Layanzzz...')

Friday 29 August 2014

Erti sebenar 'cantik'.

Assalamua'laikum...jumpa lagi kita pagi ni. Hajat dihati nak explore pasal 'period tak teratur' tapi aku teringat satu tajuk yang aku rasa pentinglah.. 'erti sebenar 'cantik'.

Orang perempuan (especially) selalu sangat cemburu dengan perempuan lain. Contoh macam akulah senang. Aku tengok orang pakai shawl rasa cantik sangat! Tapi bila aku pakai rasa pelik oke! haha Dan....bila tengok orang pakai baju stailo staili skett aku rasa alahai cantiknya! Rasa fashionable tapi masih menutup aurat. Tapi bila aku buang tebiat pergi beli baju fashion sket, sumpah aku tak pakai! (x caya cer tengok pic aku kat FB...tudung yg sama! Baju yang sama!...Bukan tak basuh...tapi suka pakai benda yang sama jek...ish2.

Sampailah 1 masa aku dapat jawapn dari teguran suami aku yang tidak disengajakan. Dia cakap ' orang kalau dah cantik..pakai apa pun cantik! Oke...sentap! haha. Bila difikirkan semula..betul jugakkan? Ko pakailah baju cantik macammana pun...warna warni aidilfitri macam mana pun. Kalau kulit berjerawat, berjeragat atau kulit kusam tak berjaga..memang baju cantik pun tenggelam. Perasan tak? Kalau x caya...cer tengok heliza. Dia pakailah baju atau tudung color apa pun. Color hitam..color coklat yang x menyerlah. Dia tetap cantik..sebab apa? sebab kulit dia cantik!


Sempat lagi aku google gambar dia..haha




Ni satu lagi. Pakai color hitam je pun kan. tetap cantik..sebaba apa? sebab kulit dia cantik dah. Pakai apa pun cantiklahh..

Jadi..bila aku sedar perkara ni.  Aku rasa sangat-sangatlah perlunya kita sebagai wanita menjaga kecantikan kulit. Especially kulit muka sebab orang bila bercakap dengan kita, diorang pandang muka. Tak pandang tangan pun..hehe

Ha..pic atas ni mana 1 cantik? Yang kanankan..kan kan..sebab kulit makin elokkan kan kan..hehe

Dari pengalaman aku dulu. Kulit aku pernah teruk. Baca kisah aku kat SINI. Jadi..aku sendiri ada pengalaman macam mana nak 'repair' kulit. Secara mudahnya, pengambilan makanan berkhasiat adalah sangat-sangat membantu untuk kita dapatkan kulit yang cantik. Kalau yang dah biasa makan sayur-sayuran dan buah-buahan tu baguslah. tapi yang jenis liat nak makan sayur..apa boleh buat? Ambillah suplimen shaklee sebab suplimen shaklee ni 100% natural. Tak perlulah takut kesan sampingankan. Antara suplimen shaklee yang bagus untuk kulit ;


4 suplimen ni suplimen yang aku sendiri dah makan. 
Jadi aku bercakap melalui PENGALAMAN LEPAS.

Makanya, nak kelihatan cantik. Bukannya dengan berpakaian cantik tetapi cukup kalau kulit kita cantik, body pun KURUS DAN TAK GEMUK. Penampilan kita akan menjadi lebih menarik. So..lepas ni kalau nak cantik, tak payah nak berbondong-bondong beli baju baru. Beli je suplimen-suplimen ni dan KONSISTEN makan dengan CARA MAKAN YANG BETUL. Barulah kesannya marvellous..

Nak tanya tentang SUPLIMEN UNTUK KULIT CANTIK boleh direct pm hakak ye. 

0193190733 (murni)

Monday 25 August 2014

Mati mengejut. Apakah puncanya?

Assalamua'laikum....sambil tidokan anak ni aku nak sharing cerita petang tadi. Aku dapat news dari rakan SID yang ada seorang uncle ni 'mati mengejut' ketika sedang beraya di rumah sedaranya. Innalillah....

Takut jugakkan bila jadi perkara-perkara macam ni. Ya...ajal maut tak pernah awal atau lewat walau sesaat pun. Mati itu punctual. Bersediakah kita? Mesti kita nak tau...apa sebabnya? Apa puncanya? Terjadi juga pada bayi dan juga orang dewasa 'mati mengejut' ni.

Jadi...berdasarkan research aku. Kesimpulan yang aku boleh buat ; mati mengejut ni kalau terjadi pada orang dewasa...boleh jadi ia berpunca daripada SAKIT JANTUNG. Simptom awal nak detect yang seseorang tu berkemungkinan ada sakit jantung adalah apabila mengalami sakit dada dalam tempoh yang berpanjangan iaitu melebihi 6 jam dalam satu masa.

Jangan ambil enteng ye perkara ini. Jika ianya berlaku...jangan ambil mudah dengan hanya berehat dirumah. Tetapi terus rujuk ke klinik atau hospital berdekatan untuk tindakan lanjut.
Selain sakit jantung...kejadian 'mati mengejut' ni banyak berlaku kepada pesakit diabetis, obesiti...iaitu mereka yang mempunyai berat badan yang berlebihan.

Jadi...bila dah tau pesakit obesiti mempunyai peluang besar untuk 'mati mengejut'. Pada pendapat aku, menurunkan berat badan bukanlah semata-mata untuk kelihatan cantik menawan tetapi ia lebih kepada menjaga kesihatan supaya tidak mudah dijangkiti penyakit-penyakit kronik yang lain yang mana sudah tentu membahayakan kesihatan kita. 

Jadi....apa nak buat jika berat anda berlebihan?

- jaga pemakanan (jangan makan sebab sedap...tapi sebab ianya berkhasiat)
- bersenam 3 kali seminggu
- minum air masak secukupnya (atleast 3 liter sehari)
- pengambilan SUPLIMEN sangat-sangat membantu. Contohnya dalam SET KURUS SHAKLEE ada herbalax, lecitin dan cinch. Fungsinya :

HERBALAX - detox segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus. Bila dah nyahtoksin. Senanglah nak buang air kecil dan air besar. Tiada lagi masalah sembelit.

LECITIN - bakar lemak yang terkumpul dalam badan kita especially dibahagian perut, pinggul dan peha. Nak lagi best ambil Omega. Kesannya lebih pantas berbanding lecitin.

* CINCH SHAKE MIX - untuk bina otot. Elak kulit menggelebar.

Jadi...barulah badan boleh slim melim kan. 

Tengok sini : TESTIMONI SET KURUS SHAKLEE.

So....jom usaha untuk elak 'mati mengejut' dengan mengamalkan gaya hidup sihat tanpa diabetes, angin ahmar, sakit jantung dan penyakit kronik yang lain.

* murni * 019319073*
* dapatkan nasihat kesihatan dari kami secara percuma *

Thursday 7 August 2014

Menu berpantang

Malam ni aku terpanggil nak sharing pasal MENU BERPANTANG especially yang berpantang secara pembedahan a.k.a OPERATE. Kebetulan adik aku baru lepas bersalin secara OPERATE. So, bolehlah aku sharing sambil2 cari menu berpantang yang sesuaikan.

Secara asasnya ibu berpantang perlu elak makanan laut macam sotong, udang dan ketam kerana ia dapat menyebabkan kegatalan pada luka dan telur dapat menyebabkan luka lambat sembuh dan mungkin bernanah. (ngerikan....ngeee)

Masa aku berpantang dulu ; makanan laut ni memang aku jaga sangat-sangat. Apa nak jadi kalau bahagian luka kita gatal. Derita tau! So, please...take note pasal ni. Serius kalau 'langgar pantang', namanya cari penyakit...haha

Untuk ikan pulak, kebiasaanya ikan yang boleh dimakan adalah ikan yang jenis bersisik atau ikan yang tidak menyebabkan kegatalan. Contohnya; ikan haruan (Cepat sembuhkan luka bersalin) walaupun ada yang tak suka baunya..heehe..

Then, selain tu ikan siakap, bawal hitam atau putih, tenggiri dan gelama. Dan antara sayur-sayuran dan buah-buahan yang tidak dibenarkan adalah kubis, air tebu, air kelapa dan air anggur. Takut sejuk dan berangin.

Sepanjang aku berpantang; ada jugak aku curi-curi makan 'benda pantang'. Contohnya; aku pernah makan kuah bersantan, dan sambal (sikit jek) dan ada impaknya tau pada baby. Baby cirit. Tapi sekali tu je aku buat then tobat. Kan dah kena, degil!

Tapi aku kategori kuat jugak jaga pantang especially benda-benda berais. Memang carik nahas minum ais time pantang...tak sayang badan ke? kan kan...Macam tu jugak masa berpantang anak kedua, memang aku KONSISTEN makan suplimen a.k.a SET BERPANTANG SHAKLEE. Jom kita imbas beberapa resepi ibu berpantang >


* AYAM MASAK KERING 

Bahan-bahan:

200 ml air
3 – 5 helai daun pegaga – dihiris
3 ulas bawang kecil – dihiris
2 ketul ayam (sederhana besar)
Seketul halia – dimayang halus
½ sudu teh serbuk lada hitam
½ sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Masak kesemua bahan dan kacau rata sehingga mendidih.
b) Perlahankan api dan tunggu sehingga kuah pekat atau kering (mengikut suka). Hidangkan ketika masih panas.

Info: Bagi masyarakat Melayu, kunyit juga diminum sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.

Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah. Dimakan bersama nasi sebagai ulam selama 40 hari pantang. Mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.

Oh ye, suplimen shaklee untuk kecutkan rahim adalah ALFAFA COMPLEX. Bukan itu sahaja, sebagai MILK BOOSTER juga tau.

* SUP AYAM

Bahan-bahan:

250 ml air
2 ketul ayam
½ sudu teh serbuk lada hitam
Halia sebesar ibu jari – dimayang
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:

a) Rebus kesemua bahan. Tambah air jika tidak mencukupi.
b) Biarkan ia mendidih hingga tinggal sedikit kuahnya. Angkat dan hidangkan.
Info: Penggunaan lada hitam bertujuan untuk memanaskan badan Boleh diambil oleh ibu yang bersalin secara pembedahan tetapi seeloknya dalam kuantiti yang sedikit.

* SUP IKAN HARUAN

Bahan-bahan:

air asam jawa
lada hitam
halia

Cara menyediakan:

Rebus dengan sedikit air sehingga ikan haruan masak.

* IKAN HARUAN LADA HITAM

Bahan-bahan:

1 ekor ikan haruan
1 cawan santan
1 biji bawang besar – dihiris
1 sudu makan lada hitam – ditumbuk
1 ½ sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa

Bahan hiris halus:

4 ulas bawang putih
1 ½ cm kunyit hidup
1 ½ cm halia

Cara menyediakan:

a)Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. Masukkan santan dan lada hitam.
b)Setelah mengelegak, masukkan ikan haruan, lada hitam, hirisan bawang besar dan garam secukup rasa.
c)Masak sehingga pekat. Hidangkan.

SELAMAT MENCUBA!