Layanzzz...')

Thursday 30 June 2016

Kisah Bajet Raya kami untuk 5 orang!

Assalamua'laikum..Harini masuk hari ke-25 Ramadhan untuk tahun 2016. Semua masih okey tak puasa...?
Hehe...aku kelihatan kurus sedikit, tapi ku gagahkan juga terus untuk berpuasa penuh walaupun gigih menyusukan Farhan.

Okeh...arini terpanggil nak citer pasal bajet raya tahun ni, tahun 2016 la. Tahun ni unik sket semenjak bertambahnya seorang lagi ahli keluarga kami, iaitu anak ketiga kami, Muhammad Farhan.


1 lagi yang rasa lagi unik dan berbeza apabila, tahun ni bajet raya disponsor sepenuhnya oleh asben aku sebab aku dah 'bersara' daripada "memandai beli baju raya anak secara berlebihan'...hahaha

U got what i mean...?

Dalam bahasa mudahnya, tahun ni aku ambik keputusan untuk berjimat cermat dengan menggunakan HANYA duit suami sahaja untuk bajet raya, dan duit aku jangan guna langsung walaupun aku ada bonus shaklee. KAH KAH!

Tapi...serius lain macam hasil die.

Okeh...jom check it out apa yang kami dapat.

Tahun ni secara jujurnya aku cakap kat asben, nak RM 500 jek untuk bajet raya tahun ni untuk 5 orang. Haaa....ada yang terkejut, cukup ke RM 500 untuk 5 orang punya bajet...?

Jawapan aku simple jek...cukup kalau kau tahu berjimat...hehe

Okeh...memandangkan MINDSET nih memang nak bagi cukup, so pandai-pandailah buat bajet yer.

Bajet Raya RM 500 nih dimulakan dengan membeli baju untuk anak dara 2 orang nih, sorang umur 6 tahun dan sorang lagi 3 tahun. Beli baju kaftan online jek...kan tengah popular sekarangkan baju kaftan nih.



Total 2 pasang baju ni RM 80 (termasuk kos pos). Dan inilah kaler tema kami tahun ni.Kaler beige.

Lepas dah dapat baju anak-anak dara, tinggal RM 420.

1 hari kami jalan-jalan di Mydin Gong Badak..tetibe nampak macam ada SALE murah gila untuk pakaian budak. So masa ni aku terus grab item-item yang sangat murah dan berbaloi. Aku dapat 2 baju lengan panjang nih yang masing-masing harga RM 10 sahaja dan dapat jugak kemeja farhan si comel nih RM 15 sahaja. Murah sangatkan....? haha..memang rezeki kami hagaknya... dan yang best tetap sedondon kali purple untuk 3 beradik ni.



Kat bahagian atas MYDIN pulak...jalan punya jalan nak cuci mata...tiba-tiba terserempak dengan baju melayu comel ni untuk baby farhan dan aku terus grab sebab under bajet, RM 29.90 sahaja. Okeh...muka puas ati je dapat baju anak teruna! Yeayyy..



Owh yer, sebelum tu ada beli sepasang jegging untuk anak-anak dara RM 18 je setiap helai. Jegging ni pun best, lembut jek. Kaler hitam...boleh la padankan dengan t-shirt panjang purple tukan. Beli kat kakak ipar aku. Memang puas ati.


So setakat ni bajet jadi cenggini;

Baju kaftan anak dara - RM 80
Baju t-shirt panjang anak dara - RM 20
Baju melayu anak teruna - RM 30
Baju kemeja anak teruna - RM 15
Jegging anak dara - RM 36

Jadi masih ada baki RM 319 jek lagi. Masih banyakkan...? (pandai aku manage duit...haha)

Opsss...ada lagi tak settle.

Kuih raya aku bajet dalam seratus lebih, semua order ngan kawan jek.

Kuih batang buruk 2 balang - RM 14 x 2 balang
Kuih semperit - RM 25
Kuih Bahulu - RM 18
Cookies - RM 25
Kuih Cornflakes - RM 20
Kerepek pelbagai - RM 20




Semua aku beli je..haha

Setakat ni belum berminat nak buat. Busy kononnnn...

So pas kuih semua dah settle, tinggal RM 181.

Apa lagi yang kami tertinggal....?

3 benda je yang aku rasa penting...

1. Baju aku
2. Baju asben
3. Kasut anak-anak dara

Kebetulan kami balik kampung dan singgah kat Pengkalan Kubur nak carik baju kami suami isteri dan kami peruntukkan hanya RM 150 untuk baju kami berdua. Shoping punya shoping punya carik kedai sana sini.

Kami jumpa kurta untuk asben aku, memang murahlah... RM 50 jek sehelai. Secara logiknya baki untuk bajet baju aku RM 100. HAHAHA yeayyy..



Ntah macam mana susah sangat nak carik kaler....terjumpa jubah ni dannnnn aku terpikat TAPI aku tak beli sebab over bajet. Harga jubah ni RM 139. Aku tak kisah tak dapat beli sebab aku memang tengah bajet. Last sekali suami cakap..."ayang amik jelah jubah tu dan tambahlah duit ayang sket"...

Makanya dengan senang hati aku ambik jubah tu dan dapat tawar harga ke RM 120. Selamat....! Dan...aku excited sikit sebab setelah 6 tahun aku 'puasa' dan tahan kan keinginan nak beli jubah "mahal'...akhirnya tahun ni rezeki dapat jugak yang friendly wudhu' dan sesuai untuk ibu menyusu.



Dan last sekali kasut raya anak, tahun ni tak nak fancy-fancy sebab pengalaman lepas, abis berlemuih je kasut raya kalau yang reben sana sini. So kami decide beli yang simple jek. Carik punye carik budak-budak ni nak kasut sandle ROBOCAR POLI...HAHAHA



Dapatlah sepasang RM 20 dan itulah dia ending bajet raya kami. Habisss sudah RM 500. Legakan....

Alhamdulillah. rasa seronok...rasa puas hati sebab dapat manfaatkan bajet RM 500 tu tanpa pembaziran. Biar cukup-cukup...jangan membazir. Yang lain boleh je topup pakai barang yang sedia ada. Syukur....

Rasa puas sangat tahun ni, tak macam tahun-tahun lepas...bila ada duit lebih sket...mula lah macam-macam nak belikan...

Okeh...sekian sahaja perkongsian aku. Moga dapat manfaat bersama yer :)

Raya-raya jugak, rancang perbelanjaan secara berhemah..makesure ada duit lebih lepas raya nanti tau..hehe

Selamat berpuasa semua ;)

Thursday 2 June 2016

Susulan suami suspect demam denggi ~ Jangan ambil mudah!

Salam semua. Syukur sangat berkesempatan petang nih nak berkongsi mengenai kisah suami yang suspect demam denggi.

Ceritanya bermula begini. Mula-mula anak sulung kami, syifa' demam. Suhu agak tinggi dan hanya berehat dirumah. Kemudian jangkit ke anak ketiga kami, baby farhan. Demam on off. Dan seterusnya merebak ke anak kedua kami, safiyyah juga suhu badan panas dan demam on off. Terus demam melarat ke suami dan last sekali mama pun kena!


Demam on off anak-anak dara nih
Cuma keadaan rasa makin tak best bila suami demam nampak agak teruk. Terlantar means boleh bangun untuk solat dan buat kerja cuma lebih banyak berehat sebab badan dah rasa seram sejuk dan bila mandi rasa sangat sejuk. Lepas tu kami risau sebab muncul bintik-bintik merah di bahagian badan, tangan dan kaki suami. Batuk dan sakit kepala jugak.

Lepas tu kami terus ikhtiar ke klinik berdekatan pada pukul 9.30 malam. Kami decide untuk buat pemeriksaan untuk 2 orang sahaja iaitu suami dan baby farhan (yang jugak ada bintik-bintik merah muncul).


Muka tahan sakit je suami kite. Baby farhan time ni demam dah kebah sikit.

Kami dikenakan bayaran bil klinik RM 154.00 untuk 2 orang. Doc ada cek pernafasan dan cek jantung sket...dan tanya serba sedikit dan terus suggest ubat-ubatan termasuk untuk makan dan lotion untuk disapu.

Esoknya, suami pergi kerja macam biasa dan dalam waktu kerja sakit makin kuat dan suami balik petang tu terus rehat sampai pagi esok. Betul-betul tak larat sampailah kurang selera makan.

Esoknya suami terus refer ke hospital kerajaan berdekatan dan sample darah dan air kencing diambil dan doktor sahkan mungkin suami ada demam denggi. Masa ni aku sebagai isteri sangatlah risau. Dah banyakkan kes demam denggi yang berakhir dengan tragis. Mampu tawakal je masa nih.

Terus dapatkan nasihat kawan yang berpengalaman. Antara ikhtiar kami adalah:

1. Asben makan ubat demam yang doktor klinik bagi
2. Asben minum air hundred plus TANPA GAS
3. Makan nutriferon shaklee
4. Minum 2 botol besar performance drink shaklee


(nasiblah memang ada ready stok kat rumah)

5. Minum air masak berterusan

Dan keesokan harinya. Masa pemeriksaan kedua. Doktor sahkan suami back to normal. Alhamdulillah. Tuhan je tau betapa lega dan tenangnya masa nih :(

Berkat ikhtiar dan tawakal kami. Demam denggi tu tak berterusan.

Pengajaran yang kami dapat. Bila demam. Cepat-cepat refer hospital terdekat. Klinik belum tentu dapat trace dengan cepat tanpa pemeriksaan yang lebih mendalam.

Wallahualam. Semoga menjadi iktibar kita semua.


Pst : PERFORMANCE DRINK sangat sesuai untuk 'kebahkan demam". Perisa oren yang mesra rasa. Sedap tanpa gula yang banyak serta berkhasiat.

Bulan puasa nih lagi cantik minum PD ni untuk cepat legakan kehausan dan hilangkan penat seharian berpuasa. Letak ais lagi segar rasanya.


Mesti cuba tau :)

Murni ~ Pengedar sah Shaklee Anda
019-3190733