Layanzzz...')

Wednesday 23 July 2014

Cara bahagi masa antara bisnes dan tanggungjawab sebagai suri rumah sepenuh masa.

Hai semua...

Saya ingin kongsikan soalan yang saya terima dari inbox whatsapp saya dari seseorang.

" Salam murni, ni mimi (bukan nama sebenar), just nak bgtau yg murni mmg bagi mimi inspired betul sbb baca cerita murni pasal housewife lagi dan ada baby lagi... Kalau boleh la, leh kongsi tak camne murni uruskan rumah - mcm kemas rumah, masak, jaga baby, online time bila, tu semua? "

Sbb mimi mmg fully housewife, ada baby, (baby lak byk songeh kot) masak, mengemas semua jadi masa mcm limited sgt, pagi2 2-3am mcm tu baru ok nak online... Kadang rasa down sgt sbb nak kejar shaklee tak terkejar..Jadi kalaulah murni leh kongsi, nak follow apa murni buat...leh ke...?

(Hehe...begitulah soalan yg saya dapat...(x sangka ada org inspired kat saya. Haha)...* saya juga insan biasa *

Apa yang saya boleh katakan. Banyak perkara penting kita kena KORBANKAN apabila kita mengambil keputusan untuk berbisnes dari rumah kerana masa kita sangat LIMITED. Tidak seperti bekerja di office yang mempunyai masa spesifik 8 jam untuk bekerja TANPA 'GANGGUAN' dari si kecil. Bekerja dari rumah perlu mengikut 'MASA ANAK-ANAK KITA' dan tiada istilah ' anak menganggu' di rumah.

Kenapa saya kata begitu? Back to niat asal kita duduk dan bekerja dari rumah. Yang UTAMA sekarang bukanlah bisnes kita, tetapi TANGGUNGJAWAB kita sebagai ibu dan isteri. Kemudian baru bisnes. Itu syarat UTAMA bekerja dari rumah.

If u decide to take care of your baby on ur own....tak mahu harapkan baby sitter. So, anak adalah no 1. Tiada istilah anak menganggu. Settelkan perihal anak dan suami dahulu. Kemudian barulah hal bisnes. This is about 'how u manage your time'.

Hampir 5 tahun berpengalaman menjadi suri rumah sepenuh masa dan hampir 3 tahun setengah menjadi work at home mommy (berbisnes dari rumah)...mengajar saya betapa penting dan berharganya masa.

Pengalaman saya. Ibu yang tidak bekerja luar boleh jadi banyak masa dan boleh jadi tidak cukup masa. Depends pada apa pengisian kita sebagai rutin harian. Anda akan cukup masa jika anda kurangkan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Antaranya ialah :

1. TV

-》Melayan TV especially cerita yang beratus berepisod. Kalau sehari 1 jam. Sebulan dah 30 jam masa kita dibazirkan. Itu kalau 1 drama. Kalau 2 atau 3 drama sehari? Sangatlah membazir masa.

2. Facebook
-》Jangan buang masa baca newsfeed tak habis-habis, invite main game, komen dan like page artis, upload pic tak sudah-sudah tanpa arah tuju, chatting dan sebagainya. Gunakan FB untuk perkara bermanfaat seperti berbisnes dan sebagai medium networking dengan kawan-kawan lama a.k.a bakal customer

3. Tidur
-》Elakkan tidur yang keterlaluan. Elak tidur lepas subuh (practise make perfect). Mulakan kerja diawal pagi supaya banyak masa kita disiang hari. Dan malam jangan tidur terlalu awal. Masa anak tidur adalah masa terbaik untuk kita berbisnes. Konsentrasi lebih pada ketika itu.

4. Bantuan suami
-》Minta izin dan redha suami untuk berbisnes dari rumah dan berbincang utk pembahagian tugasan kerja rumah supaya kita tidak terlalu terbeban dan seterusnya merasa sangat penat dgn kerja seharian.

5. Ajar anak
-》Dari bayi...saya cuba latih anak untuk tidur awal pada malam hari dan tidur disiang hari supaya mereka mempunyai banyak masa berehat dan jarang 'membuat perangai' akibat tidak cukup tidur. Dengan latihan ini..seawal 9.30 malam saya dah boleh 'masuk ofis' dan esoknya waktu anak tidur siang hari juga masa untuk saya 'masuk ofis'.Jangan kita tidur sekali dengan anak. Jawabnya mmg tiada masa untuk kita berbisnes.

6. Bab masak
-》Minimumkan waktu masak dengan membuat persiapan awal untuk menyediakan bahan-bahan. Cthnya : kisar sekali banyak bawang dan simpan dalam peti ais. Jadi, bila nak masak. Tak perlu lagi nak potong bawang. Ianya telah tersedia. Menu ringkas tapi sedap. Cthnya : Macam suami saya mudah. Makanan favourite telur dan kuah sardin. Tapi itu hanya sesekali. Belajar menu baru yang ringkas dan sedap. Dan maybe hujung minggu boleh buat resepi yang lebih berat.

7. Disiplin dalam bisnes
-》Pastikan anda jujur dengan diri sendiri. 'Paksa diri' anda untuk membuat bisnes dengan bersungguh2. Tanpa 'push factor' yang KUAT dan JELAS. Tindakan anda tidak begitu nampak bersungguh2.

8. Tunaikan yang wajib dahulu
-》Solat awal waktu. Jangan tangguh-tangguh. Masa kita jadi lebih banyak apabila utamakan KEWAJIPAN kita pada Allah. Solat dhuha punca rezeki. Perbanyakkan amalam sunat seperti zikir, solat taubat dan baca-al-Quran.

9. Group support.
-》Berkawan dengan orang POSITIF dan berjaya. Kita akan 'mengikut' cara mereka.

10. Banyak lagi sebenarnya...saya ringkaskan ya. Akhir sekali, tiada jalan mudah dan singkat. Sentiasa bersyukur dengan apa yg kita miliki dan gunakan ia sebaik mungkin. Cthnya : bersyukur kita BERPELUANG menjaga anak sendiri dirumah. Jadi gunakan PELUANG itu sebaik mungkin. Jangan hanya memikirkan masalah..sebaliknya cari PENYELESAIAN supaya kita jumpa kejayaan.

Sekian. Itu sahaja tipsnya :)

Saya belum berjaya menjadi 'work at home mommy' yang baik. But every day.. i try to improve my self to be a very good work at home mommy.

Thanks Allah untuk kurniaan  ini♥

With love,

Mama murni
Pengedar sah shaklee anda

019-3190733

Seronok jana income dengan shaklee. Anda juga boleh ♥

Jom bisik-bisik jika nak jadi seperti saya :)

Monday 21 July 2014

VITAMIN CADANGAN UNTUK MASALAH BAU BADAN

Masalah bau badan sangatlah menganggu kita dan membuat kita tidak selesa. Bukan sahaja kita..tetapi juga orang sekeliling juga rasa terganggu. Jom atasinya :)

-》3 jenis vitamin yang dicadangkan untuk mengawal bau badan adalah...

1.  Alfalfa Complex shaklee  

Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.

2. Garlic Shaklee 

Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.

3.  Herba-Lax Shaklee 

Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus. 

[BEBASKAN DIRI KITA DARI SI LIDAH BIAWAK]

Normalkan bila kita nak mula berniaga...bila kita nak mula buat blog...bila kita nak mula pergi class....mesti ada 'si lidah biawak' yang tidak senang dengan kita. Kondem kita..perli kita...gelakkan kita. 

Usah risau....anda boleh PILIH untuk gagal jika terus 'bersama si lidah biawak'...dan juga boleh terus memburu kejayaan dengan meninggalkan 'si lidah biawak' dan seterusnya bersama-sama dgn orang2 yang ingin berjaya.

Jika anda benar-benar menidakkan apa yang dikatakan oleh 'si lidah biawak'. Bertindaklah sesungguh mungkin untuk memburu kejayaan....tetapi boleh jadi, betul apa yang dikatakan oleh 'si lidah biawak' itu apabila anda tidak menunjukkan kesungguhan dan seterusnya jatuh terjunam dalam bisnes anda.

9/10 rezeki adalah dalam bidang perniagaan. Dan 9/10 perniagaan yang dibuat dalam 3 tahun menemui KEGAGALAN hanya kerana kurangnya ILMU PEMASARAN.

Senang cerita...nak bisnes maju...belajar cara pemasaran. Simple!

PILIH...nak gagal atau berjaya?
Anda yang tentukan.

With love,
Mama murni ♥

#sayajualshaklee
#0193190733

Sunday 20 July 2014

KEJAYAAN lebih mudah dicapai apabila kita ISTIQAMAH (KONSISTEN)

Assalamualaikum...Mood update blog sudah datang :) Beberapa hari aku tak update blog. Laptop problem. Tapi disebabkan aku tak suka beralasan. Aku cari juga PENYELESAIAN. Walaupun not 100% settle, atleast aku dapat manfaatkan laptop ini sebaik mungkin. 'Bau laptop' baru dah terasa..haha...ameen.

Subuh hari yang hening lagi sunyi ni, aku memikirkan sesuatu perkara iaitu ISTIQAMAH a.k.a konsisten. Perasan atau tidak...untuk mencapai sesuatu kejayaan itu, kita perlukan usaha yang BERTERUSAN. Dalam bahasa mudahnya 'tidak hangat-hangat tahi ayam'.

Aku beri beberapa contoh ya...

Contoh 1 :

Katakan kita nak KURUS a.k.a SLIM. Apa kita perlu buat?

--> Control pemakanan, makesure kita makan makanan yang rendah lemak, rendah kolesterol, kurang berminyak, makanan berkhasiat seperti ; sayuran-sayuran dan buah-buahan diutamakan. 

Tapi...sejauh mana kita KONSISTEN untuk betul-betul amalkan pemakanan sihat? Adakah dengan mengamalkan pemakanan sihat ini selama 2,3 hari atau seminggu sahaja, misi KURUS kita tercapai? Dah tentu tidakkan.

Contoh 2 : 

Katakan kita nak kulit CANTIK. Apa perlu kita buat?

--> Ofkoslah rajin jaga kulit dengan pemakaian 'skincare' yang betul dan konsisten. Lepas tu buat masker seminggu atleast 3 hingga 4 kali. Elakkan juga makanan berminyak. Ini tidak...harini semangat beli SKINCARE. Hari pertama pakai semua sekali; cleanser, toner, cream siang dan cream malam. Esok pun konsisten...lepas seminggu tengok takde perubahan, terus kita stop. Down dan cari SKINCARE baru. Nampak tak tiada konsistensi kat situ? Dari pengalaman aku, 'skincare' semulajadi (means tanpa bahan kimia) bertindak balas atau serasi dengan kulit dalam 3 bulan sekurang-kurangnya. Jadi...nak kulit cantik. Kena sabar! Teruskan KONSISTEN jaga muka.

--> Sama jugak dengan pemakanan suplimen untuk kulit cantik. Baru beli sebotol ESP SHAKLEE. Minum 2,3 hari...xde kesan. Terus kita stop. Padahal suplimen juga mengambil masa untuk bertindak balas dan memberikan keserasian pada kulit dan badan kita.

Contoh 3 : 

Katakan kita nak berjaya dalam bisnes kita. Aku ambil contoh BISNES SHAKLEE lah sebab itu memang bidang aku. Hehe

--> Kita nak BERJAYA. Berjaya dalam bisnes shaklee bermaksud dapat jana income lumayan dengan Shaklee. Dapat bebas hutang, bebas masa. Dapat bantu lebih ramai orang. Jadi, apa perlu kita buat? Dalam bisnes, dah tentulah ILMU & TINDAKAN akan memandu kita kearah kejayaan. 

--> ILMU : Jika kita tidak berterusan dalam menuntut ilmu, masakan kita dapat input dan bagaimana kita ingin bertindak? Contohnya : Ilmu produk, ilmu Marketing Plan, Ilmu pemasaran, Ilmu motivasi dan sebagainya.

--> BERTINDAK : Dan apabila kita sudah ada ilmu, penting sekali untuk kita bertindak. Sia-sia ilmu tanpa amalan yang BERTERUSAN. Ibarat kita impikan memakan durian. Hari ini kita semai benih durian..dan esok kita nak pokok durian terus berbuah. Sudah tentu mustahil! Jadi, konsisten dan istiqamahlah dalam melakukan kerja-kerja kearah memastikan bisnes kita akan terus maju. Apa nak buat? Sharing di FB. Blog, Flyers, mouth to mouth. Konsisten sehingga anda dapat hasilnya.!

Oke..itu ajer untuk topik kali ni. Nampak kan pentingnya ISTIQAMAH & KONSISTEN. Tanpa amalan yang berterusan. Kejayaan sukar untuk menjadi milik kita.

Yang benar,

Mama murni

#sayajualshaklee
#ibuberanakdua
#isteriyangcomel
#penggunategarshaklee

019-3190733


Wednesday 16 July 2014

JOM BERSEDEKAH

Sedekah merupakan satu amalan kerohanian yang dapat meningkatkan amalan ketakwaan disamping menyemai benih pokok-pokok di syurga nan kelak.

Pengertian sedekah.

Sedekah bermaksud memberi barang kepada orang yang memerlukan dengan tidak ada tujuan yang khas, semuanya  dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T.
Amalan sedekah adalah amalan yang mulia dan sangat digalakkan dalam ajaran Islam dan diberi ganjaran pahala oleh Allah S.W.T.

Elemen penting dalam Sedekah.

Setiap orang Islam sama ada kaya atau miskin boleh melakukan amalan sedekah dalam kehidupan sehariannya bagi mencari keredhaan Allah. Sesuatu amalan itu dikira sedekah jikalau dilakukan mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Bersedekah dengan niat yang ikhlas kerana Allah S.W.T
boleh memberi manfaat kepada seseorang

Terdapat beberapa amalan sedekah yang dinyatakan di dalam hadis Rasulullah S.A.W:

★ memberi keadilan antara dua orang yang berselisih faham
★ membantu mengangkat barang-barang ke dalam kenderaan seseorang
mengucapkan perkataan yang baik seperti memberi salam, memberi nasihat dan sebagainya
★ berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat juga dikira sebagai sedekah

Adab-Adab Bersedekah
★Hendaklah dilakukan dengan ikhlas kerana Allah S.W.T tanpa mengharapkan balasan daripada makhluk.
★Tidak menghebohkan pemberian tersebut kecuali untuk menggalakkan orang lain bersedekah
★Barang sedekah seperti wang hendaklah daripada sumber yang halal di sisi Allah S.W.T
★Memberikan barang yang disayangi, untuk mendapatkan ganjaran yang lebih besar.
★Tidak mengungkit barang yang telah diberi.
★Tidak menunjuk-nunjuk.

Hikmat Bersedekah
★Sebagai tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah S.W.T
★Dapat melatih diri seseorang menjadi seorang yang dermawan
★Memperoleh ganjaran daripada Allah S.W.T
★Dapat menghindarkan diri daripada sifat kedekut dan bakhil

Sudahkah anda bersedekah hari ini???

“Biarlah ia sedikit, janji ikhlas kerana Allah, berbanding sedekah banyak, tetapi di dalam hati ada unsur riak. “
Sumber pendidikan agama blog

Monday 14 July 2014

Ibubapa Bekerja ... Bukan Alasan Gagal Bimbing Anak : BUKAN !

Dari PAGE : IBUBAPA CEMERLANG

Berikut komen seorang rakan FB mengenai perkara berkenaan:

" ada anak murid saya yg sangat saya kagumi ibubapanya, wp kedua ibu bapa bekerja sampai malam pukul 9 baru malam baru berada di rumah tp Masyaallah sangat sopan orangnya, mendengar kata dan sangat rajin buat ibadat sunat seperti baca Quran, solat sunat Dhuha dll.....betapa mak ayahnya telah pasak asuhan agama yg kukuh dlm jiwanya....tapi ada juga mak yg x bekerja anak2 lewat ke sekolah sbb mak masih lagi tidor dan selalu ponteng dan mak xkesah....."

(NorHayati Mohammad)

Nilailah sendiri wahai ibubapa yang sibuk, sibuk, sibuk.
Sibuk tidak akan habis.
Kedua-dua ibubapa - fikir, renung dan rancang masa.
Utamakan yang utama. Perkecilkan yang kecil.
Kalau kita dapat kurang 50% perkara remeh yang tidak penting, nescaya banyak masa yang akan terluang untuk kita dengan anak.

Contoh perkara remeh / tidak penting:

1. TV, TV, TV ... bijak pilih program / masa tertentu saja - program yg langsung tak bina minda (penyet minda) pun tonton juga !!. Kekadang pengacaranya saja pun kita tahu orang yang langsung tidak boleh bina minda kita / minda anak kita !
2. Baca surat khabar (sudah 10 tahun saya henti amalan buang masa tu)
3. Bual kosong dengan jiran, kawan2 ....
4. Kini memanjang dengan internet ... ya termasuk di sini ... Facebook.
5. Window shopping.
6. Hadiri majlis/upacara tertentu yg kita tak hadirpun dunia tak kiamat
7. Beli 2-3 benda, buang masa 2-3 jam di shopping mall
8. Tidur siang dan lepak2 di rumah
9. ...... pasti ada lagi ikut situasi masing2.

Apa pula perkara utama yang perlu diutamakan:

1. Bimbing anak solat, lancar baca Qur'an dan lain-lain ibadah
2. Nasihat adab dan akhlak
3. Bicara mengenai pelajaran
4. Berbicara dengan anak tentang halatuju mereka
5. Nasehat kebijaksanaan memilih kawan
6. Nasehat belajar jimat wang ...
7. Malah banyak lagi ikut nilai / prinsip masing2.

Semua ini mesti dimulakan dari kecil.
Sebab diasuh dari awallah, maka catatan petikan di atas menjadi kenyataan.

Fikirlah sendiri wahai ibubapa
Ini anak kita
Ini masa depan anak kita
Ini zuriat keturunan kita

Kids need smart parents, not smartphone !
Your child needs your presence more than your presents !
Peluang mendidik anak sekali saja. Gunakan kesempatan itu !00% !

Hendak 1,000 daya, Mahu 1,000 cara.

Ulasan aku :

Sangat bersetuju dengan artikel ini. Sebagai  FULL TIME HOUSE WIFE DEGREE HOLDERS dan menjalankan BISNES SHAKLEE di rumah. Memang sangat pack jadual aku. Dan, apa yang artikel ini sarankan...aku buat sikit demi sikit. Kalau dulu kaki TV. 90% dah aku kurangkan. Main intai-intai deko je TV. hehe

Bab anak , kalau dulu suka bagi phone kat anak..so that aku boleh buat kerja dengan aman. But now..no no no. Bagi phone kat anak ni sebenarnya membuatkan kita sengaja menjauhkan diri dengan anak dan kemungkinan one day anak tak mau dengar cakap kita sebab terlalu asyik dengan phone! Aku lebih suka layan anak even rasa cam kelakar. Main nyorok-nyorok, main kejar-kejar, ajak main beskal dan kereta dalam rumah (aku tukang tolak...haha), ajak main sep-sep, ajak main eja-eja, ajak bersembang, Dia nak menari, ajak main tulis-tulis, ajar baca Iqra', kalau shoping..aku lagi suka ajak pergi kedai buku dan bagi dia pilih nak buku apa.

Bab tido, kalau dulu aku rasa..akulah ibu dan isteri yang terpenat sekali didunia, tapi tidak sekarang. Masa anak tidur adalah the best time untuk aku bekerja (bisnes online ajer..hehe). Time nilah nak update blog..nak tambah ilmu. So, kite boleh concentrate. Jangan anak tido, kita pun hanyut tido sekali. Bila anak bangun baru terhegeh-hegeh nak buat kerja. Tak boleh tau!

Bab masak, kalau dulu aku rasa makan bungkus tu choice yang baik..Tapi bila sedar suami akan jatuh cinta dengan bini dia bila nampak kesungguhan kita nak memasak untuk dia walaupun masak telur mata dan sardin oke..hehe. So, sebolehnya..masak! Buruk tau orang pompuan x reti masak..haha.

Oke itu ajer ulasan terpanjang plak..selamat praktik!

Jom lahirkan anak yang soleh-solehah. Jangan sibuk dengan perkara yang tak penting. Tapi sibukkan diri kita dengan tanggungjawab sebagai ibu, isteri, bapa dan suami yang mithali.  ;)

With love,
Murni Cute


kakak L.O.V.E adik


mama L.O.V.E kakak & adik

Sunday 13 July 2014

SHAKLEE , ISRAEL & ISLAM

Salam semua :)

Terpanggil untuk menjernihkan keadaan. Ada pihak yang inginkan PENJELASAN mengenai isu shaklee menyumbang dana pada israel. Benarkah? Dan jika benar, kami para pengedar sah shaklee Malaysia...buta hatikah untuk terus menjual produk shaklee tanpa memikirkan keganasan yang berlaku terhadap rakyat Palestin?

Baik...saya akan kupas isu ini sebaiknya.

Sebenarnya..bila saya dapati isu in di'up' dalam facebook. Saya tidak rasa gentar kerana saya tau apa sebenanrnya yang berlaku. Mari kita sama-sama ambil tahu KEBENARANnya. 

Pertama, sebagai umat Islam. Tidaklah saya tergamak untuk menganiaya saudara Islam kita sendiri. Itu asas yang perlu kita faham. 

Isu ini timbul apabila blog kenesethisrael.com ada logo shaklee disitu dan menyatakan beliau ada menyumbang dana terhadap Israel. Ya...mungkin benar tetapi yang menyumbang itu bukan pihak Shaklee Corporation (syarikat besar) tetapi ianya adalah orang perseorangan yang dia juga adalah pengedar sah shaklee.

Perkara ini sudah pun disahkan oleh Presidential Master Sharieza yang berkomunikasi sendiri dengan pihak management shaklee. 

Oke..secara mudahnya begini. Semua pengedar sah shaklee (SID) akan dapat bonus hasil dari usaha mereka. Jadi, bonus itu TERPULANG KEPADA SID untuk buat apa sahaja. Nak beli kereta ke, nak beli rumah ke..dan dalam kes ini, Shaklee tiada hak nak tentukan dimana SID nak belanjakan duit bonus mereka tu. Sebab tulah si mamat sorang ni pergi sumbang kat ISRAEL. Sumbangan PERSENDIRIAN tau. Bukannya Shaklee Coporation yang sumbang..nampak x beza tu?

Macam kita jugaklah. Bonus kita tu kita sumbangkan dekat Tabung Aman Palestin. Tapi Bukan Shaklee Corporation yang sumbang. Sumbangan KITA SENDIRI. Ok..clearkan? Jadi disini isu ini sudah dikelirukan. Shaklee tidak ada kena mengena dalam sumbangan kepada Israel . Yang sumbang tu orang persendirian. FULL STOP.

Macam MCDonalds tu. Dah terang-terang menyumbang kepada Israel. Ini Fakta yang sudah banyak dikongsikan.

Jadi...isu ini memang saya tak melatah. Tapi jawab dengan baik untuk penjelasan sejelasnya. Senyum :)

Owh ye..sebelum itu. Mari kita muhasabah diri semula. Apa yang telah kita buat untuk bantu ekonomi Islam makin berkembang? Dengan berniaga adalah salah 1 caranya... Alhamdulillah dalam dunia shaklee Malaysia sudah banyak lahirnya SID berbonus 5,6 angka sebulan. Disini lahirnya sang dermawan. Alhamdulillah. Tanya diri kita..bila lagi kita mahu jadi seperti mereka? Jangan hanya menuding jari tanpa usul periksa sedangkan diri kita belum menyumbang apa-apa kepada yang memerlukan.

Kisah Saidina Uthman :

Kisah Saidina Uthman membeli perigi dari yahudi. Kerana apa? Untuk kegunaan umat Islam. Kerana itu sahaja satu-satunya sumber air yang ada dan perigi itu dijual dengan harga yang tinggi. Jadi, umat Islam tak mampu nak beli..Saidina Uthman belikan dan derma pada Umat Islam. Jadi...tidaklah sampai haram urusan jual beli dengan Yahudi. Asalkan tau mana tempatnya dan tujuannya. Nampak tak apa kesannya bila ada seorang Umat Islam yang kaya? Boleh bantu insan lain juga...

Jadi...saya selaku SID ingin meneruskan perjuangan mengukuhkan ekonomi umat Islam. In shaa allah. Tik tok tik tok next week nak balik kampung dah. X payah nak apply cuti bagai sebab saya bekerja dari rumah dengan bisnes shaklee ajer. Alhamdulillah. Selesai masalah. Oke jumpe lagi next entry.

Salam sayang,
Master to be,
Murni
019-3190733

Rujukaan lain :



Sambungan....update :)


Alhamdulillah...Shaklee telah pun mengeluarkan KENYATAAN RASMI berhubung isu 'Shaklee menyokong Israel'. Sila baca yer semua ;)

Jadi...BERSIHKAN HATI kita semua. Kalau ya pun nak boikot...boikot barang yang sepatutnya. Bukan main boikot ajer tanpa ilmu yang betul.

Saya sayangkan Shaklee....dan akan tetap bersama Shaklee kerana Shaklee ada vitamin tertua. Always safe, Always work, Always Green. 100% Natural. Vitamin terbaik didunia.

Shaklee produk natural yang menentang segala bentuk keganasan kat dunia .. Ini petikan email baru2 ini dari Shakee Corporation"...WE WANTED TO MAKE IT VERY CLEAR THAT SHAKLEE IS AGAINST VIOLENCE OF ANY KIND ANYWHERE IN THE WORLD...."..

Sekian :)





Tips menghilangkan perut menggeleber:

1. Lakukan Kardio seperti jogging, swimming - kesan akan dapat dilihat dalam tempoh 20 hari

2. Lakukan Push up (4 set) dan planking (40 saat) berselang seli setiap hari.

3. Jangan stress-stress, jangan marah-marah sebab kalau stress anda akan makan lebih banyak

4. Berdiri depan cermin dan lihat perubahan perut anda setiap hari dengan syarat anda bersenam

5. Banyakkan memakan makanan berprotein tinggi seperti ikan, daging merah

Fakta : 90% mereka yang membaca post ini hanya mambaca sahaja tanpa berkomitmen dengannnya.. ehem-ehem


Nak tau CARA MUDAH & SENANG untuk HILANGKAN PERUT MENGGELEBAR?


#sayajualshaklee
#murni
#019-3190733

7 Ciri Orang (pemimpin/usahawan) yang positif (berjaya).

Tahu tak? Sebenarnya banyak beza cara dan sikap orang yang berjaya dan orang yang gagal atau orang yang positif dan orang yang negatif. Kita patut SELONGKAR RAHSIA ini supaya kita pun dapat jadi orang yang berjaya.

Oleh Taidin Suhaimin

Artikel motivasi ini memaparkan ciri-ciri, sikap-sikap dan sifat-sifat atau jati diri cemerlang orang-orang (pemimpin / usahawan) yang positif / berjaya.

1. Semakin Tercabar, Semakin Kuat
Seseorang yang positif berperibadi kuat seumpama besi waja; semakin dibakar oleh keadaan, semakin menghadapi cabaran hidup, semakin teguh melayari kehidupan. Seseorang yang berperibadi lemah, laksana timah atau lilin; apabila terkena api, hancur lebur. Apabila terketuk oleh cabaran, berkecai!

Dr. Mahathir Mohamad banyak memberi contoh yang cemerlang kepada kita semua. Lagi banyak masalah yang dihadapi, lagi bertambah kuat beliau. Seperti gam "exhaust pipe", semakin kepanasan, semakin keras mencengkam! Orang lain sudah habis dan gawat idea, beliau keluar pula dengan idea yang mengejutkan!

2. Melihat Peluang Dalam Kegawatan
Orang yang negatif melihat kegawatan sebagai penghalang kemajuan. Tetapi, orang yang positif dapat melihat peluang keemasan dalam kegawatan!
Kisah hidup Onassis amat menarik perhatian saya. Aristotle Onassis, seorang jutawan Greek di Argentina, asalnya adalah seorang budak miskin. Ia pindah ke Argentina dari Greek untuk membina satu penghidupan baru di sana. Umurnya waktu itu hanya 17 tahun.

Lepas Perang Dunia Kedua, dunia menghadapi kemelesetan ekonomi yang sangat teruk; banyak syarikat muflis; ramai orang yang jadi miskin dan papa, malah, ramai juga orang yang hilang harapan. Tetapi, Onassis tidak membiarkan dirinya menjadi gagal. Ia tekad mencari peluang dalam kekemelutan itu. Beliau telah nampak suatu peluang. Onassis sedar yang tentera-tentera Amerika Syarikat sedang menghadapi masalah kelebihan kapal perang; kapal-kapal tidak lagi digunakan untuk berperang. Dia telah membeli kapal-kapal kecil tentera Amerika Syarikat itu dengan harga yang murah. Setelah membuat sedikit-sedikit pindaan, kapal-kapal tersebut sudah boleh digunakan bagi mengangkut barang-barang dagangan.

Onassis yang positif telah dapat melihat peluang dalam kegawatan, manakala, orang lain yang negatif lebih melihat halangan-halangan dalam kegawatan.

3. Sentiasa Berusaha Bersungguh-sungguh
Seseorang yang positif berpegang kepada falsafah: kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Fokusnya ialah untuk mencapai kejayaan; mencapai matlamat yang telah ditetapkannya dengan penuh kesungguhan dan keberanian.
Sesuai dengan kata-kata nasihat Paul Getty, seorang bilionaire Amerika bahawa untuk mencapai kejayaan dalam perniagaan, seseorang itu hendaklah membuat dua perkara ini:

Pertama: TETAPKAN SATU MATLAMAT BESAR
Kedua: MENCAPAINYA DENGAN PENUH KEBERANIAN! - Penjelasan

4. Tidak Menyalahkan Keadaan
Seseorang yang positif tidak mengeluh atau mengecam bila ditimpa musibah atau terdapat kekurangan pada dirinya. Sebaliknya ia menggunakan kekurangan-kekurangannya itu untuk kebaikan kepada dirinya serta orang lain.
Napoleon yang kecil dan rendah iaitu 5 kaki 1 inci sahaja, selalu dipermain-mainkan oleh rakan-rakannya di Maktab Tentera tempat ia belajar. Tambahan pula, Napoleon ialah seseorang yang berasal dari Pulau Corsica, pulau yang dipandang tidak begitu penting oleh orang-orang Perancis.

Kerana itu, Napoleon telah berazam untuk menunjukkan / membuktikan kepada rakan-rakannya yang selalu mengejek-ejeknya itu bahawa ia lebih baik daripada mereka. Ia telah belajar ilmu ketenteraan dengan bersungguh-sungguh. Akhirnya, beliau telah menjadi Maharaja Perancis - menakluki tiga suku Benua Eropah.

Kekurangannya serta ejekan-ejekan dari rakan-rakannya itulah yang mendorongnya menjadi panglima terkenal.

5. Mendengar Dahulu Pendapat Orang Lain
Orang-orang yang positif tidak mengenepikan kecaman-kecaman musuhnya misalnya dengan terus mengatakan orang itu salah. Tetapi, ia akan mendengar kecaman-kecaman tadi dan memikirkan betulkah ia salah atau tidak. Perlu diingat, bahawa, bila orang mengecam, tentulah ada sebab-sebabnya. Kadang-kadang daripada kecaman orang lain, kita boleh dapat petunjuk untuk membaiki diri dan kerja kita.

Presiden Abraham Lincoln pernah dikecam oleh Menteri Pertahanannya, Edward Stanton. Ia telah digelar oleh Stanton sebagai seorang dungu. Adakah Lincoln marah dan memecat Menteri Pertahanan itu? Tidak! Sebaliknya, ia telah bertanya kepada Stanton mengapa ia berkata demikian? Stanton telah menerangkan bahawa langkah Lincoln memindahkan beberapa batalion tentera ke suatu tempat itu hanya akan merugikan kerajaan Amerika Syarikat. Presiden Lincoln yakin terhadap penjelasan Stanton itu, lalu menarik balik rancangannya tadi.

Sebaliknya, pemimpin-pemimpin yang tidak mengindahkan kecaman orang bahawa dasar pentadbiran dan ekonominya tidak dapat membawa keadilan sosial kepada rakyatnya, akhirnya, terpaksa meletakkan jawatan atau kalah di piliharaya dalam keadaan yang mengaibkan, malah ada juga yang akhirnya dibunuh oleh rakyatnya sendiri!!!

Inilah yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin-pemimpin termasuk di negara kita. Mereka bukan sahaja perlu mendengar dengan telinga tetapi juga dengan mata, hati, dan minda terhadap setiap rintihan rakyat (pengundi) sama ada yang tersurat atau tersirat. Jika ini dapat diamalkan, insya-Allah, rakyat akan merasa sentiasa terbela dan terus memberi sokongan. Jika tidak, rakyat boleh bertindak balas! Rakyat adalah pelanggan yang MESTI diberi layanan yang adil, cemerlang serta kepuasan oleh pemimpin-pemimpin (wakil rakyat-wakil rakyat).

6. Sentiasa Mencari Jalan Memperbaiki Diri
Orang yang positif sedar bahawa apa yang dilihat sebagai terbaik pada hari ini mungkin hanya dinilai sebagai sederhana saja 10 tahun akan datang. Oleh kerana itu, orang yang positif tidak henti-henti mencari jalan untuk memperbaiki kehidupannya / kebajikan rakyatnya.
Peter Drucker, seorang profesor ilmu pengurusan Amerika Syarikat ada berkata: "Pengurus yang berjaya sentiasa bertanya kepada dirinya apakah yang boleh ia buat, bukan apa yang orang lain patut buat untuk dia."

7. Sentiasa Bangun Apabila Terjatuh
Orang yang positif tidak gemar dengan sikap suka berputus asa.
Orang yang positif memandang sesuatu kegagalan itu pada sudut positif. Mereka memandang kegagalan sebagai guru terbaik dalam konteks mencapai kejayaan.

Oleh kerana itu, orang-orang yang positif walau betapa teruk pun mereka jatuh akan terus berusaha untuk bangun semula serta berusaha mengukir kejayaan yang lebih besar daripada sebelum mereka mengalami kegagalan / kejatuhan.

Oleh itu, janganlah sekali-kali berputus asa. Sikap berputus asa adalah amalan syaitan. Allah mencintai makhluk-makhlukNya yang positif dan cekal serta sentiasa memohon keredaanNya. Insya-Allah.


Credit to Blog ini ;)

Wednesday 9 July 2014

Senang ke bisnes shaklee ni?

Senang ke susah bisnes shaklee ni?

Seorang kawan saya menyapa di 'inbox' FB.

Saya jawab : mana ada benda senang dalam dunia.

Memang lumrah. Bila orang tengok kita senang...bonus besar. Semua nak tau rapat-rapat apa yang kita buat. Tapi once dah involve dan dah tau apa rahsia kita. Tidak ramai yang ambil PELUANG untuk jadi seperti kita....kenapa?

Lumrah manusia nak hidup senang tapi tidak mahu bersusah-susah dahulu.

Masa awal-awal buat bisnes shaklee. Saya baca BLOG PM CERY - Muslimah Jutawan Shaklee. Kata beliau..nak berjaya dalam bisnes shaklee perlu ada 7 gunung air mata darah. Macam over je bunyinya. Beliau tambah lagi..kalau dalam bisnes shaklee ni..kita tak menangis..kita tak rasa penat...kita tak pernah rasa down..kita x pernah rasa give up...Means kita belum buat bisnes shaklee ni dengan serius.

Aku sendiri tak faham. Kenapa PM cery perlu menangis? Buat bisnes pun nak menangis ke? haha

Dan...bila aku cabar diri aku sendiri. Untuk tekad dan serius dalam bisnes shaklee ni. Hari - demi hari aku dah jumpa. Aku dah faham. Kenapa kita perlu menangis?

Menangis sebab :

- Kita duk sharing kebaikan shaklee tapi tiada customer (pada awalnya)
- Customer janji nak beli tapi mungkir janji
- Barang lewat sampai
- Cabaran nak bahagikan masa antara bisnes dan rumah tangga
- Pandangan skeptikal orang pada kita - MLM-
- Ajar dan cuba beri yang terbaik pada anak-anak shaklee tetapi tidak ada feedback
- Korbankan masa, tenaga untuk shaklee. Tido 4 jam sehari..ada berani?
- Jihad kurangkan nafsu tidur, tv, sembang dan perkara yang tak berfaedah
- Cuba bantu serius mungkin, tetapi menangguk di air keruh

dan banyaaaaak lagi perkara-perkara yang  kadang-kadang membuatkan kita rasa putus asa dan sedih. Tapi KUATKAN HATI.

Itu semua UJIAN
Itu semua CABARAN

Setiap kejayaan pasti ada kesusahan kerana itu membuatkan kita lebih tabah.
Pedulikan mereka yang pandang kita negatif, pedulikan mereka yang nak kita bantu tetapi tidak mahu bergerak sendiri...doakan mereka.

Aku yakin...kejayaan akan menjadi milik orang yang berusaha keras dan bersabar serta bertawakal kepada-Nya.

Bisnes shaklee. It is not just about money!

Tapi berkaitan dengan banyak perkara. Banyak yang boleh kita pelajari tentang suka duka dunia bisnes, sikap baik buruk seseorang dan mendekatkan diri kita pada-Nya. Itu yang lebih utama.

Wallahualam.

Coretan seikhlas hati,
Murni ;)

Master Coordinator to be.


AJHT Penawar sakit sendi dan otot

Sakit sendi menyerang hampir setiap orang tidak mengira peringkat umur.
Apatah lagi dengan aktiviti harian orang muda yang lebih aktif sekarang, ditambah lagi dengan urusan kerja malah ada yang melakukan kerja tambahan selepas waktu kerja 5 petang membolehkan orang muda turut sama mengalami masalah sakit sendi.

Tanda-tanda sendi bermasalah:

1. Mudah kejang dan rasa tegang pada sendi
2. Lenguh-lenguh dan kebas-kebas yang berlarutan
3. Terdapat tanda bengkak pada sendi
4. Alami kesakitan pada sendi terutama apabila bergerak
5. Bunyi berkeriuk pada sendi terutama ketika menaiki tangga

Tips penjagaan kesihatan sendi

1. Lakukan senaman secara rutin kerana ia boleh mengelakkan sendi dan otot menjadi lemah
2. Kawal berat badan anda supaya tidak melebihi berat normal
3. Makan makanan yang baik untuk sendi seperti berikut dan semuanya ada dalam suplimen yang dicadangkan untuk set sendi iaitu : omega, ostematrix dan AJHT.

• Glucosamine – membantu pembentukan kartilaj
• Kalsium dan mineral – membantu pembentukan sel tulang yang sihat
• Omega 3 – bersifat anti radang yang membantu & mencegah masalah sakit sendi
• Vitamin D – meningkatkan penyerapan Kalsium
• Vitamin C – bersifat antioksida yang menghalang kerosakan sel dalam sendi

Tuesday 8 July 2014

Produk shaklee bantu atasi masalah sembelit

Sembelit!
Sembelit adalah masalah pengosongan usus. Apabila seseorang menghadapi sembelit, kadangkala ia menjadikan najis keras dan sukar untuk membuang najis. Jika dibiarkan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti usus tersumbat.
Apakah yang menyebabkan sembelit? 
Sembelit terjadi oleh beberapa hal. Ia mungkin disebabkan oleh cara pemakanan, perubahan hormon, kesan sampingan dari ubat dan perubahan struktur badan manusia.
Kebanyakan orang yang biasa menghadapi sembelit bergantung kepada ubat sembelit yang diberi oleh doktor.
Sebenarnya pengambilan ubat bukan menyelesaian masalah sembelit. Sembelit harus dilihat dari puncanya, apakah yang menyebabkan sembelit berlaku. Sekiranya puncanya kerana pemakanan, maka harus menukar corak pemakanan untuk mengelakkan sembelit.
Antara preskripsi diet untuk mencegah masalah sembelit:-
Makanan tinggi serat seperti buah, sayur, kekacang, bijirin penuh, buah-buahan kering terutama buah prune. Minuman panas contohnya kopi yang mengandungi kafein. Psyllium Probiotik.
Supplement - Supplement Shaklee yang sesuai untuk mengelakkan dan merawat sembelit ialah:-
♥Ostematrix
Mengandungi Magnesium iaitu mineral yang bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.
♥Meal Shakes
Meal Shakes mengandungi serat yang amat penting dalam pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit.
♥Herb Lax
Herb Lax mengandungi herba-herba termasuk senna yang digunakan zaman berzaman sebagai bahan laksatif yang sesuai untuk detox usus. Pengambilan Herb-Lax juga digalakkan sebelum mengambil apa-apa supplement bagi memastikan usus bersih untuk penyerapan nutrien yang lebih baik.
Sekiranya anda mengalami masalah pembuangan, jangan dibiarkan ia terus menghantui anda. Sekiranya ia berkait dengan masalah fisionlogi, sila berjumpa dengan doktor. Namun jika berkait dengan diet anda, ubahlah diet dan ambillan suplemen yang sesuai.
Murni
019-3190733

Testimoni AJHT Shaklee

Jom kita tengok sendiri Testimoni AJHT dan set sendi shaklee ni . Sebelum tu berkenalan dulu dengan AJHT ya :)

Testimoni 1 : Sakit lutut yang teruk pulih dengan AJHT.


Testimoni 2 : Boleh buat 20 rakaat tarawikh dengan consume AJHT & Ostematrix


Testimoni 3 : Kaki rengkat, sakit lutut 20 tahun, lega dengan AJHT


Testimoni 4 : Kondisi kaki makin baik! lebih berotot


Testimoni 5 : Kurang rasa sakit & mencucuk-cucuk, tidur malam lebih lena


Testimoni 6 : Hilang sakit-sakit badan dan lutut


Testimoni 7 : 'ubat' untuk slip disc


Testimoni 8 : Radang sendi kian pulih dengan AJHT


Nah...banyaaaaak testimoni positif dari customer.  Apa tunggu lagi? Hadiahkan untuk orang yang tersayang!

Murni 019-3190733


Nak berjaya? Jangan banyak ALASAN.

Assalamualaikum semua :) Seperti biasa...anak-anak dan suami dah tidur. It's time for me to rest. Bukan rest dekat bilik tidur...tapi rest dekat SOHO. (Opis kecik mamalah)...hehe.

Malam ni aku terpanggil nak story mory tentang ~ rahsia kejayaan. Aku tak cakap aku dah berjaya tapi Alhamdulillah..aku bersyukur. Kalau nak throwback hidup aku 5 tahun lepas dengan sekarang. Dah banyak berubah! 

Aku yang dulu ~ full time house wife with no income (harap duit suami ajer) hehe

Aku yang sekarang ~ work at home mommy (masih harap duit suami haha (gelak jahat). Tapi pada masa yang sama....aku dah jumpa career aku hanya dari rumah! I have my own income. I have savings (ni benda penting sangat ). Aku dah tak perlu nak keluar interview bagai untuk dapat kerja dan NEKAD, aku nak duduk rumah, jaga anak sendiri selama-lamanya. Aku bukan tak percaya taska. Tapi aku nak ambil PELUANG yang Allah dah beri pada aku untuk beri yang terbaik pada anak-anak dan suami . (panjang plak bebel..hehe).

Bila cakap pasal nikan. Aku teringat sesuatu. Kejayaan sebenarnya akan datang pada kita sikit demi sikit dengan syarat kita TIDAK BANYAK ALASAN. Kenapa aku sentuh pasal alasan?

Throwback lagi ~

Aku baru perasan. Selepas hampir 3 tahun setengah aku berniaga online dan hasilnya aku dah berjaya merasa beli :

- Laptop ACER
- Galaxy Tab 2
- Handphone Samsung SCL
- Note II

Hakikatnya..masa aku mula- mula buat bisnes online. Aku hanya pakai apa yang ada sahaja. Nak tau tak...masa aku mula buat bisnes online. Aku hanya ada handphone camera yang cikai (simple) . Aku tak ingat jenama apa. Harganya RM 300. Dan 1 lagi...pada masa tu jugak...kebetulan aku ada camera digital RM 300 jugak. Dan the important thing, aku pakai laptop yang aku lasah time dekat Universiti dulu. So 3 gadget usang itulah peneman aku sewaktu MEMULAKAN BISNES. Masa tu aku tak kenal lagi samsung la....Note II la. Zaman tu bukan senang macam sekarang. Sekarang sangat senang..ambik je gamba..upload. abis cite. Tapi zaman dulu kena ambik gambar guna camera digital. Lepas tu transfer pulak ke laptop. Lepas tu barulah upload gambar guna laptop.

Begitulah ceritanya.

Nampak tak susahnya nak buat bisnes online mula-mula dulu. Tapi aku gagahkan jugak. Aku tak reti nak fikir 'susahlah'...'malaslah'..apa yang aku tau...aku kena buat! Just do it!

Sorry to say..bila aku compare dulu dengan sekarang...Jauh lebih mudah nak berbisnes. Teknologi canggih. Tapi tak ramai yang berjaya jugak sebab sikap. Banyak alasan. Malas. So..kalau sikap kita macam ni. Buatlah bisnes apa pun. Memang takkan jadi. Believe me. Kekadang ada yang bagi alasan gini. ' malasnya nak bukak laptop '. So..kalau dah laptop pun malas nak bukak...baik campak ke lombong ajer...rugi sangat!!!

So nak BERJAYA. Jangan banyak alasan. Kejayaan tidak akan datang untuk mereka yang suka beralasan. makin kite beri peluang untuk ALASAN bertapak dalam diri kita. Makin jauhlah kejayaan nak datang dekat pada kita. Trust me!

So, kesimpulannya. Harap anda semua dapat pengajaran dari kisah aku ni yer. x kesahlah apa handphone atau laptop yang kita guna. Manfaatkan sebaik mungkin. Jangan buat alasan nak laptop dan handphone canggih....baru nak bergeraaaaaaak bisnes kita ni. Anda yang patut bergeraaaak dulu.

oke itu saja, sharing is caring :)

#sayajualshaklee
#Surirumahberijazah
#murni
# 0193190733


Sunday 6 July 2014

Menjemput Rezeki dengan Solat Dhuha

Assalamua'laikum semua :) Alhamdulillah..malam ni dapat mencelikkan mata menghadap blog yang aku sayang ni. hehe. Kejap lagi nak tambah ilmu Shaklee...sebelum tu aku nak cerita sikit bab solat dhuha. Solat dhuha ni aku start amalkan sejak dibangku Universiti lagi. Dan aku kenal solat dhuha masa aku di matrikulasi dan masa tu masih tenggelam timbul untuk amalkan solat dhuha ni. Nak dijadikan ceritanya...aku ingat lagi satu persatu miracle of solat dhuha.

Alhamdulillah...aku diberi kekuatan untuk istiqamah solat dhuha ni semenjak di Universiti lagi. Masih segar dalam ingatan aku. Tahun-tahun akhir di UUM. Masa tu aku di semester 6. Memang masa tu perangai aku agak pelik. Aku suka buat kerja sorang-sorang sebab pada aku...aku bebas nak buat apa sahaja dan nak pergi mana dan aku tak suka buang masa (especially nak lepak makan dekat cafe pada waktu antara satu kelas ke kelas satu lagi. Memang dah jadi tabiat aku..bangun pukul 5 pagi...dan jika sempat aku bersolat di masjid dan balik terus bersiap untuk ke kelas (walaupun kelas aku start pukul 11 pagi....memang peel aku keluar dari bilik awal sebab aku dah booking siap-siap bilik personal untuk study di library. (nurd x nurd aku dulu hehe).

Satu hari...aku belek-belek buku kat library dan masa tu aku bawak sekali electronic dictionary. Masa tu tengah popular kamus elektronik ni. Aku beli RM 300 gitu. Dan aku selit sekali kad matriks dan kad pengenalan aku. Sekali.....aku tertinggal dekat rak buku di library tu dan aku lupa (slumber aku je..memang dari dulu aku jenis careless). Aku tak ingat masa bile ntah abah aku call dan bagitau ada pegawai library call abah aku dan bagitau ada orang jumpe kamus aku tu kat library dan aku terpinga-pinga dan terus teringat! Aku terus pergi tuntut kat library dan alhamdulillah..dapat balik kamus dan 2 kad penting aku tu!

Kesimpulannya...kalau nak ikut logik. Kamus tu memang aku tak dapat balik sebab kamus tu mahal. Mesti ada yang berkenankan. So...aku anggap ni rezeki Allah bagi dan gerakkan hati si penemu barang aku tu untuk kembalikan semula barang tu pada aku.

Syukur....berkat solat dhuha. Rezeki bukan hanya dalam bentuk wang tetapi 'barang yang hilang pun boleh dapat semula'. :)

Oke..itu baru part I nak cerita pasal magic of solat dhuha ni. Nanti aku sambung part II, III dan seterusnya.In shaa Allah.

Sama-sama kita amalkan yer.

Ketahui dengan lebih mendalam tentang cara MENJEMPUT REZEKI dalam buku ini.




Dapatkan FREE GIFT : Tasbih digital bernilai RM 7.


Jom belajar :

TATACARA SOLAT DHUHA

Friday 4 July 2014

Indahnya berpagi-pagian

Semalam aku terbaca satu artikel tajuk lebih kurang begini : Kenapa Rasulullah melarang kita tidur selepas subuh?

Lepas aku baca artikel itu. Aku tersentak dengan 'kesan buruk' tabiat tidur selepas waktu subuh dan terus aku forwardkan artikel itu pada suami.

Subuh tadi... (manusia mudah lupa). Usai suami balik dari masjid. Suami kejutkan aku dan terus 'bertazkirah'. Ya...mengenai artikel semalam. Dan suami pesan...'ayang jangan hanya baca tapi tidak amalkan'.

Dalam kemamaian aku angguk tanda faham dan terua bangun...basuh muka dan gosok baju suami. Seterusnya memulakan aktiviti harian dan setelah hampir ke semua kerja rumah disiapkan..aku lihat jam baru pukul 8.30. Aku tengok sekali lagi...ya, baru pukul 8.30 pagi. Sudah banyak kerja selesai.

Allahuakbar. ..indahnya berpagi-pagian. Kita akan punyai banyaaaaak masa untuk settelkan kerja rumah tanpa bekejar-kejar berbanding jika kita suka tidur selepas subuh. Kepala akan menjadi berat dan badan juga lemah. Kerja harian juga seperti banyakk untuk diselesaikan.

Jadi...jom amalkan. Elakkan tidur selepas waktu subuh. Rezeki datang pun diawal pagi dan ambil lah keberkatan pada pagi hari ♥

Thursday 3 July 2014

Tidur selepas subuh..Kenapa Rasulullah melarang?

Lepas aku baca artikel dari web ni : www.malaysianreadthis.blogspot.com. Aku rasa terpanggil nak sharing sebab perkara ni sangat-sangat penting. Jom baca dan amalkan.


Jangan Tidur Selepas Solat Subuh

Tidak dinafikan ada sebahagian daripada kita menjadikan tidur selepas subuh sebagai satu amalan.
Amalan ini adalah kurang baik kerana Rasulullah SAW sendiri melarang anaknya Fatimah r.a. tidur selepas subuh. Ramai orang sering memperkatakan tentang larangan tidur selepas solat subuh. Larangan ini bukanlah daripada kita, tetapi terdapat hadith Rasulullah SAW yang mana baginda melarang anaknya Fatimah untuk tidur selepas subuh.

Lihatlah kepada diri kita ini, ada sifat pemalas yang perlu diubah. Jika kita tidak ubah tabiat pemalas kita ini, maka bermacam-macam impak negatif bakal menghanyutkan diri ke arah kemudharatan yang lebih besar. Jika tidak sekarang, bila lagi bukan?

Takkan mahu tunggu usia sudah senja baru kita terhegeh-hegeh mengubah diri.

Ketika itu, tabiat pemalas kita sudah sebati dengan diri dan amat degil untuk disental segala kekotorannya yang sudah lama melekat dan merosakkan hati kita.

Tabiat Pemalas Yang Perlu Diubah

Cuba semak diri kita, mana 1 menjadi amalan seharian :

1. Bangun subuh lewat
2. Tidur selepas subuh
3. Melewatkan waktu subuh
4. Ala kadar je bangun subuh
5. Tak bangun pun solat subuh

Kenapa dari kecil lagi, kita dididik sebegini?

Diberi penekanan betapa pentingnya bangun subuh dan meraikan ke”subuh”an dengan cara tidak tidur semula seperti bebelan mak kita.

“Jangan tidur lepas subuh. Rezeki tak masuk nanti”

“Anak dara tak manis tidur banyak. Matahari terpacak atas kepala baru nak bangun”

Jika Mahu Bermuhasabah

Rasulullah SAW tidak tidur selepas menunaikan solat subuh kerana Allah memberkati umat ini yang berpagi-pagi,

“Ya Allah, berkatilah umatku yang berpagi-pagi.”

Untuk itu, para fuqaha’ memakruhkan tidur selepas solat subuh.

Walaupun hakikatnya tiada dalil dan hadis-hadis soheh mengenai larangan tidur selepas subuh, dan yang ada cuma pendapat daripada para ulama mengenai tidur selepas subuh adalah MAKRUH tetapi tiada larangan tidur selepas subuh.

Dinukilkan oleh Imam as-Safarini mengenai kemakruhan tidur selepas solat Subuh dan Asar :

“Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah WAKTU MENCARI REZEKI dan berusaha (syara’ dan ‘uruf) di sisi orang yang BERAQAL”.

Tetapi, kita sedar tak wahai sahabat?

Kenapa seharian hidup kita tidak bermaya dan tidak bersemangat?

Kadangkala kita pernah menangis kerana tiada duit untuk bayar sesuatu yang penting, malah setiap hari kita pohon kepada Allah agar dimurahkan rezeki, tetapi seolah-olah tiada kesannya?

Kalau orang perempuan, bermacam-macam jenis pencuci muka dicubanya semata-mata nak “kulit bercahaya”.

Kalau orang lelaki pula, kerisauan yang tak menentu, jadi bermacamlah “ubat kuat” yang dipakainya.

Kita nak ke isteri macam ini?

Nak ke suami yang sebegini?

Masing-masing menggeleng tersengih sendirian.

Jika kita tak nak pasangan seperti sedemikan rupa, maka kitalah orang pertama dahulu yang kena berubah.

Bukan nanti, tetapi sekarang.

Masa Untuk Berubah

Maka untuk itu tidak ada alasan lagi untuk menyeru kepada Perubahan.

Buat diri, pastikan masa yang terluang selepas subuh diisi dengan pelbagai aktiviti yang bermanfaat.

Jangan tidur terlalu lewat jika sayangkan waktu keemasan di kala subuh.

Buat ahli jemaah, sudahlah diri sibuk, hanya masa ini sahajalah waktu untuk belajar.

Gunakan masa sebaiknya.

Buat suami, carilah rezeki. Jangan tidur.

“Kemudian setelah selesai solat, maka betebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).
– Surah Al-Jumuah (Ayat 10)

Buat isteri, masaklah, kemas rumah dan sebagainya.

Takkan hilang seri rumahtangga kalau kehidupan bermula sebelum terbit fajar.

Mak mertua pun tak bising lagi.

“Pesanan terpenting untuk para imam dan bakal imam terutamanya untuk diri sendiri, biasakan diri jangan tidur lepas subuh dan jangan tinggal solat jemaah di masjid, nanti selepas kahwin boleh didik isteri, kalau tak dua-dua hanyut.”

Buat pelajar, kalau nak tips study smart ingat hadith ini “kalau tidur selepas subuh papa dan tidur selepas asar boleh jadi ‘gila’.”

Jangan salah pilih waktu untuk belajar atau menghafal.”

Ibnul Qayyim pernah berkata, “Pagi hari bagi seseorang itu seperti waktu muda dan akhir harinya seperti waktu tuanya.”

Amalan seseorang di waktu muda berpengaruh terhadap amalannya di waktu tua.

Jadi jika seseorang di awal pagi sudah bermalas-malasan dengan sering tidur, maka di petang harinya dia juga akan bermalas-malasan pula.

Antara AKAL dan NAFSU.

Pertarungan ini hanya dimenangi jika manusia bersandarkan IMAN.

Jika tidak manusia sama sahaja seperti haiwan, tidak menggunakan akal dengan betul.

Pembaziran masa adalah perkara yang sangat merugikan.

Dan hanya syaitan yang suka pembaziran.

Masa itu ibadah. Semoga Allah memberi kebijaksanaan dan kekuatan untuk kita sama-sama mengikut perintah-Nya.

Sedang Nabi SAW melewati anaknya Fatimah RA yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda :

“Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan orang yang lalai,

sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.”
(Diriwayatkan al-Baihaqi)

Jika kita tetap meneruskan amalan tidur selepas solat subuh, maka kita di antara orang-orang yang tergolong dalam kerugian.

Bukankah di pagi hari itu, adalah pembuka segala rezeki.

Jadi, marilah kita bermuhasabah bersama-sama.


Jika kita mampu mengangkat berat berkilo-kilo, tak akan selimut yang ringan tidak mampu untuk kita angkat.

KISAH FREE NATIONAL TRIP SHAKLEE

Assalamua'laikum semua. ..sambil2 tunggu ank tidoq...nak cite sat pasal National Conference (NC) yang berlangsung bulan lepas pada 7 dan 8 june. Alhamdulilah. ..rasa sangat syukur apabila dapat tahu aku dan suami layak untuk 2 tiket FREE ke NATIONAL TRIP anjuran Shaklee iaitu kali ini dibuat di Sunway Lagoon Spa and Resort dan sekaligus NC dibuat disitu selama 2 hari.

Sebenarnya rasa macam mimpi je dapat 2 tiket FREE TRIP ni sebab....  pada aku. Bukan calang-calang org boleh berjaya dapat tiket2 free trip ni. Tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Semua ni x kan dapat. Bagi aku...mula2 x rasa pun boleh dapat semua ni..tapi aku redah je....pernah nak give up dalam shaklee....tapi masa nk give up tu aku rasa sangat x berbaloi utk aku lepaskan PELUANG KEEMASAN...peluang career seumur hidup aku dengan shaklee. Kalau org lain boleh berjaya dalam shaklee. Kenapa tidak aku kan? Jadi....pantang menyerah sebelum kalah.... (btul ke peribahasa ni? Haha).

Oke...ni email dari shaklee yang inform aku LAYAK 2 TIKET FREE NATIONAL TRIP SHAKLEE dan layak untuk rangkul beberapa AWARD.
Syukur alhamdulillah ♥



Ni pulak bag free ditaja oleh shaklee. Cantik warna merah gitu..hehe


Boleh dikatakan FREE TRIP ni aku teruja nak pergi sebab dapat tido dihotel 5 bintang dan aku akan ambil award hasil usaha dan tawakal aku selama ini. Touchingggg oo.

Preparation ke FREE TRIP 3 hari 2 malam ni lebih kepada prepare untuk ke NC lah..belilah baju, kasut dan sewaktu dengannya. Biar nampak elok sket. Kalo x aku ni main sauk je baju ape nak pakai...sampai baju mak aku pun aku rembat.. x pasal2 dah macam pakai baju pinjam :p hehe


Pergi shopping kat Times Square beberapa hari sebelum NC


kasut last minute..hehe

07hb June :

Hari yang dinanti dah tiba. Bertolak awal dari rumah. Bajet perjalanan 1 jam awal. Takut jammed. Rupenya 20 minit je drive dah sampai. So sebelum masuk hotel...sambil cari2 hotel...sempat gak sesat dan menyinggah. Best gak :p




Lepas tu al-kisah...toyyibbbb...
Conference start pukul 2. Aku bajet masuk hotel awal. So that boleh prepare tukar baju. Tapi perancangan Allah..kami x dapat masuk hotel awal. So bag letak dulu kat lobi hotel dan kami solat dulu dan prepare untuk naik pentas.



Memang cantik tempat dia...

Rancang naik pentas pakai baju hijau....lastly tadaaaaa....kami naik pentas dgn baju yg sedia dipakai dr rumah. Boleh ar..asalkan menutup aurat. Asben aku lagi kesian...naik pakai t-shirt jek...hik hik...



Alhamdulillah...tengahari dapat makan dan malam dapat masuk bilik Hotel..








Pada aku..bilik dia memang beza dari hotel bajet sebab :
- keluasan bilik lebih besar 
- ada ruang untuk santai kat kusyen besar
- ada meja untuk study a.k.a buat kerja
- bilik air dia mmg best (sori x sempat amik gambo)
- dalam peti ais penuh air jek..hehe
- alat kelengkapan mmg lengkap...(iron, hair dryer dan macam-macam lagilah)  
Memang best!!


Dapat gambar ni je ngan mia. Nasib masa register dapat salam and peluk mia...terasa aura tu tau...haha

Malam tu ada makan malam kat surf beach. Anak2 tidoq awai tinggal ngan mak kat bilik hotel. So kami pergi dating la berdua. Sedappp ar dapat makan freekan. Dah kenyang.. x tunggu lama sgt pun....ambik2 gambo sket kat sekitar hotel tu dan balik tidoq. Malam tu mmg best lah tido......5 stars hotel...hee...


puteri bersiram..hehe


cantik waktu malam...


peace...


nak selit gaks...


ape hal men panjat2 ni? haha

Esoknya Alhamdulilah dapat bangun subuh awal. Prepare untuk 2nd day NC. Kali ni balas dendam...dapat pakai cantik2 sket...tema pink grey....
Tadaaa! Bolehlahkan.....



Mak menang kereta (tetibe..hehe)


lebiu mak...;p


rezeki dapat bergambo ngan muslimah jutawan , PM cery. rasa nak lompat bintang je tau. tenkiu en asben yg sudi amik pic aku ngan pm cery....yaea!!


pic ngan umie suzie...


free gift....hehe

Dan sekali lagi naik pentas untuk ambil award. Ni hasilnya NC selama 2 hari. Lepas tu ambil seberapa banyak pic yang boleh. Malam pulak ade glitter nite dinner. Pergilah ngan asben gak sbb anak dah tidokan.
Makan makan makan.....sembang2.....gitu2....dalam kul 11 dah balik.....


cer cari aku kat mana? haha



Dan esoknya patutnya ada program luar. Tapi aku x dapat join sbb anak pun mcm dah 'buat perangai'....plan balik awal ke rumah mak aku kat KL..dan ingatkan nak patah balik ke SUNWAY LAGOON sbb dpt tiket free join mandi manda dan aktiviti free dalam tu. Tapi x menjadi  jugak sebab ada kecemasan.
Apa pun syukur sgt atas Free Trip ni. Harapan aku..nak bawak seluruh anak2 cucu empayar BBGS untuk sama2 dapat FREE TRIP SHAKLEE ni. Mmg berbaloi dan best.
Shaklee is our career!! - lets join us.
Retire Rich Retire Young.

Balikkkkk..



Inilah hasilll nya...;)


In shaa allah. ♥