9. Mengambil Makanan yang Seimbang

Mengawal pengambilan makanan amat penting terutama apabila anda mengalami masalah ovulasi dan masalah ovulasi pula berkait rapat dengan PCOS, iaitu salah satu sebab mengapa wanita sukar hamil. PCOS pula dikaitkan dengan masalah kebal terhadap insulin dimana ia akan menambahkan lagi masalah ovulasi anda.Berita baiknya, dengan hanya mengawal diet, kebanyakan wanita PCOS dapat menteraturkan haid mereka kembali seterusnya berovulasi secara semulajadi.
  • Amalkan memakan lelemak monounsaturated dan kurangkan lemak transfat (yang terdapat pada makanan yang segera) 
  • Lebihkan protin dari sayuran seperti produk soya dan kurangkan makan daging. 
  • Makan makanan yang berfiber tinggi seperti seperti sayuran dan whole grains seperti oats. 
  • Kurangkan gula dan sebarang karbohidrat termasuk nasi, mee, bihun dan sebagainya. 
  • Kurangkan makanan berasaskan susu seperti ais krim, whole milk dan cheese
10. Kurangkan Tekanan

Life is stressful, memang tak logik kalau tiada tekanan dalam hidup ni. Walaubagaimanapun terlalu tertekan dikaitkan pula dengan masalah ketidaksuburan. Cuba buat aktiviti-aktivit ringan yang boleh mengurangkan tekanan anda seperti:
  • Memasak 
  • Bersenam 
  • Mendengar muzik 
  • Membaca dan mendengar audiobooks 
  • Manjakan diri anda dengan spa dan rawatan diri 
  • Habiskan masa dengan kawan dan keluarga 
  • Beromantik dengan suami 
11. Jahuhi dadah, merokok dan minuman keras

Merokok, mengunakan dadah dan meminum minuman keras bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan komplikasi kehamilan. Pastikan segala ubatan adalah selamat dimakan dan limitkan minuman kopi kepada 2 cawan sehari.

 I'm Murni, 
YOUR SHAKLEE INDEPENDET DISTRIBUTOR
ID 910014
SMS/Whatsapp : 019-3190733



Monday 1 July 2013

10 Tips Merangsang Kehamilan

Kehamilan dan melahirkan zuriat adalah saat-saat paling berharga buat seorang wanita.  Ia menandakan pusingan kehidupan sebagai seorang wanita telah pun lengkap.

Namun, bukan semua wanita mudah untuk mengandung dan melahirkan anak. Ada segelintir daripada kita yang memerlukan bantuan bagi merangsang kehamilan dan memerlukan makanan tambahan untuk mempercepat proses kehamilan.

Pokoknya, jangan pernah terfikir untuk berhenti berusaha!


 Bagi anda yang tergolong dalam kategori sukar untuk hamil ini. Jangan bersedih. Yakinlah bahawa ini semua adalah rezeki dari Allah Taala untuk bakal ibu dan ayah. Barangkali TIPS berikut boleh membantu anda. Tiada salahnya untuk anda mencuba tips berikut:
  1. Anda boleh mula mengambil Asid Folik. Pengambilan 0.4mg Asid Folik ini dapat mengurangkan 50 hingga 70 peratus risiko kemungkinan  melahirkan bayi yang mengalami kecacatan tiub neural. Pengambilan Asid Folik haruslah sekurang-kurangnya 2 atau 3 bulan sebelum mengandung.----> Suplimen Kesuburan
  2. Jadikanlah sesi melakukan hubungan intim sebagai saat yang paling ditunggu-tunggu dan menyeronokkan. Untuk menjadikannya lebih menarik, gunakanlah bilik lain selain dari bilik tidur untuk mengubah suasana sensual.
  3. Hindarkan dari terus bangun dan menuju ke bilik air selepas melakukan hubungan seks. Berbaringlah sekurang-kurangnya lima minit. Tujuannya ialah untuk meningkatkan jumlah sperma yang berjaya berenang ke ovum.
  4. Sematkan dalam ingatan! Menghasilkan zuriat adalah ibarat bermain dengan nombor. Walaupun semuanya kelihatan ‘sempurna’ di mata anda, hakikatnya hanya peluang adalah 25 ke 30 peratus untuk hamil bagi setiap kitaran kesuburan.
  5. Adakah anda peminat tegar minuman berkafein? Bolehlah hentikannnya sekarang. Bertukarlah kepada minuman tanpa kafein. Pengambilan lebih daripada 3 cawan minuman berkafein dalam sehari boleh menghalang perkembangan bayi dan menyumbang kepada masalah kesuburan.
  6. Sekiranya anda atau pasangan anda, bekerja di tempat yang mendedahkan anda atau pasangan kepada bahan-bahan yang berbahaya, anda perlu bertekad untuk mencari peluang kerja di tempat lain. Ada sesetengah bahan boleh memberi kesan negatif kepada kualiti sperma, ovum mahupun perkembangan embrio.
  7. Berjumpa doktor untuk mengetahui rekod perubatan anda dan berbincanglah dengan terbuka berkenaan perancangan untuk hamil.
  8. Pastikan kawasan di sekitar faraj adalah ‘mesra sperma’. Elakkan penggunaan penyembur faraj atau tuala wanita yang berbau wangi kerana ini menyebabkan ketidakseimbangan pH di sekitar vagina. Juga elakkan bahan pencuci buatan atau minyak sayuran kerana ianya boleh membunuh sperma anda!
  9. Pujuklah suami anda untuk mandi air sejuk lebih kurang 30 minit sebelum melakukan hubungan intim. Ini kerana mengikut kajian,  air sejuk akan melancarkan pengaliran darah dan meningkatkan kadar pergerakan sperma.
  10. Sebaik sahaja anda selesai mengadakan hubungan kelamin, letakkanlah bantal di bawah punggung dan tunggu selama 30 minit. Mengapa biarkan graviti menghalang? Berikan sedikit rangsangan kepada ‘mereka’ untuk berenang.
Setelah kita berusaha dengan segala petua dan tips yang disarankan, justeru mintalah pada Allah yang Maha Berkuasa. Antara himpunan doa yang boleh diamalkan oleh kita sebagai muslim adalah seperti berikut:

Doa Nabi Zakaria AS agar dikurniakan Zuriat yang Baik

"Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan". (Ali-'Imran 3: 38)

  Doa Nabi Ibrahim a.s (Surah Shaffat: Ayat 100)
 Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!

Nasihat saya buat para bakal ibu...teruskan usaha & berikhtiar, selebihnya tawakal kepada Allah. Allah akan beri kite zuriat tepat pada waktunya...In shaa Allah ;)


Konsutansi Percuma ?
Hubungi saya, Murni 019-3190733

TIPS MENINGKATKAN KESUBURAN DARI DR. HAMID ARSHAT:



1. Doa dengan bersungguh-sungguh
2. Berusaha untuk menurunkan berat badan
3. Bersenam selama 30 minit setiap hari
4. Ambil supplement multivitamin, Vitamin E, Vitamin C dan Asid Folik
5. Tenangkan jiwa dan emosi
6. Setiap rawatan memerlukan tempoh 3 hingga 6 bulan untuk keberkesanannya

Akhir sekali, harus disematkan dalam ingatan kita sebagai seorang muslim, zuriat ini adalah anugerah dan rezeki dari Allah SWT. Kita sebagai manusia yang lemah perlu TERUS BERUSAHA tanpa jemu. Kemudian, BERDOA & BERTAWAKAL kepadaNya agar penantian kita untuk memperolehi zuriat DIPERKENANKAN oleh Allah yang Maha Berkuasa..In shaa allah..amin ;)

BACA INFO LANJUT DI :